Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, November 11, 2012

Potret kekasih Picasso berharga RM127 juta

Nature morte aux tulipes

NEW YORK - Potret kekasih Pablo Picasso hanya terjual pada harga AS$41.5 juta ( RM127 juta) ketika pameran seni di New York.

Lukisan tahun 1932 digelar Nature morte aux tulipes, itu dijual ketika pameran Sotheby Impressionist di Manhattan.

Namun, penganjur agak terkilan kerana harga potret itu sepatutnya mencecah AS$35 juta (RM107 juta) dan AS$50 juta (RM153 juta).

Lukisan menggambarkan wajah kekasih Picasso Marie Therese Walter, sedang mengubah bunga dalam keadaan ghairah.

Potret kekasih pelukis terunggul dunia itu sering menjadi  rebutan hartawan dan peminat lukisan dunia kerana mempunyai nilai estetika tinggi. 

sumber- AP

Pemogok lapar 12 tahun cipta rekod

MANIPUR - Seorang wanita nekad meneruskan mogok lapar yang dilakukan sejak 12 tahun lalu, sekali gus mencipta rekod mogok paling lama selepas tidak berpuas hati dengan akta Kuasa Khas Angkatan Tentera yang memberi kebebasan membunuh.

Irom Sharmila, 40, yang kini berada dalam tahanan masih enggan menghentikan tindakannya itu walaupun dipaksa makan dua kali sehari melalui saluran tiub, juga tidak mengosok gigi pada masa sama.

Irom Sharmila
Irom dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
Aktivis hak asasi manusia berkata, Irom mula mogok lapar kerana berang selepas menyaksikan 10 orang awam ditembak mati oleh tentera bersenjata Assam pada  2000 di Malom.

"Akibat daripada insiden itu, Irom mengalami trauma melampau hingga menyebabkan beliau nekad membunuh diri lalu dipenjara setahun angkara tindakkannya itu," katanya.

Menurutnya, Irom kini berada dalam keadaan lemah dan sukar melakukan pergerakan hingga terpaksa dibantu oleh pegawai penjara.

Ketua aktivis mendedahkan, insiden tercetus apabila berlaku perselisihan faham antara anggota keselamatan dengan pemberontak Manipur.  

sumber- Mail Online

Mayat berulat dalam bas

KAJANG - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menemui mayat wanita dalam keadaan kembung dan berulat di dalam sebuah bas yang tidak digunakan di dalam kawasan kompaun Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ, pagi ini.

Kejadian disedari jam 10.30 pagi oleh pengawal keselamatan, Santra Morgan yang kemudian menghubungi polis.

Mayat berulat dalam bas
Anggota forensik sedang menyiasat di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada Khamis lalu salah seorang mekanik MPKJ mengadu terlihat seseorang sedang tidur dalam bas berkenaan ketika ditugaskan memeriksa nombor chasis.

"Mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditemui dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian seluar pendek ketat berwarna hitam dan tshirt berwarna merah," katanya.

Menurutnya, turut ditemui tuala dan pisau pendek, namun  dokumen pengenalan diri gagal ditemui.

"Mangsa dipercayai mati lebih empat hari, motif dan punca kematian masih disiasat. Siasatan turut menjurus kepada jenayah atau sebaliknya," katanya.

Mayat dibawa ke hospital Serdang untuk dibedah siasat.

sumber- Sinar

Ramai wanita gersang

KUALA LUMPUR: Memiliki wajah kacak, berpenampilan menarik dan mahir memuaskan nafsu wanita gersang antara modal digunakan segelintir individu, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi, untuk meraih wang dengan cara mudah.

