Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Monday, February 18, 2013
Pengangkutan awam yang unik di Filipina
Habal-habal merupakan pengangkutan terkenal di Filipina terutamanya di sekitar Mindanao. Ianya sebenarnya hanyalah sebuah motorsikal biasa yang menggunakan dua tayar tetapi diubahsuai sehingga mampu menampung antara lima hingga enam orang penumpang dalam satu masa. Kadar tambang yang dikenakan bergantung kepada jarak destinasi malah adakalanya harga yang ditawarkan berbeza-beza kerana tiada penyelarasan tambang yang dibuat oleh kesemua pemandu habal-habal.
Habal-habal kini turut dikenali sebagai "Iskaylab" yang dipercayai diambil dari nama sebuah satelit Amerika Syarikat bernama "Skylab" yang terhempas ke bumi pada tahun 1979. Ini kerana, keadaan kenderaan tersebut sendiri seakan sebuah satelit dimana kebanyakan daripadanya turut mempunyai kepak. Namun pelbagai versi lain dari mana asalnya perkataan tersebut masih menjadi pertikaian antaranya ada yang mengatakan ianya berasal dari perkataan tempatan "sakay na, lab!" yang bermaksud "dapatkan cinta!"
Keunikan menaiki habal-habal ini dapat dirasai apabila pemandunya akan mengimbangkan kenderaan dan penumpang akan duduk di bahagian tempat duduk tambahan yang telah disediakan. Mungkin ramai yang takut untuk menaiki kenderaan ini namun ianya adalah kenderaan yang amat jarang dijumpai di tempat lain.
Video: Sambutan hari lahir untuk gelandangan
Bagaikan mimpi apabila seorang gelandangan dapat menyambut hari kelahirannya sendiri. Seorang lelaki yang mungkin sudah lama dikenalinya membawa makanan dan belon untuk sambutan kecil-kecilan tersebut. Reaksinya sungguh terharu ditambah pula dengan pemberian hadiah. Orang ramai yang lalu-lalang datang mengelilinginya bagi bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut.
Pada akhir video ini, lelaki tersebut menyuruh gelandangan itu membuat permintaan sambil melepaskan belon. Gelandangan itu berkata "Saya tidak tahu apakah yang harus diminta." Lelaki tersebut menjawab, "Apa sahaja yang kamu mahu!" Akhirnya si gelandangan melepaskan belon dan berkata, "Biarlah semua orang gembira!"
Gambar jambatan berhantu
Subscribe to:
Posts (Atom)