Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, August 18, 2012

Kolam maut air terjun Victoria

Kolam maut di Zimbabwe sehingga digelarkan 'kolam renang syaitan'. Sesuatu yang pelik serta menakutkan apabila ada yang sanggup untuk mandi di kolam kecil betul-betul di penghujung muara air terjun Victoria yang berketinggian 360 kaki. Mereka ini seperti sengaja menempah maut namun masih belum ada sebarang kecelakaan yang dilaporkan di kolam tersebut. Kesilapan kecil sudah cukup untuk mengundang bahaya. Bayangkan apa yang akan terjadi jika anda terjatuh dengan ketinggian tersebut. Gambar dan video yang dipaparkan di bawah ini adalah realiti sebenar mengenai pelancong yang berkunjung ke sana.

Devil's Pool Victoria Falls

MAS patah balik ke Heathrow akibat masalah teknikal

Malaysia Airlines (MAS)
Malaysia Airlines (MAS)

KUALA LUMPUR- Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di London menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow kira-kira sejam kemudian ekoran masalah teknikal pada enjin No 2 pesawat.

Penerbangan MH1, yang berlepas pada 10.15 malam menuju KLIA dengan membawa 340 penumpang, selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada 11.19 malam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, MAS berkata, krew yang mengendalikan pesawat B747-400 membuat keputusan itu disebabkan masalah
teknikal.

"Demi mengutamakan keselamatan penumpang, keputusan dibuat bahawa pesawat itu tidak seharusnya meneruskan penerbangan ke KLIA," menurut kenyataan itu.

 Kenyataan itu turut menyebut MAS menyediakan pemindahan dan penginapan hotel di London kepada semua penumpang terbabit dan akan memaklumkan urusan perjalanan alternatif bagi penerbangan mereka ke KLIA.

Syarikat penerbangan nasional itu memohon maaf kepada semua penumpang kerana gangguan yang tidak dijangka itu kepada rancangan penerbangan mereka.

sumber- Bernama

Kuda terkecil di dunia

Seekor kuda bernama Bella Contessa mungkin merupakan kuda paling kecil di dunia kerana ia hanyalah setinggi 53.3 cm dan seberat 25.4 kg, lapor sebuah akhbar. Kuda ini baru berusia enam bulan. Tinggi Bella tidak melebihi sebiji labu yang bersaiz normal. Bella kini tinggal bersama pemiliknya, Alison Smith.

Kuda terkecil di dunia

Kuda pelik ini dikatakan sering menghabiskan masa di kandangnya bersama seekor lagi kuda yang diberi nama Lilly dan dua ekor kambing. Ketika dilahirkan, Bella hanya setinggi 38.1cm dan seberat 4.08 kg, tidak jauh bezanya dengan berat bayi manusia biasa. Pada kebiasaannya, kuda kecil yang lain setinggi 45.7 cm hingga 55.9 cm bergantung pada jantinanya dan seberat 9.97 kg.

Kuda terkecil di dunia

“Ramai doktor veterinar memberitahu bahawa Bella ialah kuda paling kecil yang sempurna dan tidak mempunyai ciri-ciri seekor kuda kerdil. Kuda pelik ini juga tidak mengalami masalah kesihatan dan sangat comel,” kata Alison.

Kuda terkecil di dunia

Wanita minum air kencing sendiri

Carrie adalah mangsa serangan kanser berusia 53 tahun dari Colorado Springs dan menurut rakannya, dia telah melakukan beberapa petua pelik sepanjang beberapa tahun ini namun meminum dan menggunakan air kencingnya dalam aktiviti harian adalah cara yang paling pelik. Ibu kepada empat cahaya mata perempuan ini menghidap kanser tahap tiga lapan tahun yang lalu dan mula mengamalkan meminum lima gelas air kencingnya setiap hari dengan harapan ia dapat membantu memulihkan penyakitnya.

gambar wanita kencing
Minum air kencing sendiri adalah rutin harian Carrie
"Rasa Air kencing saya bergantung kepada apa yang saya makan, kadang-kadang ia masin. Kadang-kadang rasanya seperti champagne plum. Saya suka asparagus namun saya tidak akan memakannya lagi kerana ia membuat air kencing saya tidak sedap," kata Carrie.

gambar wanita kencing
Kelihatan menjijikkan namun inilah kehidupan sebenar Carrie
Carrie bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi turut menggunakannya untuk memberus gigi, membasuh muka dan menjadikannya salap untuk disapu ke bahagian tubuhnya.

gambar wanita kencing
Carrie memberus gigi menggunakan air kencingnya sendiri
sumber- jennykaleyn

Kampung poligami di Amerika

Dalam undang-undang Amerika, berpoligami adalah satu perbuatan terkutuk. Tetapi, bagi 1200 penduduk Centennial Park, iaitu sebuah perkampungan kecil di Colorado Arizona, berpoligami adalah kemestian. Malah gadis-gadis di sini ingin berkongsi suami selepas berkahwin kelak. Sekitar 1200 penduduk Centennial Park hidup berpoligami atas alasan mereka tersendiri. 

rahsia bahagia berpoligami

Ariel Hammon, 32, yang mengahwini Helen, 30, mendapat tujuh cahaya mata. Kemudiannya dia mengahwini Lisa, 20, yang memberikannya dua lagi cahaya mata. Bagi Ariel dan kedua-dua isterinya, berpoligami bererti menambah tenaga manusia untuk pembangunan. " Warga di Centennial Park pernah membina rumah baru berhampiran rumah utama dalam masa dua hari sahaja. Ini kerana kami di sini mempunyai ramai anak maka ramailah sukarelawan." kata Ariel kepada ABCNews.

Cemburu kerana cinta berbelah bahagi? “Kami tidak pernah memikirkannya, malah inilah yang saya impikan sejak dahulu,” kata Helen. Lisa pula berkata. "Saya tidak ada masalah Ariel sudah berkahwin malah saya menganggapnya sebagai bonus."

Beberapa penduduk yang ditanya mengenai seks mengaku rimas. Menurut mereka, para remaja tetap menjaga kesucian dan dilarang berciuman sebelum berkahwin. Di atas keruntuhan moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park lebih tertutup dan curiga kehadiran orang asing. “Kerana agama melarang (seks sebelum berkahwin),” kata seorang penduduk.

Ariel juga menilai program Big Love di televisyen HBO yang menggambarkan poligami mencetuskan perbalahan, cemburu, hasad dengki sesama isteri, bukanlah kenyataan sebenar. Apa yang penting bagi Ariel ialah menjaga keutuhan rumah tangga dan mendidik anak-anak sehinggalah seks bukan lagi keutamaan. "Untuk hubungan seks, kami harus mencuri waktu kerana ramai anak-anak di rumah. Seks adalah ekspresi cinta dan banyak cinta yang terdapat di sini," kata Ariel.

Derita Manusia Pokok

KITA pernah dengar mengenai tumbuhan (periuk kera) yang makan serangga tetapi pernahkah anda melihat dahan dan ranting kayu tumbuh pada badan manusia?

Manusia pokok
Dede pernah mengambil bahagian dalam pertunjukkan aneh untuk menyara keluarga.-Foto Ehsan www.thatsweird.net
Perkara aneh ini berlaku kepada seorang bekas nelayan di Indonesia yang digelar ‘Separuh Manusia Separuh Pokok.’

Seorang doktor dari Amerika Syarikat pernah cuba untuk mengubati penyakit aneh ini dengan Vitamin A, namun gagal.

