Bagaikan mimpi apabila seorang gelandangan dapat menyambut hari kelahirannya sendiri. Seorang lelaki yang mungkin sudah lama dikenalinya membawa makanan dan belon untuk sambutan kecil-kecilan tersebut. Reaksinya sungguh terharu ditambah pula dengan pemberian hadiah. Orang ramai yang lalu-lalang datang mengelilinginya bagi bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut.
Pada akhir video ini, lelaki tersebut menyuruh gelandangan itu membuat permintaan sambil melepaskan belon. Gelandangan itu berkata "Saya tidak tahu apakah yang harus diminta." Lelaki tersebut menjawab, "Apa sahaja yang kamu mahu!" Akhirnya si gelandangan melepaskan belon dan berkata, "Biarlah semua orang gembira!"
Dapat bayangkan macam mana perasaan dia tu.....
ReplyDeleteMesti happy gila...