Dengan menawarkan khidmat sebagai gigolo atau pengiring sosial, ada antara mereka hidup mewah berikutan dibela wanita yang ketagih belaian lelaki muda. 

jadi gigolo
gambar hiasan
Dengan hanya melayan nafsu seks ‘mak ikan’ seminggu sekali atau menemani mereka ke mana saja, ada anak ikan bukan saja dibayar dengan wang ringgit, malah menerima hadiah seperti motosikal atau kereta bagi memudahkan mereka bergerak. 

sumber- HMetro

Misteri Mumia Itali

Rosalia Lombardo merupakan seorang gadis Sicily yang meninggal dunia ketika berusia dua tahun akibat radang paru-paru pada tahun 1920. Walaupun telah lama meninggal dunia, namun jasadnya masih utuh seperti baru semalam dikebumikan. Rosalia turut dikenali sebagai 'Sleeping Beauty'. Mayatnya sentiasa tidur di dalam keranda kaca di Capuchin Catacombs of Palermo, Itali. Ada yang menganggap bahawa Rosalia sebenarnya adalah patung tetapi setelah dilakukan imbasan Sinar X, ternyata dia adalah manusia sebenar yang pernah hidup di dunia. Rahsia keutuhan mayat Rosalia ialah dari bahan kimia yang digunakan bagi mengawetnya.

Rosalia Lombardo

Rumah terkecil dibina satu hari

London: Seorang arkitek Jerman cuba menangani krisis perumahan dengan mencipta rumah paling kecil di dunia berukuran hanya satu meter persegi dan hanya memakan masa sehari untuk dibina. 

Ada cukup ruang untuk menempatkan bangku di dalamnya dan pada waktu malam ia boleh digulung ke belakang untuk mengubahnya kepada sebuah katil. 

Arkitek Van Bo Le-Mentzel kini menyerahkan pelan induk ciptaannya One SQM, dengan harapan ia akan memperbaiki pasaran perumahan. 

Rumah terkecil di dunia
Rumah terkecil di dunia.

Tawar satu rumah 

“Saya mahu menawarkan rakyat satu pelan membina rumah mereka sendiri,” lapor akhbar The Sun memetiknya sebagai berkata. 

“Anda boleh membawanya dan tinggal di taman atau tasik atau di atas bumbung. Ia adalah rumah sebenar yang anda boleh tambah pemanas, panel suria atau tandas jika mahu,” katanya. 

Pembina hanya memerlukan sebatang tukul besi dan gergaji selain 20 meter papan, 200 skru, empat roda dan tingkap kaca serta pintu untuk membina bangunan seberat 40 kilogram itu. 
“Falsafah di sebalik projek saya ialah mencipta idea yang mana rakyat boleh mengembangkannya,” kata Le-Mentzel. 

sumber- Agensi

Sayu! Derita bayi berkepala besar

ALOR GAJAH - “Bila doktor beritahu kandungan saya tidak normal saya terus tersentak, dalam hati hanya berserah pada ALLAH atas ketentuan-Nya,” kata Nurul Aishah Zakaria, 26, ibu kepada, Muhammad Rizqhan Herman, 6 bulan, yang menghidap sejenis penyakit ketumbuhan di kepala yang membesar.

Aishah yang tinggal di Taman Paya Rumput, Masjid Tanah, di sini, berkata, ketika itu dia sedang mengandung lima bulan sebelum doktor mengesahkan kandungannya berisiko tinggi.

“Hasil pemeriksaan kandungan yang dilakukan sekitar November tahun lalu, doktor menyatakan kelahiran bayi perlu dilakukan melalui proses pembedahan berikutan penyakit pada bayi.

“Dengan kekuatan yang ada, saya mengumpul semangat yang hampir hilang ini dan bertekad membesarkan anak yang saya kandungkan itu bersama suami (Herman Hamdan, 29), " katanya.

bayi berkepala besar
Aishah melayan anak tunggalnya yang menghidap penyakit ketumbuhan di kepala sejak dalam kandungan.
Menurutnya, pada mulanya suaminya seperti tidak dapat menerima kenyataan itu selepas dimaklumkan berita itu namun, semuanya dapat diatasi sehinggalah Muhammad Rizqhan dilahirkan

"Kami bersyukur apabila anak sulung saya ini berjaya dilahirkan melalui pembedahan,  namun, memerlukan rawatan ulangan di Hospital Melaka (HM).