Nelayan tersebut, Dede dahulunya tinggal di sebuah perkampungan terpencil bersama dua orang anaknya. Penduduk tempatan memanggil Dede ‘Lelaki Pokok’ dan keadaannya membuatkan doktor-doktor tempatan bingung.

Dahan-dahan menyerupai struktur akar tumbuh terjulur di bahagian kaki serta tangannya dan ini meliputi seluruh badan Dede. Panjangnya boleh mencecah 5 sentimeter setahun.

Untuk menyara keluarga, Dede pernah menyertai kumpulan sarkas untuk mempamerkan anggota-anggota badan yang diliputi tumbuhan bagaikan dahan pokok.

Dia juga mengambil bahagian dalam pertunjukkan aneh yang disertai oleh mereka yang mengalami kecacatan.

manusia pokok
Dede selepas menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 6 kg.
Kisah ‘Separuh Manusia Separuh Pokok’ juga dijadikan dokumentari dalam rancangan ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery TV.

Sebelum ini, Dede dilahirkan secara normal dan ketumbuhan bagaikan ketuat mula tumbuh di lengan Dede selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

Ianya berlaku selepas Dede ditimpa kemalangan pada usia remaja. Ketumbuhan itu membingungkan industri perubatan Indonesia pada masa itu.

Ketumbuhan itu tersebar dengan cepat ke seluruh badan dan ini membuatkan Dede tidak berupaya untuk melakukan rutin hariannya selama hampir dua dekad.

Lelaki malang ini dibuang kerja dan isterinya turut meninggalkannya. Dede pada masa itu, terpaksa menyara dua orang anaknya yang meningkat remaja dalam keadaan serba kekurangan.

Walaupun saudara-mara terdekat memberikan sokongan, Dede selalu dijadikan bahan ejekan penduduk-penduduk perkampungan nelayan, tempat Dede tinggal.

Dede pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 6 kg pada tahun 2008. Tetapi ketumbuhan itu tumbuh semula dan menjadi punca kematian Dede.

sumber- MStar

Babi melahirkan gajah

Anhui, China- Pelik tapi benar. Itulah yang dapat digambarkan tentang penemuan ini. Seekor babi yang dimiliki oleh Li melahirkan 7 ekor anak. Namun, apa yang mengejutkan ialah seekor daripada anaknya mirip seperti gajah. Anak babi tersebut kelihatan lincah dan cergas ketika baru dilahirkan tetapi tidak lama kemudian ia kerap bersin dan kekurangan susu. Ianya mati sembilan jam selepas dilahirkan. Mengikut fakta, pelbagai kelahiran anak babi yang pelik pernah direkodkan namun penemuan sebegini adalah yang pertama di dunia.

the mistery pig given birth an elephant

Ditikam 15 Kali Kerana Hina Nabi Muhammad

Sergey Aslanyan
Sergey Aslanyan
SEORANG juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. 

Juru hebah yang bernama Sergey Aslanyan,46 itu dibawa ke hospital Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Saksi mengatakan, Aslanyan diserang kerana sebelum ini dia ada menghina Nabi Mumammad SAW.

Menurut laporan polis, pada petang Isnin 28 Mei yang lalu, seorang lelaki tidak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika dia keluar dari rumahnya, dia terus diserang dan dihentak dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada, serta lengan.

Aslanyan mengatakan, lelaki yang menyerangnya berteriak "kamu adalah musuh Allah" sambil terus menyerangnya.

Polis mengesahkan, lelaki yang menyerangnya berusia sekitar 30-an dan berbadan kurus, sementara beberapa saksi lain mengatakan penyerangnya adalah lebih dari seorang.

Sergey Aslanyan
Parah selepas diserang

Menghina Nabi

Dua minggu sebelum kejadian ini, Sergey Aslanyan telah menghina Nabi Muhammad SAW dalam segmen radionya.

Sergey mengeluarkan kata "Nabi Muhammad yang kita kenal adalah bukan seorang yang taat beragama. Ia adalah seorang usahawan, setelah ia mendapat kekayaan dia merancang bagaimana caranya supaya dikenali dunia".

Dia turut mengeluarkan ayat  "Nabi Muhammad menulis semula Al-Quran, orang akan tahu bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang penjaga kedai di pasar, tetapi seorang tokoh politik yang luar biasa."

Walaupun Aslanyan pernah meminta maaf atas kata-katanya itu, namun ianya gagal mengubah perspektif sesetengah pihak sehingga dia sendiri telah diserang.

Kereta rempuh kereta, seorang rentung

Kereta rempuh kereta, seorang rentung
Anggota polis melihat keadaan kereta mangsa yang rentung mengakibatkan pemandunya terbunuh. Gambar kecil gambar mangsa, P Vikneswara
BALING- Seorang lelaki India rentung di bahagian tempat depan penumpang setelah kereta yang dinaikinya terbakar  setelah merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Jalan Lata  Bayu Asam Jawa, Mukim Pulai kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Mangsa, P Vikneswara, 23, dari Ladang S.I.M.G Sungai Toh, Bedong gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran kereta itu setelah kakinya tersepit.

Manakala, pemandu dan seorang lagi penumpang kereta terbabit sempat keluar dari kenderaan tersebut dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kenderaan mangsa  dikatakan terhoyang-hayang sebelum merempuh sebuah kereta di hadapannya.

“Keadaan itu mengakibatkan kenderaan mangsa berpusing dan seterusnya merempuh pembahagi jalan di kawasan tersebut sebelum terbakar,” katanya kepada Sinar Harian.

Api kenderaan yang terlalu marak menggagalkan penduduk setempat untuk membantu mengeluarkan mangsa selain risau berlakunya sebarang letupan.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling dikerahkan di tempat kejadian.

Mereka mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam kebakaran selain mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

sumber- Sinar

Cubaan seludup pistol gagal

Cubaan seludup pistol gagal
Zull Aznam (tengah) menunjukkan revolver yang dirampas pagi semalam.
KANGAR - Hasrat seorang penjual ikan membawa masuk sepucuk revolver buatan Brazil tidak kesampaian apabila dikesan polis di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pagi semalam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner, Zull Aznam Haron berkata, lelaki itu ditahan pada jam 8.12 pagi ketika menaiki kereta menghala masuk ke ICQS Padang Besar dari negara jiran.

Beliau berkata, pemeriksaan polis terhadap kenderaan terbabit menjumpai sepucuk Revolver dan enam butir peluru serta senjata buku lima. Wang lebih RM3,000 turut dirampas.

“Lelaki berusia 39 tahun itu berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang dan direman tujuh hari bermula semalam. Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kejadian serangan jenayah.

“Kita juga menjumpai perkakas menghisap dadah. Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

“Revolver itu diperoleh dari Thailand, namun tujuannya membawa masuk senjata itu ke Malaysia masih dalam siasatan,” katanya.

Zull Aznam berkata, kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi 14 tahun dan sekurang-kurang enam sebatan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

sumber- Sinar

Bertelagah ketika menyamun

pukul dengan batang paip
Izuan (kanan) memeriksa 29 jahitan dikepala bapanya, Ismail yang dipukul perompak dengan batang besi paip.
REMBAU – Tindakan seorang perompak memukul kepala mangsa dengan batang paip besi menyebabkan dia dimarahi salah seorang daripada empat ahli kumpulan yang lain dalam kejadian samun di Kampung Anak Air Kundur, di sini, awal pagi semalam.

