Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Friday, July 6, 2012
10 tempat paling berhantu di dunia
10. Berry Pomeroy Castle, Totness
Ada beberapa legenda yang berkaitan dengan istana ini pada abad ke-14, dan memiliki reputasi sebagai tempat paling berhantu di dunia. Ia memiliki 2 hantu wanita terkenal iaitu White Lady dan Blue Lady. Menurut legenda White Lady ialah semangat Margaret Pomeroy yang mati kelaparan ketika dipenjarakan di bawah tanah oleh seorang kakak yang cemburu padanya. Dia dikatakan menghantui ruang bawah tanah yang gelap, dan naik dari St Margaret's Tower ke dinding istana. Blue Lady pula berlegar di seluruh kawasan tersebut. Bahayanya dia selalu mengumpan lelaki untuk menemui ajal dipersekitaran istana yang tidak selamat dan sukar untuk mendapatkan bantuan.
9. Dominican Hill, Baguio City, Philippines
Menurut cerita, kawasan ini dihantui oleh roh-roh yang mati akibat peperangan sehingga mendapat reputasi sebagai salah satu tempat paling berhantu di dunia. Sebahagian penduduk mengatakan bahawa pesakit disini akan meninggal meskipun memiliki harapan untuk hidup. Kemudiannya mereka akan berubah menjadi hantu. Tanda-tanda tempat ini dihantui ialah terdengar kocakan pintu atau tingkap, pinggang mangkuk berlaga dan jeritan di waktu malam.
8. Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland:
Istana megah yang dikatakan paling berhantu di dunia ini dibangunkan pada abad pertengahan. Ianya teguh di atas batu karang dan memberikan sebuah identiti yang menakjubkan di Bukit Scotland. Peliknya, di dalam ruang kosong istana dan jalan-jalan sempit dari Edinburgh, terdapat gema suara orang yang telah mati. Itulah yang telah dilaporkan oleh mereka yang mengalaminya. Kawasan yang dikatakan keras termasuk tembok penjara, Kubah South Bridge dan Mary King Close, jalan yang pernah digunakan untuk pengasingan pesalah dan mengkebumikan mereka. Ada juga kejadian lain seperti terserempak anjing hantu, drummer tanpa kepala, dan jelmaan bekas tahanan tujuh tahun perang Perancis dan Perang Kemerdekaan Amerika.
7. Monte Cristo, New South Wales, Australia:
Monte Cristo, rumah paling berhantu di Australia terletak di Junee, New South Wales. Madam Crawley, pemilik rumah tersebut tidak pernah keluar dari rumahnya setelah kematian suaminya. 23 tahun beliau tidak pernah keluar dari rumahnya dan hanya sekali dua sahaja. Setelah kematian Madam Crawley, rohnya menghantui tempat itu khususnya bilik tidur. Saksi pernah melihat hantu tanpa tubuh, wajah tidak di kenali di tingkap, susuk tubuh yang menjelma lalu hilang, suara-suara misteri, dan lampu menyala padam berulang kali. Beberapa orang melaporkan bahawa ketika mereka memasuki bilik tidur, anak mereka menjadi sesak nafas sehingga pucat dan hampir meninggal dunia. Semuanya kembali normal setelah mereka meninggalkan bilik tersebut.
6. Ancient Ram Inn, Gloucestershire, England:
Perjalanan ke Ancient Ram Inn adalah sebuah pengalaman yang penuh dengan gangguan misteri. Lantai berdesir, bauan aneh, sejuk hingga meremang bulu roma menandakan tempat ini berhantu. Kisah yang berlaku di tempat ini cukup menakutkan. Pembunuhan ritual satanisme dan menjadikan kanak-kanak sebagai korban adalah antara amalan keji yang pernah dilakukan di sini sehinggakan ia menjadi antara tempat paling berhantu di dunia. Memang tidak dinafikan bangunan itu didirikan di tempat yang penuh dengan kemungkaran sehingga mengundang pelbagai perkara aneh.