“Pada mulanya memang sukar untuk menerima hakikat namun, ia sudah menjadi perkara biasa dan kami gembira menerima rezeki yang dianugerahkan kepada kami, " katanya.

Aishah berkata, selepas beberapa kali mendapatkan rawatan di HM, anaknya dirujuk pula di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Anak saya kurang meragam cuma kerap buang air kecil dan merengek biasa pada waktu malam dan kami memerlukan lampin pakai buang yang banyak namun tidak berkemampuan.

“Saya hanya suri rumah, suami pula bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan RM500 sebulan. Kami juga terpaksa menumpang di rumah ibu bapa kami bagi meringankan beban,” katanya.

Ibunya, Mariam Md Zin, 54, berkata, dia gembira menerima kelahirannya cucu itu namun terkejut setelah dimaklumkan dia mengalami penyakit kepala membesar.

“Saya harap sangat penyakit cucu saya itu dapat pulih sebab saya tidak sanggup mendengar rengekan cucu setiap malam kadang kala menitis air mata tapi apakan daya.

“Bagi kita yang melihat keadaan kepalanya yang membesar mungkin tidak terasa apa-apa tapi bagi yang menanggung penyakit berkenaan sudah tentu sebaliknya,” katanya.

sumber- Sinar

Anggota polis keliru status diri

KULIM - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia.

Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas.

Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi.

Surat yang dikeluarkan oleh Bukit Aman
Surat yang dikeluarkan oleh Bukit Aman
Dia terkejut dan kecewa apabila  permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi.

Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980.

Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara.

“Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya.

Dia mendakwa surat daripada Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit Aman.

"Sudah lima kali saya memohon kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini, wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat dengan PDRM dibekukan,” katanya.

Dia bercadang membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Saya akan saman pihak terlibat. Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak menyertai PDRM.

"Kalau saya tidak layak, bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya.

sumber- Sinar

Bela 3 anak ikan

perempuan bela anak ikan

KUALA LUMPUR: Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia dan sihat tubuh badan tetapi angkara hobi jeliknya menyimpan lelaki muda untuk kepuasan nafsunya, ‘aset’ berharga itu hilang daripadanya hidupnya.

Episod hitam wanita berusia 53 tahun dikenali sebagai Jun ini bermula apabila dia disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 selepas dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada tiga ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.

Anak ikan ialah istilah digunakan untuk lelaki muda yang ‘disimpan’ wanita berusia sebagai pemuas nafsu.

Khuatir penyakit itu diketahui umum, dia mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.

Pada masa sama, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan tiga anak selepas mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang.

sumber- HMetro

Terlalu gemuk untuk jalani hukuman mati

Ronald Post

OHIO: Doktor seorang banduan yang menanti hukuman mati memberitahu mahkamah di sini semalam, pesakitnya terlalu gemuk untuk menjalani suntikan maut dan kerana itu tidak boleh menjalani hukuman berkenaan.

“Kerana tidak mempunyai vena pada lengan, tangan atau kaki untuk disuntik kerana terlalu gemuk, dia tidak boleh menjalani hukuman mati,” kata Doktor Sergio Bergese. Ronald Post, 53, sepatutnya menjalani hukuman itu pada 16 Januari depan atas kesalahan membunuh seorang kerani hotel, Grance Vantz pada 1983.

Post, 53, yang seberat 270 kilogram mahukan mahkamah membatalkan hukuman itu atas alasan berat badannya akan menyebabkan dia mengalami kesakitan amat sangat ketika menjalani proses berkenaan.

Menurut Bergese, Post juga mempunyai parut pada lengan kiri dan kanannya akibat cubaan membunuh diri. Parut berkenaan menyebabkan dia tidak boleh disuntik.

