Rosalia Lombardo merupakan seorang gadis Sicily yang meninggal dunia ketika berusia dua tahun akibat radang paru-paru pada tahun 1920. Walaupun telah lama meninggal dunia, namun jasadnya masih utuh seperti baru semalam dikebumikan. Rosalia turut dikenali sebagai 'Sleeping Beauty'. Mayatnya sentiasa tidur di dalam keranda kaca di Capuchin Catacombs of Palermo, Itali. Ada yang menganggap bahawa Rosalia sebenarnya adalah patung tetapi setelah dilakukan imbasan Sinar X, ternyata dia adalah manusia sebenar yang pernah hidup di dunia. Rahsia keutuhan mayat Rosalia ialah dari bahan kimia yang digunakan bagi mengawetnya.
0 comments:
Post a Comment