5. Highgate Cemetery, North London, England:
Pada waktu malam, Highgate Cemetery seperti babak dalam cerita seram. Batu nisan membengkok, pohon-pohon kelihatan bergerak, adalah antara tanda-tanda ianya tempat berhantu. Walaupun berhantu, tempat ini menampilkan arkitektur gothic yang menarik di Britain. Tempat ini juga Karl Marx disemadikan. Beliau ialah pengasas fahaman komunis dunia.
4. Bhangarh Fort, India:
Bhangarh Fort terletak diantara jalan Jaipur ke Alwar di Rajasthan, India. Menurut legenda, Singhia, seorang pengamal ilmu hitam membuat sumpahan di istana bahawa semua orang akan mati di istana dan jiwa mereka akan tinggal di sana selama berabad-abad tanpa kelahiran semula. Yang menghairankan, kesemua rumah di daerah ini tanpa atap kerana ketika setiap rumah ingin dibangunkan dengan atap, ia akan runtuh. Ianya adalah tempat paling berhantu di India. Orang yang mengunjungi tempat ini akan cemas dan kegelisahan. Dikatakan bahawa tiada sesiapa yang akan kembali dari tempat ini jika tinggal setelah gelap. Pemerintah daerah ini melarang sesiapa sahaja berada disana setelah terbenam matahari. Terdapat papan tanda yang dipasang oleh Ahli Arkeologi India menulis "Di larang berada di daerah ini setelah terbenam matahari".
3. Screaming Tunnel, Niagara Falls, Ontario:
Hantu Terseram Screaming Tunnel adalah salah satu legenda Niagara Falls paling abadi. Terletak di penghujung Warner Road, terowong di bawah rel kereta api yang menghubungkan Niagara Falls ke Toronto dan New York City. Menurut lagenda tempatan, lebih dari satu abad yang lalu, sebuah rumah ladang yang terletak berdekatan pintu masuk ke terowong selatan terbakar pada satu malam. Pakaian seorang gadis terbakar dan berlari-lari meminta tolong. Dia berlari memasuki terowong dalam usaha untuk memadamkan api. Akhirnya dia meninggal di dalam terowong tersebut. Dari versi lain, gadis tersebut di bakar oleh ayahnya dalam perebutan hak penjagaan ketika berlakunya penceraian. Ada juga yang mengatakan gadis tersebut dibakar setelah dirogol untuk menutup bukti. Walau apapun cerita sebenar, orang yang melalui terowong ini pada tengah malam pasti ternampak nyalaan api dan jeritan seorang gadis.
2. Ohio University, Athens, America:
Ohio University dikenali sebagai Universiti paling berhantu di dunia. Sejumlah besar kawasan di kampus ini dikatakan berpuaka, dan telah banyak cerita misteri yang berlaku disini. Masyarakat Inggeris merumuskan Athens, Ohio, adalah salah satu tempat paling berhantu di dunia. Wilson Hall, terkenal kerana seorang gadis (dikatakan sebagai seorang ahli sihir) yang membunuh diri setelah menulis perihal syaitan dan supernatural di dinding darahnya sendiri. Lima kubur yang membentuk sebuah pentagram mengelilingi kampus dan dengan pusat pentadbiran berada di tengah menjadi tanda syaitan. Washington Hall, terkenal dihuni oleh sekumpulan pasukan bola keranjang yang kesemuanya meninggal dunia akibat kemalangan yang mengerikan. Roh mereka menghantui jalan tersebut dan adakala terdengar mereka mengiringi bola. Katakombe dari Jefferson Hall, dimana lebih banyak kejadian terserempak dengan hantu berlaku..