Sementara itu, waris mangsanya yang mendesak pihak berkuasa meneruskan hukuman itu, menyifatkan alasan Post sebagai jenaka. 

sumber- Agensi

PSY terima sijil Rekod Dunia Guinness

LONDON: Penyanyi sensasi Korea Selatan, PSY menerima sijil Rekod Dunia Guinness ketika ditemuramah di studio Radio 1 BBC di sini, semalam.

Gangnam World Records
PSY bersama sijilnya.
PSY, yang terkenal dengan lagu Gangnam Style menerima sijil berkenaan selepas mengalahkan LMFAO dan Justin Bieber untuk ‘Like’ paling banyak bagi video dalam YouTube. Video Gangnam Style mencatatkan 4,911,081 ‘Like’ sejak mula dimuatnaikkan pada 15 Julai lalu.

“Saya begitu teruja,” kata PSY yang nama sebenarnya Park Jae-sang selepas menerima sijil berkenaan. “Inilah sijil pertama saya. Saya tidak pernah menerima sijil di sekolah,” katanya. 

sumber- Agensi

Oscar digelar kucing ganas

BUCKINGHAMSHIRE - Seekor kucing dari baka Turkish Van yang diberi nama Oscar, sangat 'ditakuti' penduduk Wingrave, di sini selepas haiwan berbulu itu pernah beberapa kali mendatangkan kecederaan kepada binatang serta manusia.

Bukan setakat itu, penduduk juga terpaksa membawa pistol air jika ingin berjalan di luar rumah bagi mengelak daripada 'diganggu' kucing itu.

Oscar
Oscar (kanan) bersama pemiliknya, Caroline Hughes.
Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.

Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang.

Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu.

Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010.

"Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu.

Wanita itu berkata, dia juga bersyukur apabila Oscar ditemui di sebuah rumah di Northampton, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Bagi penduduk Wingrave, mereka amat bersyukur dengan kehilangannya kerana menganggap kucing berusia lima tahun itu sangat ganas dan agresif. 

sumber- AGENSI

Pengantin rugi RM60,000

Pengantin rugi RM60,000
MOHD. Nizar menunjukkan pelamin perkahwinannya yang musnah akibat banjir di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang malam tadi.
KAJANG – Keluarga seorang pemuda terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM60,000 apabila pelbagai kelengkapan untuk majlis perkahwinannya musnah dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Ramal Dalam di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, satu set pelamin, 11 buah khemah, set peralatan audio serta ratusan kerusi dan meja hanyut dibawa arus deras.

Mohd. Nizar Yusalni, 26, berkata, sewaktu kejadian, rumahnya dipenuhi sanak saudara yang sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung semalam.

“Hujan lebat bermula pada pukul 6 petang. Apabila air mula naik ke paras betis, saya mengarahkan ahli keluarga supaya memindahkan lauk-pauk ke kawasan yang lebih tinggi.

“Namun, air mengalir terlalu deras menyebabkan kesemua kelengkapan yang lain tidak dapat diselamatkan,” ujarnya ketika ditemui semalam.

sumber- Kosmo

Dua beradik bukan Islam berkhatan di Masjid Negara

SEBAHAGIAN 200 kanak-kanak yang kelihatan kesejukan selepas dimandikan pada Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR - Dua beradik bukan Islam adalah antara 200 kanak-kanak yang dirai pada majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara semalam.

Chai Kian Fei, 10, dan Chai Kian Haw, 7, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Yuk Chai berbaris bersama kanak-kanak lain sebelum dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba.

Mereka yang memakai kain pelikat dan baju T kemudian dikhatan menggunakan teknik "Alisklamp" oleh 10 pegawai perubatan klinik swasta.