Rakan perompak berkenaan memarahinya kerana tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan itu, malah salah seorang ahli kumpulan sempat beristighfar apabila melihat mangsa samun berkenaan cedera.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, sekumpulan lima perompak bertindak memecah masuk rumah didiami seorang pesara tentera, Ismail Yunus, 65. di kampung berkenaan.

Ismail berkata, ketika kejadian, dia bersama anak lelakinya tidur di ruang tamu rumah, sementara isteri Ismail, Jainon Jais, 55, tidur dalam bilik.

Menurutnya, dia terpinga-pinga apabila dikejutkan dari tidur oleh lima perompak terbabit.

"Berdasarakan dielek percakapan, perompak itu merupakan warga asing. Kumpulan perompak itu menutup sebahagian muka saya dan anak saya dengan kain itu, namun saya tidak sedar perompak itu mengarahkan kami diam.

“Saya bertanya 'kenapa?', menyebabkan mereka terkejut dan secara tiba-tiba salah seorang daripada perompak berkenaan memukul kepala saya dengan batang besi paip sehingga darah bercucuran membasahi baju saya," katanya.

Katanya, tindakan perompak itu menyebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan memarahi tindakannya itu.

"Dengan keras, dia mengingatkan rakannya bahawa tujuan datang ke rumah adalah untuk merompak dan bukan membunuh orang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di satu lagi kediamannya di Desa Permai Pedas, di sini, semalam.

Menurut Ismail, dia turut melihat salah seorang perompak beristighfar kerana tidak setuju dengan tindakan meluru rakannya itu.


Perompak bantu hentikan darah

ANAK lelaki Ismail, Mohd Izzuan Ismail, 31, menceritakan, selepas ayahnya dipukul, salah seorang perompak sempat membantu menghentikan pendarahan di kepala ayahnya dengan mengikat menggunakan kain pelikat.

"Ketika itu, selimut yang digunakan menutup muka saya terjatuh dan nampak perompak berkenaan bersungguh-sungguh mengikat kepala ayah saya.

“Selepas itu, perompak berkenaan dengan pantas menutup kembali muka saya dan mengarahkan kami diam. Masa itu, saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan ayah yang cedera di kepala," katanya.

Izzuan berkata, kira-kira 3.45 pagi, perompak berkenaan melarikan diri sebelum dia bersama ayah dan ibu tirinya itu berjaya melepaskan ikatan.

"Disebabkan semua telefon bimbit dilarikan perompak itu, kami bergegas keluar dari rumah menahan kenderaan orang awam untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Izzuan yang merupakan kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berkata, dia tidak menyangka gerak hati datang ke rumah ayahnya dan mengambil keputusan untuk bermalam akibat keletihan, membantu mengurangkan
keresahan ayahnya yang mungkin panik jika berhadapan situasi berkenaan berseorangan.

"Malam tadi (kelmarin), saya tergerak datang ke rumah ibu tiri saya untuk menghantar sehelai baju kemeja dan kain pelikat baru, sebagai hadiah hari raya.

“Biasanya saya tidur lewat, namun selepas solat Terawih sekitar 10 malam, saya mengantuk menyebabkan saya ambil keputusan untuk tidur bersama ayah," katanya.

Katanya, dia tidak sedar ketika perompak berkenaan masuk ke rumah menerusi tingkap yang dipotong besinya dan beberapa kepingan cermin dikeluarkan.

"Sebelum perompak melarikan diri, mereka meminta kunci kereta saya menyebabkan saya terpaksa menyerahkan kunci berkenaan kerana bimbang diapa-apakan," katanya yang kehilangan kereta jenis Perodua Alza biru bernombor pendaftaran NCP 2558.


Hanya ambil wang RM50

SEMENTARA itu, Jainon berkata, buat masa ini barangan yang dikesan hilang adalah wang tunai kira-kira RM50, tiga telefon bimbit milik mereka tiga beranak, baju raya Ismail yang baru dibeli anak tirinya itu, serta kereta milik Izzuan.“Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri kami tidak dilarikan perompak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan insiden berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, perompak berkenaan memecah masuk rumah dengan bersenjatakan parang, kayu dan batang besi paip yang digunakan memukul kepala mangsa. 

“Mangsa dikejarkan dengan ambulans bagi mendapat rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja'afar, beberapa jam selepas kejadian," katanya.

Akibat pukulan berkenaan, Ismail menerima 29 jahitan di kepala.

sumber- Sinar

Mangsa tetak tidak bersemangat sambut Aidilfitri tanpa suami

Mangsa tetak tidak bersemangat sambut Aidilfitri tanpa suami di sisi
Juriah menerima 40 jahitan akibat terkena tiga tetakan.
Mangsa tetak tidak bersemangat sambut Aidilfitri tanpa suami di sisi
Kesan darah dan tempat Mohd Revuan ditetak bertubi-tubi oleh wanita yang dipercayai kurang siuman
LEDANG - “Syawal tahun ini sangat tidak bermakna dan saya tidak bersemangat menyambutnya tanpa suami di sisi,” demikian luahan Juriah Dimiyati@Demyati, 61.

Juriah adalah mangsa tetak yang terselamat dalam kejadian diserang seorang wanita dipercayai kurang siuman menggunakan parang sehingga meragut nyawa suaminya, Mohd Revuan@Mohd Reduan, 73, di Kampung Parit Kerinchi Bukit Gambir, 29 Mei lalu.

Meskipun tragedi berdarah itu sudah berlalu hampir tiga bulan, tetapi Juriah merasakan ia seperti baru berlaku semalam.

Menurutnya, peristiwa tersebut tidak mungkin dapat dilupakan dalam hidupnya, lebih-lebih lagi apabila dia sendiri menjadi saksi arwah suaminya ditetak menggunakan dua parang oleh wanita kurang siuman yang secara tiba-tiba memasuki rumah mereka.

“Setiap kali potong tulang ayam, pasti akan teringat bunyi yang sama didengar ketika suami ditetak bertalu-talu oleh wanita itu.

“Semua yang berlaku masih segar dalam ingatan ini dan pastinya saya akan mengalirkan air mata setiap kali teringatkan arwah,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya, semalam.


Suka duka 40 tahun bersama

Juriah berkata, sepanjang 40 tahun berkongsi hidup, terlalu banyak kenangan  manis, suka dan duka yang mereka lalui bersama.

Katanya, apabila arwah meninggal dunia, separuh daripada jiwa dan hidupnya turut hilang sama, serta merasakan kehidupannya hari ini tidak seindah seperti ketika arwah masih hidup.

Lebih-lebih lagi apabila Aidilfitri bakal disambut esok, pastinya akan membuatkan dirinya bertambah sedih apabila mengenangkan arwah juga makanan kegemarannya pada pagi hari raya iaitu ayam masak kari dan kuah lodeh.

Walaupun Aidilfitri nanti akan disambut bersama anak tunggalnya, Mohd Tukiran, 38, menantu dan dua cucunya, tetapi keseronokan itu pastinya tidak sama seperti ketika arwah masih hidup.

Sambil menahan sebak, Juriah berkata, setiap kali Ramadan, arwah orang yang paling gembira mahu menyambut Aidilfitri mengalahkan dua cucu yang tinggal bersama mereka iaitu Mohd Aiman, 9, dan Mohd Aikal Aneq, 8.“Arwah memang suka beli keperluan untuk menyambut hari raya lebih awal secara   sedikit demi sedikit. Seminggu sebelum meninggal dunia, arwah sempat beli selipar di pasar lambak yang katanya untuk digunakan pada Aidilfitri nanti.