1. Changi Beach, Singapore:
Changi Beach dijadikan tempat pembunuhan tahanan ketika Perang Dunia Kedua dan mempunyai reputasi sebagai pantai paling berhantu di dunia. Ribuan bangsa cina diseksa dan dibunuh kerana di ragui anti Jepun. Kejadian aneh berlaku disini dengan tangisan dan jeritan. Kepala kadang-kadang terlihat terbang di mana-mana dan badan-badan tanpa kepala berjalan di sekitar pantai. Hal yang paling menakutkan ialah hantu-hantu tersebut juga meninggalkan nota berdarah. Adakalanya terlihat susuk tubuh menggali lubang seakan-akan menggali kubur.
10 haiwan pupus yang popular
1. Tyrannosaurus Rex: – Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu
T. Rex |
Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.
2.Aurochs: -pupus sejak 1627
Aurochs |
Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.
3.Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17
Dodo |
Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti ‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus.
4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936
Thylacine |
Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.
5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an
Javan tiger |
Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.
6. Tarpan – Pupus sejak 1919
Tarpan |
Tarpan juga dikenali Eurasian Wild House. Ia adalah subspesis kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.
7. Caucasian Bison – Pupus sejak 1927
Caucasian Bison |
Caucasian Bison adalah subspesis kepada bison. Haiwan ini habitatnya di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison.
8. Syrian Wild Ass – Pupus sejak 1927
Syrian Wild Ass |
Syrian Wild Ass adalah subspesis kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesis ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.
9. Giant Aye-aye – Pupus sejak 1930
Giant Aye-aye |
Giant Aye-aye adalah subspesis kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur, monyet dan kera. Spesies ini pernah berhabitat di kepulauan Madagascar sejak 1000 tahun yang lampau. Spesies ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiyharkan pupus sejak daripada itu.
10. Caspian Tiger – Pupus sejak 1990an
Caspian Tiger |
Caspian Tiger adalah subspesis bagi keluarga kucing sepertimana spesis-spesis harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.
sumber- takusahrisau
Ular Tedung selar bersarang di atas siling
Tedung selar sepanjang empat meter berjaya ditangkap JPAM di kampung Banggol Judah. |
MACHANG – Dua lelaki di sini, terkejut apabila haiwan disangka biawak di atas siling rumah mereka rupanya ular tedung selar.
Mereka mula menyedarinya apabila ternampak kepala haiwan tersebut ketika mencuci rumah.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Machang, Mohd Razman Ramli berkata, ular tersebut dipercayai bersembunyi di sana agak lama berdasarkan penemuan pelbagai bangkai.
Katanya, operasi menangkap ular itu memakan masa hampir empat jam apabila ular tersebut bersembunyi di atas siling hingga memaksa anggotanya memecahkan syiling bagi memudahkan tangkapan.
“Ular itu dianggarkan seberat 10 kilogram dengan panjang, empat meter. Ia merupakan, antara tangkapan terbesar pada tahun ini.
“Operasi ini melibatkan empat anggota JPAM dan berjalan dengan lancar walaupun menghadapi kesukaran apabila ia bersembunyi di atas siling rumah,” katanya.
Mohd Razman berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak empat ekor ular tedung selar berjaya ditangkap berdasarkan aduan penduduk.
Katanya, kes melibatkan tangkapan ular antara yang tertinggi yang mana, 50 ekor ular berjaya ditangkap pada bulan lalu.
“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), JPAM Machang di talian 09- 9750262 atau 09-9750260 bagi mendapatkan bantuan di saatsaat kecemasan.
“PKOD beroperasi 24 jam dengan menawarkan pelbagai bantuan kecemasan sama ada kemalangan jalan raya, tempat kerja, kebakaran, lemas, tangkapan ular, memusnahkan sarang serangga dan pelbagai jenis kecemasan,” katanya.
Mohd Razman berkata, JPAM mempunyai peralatan yang mencukupi serta kakitangan terlatih dalam usaha membantu orang ramai.
sumber-Sinar
The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya ‘Ramadhan Sale’ menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.
The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.
sumber- Harakahdaily.net
Subscribe to:
Posts (Atom)