Terdahulu, ibu dua beradik itu, Kok Mi Fung berkata, dia terpanggil untuk menghantar anaknya menyertai program itu kerana menyedari kepentingan berkhatan.

sumber- Kosmo

Tiga remaja menyamar polis diberkas

KUALA LUMPUR - Perbuatan tiga remaja lelaki memperdaya seorang penunggang motosikal warga Pakistan dengan menyamar sebagai anggota polis bukan sahaja tidak menjadi malah mereka diberkas pihak berkuasa semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi di Jalan Loke Yew, mereka menaiki kereta Perodua Myvi sebelum menghalang motosikal yang ditunggang mangsa berusia 32 tahun.

remaja menyamar polis
TIGA remaja yang ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur semalam.
Ketiga-tiga remaja itu memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan mangsa berhenti di bahu jalan.

Ketika kejadian, tiga suspek, dua daripadanya berusia 15 dan 18 tahun dan sudah tidak bersekolah memakai baju T tertera logo Polis Diraja Malaysia dan mengeluarkan buku nota yang juga mempunyai logo sama.

Suspek kemudian meminta mangsa menunjukkan lesen memandu, cukai jalan dan pasport.

Ketua Unit Penguat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, tiga suspek itu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat anggota peronda yang kemudian menghampiri lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati tiga remaja terbabit cuba menipu penunggang motosikal tersebut dengan menyamar sebagai polis," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

sumber- Kosmo

Vios langgar tembok madrasah

KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah yang disifatkan tegar dan ganas hanya sempat menikmati hasil rompakan bank di Petaling Jaya, Selangor hanya lima hari sebelum mati ditembak dalam kejadian di Jalan Datuk Senu 3, Sentul di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang memiliki enam rekod jenayah itu mati akibat cedera parah selepas berbalas tembak dengan polis.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek dapat melarikan diri.

Vios langgar tembok
ANGGOTA polis forensik memeriksa kereta Vios yang digunakan penjenayah untuk melarikan diri di Kuala Lumpur semalam.
Episod malang penjenayah dari Kelantan itu bermula apabila sepasukan anggota polis terserempak dengan sebuah kereta jenis BMW berwarna putih di Greenwood, Gombak yang digunakan ketika menyamun bank berkenaan.

Sebaik menyedari diekori, suspek berhenti berhampiran Plaza Tol Gombak dan menaiki sebuah kereta Toyota Vios berwarna perak dipandu seorang lelaki lain yang menunggu di situ.

Anggota polis kemudian cuba menghampiri kenderaan tersebut tetapi suspek mengeluarkan senapang patah sebelum berlaku kejadian berbalas tembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek kemudian memecut kenderaan itu sejauh 15 kilometer hingga ke Jalan Datuk Senu 3.

"Akibat terlalu laju, kereta penjenayah terbabas dan melanggar tembok Madrasah Majidiah.

"Seorang suspek dapat melarikan diri manakala pemandunya maut terkena tembakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

sumber- Kosmo

16 banduan mati di penjara

COLOMBO - Satu kejadian tembak-menembak antara sejumlah banduan yang merusuh dengan pasukan keselamatan di sebuah penjara di ibu kota Sri Lanka di sini meragut nyawa sekurang-kurangnya 16 banduan, kata polis.

Pihak berkuasa menyatakan semalam bahawa pihaknya turut menangkap lima banduan yang melarikan diri.

banduan merusuh
SEJUMLAH banduan Sri Lanka berkumpul di atas bumbung sebuah penjara ketika beberapa pengawal mengusung seorang banduan yang cedera di luar penjara berkenaan di Colombo kelmarin.
Menurut polis, 42 orang lagi cedera dalam kejadian itu kelmarin yang tercetus selepas sejumlah banduan merusuh dan mengambil alih kawalan di penjara berkenaan tanpa mengulas lanjut.

Namun, seorang pegawai kanan penjara memberitahu, polis berjaya menawan semula pusat tahanan itu semalam.

Menurut Pengarah Hospital Kebangsaan Colombo, Dr. Anil Jasinghe, seramai 13 anggota polis, empat askar, seorang pengawal penjara dan seorang orang awam turut dirawat di hospital berkenaan akibat kecederaan.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...