“Tapi, semuanya ini tinggal kenangan dan anggap ia sebagai kenangan terindah, walaupun terlalu pahit untuk menerima kehilangan arwah,” katanya akan menatap gambar kenangan arwah setiap kali merinduinya.


Mahu main buai funfair

Katanya, sebolehnya setiap hujung minggu, dia yang ditemani anak dan cucunya akan meluangkan masa menziarahi kubur arwah di Sengkang, Bukit Gambir, dekat sini.

Mengimbau tragedi sedih itu, Juriah berkata, paling tidak boleh dilupakan adalah perlakuan pelik suaminya tiga hari sebelum kejadian, apabila arwah menyatakan hasrat untuk bermain buaian di funfair di Bukit Gambir, ketika dalam perjalanan pulang selepas menikmati mi Bandung kegemarannya di sebuah restoran berhampiran.

“Saya menolak permintaan arwah secara baik  dan memberitahunya  berasa malu kerana sudah tua serta  tidak sesuai untuk bermain buaian di funfair.

“Sebaliknya arwah hanya mendiamkan diri sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah,” katanya.


Tragedi pulang menoreh getah

Juriah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.41 pagi pada 29 Mei lalu, dia dan suami baru sahaja pulang daripada menoreh getah.

Menurutnya, dia berada di dapur kerana menyiapkan keperluan untuk memasak hidangan tengah hari, manakala suaminya sedang berehat di ruang tamu.

“Kemudian saya dengar bunyi pintu depan rumah ditendang dengan kuat sehingga terbuka.

“Saya terkejut lalu ke ruang tamu dan melihat wanita itu sudah berada dalam rumah sambil menjerit meminta tolong,” katanya.

Jelasnya, tiba-tiba wanita itu berlari ke dapur dan mencapai dua parang sebelum menetak bertubi-tubi di badan dan bahu kiri suami serta darah membuak-buak keluar.

Tambahnya, dia turut terkena tetakan di bahagian kepala ketika cuba membantu menyelamatkan suaminya.

“Melihat keadaan wanita itu yang semakin agresif, saya nekad merangkak ke luar dan menjerit meminta pertolongan daripada jiran,” katanya.

Menurutnya, suaminya meninggal dunia ketika menerima rawatan di HPSF Muar akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan serta putus satu jari tangan.

Berikutan itu, Juriah yang mengalami kecederaan parah dengan tiga tetakan di kepala dan menerima 40 jahitan ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

sumber- Sinar

Kebajikan kami tidak terbela

rumah sewa kampung baru
Lima keluarga diarah berpindah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih kawasan itu yang bermula 12 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR - Di saat umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri, lima keluarga tanah mendap Kampung Baru baru dikejutkan dengan notis arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berpindah rumah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih kawasan untuk jangka pendek.

Notis diterima 14 Ogos lalu itu, menimbulkan rasa kurang senang penduduk terlibat tambahan pula, perayaan semakin hampir dan perbincangan bersama pihak berkenaan masih belum selesai.

Lebih memberi tekanan apabila mereka terlibat perlu berbuat demikian dalam masa tujuh hari dari tarikh notis, atau akan di kompaun sebanyak RM250 sehari, jika tidak berpindah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Terowong Sungai Bonos, Kampung Pindah, Zainal Federick Zakaria, berkata, selepas 16 bulan sejak kejadian April 2011, kehidupan penduduk terlibat tidak mendapat sebarang pembelaan dari pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Menurutnya, badan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Baru yang sepatutnya berjuang untuk kebajikan mangsa-mangsa sehingga kini masih berdiam diri tanpa sebarang tindakan atau usaha untuk membantu bagi meringankan beban ditanggung oleh penduduk terlibat.

“Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (KB CORP) menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini tapi masih belum dapat memainkan peranan berkesan dalam menangani masalah ini.

“Terlalu banyak kerenah birokrasi dan  berlakunya terlepas pandang atau mempunyai kepentingan politik pihak tertentu, menyebabkan isu yang begitu penting bagi mangsa tanah mendap terabai dan berlarutan sehingga hampir menjelang hari raya kali ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Terowong Sungai Bonos, Kampung Pindah, Abdul Ghani Mohd Noor, berkata, lebih 18 keluarga yang terbabit secara langsung, melibatkan sebanyak sembilan lot yang mempunyai geran individu atau persendirian (bukan setinggan).

Katanya, masalah mendapan yang berlaku berpunca dari saluran air bawah tanah yang tidak pernah diselenggara dengan baik oleh pihak bertanggungjawab.

“Palong yang usang ini tersumbat, rosak dan pecah di beberapa bahagian dan tidak dapat lagi menampung laluan air yang banyak ketika hujan.

"Akibatnya  air yang mengalir dengan kuat dan deras mengakibatkan pergerakan tanah di bawah begitu ketara dan akhirnya menyebabkan tanah mendap berlaku dan menjadikan kawasan terbabit tidak lagi selamat untuk didiami.

“Sehingga kini sudah lebih 33 tahun saluran tersebut dibina oleh pihak JPS tanpa sebarang jaminan keselamatan  dari pihak yang bertanggungjawab kepada pemilik-pemilik tanah terbabit,” katanya.

Difahamkan, saluran bawah tanah tersebut dibina oleh Jabatan Parit dan Tali Air (JPT) pada 1968.

Seterusnya, pada 1978 ia dibuat penambahbaikan kerana saluran tersebut pecah lagi akibat banjir pada ketika itu.

sumber- Sinar

10 tahun garfu dalam perut

GARDNER menunjukkan garfu yang dikeluarkan dari perutnya.
GARDNER menunjukkan garfu yang dikeluarkan dari perutnya.
BARNSLEY: Apabila Lee Gardner bergegas ke hospital selepas muntah darah dan mengalami sakit perut yang amat sangat, dia bimbang keadaannya kesihatannya itu lebih teruk lagi.

Bagaimanapun, doktor di Barnsley terkejut apabila menemui garfu sembilan inci dalam perut lelaki itu dan lebih mengejutkan, ia berada di situ sejak lebih 10 tahun lalu.

Pakar perubatan itu bertambah keliru lagi apabila Garner, 40 berkata, dia langsung tidak ingat tertelan garfu berkenaan.

Sepuluh tahun lalu, doktor berkata, garfu itu akan melalui sistem penghadamannya secara semula jadi dan dia menjangka ia sudah tidak ada lagi.

Tetapi, ia sebenarnya masih berada di dalam perutnya.

Garner kini sudah pulih sepenuhnya.

“Saya muntah darah dan apabila mereka memeriksa perut saya dengan kamera, doktor bertanya: ‘Adakah anda pasti anda tidak menelan sesuatu?’” katanya.

“Saya memberitahu mereka tidak tetapi doktor itu bertanya lagi: ‘Anda pasti? 
Saya melihat sesuatu seperti garfu?’ Saya teringat menelannya secara tidak sengaja beberapa tahun lalu.

“Saya begitu terkejut. Saya tidak pernah menghadapi masalah dengan perut saya, kecuali beberapa tahun sebelum ini apabila saya merasakan ada sesuatu di dalam perut saya apabila saya membongkok.” 

Tetapi nasihat doktor selepas saya tertelannya ialah ia akan melalui sistem penghadaman dalam perut saya dan itu sudah lama berlaku. Saya tidak pernah terfikir ia disebabkan garfu itu.

