Thursday, December 27, 2012

Ngeri! Remaja berkecai dituai mesin

kematian ngeri

KANCHANABURI: Seorang remaja lelaki yang membantu menuai tebu terbunuh dalam nahas mengerikan membabitkan mesin penuai tumbuhan itu.

Polis menerima laporan mengenai kematian mangsa dikenali sebagai Watchara Chaisit, 14, tengah hari semalam.

Remaja terbabit bekerja di ladang tebu di tambon Takhram En, di daerah Tha Maka. Polis yang tiba di tempat kejadian terkejut mendapati beberapa bahagian tubuh manusia bertaburan di ladang berkenaan. Kepala mangsa yang terputus dan perutnya yang terburai ditemui dalam mesin penuaian tebu. Pemilik ladang itu, Arthit Thananuparbpan, 38, memberitahu polis, remaja berkenaan baru saja bekerja di situ. Pengendali mesin penuaian yang dikenali sebagai Kai melarikan diri selepas kejadian itu.

Tugas mangsa adalah mengutip tebu yang dipotong mesin penuaian itu sebelum memunggahnya ke dalam trak. Dia baru seminggu bekerja di ladang itu.

Rakan sekerja mangsa berkata, mereka berlima bekerja bersama-sama. Mereka tidak menyedari kemalangan itu hingga menemui bahagian tubuhnya dalam mesin penuai berkenaan. Mereka mengesyaki mangsa menyelinap ke dalam rimbunan pohon tebu untuk berehat dan dia mungkin terlelap sebelum dituai bersama batang tebu. 

sumber- Bangkok Post

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...