Gardner teringgat bagaimana dia bermain dengan garfu plastik dalam mulutnya beberapa tahun lalu apabila dia tercekik dan menelannya secara tidak sengaja.

Doktor di Hospital Barnsley menggunakan kamera untuk melihat dalam perutnya bagi mencari punca kesakitan yang dialami Garner apabila menemui objek misteri itu. 

Imej menunjukkan kepala garfu itu terletak dalam perutnya dengan pemegangnya tersembul pada usus kecil.

Kepala garfu itu menekan pada perutnya hingga menyebabkan ulser yang membawa kepada pendarahan. 

sumber- DM

Ibu OKU, anak ketumbuhan otak

SAKIT...Nor Azizah bersama Aleeya (kiri) yang menghidap ketumbuhan dalam otak sejak setahun lalu.
SAKIT...Nor Azizah bersama Aleeya (kiri) yang menghidap ketumbuhan dalam otak sejak setahun lalu.
PELABUHAN KLANG: Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah perumpamaan menggambarkan pengorbanan sepasang suami isteri di Kampung Sungai Sireh Tambahan Dua, di sini, dalam usaha merawat anak sulung perempuan mereka berusia lima tahun yang menghidap ketumbuhan dalam otak sejak setahun lalu.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Nor Azizah Saidin, 36, dan suami, Idaruzi Samsudin, 38, tetap berusaha mencari dana untuk merawat Alleya Rumaiesyah yang kini memerlukan rawatan susulan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua bulan lalu.

Lebih menyedihkan, Nor Azizah yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa berulang-alik menaiki komuter dari sini ke Kuala Lumpur setiap minggu walaupun masih dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak bongsunya, Amirul Quzairi lebih sebulan lalu.

“Masa berpantang saya dihabiskan untuk menjaga Alleya yang memerlukan penjaga sepanjang dia berada di HKL. Dalam masa yang sama saya perlu berulang-alik ke rumah untuk menjaga tiga lagi anak berusia sebulan hingga empat tahun kerana tiada penjaga.

“Suami pula hampir setiap hari akan berulang ke HKL dengan menaiki motosikal atau komuter kerana Alleya tidak boleh berenggang dengan dia dan saya pula tidak mampu untuk mendukung Alleya ketika proses rawatan radioterapi dilakukan kerana masalah OKU,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, sejak dimasukkan ke HKL, Aleeya dibenarkan pulang ke rumah setiap hujung minggu. Nor Azizah berkata, dia bersama suami buntu untuk mencari wang bagi menanggung perbelanjaan perubatan anak mereka dan kos perjalanan ke HKL hingga terpaksa meminjam daripada Ah Long.

Katanya, pada Mac lalu, Alleya menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub menghubungkan otak hingga perut bertujuan menghalang daripada sebarang jenis cecair bertakung di saraf tunjang otak.

“Kos pembedahan itu sebanyak RM8,000. Puas kami kumpulkan wang dengan meminjam daripada saudara-mara, bank termasuklah daripada along dan membuat kutipan derma.

“Pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,500 sebulan memang tak cukup,” katanya. Nor Azizah mengakui perasaan malunya sudah hilang apabila sering meminta derma serta ihsan sama ada daripada keluarga terdekat, individu perseorangan serta institusi zakat kerana dia perlu memperuntukkan kira-kira RM100 sehari membabitkan kos pengangkutan awam dan keperluan anaknya.

Alleya mula dikesan menghidap ketumbuhan dalam otak sejak Oktober tahun lalu dan pembedahan dijalankan pada Mac lalu untuk memasukkan tiub menghubungkan otak dan perutnya di Hospital Sungai Buloh.

Sepanjang rawatan berkenaan Alleya pernah berada dalam keadaan koma selama 15 hari dan keadaan kritikal sebanyak tiga kali. Malah ketumbuhan dalam otak sehingga ke saraf tunjang yang dihidapi Alleya boleh dilihat dengan jelas di bahagian belakang kanak-kanak malang itu.

Kepada individu atau pihak berkaitan yang mahu membantu keluarga ini boleh menghubungi Nor Azizah di talian 018-2671198 atau 012-3500425.

sumber- HMetro

Telefon pintar sebagai jururawat

what is android?

Sebuah gajet yang hebat tidak hanya didatangkan dengan satu fungsi saja. Sebaliknya ada mempunyai pelbagai fungsi tambahan yang mampu membuatkan pengguna memiliki gajet semua dalam satu.

LiveWatch V iaitu telefon pintar Android berupaya menggabungkan rangkaian sensor yang berfungsi untuk memeriksa kesihatan penggunanya. Dengan kata lain, memiliki telefon pintar ini seperti memiliki jururawat peribadi. 
Selain boleh memeriksa kesihatan penggunanya, LiveWatch V turut mempunyai aplikasi yang lain seperti laman sosial dan permainan video.

Dengannya anda juga boleh melakukan beragam ujian kesihatan seperti pemantauan ECG, tekanan, denyut nadi, denyut jantung, peratusan lemak dan suhu tubuh.

Penghidap diabetes, boleh memanfaatkan LiveWatch V untuk memantau kandungan monitor glukos dalam darah dengan menambahkan alat stripetes dan jarum.

LIVEWATCH V 
− Boleh mengesan suhu badan
− Memantau kandungan glukos dalam darah
− Dilengkapi aplikasi laman sosial

Harga getah dijangka pulih tempoh terdekat

Program penanaman semula getah bakal menyebabkan  pengurangan eksport sebanyak 150,000 tan.[Gambar hiasan]
Program penanaman semula getah bakal menyebabkan pengurangan eksport sebanyak 150,000 tan. [Gambar hiasan]
Kuala Lumpur: Harga getah di pasaran tempatan dijangka pulih dalam tempoh terdekat dengan gred SMR20 diunjurkan kembali meningkat ke paras RM10 sekilogram pada akhir September atau Oktober ini.

Penganalisis berkata, ini susulan keputusan drastik yang diambil pakatan negara pengeluar utama komoditi itu, iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia untuk melaksanakan langkah baru bagi membantu memulihkan harga. 

Ini termasuk penarikan balik 300,000 tan getah asli daripada pasaran; dan mempercepatkan program penanaman semula seluas 100,000 hektar. 
Program penanaman semula itu bakal menyebabkan pengurangan eksport sebanyak 150,000 tan.

Pasaran tidak menentu

“Pasaran getah yang sejak kebelakangan ini tidak menentu akibat dihimpit masalah penurunan harga serta kelembapan ekonomi global, akan bertindak balas secara positif dengan hasil kesepakatan yang dicapai tiga pengeluar utama dunia ala OPEC itu apabila dagangan kembali dibuka minggu depan dan ini seterusnya akan meningkatkan kembali minat belian.

“Semua peserta pasaran, dari pekebun kecil, peniaga sehinggalah kepada pihak berkepentingan dalam industri getah asli kini boleh bernafas lega,” katanya ketika dihubungi BH di Kuala Lumpur. 
Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam satu kenyataan bersama semalam berkata pelaksanaan dua langkah baru itu bertujuan memulihkan kembali harga getah yang kini berada pada paras kira-kira RM7 sekilogram.

Kenyataan itu berkata, ketiga-tiga negara itu bimbang mengenai penurunan harga getah asli yang memberi kesan langsung kepada pendapatan pekebun kecil masing-masing.

Harga dijangka kekal stabil

Sementara itu, seorang penganalisis lain turut melihat harga gred SMR20 boleh meningkat dan dijangka kekal stabil pada paras RM10 sekilogram sepanjang tiga bulan terakhir tahun ini.

Katanya, harga komoditi itu berkemungkinan boleh meningkat sehingga RM17 atau RM18 sekilogram tahun depan, sekali gus mencatatkan paras tertinggi baru.

“Permintaan getah asli daripada syarikat pengeluar kereta di Jepun diunjurkan kukuh dalam separuh kedua tahun ini walaupun berdepan peningkatan kebimbangan ketidaktentuan ekonomi global.

“Ini sejajar dengan pemulihan beransur-ansur industri automotif Jepun dan perkembangan ini sudah tentu akan membantu melonjakkan kembali harga,” katanya sambil menambah beberapa pengeluar kereta utama dunia seperti Nissan kini sedang dalam proses meningkatkan pengeluaran unit keretanya susulan pelancaran model barunya.

Harga getah gred SMR20 pernah mencecah paras tertinggi dalam sejarahnya, iaitu RM17.245 sekilogram pada Februari tahun lalu, tetapi menjunam beberapa bulan berikutnya akibat meningkatnya kebimbangan terhadap permintaan susulan ketidaktentuan ekonomi global yang dicetuskan oleh ketegangan di Asia Barat serta masalah kewangan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Pada penutupan pasaran semalam, harga getah gred SMR20 berada pada paras RM7.75 sekilogram, naik 14 sen daripada RM7.61 sekilogram sebelumnya.

Penganalisis berkata, selain pelaksanaan dua langkah baru oleh tiga negara pengeluar utama getah dunia itu, kekangan penawaran berikutan faktor cuaca turut akan menyokong harga komoditi itu untuk melonjak pada paras yang tinggi.

sumber- BH

Kasih tak berubah

SEDIH...Haslinda menemani suami, Riduan yang kehilangan dua tangan terkena renjatan elektrik.
SEDIH...Haslinda menemani suami, Riduan yang kehilangan dua tangan terkena renjatan elektrik.
IPOH: “Walaupun suami cacat dan dipotong kedua-dua belah tangan, saya tetap setia menjaganya sampai mati,” luah Haslinda Zahari, 25, sambil menitiskan air mata di sisi suaminya, Riduan Hashim, 31, yang nyaris maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait sawit, pada 22 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja kampung cedera parah melecur dan terbakar seluruh tubuh selepas galah aluminium yang digunakan secara tidak sengaja tersentuh kabel elektrik berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, terpaksa dipotong kedua-dua tangannya selepas bahagian anggota tubuhnya itu tidak lagi berfungsi akibat kecederaan teruk dialami.

“Hati isteri mana yang tidak sedih melihat suami tiba-tiba menjadi cacat dalam sekelip mata. Keadaan tubuhnya kini cukup memilukan selepas dia terpaksa menjalani lebih 10 pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya.

“Tragedi menimpa Riduan tambah sedih pada saat kebanyakan umat Islam bergembira menjalani ibadat puasa, selain akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

sumber- HMetro

Seksa saksi samun

MOHMAD...trauma
MOHMAD...trauma
KUALA LUMPUR: “Bagaikan dalam neraka...hampir setiap hari saya ditumbuk, ditampar selain disepak terajang,” kata Mohmad, 34, menceritakan pengalaman ngeri dikurung selama 21 hari di sebuah rumah oleh sekumpulan lima penjenayah sejak ‘diculik’ di hadapan rumahnya di Cheras, di sini, pada 23 Julai lalu.

Menurutnya, lima penjenayah bersenjatakan pisau itu bertindak demikian kerana mahu mendesaknya supaya tidak menghadiri perbicaraan kes samun membabitkan empat lagi rakan mereka yang dijadualkan berlangsung selepas Aidilfitri.

“Jika saya tidak datang (perbicaraan), rakan mereka berpeluang untuk dibebaskan daripada kesalahan jenayah itu,” katanya yang juga saksi utama satu kejadian samun yang berlaku awal Januari lalu, ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohmad berkata, dia hanya dibebaskan kumpulan penjenayah itu jam 5 petang, 12 Ogos lalu selepas dipaksa menandatangani surat perjanjian yang kononnya dia berhutang dengan kumpulan itu RM15,000 sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini, kelmarin.

“Dengan surat perjanjian itu, mereka (penjenayah) mengugut untuk membuat laporan polis mendakwa saya tidak membayar hutang berkenaan sekiranya menghadiri perbicaraan,” katanya.

sumber- HMetro

Pelukis pelan tak sempat bertunang

pelan rumah kampung moden
Keadaan kereta Perodua Kancil yang remuk teruk akibat kemalangan petang kelmarin.
IPOH - Kemalangan yang meragut nyawa seorang pelukis pelan, Mohd Hazlailee Mahmad, 23 di Kilometer 374.5 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Slim River, menghala arah selatan, petang kelmarin, sekali gus menguburkan impian mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya pada hujung tahun ini.

Bakal tunangan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shila, 20-an, masih terkejut dengan kejadian itu dan memaklumkan kali terakhir dia menghubungi mangsa, sekitar jam 6 petang, kelmarin.

Menurut Shima, dia telah menghubungi mangsa ketika itu dan meminta mangsa menunggunya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor pada jam 7 malam untuk menghantarnya pulang ke rumah.

“Saya menghubunginya berulang kali sebaik tiba di R&R Sungai Buluh, namun gagal sehinggalah panggilan saya dijawab seorang kakitangan ambulans yang memaklumkan kejadian berkenaan.

“Saya berkejar ke Hospital Slim River. Luluh dan terkilan hati saya kerana setibanya saya di hospital berkenaan, Mohd Hazlailee telah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Menurutnya, dia terkilan kerana kekasihnya itu pernah berjanji untuk membawanya membeli belah di Kuala Lumpur sebelum pulang beraya ke rumah ibu bapanya di Pasir Mas, Kelantan.

“Kami sudah mengatur rancangan untuk mengikat tali pertunangan hujung tahun ini. Malangnya hasrat itu terkubur,” katanya.

Sementara itu, Ketua PolisOthman Nayan memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 6.30 petang dan mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Laksamana, Batu Caves, Selangor selepas menyiapkan tugasan di Pulau Pinang.

Menurutnya, mangsa memandu kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki bersama seorang rakan, Mohd Jamadil Awal Mat Isa, 23 (duduk di tempat duduk penumpang bahagian hadapan).

“Kereta yang dipandu mangsa dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta mewah di hadapannya, sebelum melanggar pembahagi jalan, menyebabkan kereta berkenaan terbalik.

“Kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat dan mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga, manakala Mohd Jamadil Awal turut dirawat di hospital sama kerana mengalami kecederaan kecil.

sumber- Sinar

Tragedi balik raya

bersedih balik raya
SEORANG tekong (kiri) dan seorang PATI (dua dari kanan) yang berjaya diselamatkan dalam kejadian bot karam berhampiran Tanjung Pengelih, Kota Tinggi sempadan perairan Singapura semalam.
JOHOR BAHRU - Impian enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang beraya di negera asal tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka maut manakala empat yang lain hilang selepas bot pancung yang dinaiki karam berhampiran Tanjung Pengelih, Kota Tinggi sempadan perairan Singapura kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, seorang tekong warga tempatan berusia 44 tahun dan seorang lagi PATI berusia 26 tahun berjaya diselamatkan.

Katanya, bot pancung yang membawa PATI keluar secara haram dari Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang ke Batam, Indonesia itu dipercayai karam akibat dipukul ombak.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan melalui talian 999 daripada seorang nelayan tempatan kira-kira pukul 8.25 malam kelmarin memaklumkan menemui seorang mangsa bot karam.

"Hasil maklumat tersebut, Maritim Malaysia menggerakkan sebuah kapal dan sebuah bot laju dibantu pasukan Polis Marin dari Pangkalan Polis Marin Stulang dengan kekuatan 30 anggota ke lokasi yang dilaporkan bagi gerakan mencari dan menyelamat.

"Nelayan berkenaan telah menyerahkan mangsa kira-kira pukul 9.30 malam dan dalam operasi mencari, kita berjaya menemui seorang lagi mangsa yang berpaut pada boya dan dia dibawa ke jeti Marina yang terletak kira-kira tiga batu nautika dari tempat kejadian untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Adon berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada mangsa tersebut, empat lagi mangsa termasuk seorang wanita dipercayai hanyut ke perairan Singapura dengan berpaut pada tong-tong kecil.

"Kira-kira pukul 2 pagi tadi (semalam) pihak Polis Pengawal Pantai Singapura memaklumkan penemuan satu mayat lelaki warga Indonesia yang dipercayai salah seorang mangsa bot pancung yang karam itu," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, hasrat 12 orang PATI untuk pulang beraya di kampung halaman tidak kesampaian apabila mereka ditahan pasukan Polis Marin Wilayah 2 di sebuah kebun dekat Sungai Cemaran, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Rabu lalu.

Timbalan Komander Polis Marin Wilayah 2, Superintendan N. Kalai Chelvan berkata, kesemua mereka yang berusia 20 hingga 46 tahun itu ditahan pada pukul 8 malam di kawasan kebun berkenaan yang merupakan pusat transit sebelum mereka diseludup keluar dari negara ini secara haram melalui laluan laut.

sumber- Kosmo

RM107,000 dilarikan tukang tilik

HOCK SING menunjukkan rakaman kamera litar tertutup yang merakamkan penipuan sekumpulan warga China yang menyamar sebagai tukang tilik di Melaka semalam.
HOCK SING menunjukkan rakaman kamera litar tertutup yang merakamkan penipuan sekumpulan warga China yang menyamar sebagai tukang tilik di Melaka semalam.
MELAKA - Angkara percaya ramalan tukang tilik bahawa anak bakal ditimpa kemalangan, seorang suri rumah kerugian barang kemas berjumlah RM102,000 dan wang tunai RM5,000 dalam kejadian di Medan Selera Malim di sini pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an pada mulanya didatangi seorang wanita memberitahu dia sedang mencari bomoh atau tukang tilik dan bertanya sama ada mangsa mengenali individu sebegitu.

Menurut beliau, ketika mangsa sedang berbual dengan suspek pertama itu, seorang lagi rakan suspek datang lalu memberitahu mengenali seorang tukang tilik berkenaan dan membawa mangsa serta suspek pertama berjumpa dengan tukang tilik tersebut yang sebenarnya rakan subahat mereka.

"Ketika berjumpa tukang tilik yang merupakan wanita warga China itu, mangsa diberitahu akan ditimpa malang kerana anaknya akan mengalami kemalangan jalan raya.

"Tukang tilik itu kemudian memberitahu terdapat cara membuang nasib malang tersebut iaitu dengan menyerahkan barang kemas miliknya untuk disembahyangkan," kata Hock Sing pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.

Hock Sing berkata, mangsa yang percaya dengan kata-kata tukang tilik itu pulang ke rumah dan kemudian menyerahkan barang kemasnya bernilai RM102,000 yang telah dibalut dengan kain serta wang tunai RM5,000 kepada suspek.

"Tukang tilik itu kemudian melakukan upacara sembahyang pada barang kemas itu dan menyerahkan semula dengan berpesan supaya mangsa tidak membuka bungkusan itu selama sebulan selain tidak memberitahu kepada sesiapa pun mengenai tilikan berkenaan.

"Tanpa disedari mangsa, kesemua barang kemas di dalam bungkusan itu sebenarnya telah ditukar sebelum diserahkan semula," katanya.

Menurutnya, mangsa yang pulang ke rumah selepas itu berasa curiga dengan perkara tersebut lalu membuka bungkusan berkenaan dan terkejut mendapati barang kemasnya telah hilang sebaliknya diganti dengan jagung dan dua botol air mineral. Dia kemudian membuat laporan polis.

"Ketiga-tiga suspek berusia 40 hingga 50 tahun dan dipercayai berasal dari negara China. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Dalam pada itu, Hock Sing berkata, sepanjang tahun ini, terdapat lapan kes seumpama itu dilaporkan melibatkan kerugian RM607,470.

"Kawasan operasi tukang tilik atau bomoh penipu itu ialah di pasar, medan selera, tokong atau bank dan mereka menjadikan wanita yang bersendirian sebagai sasaran," katanya.

sumber- Kosmo

Gadis maut dikelar depan pintu

woman crime victims
Anggota polis mengusung mayat Yasuhaidah (gambar kecil) yang ditemui mati di depan pintu di dalam rumah sewanya semalam. 
PETALING JAYA – Seorang gadis sempat membuat biskut raya untuk dikirim kepada ibu bapanya di Beruas, Perak sebelum ditemui mati dengan lehernya dikelar di depan pintu sebuah rumah flat di Flora Damansara di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa, Yasuhaidah Yeop, 22, yang merupakan kakitangan pusat perkembangan minda kanak-kanak di Mutiara Damansara meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai 14 kesan kelaran di leher dan kepala, kesan luka di kedua-dua belah tapak tangan, empat kesan tikaman di kedua-dua belah rusuk, satu tikaman di belakang leher dan satu kesan luka di perut.

Mangsa menyewa di rumah yang terletak di tingkat enam flat berkenaan bersama seorang kakaknya namun semasa kejadian mangsa berada seorang diri di rumah tersebut.

Kakak mangsa, Yanoaini Yeop, 35, berkata, dia mengetahui kejadian malang yang menimpa Yasuhaidah yang mesra dipanggil Ucuk apabila seorang lagi adik perempuannya yang tinggal bersama mangsa menghubungi suaminya, Syahar Mohd. Ali, 38, pada pukul 4 pagi.

“Masa menelefon, dia (adik) minta suami saya bertenang sebelum beritahu Ucuk sudah tiada (meninggal dunia) kena tikam,” kata wanita itu ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Yanoaini, mangsa menyewa di flat itu bersama kakaknya, Yazniyana Yeop sejak enam bulan lalu namun semasa kejadian gadis itu tinggal seorang diri kerana kakaknya keluar bersama teman lelakinya untuk membeli barangan keperluan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Yanoaoni memberitahu, anak bongsu daripada lapan beradik itu tidak mengikut kakaknya membeli-belah di Jalan TAR pada malam tersebut kerana mahu berehat untuk bekerja syif pagi semalam.

“Sebelum keluar rumah, Yazniyana ada pesan dengan Ucuk yang dia akan pulang lambat dan mahu bersahur bersama-sama,” katanya sambil memberitahu Yazniyana bekerja di sebuah restoran makanan segera.

Sebelum itu, pada petang kelmarin, dua beradik itu yang menunggang motosikal berkunjung ke rumahnya di Taman Medan di sini menghantar biskut raya yang dibuat sendiri oleh mereka untuk dikirim kepada keluarga di Beruas.

“Petang itu (kelmarin), Ucuk bawa dua anak saya berjalan-jalan di kawasan rumah sebelum mereka berdua balik ke Damansara selepas berbuka puasa,” kata Yanoaoni.

“Ini kali pertama Ucuk membuat sendiri biskut raya untuk keluarga,” katanya.

Yanoaini memberitahu, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, gadis itu merancang beraya di ibu negara kerana hanya bercuti satu hari pada hari raya tersebut.

“Ucuk beritahu dia akan pulang beraya ke kampung pada hari raya kelima,” katanya.

Mangsa sebelum ini tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya di kampung dan pernah beberapa kali menukar pekerjaan sejak datang ke ibu negara sebelum pulang ke kampung dan datang semula ke ibu negara.

Dalam pada itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Kosmo! berkata, ketika kejadian dia sekeluarga yang bangun untuk bersahur terdengar suara orang seolah-olah mengerang kesakitan meminta tolong lebih sepuluh kali.

Selain itu, jiran itu juga mendakwa dia terdengar bunyi seperti orang menendang pintu jeriji beberapa kali.

“Suara meminta tolong itu tidak jelas kerana mangsa mungkin sedang kesakitan jadi saya minta abang keluar untuk periksa apa yang berlaku,” katanya yang tinggal di tingkat lima flat yang sama.

Menurut saksi itu lagi, dia yang turut naik ke tingkat atas terkejut apabila melihat seorang wanita berpakaian lengkap dalam keadaan terbaring berlumuran darah di depan pintu jeriji yang berkunci tetapi pintu kayu terbuka sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, dia tidak mengenali mangsa kerana mereka tinggal di tingkat berasingan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Difahamkan, polis yang menyiasat lokasi kejadian menemui segumpal rambut milik mangsa dipercayai direntap oleh suspek. Polis menemui menemui dua bilah pisau yang dipercayai turut mempunyai kesan darah.

“Tiada kesan umpil dan pecah masuk pada pintu rumah itu,” kata beliau.

sumber- Kosmo

Program realiti tawar tiket ke Marikh

GAMBAR lakaran artis menunjukkan kapsul yang menjadi tempat penempatan angkasawan di Marikh pada April 2023.
GAMBAR lakaran artis menunjukkan kapsul yang menjadi tempat penempatan angkasawan di Marikh pada April 2023.
THE HAGUE, Belanda - Sebuah program realiti televisyen akan menghantar empat angkasawan ke planet Marikh pada April 2023.

Penghantaran itu tujuh tahun lebih awal daripada rancangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS).

Projek itu dikenali sebagai Mars One dan pencarian angkasawan tersebut akan bermula pada tahun depan.

Menurut jurutera mekanikal, Bas Lansdrop, 35, kos untuk melaksanakan misi itu ialah AS$6 bilion (RM18.79 bilion) dua kali lebih tinggi daripada kos kenderaan robotik Curiosity milik NASA.

Kehidupan angkasawan itu akan dirakamkan dan mereka tinggal dalam kapsul yang berasingan.

Kapsul, makanan dan kenderaan robotik akan dihantar antara 2016 dan 2022.

Berdasarkan rancangan Lansdrop, kumpulan pertama melibatkan empat angkasawan itu akan disertai oleh beberapa orang lagi sehingga terdapat satu koloni manusia seramai 20 orang sedekad kemudian di Marikh.

Eksperimen saintifik termasuk mencari petunjuk kehidupan akan turut dilakukan.

Planet itu mempunyai suhu - 55 darjah Celcius manakala ruang udaranya dipenuhi dengan karbon dioksida.

Menurut Landsdrop, bekalan oksigen akan diperoleh daripada air yang ditemui di bawah permukaan Marikh.

Ketika ini Curiosity berada di Marikh selepas mendarat pada 5 Ogos menerusi penerbangan sejauh 566 juta kilometer ke Marikh selepas dilancarkan dari Florida, AS pada 26 November tahun lalu. 

sumber- Agensi

Mata wang khas di bandar Britain

GAMBAR menunjukkan beberapa mata wang kertas Bristol Pound yang digunakan di Bristol. - AFP
GAMBAR menunjukkan beberapa mata wang kertas Bristol Pound yang digunakan di Bristol. - AFP
BRISTOL - Ketika masyarakat Britain mengalami tekanan ekonomi ekoran krisis mata wang euro, pihak pentadbiran bandar ini merancang untuk memperkenalkan mata wang sendiri yang dikenali sebagai pound Bristol.

Inisiatif itu bertujuan untuk mengelakkan hasil kekayaan tempatan daripada mengalir ke tangan pihak luar.

Mata wang tersebut yang hanya boleh digunakan di bandar barat daya England ini akan dilancarkan September depan.

Pengasas bersama pound Bristol, Ciaran Mundy berkata, pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila ratusan perniagaan di sini bersetuju untuk menggunakan mata wang berkenaan.

"Persepsi mengenai perbankan dan wang adalah ia satu sistem tanpa belas kasihan. Orang ramai akan menggunakan mata wang yang memberi manfaat kepada mereka," kata Mundy.

Menurutnya, wang kertas pound Bristol mempamerkan simbol kemegahan tempatan termasuk imej penulis kurun ke-19, Hannah More dan pesawat supersonik Concorde.

Sebahagian pesawat berkenaan dibina di bandar ini.

Jelas Mundy, pemilik perniagaan boleh membayar cukai tempatan dengan menggunakan pound Bristol manakala 17,000 kakitangan majlis perbandaran di sini boleh memilih untuk menerima sebahagian gaji mereka dengan menggunakan mata wang itu. 

sumber- AFP

Empat rentung kelab malam terbakar

SALAH seorang pelancong Perancis yang cedera.
SALAH seorang pelancong Perancis yang cedera.
BANGKOK - Sebuah kelab malam yang popular dalam kalangan pelancong di Thailand terbakar awal semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang mati manakala 20 orang lagi cedera, kata beberapa pegawai.

Beberapa pekerja hospital dan warga asing merupakan antara mangsa dalam kebakaran kelab malam itu, Tiger di Phuket.

Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang rentung dari dalam timbunan kelab malam tersebut selepas api berjaya dipadamkan.

"Empat orang disahkan mati. Kami percaya mereka merupakan pelancong asing tetapi ia masih belum dapat dipastikan," kata Timbalan Gabenor Phuket, Chamroen Tipayapongtada menerusi telefon.

SEORANG lelaki melintasi kelab malam Tiger selepas kebakaran dipadamkan.
SEORANG lelaki melintasi kelab malam Tiger selepas kebakaran dipadamkan.
"Kebakaran berlaku selepas sebuah transformer di kelab malam berkenaan dipanah kilat dengan api merebak ke seluruh premis itu," tambahnya.

Beberapa petugas hospital di resort tepi pantai Patong memberitahu, mereka yang cedera termasuk warga tempatan dan pelancong asing.

"Kami menerima lebih 20 orang yang cedera dalam kebakaran di pub Tiger. Kebanyakan mereka mengalami sesak nafas," kata seorang pekerja hospital itu.

"Dua lagi berada dalam keadaan kritikal akibat tubuh mereka yang teruk melecur," tambahnya.

Menurut petugas berkenaan, mayat empat orang yang terkorban rentung sehingga sukar untuk pihak berkuasa mengecam identiti mangsa.

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...