Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Friday, January 18, 2013
Struktur landasan kereta api paling serabut di dunia
Struktur landasan kereta api yang terlalu rumit dan paling serabut di dunia ini terletak di Frankfurt, Jerman. Walaupun struktur landasannya yang menghubungkan terlalu banyak laluan, namun amat jarang dan mungkin tidak pernah didengari langsung berlakunya kemalangan kereta api di Jerman hinggalah ke hari ini.
Segala isyarat dan pertukaran laluan dikawal secara automatik dengan menggunakan teknologi baru supaya pergerakan tren semuanya bergerak lancar. Para penduduk di Frankfurt sendiri memilih untuk menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama. Ianya juga merupakan antara perhubungan landasan kereta api terbesar dan tersibuk di dunia.
Keindahan Turnip Rock di Michigan
Turnip Rock merupakan salah satu tempat paling menarik di dunia yang patut dikunjungi. Ianya terletak di persisiran Tasik Huron, berdekatan Michigan. Sebenarnya masih ramai yang belum mengetahui kewujudannya. Turnip Rock seolah-olah pulau kecil yang tinggi dan mempunyai bentuk yang sangat luar biasa.
Ianya terhasil dari hakisan air sejak ribuan tahun yang lalu. Permukaan Turnip Rock dilitupi pokok-pokok dan juga tumbuhan kecil. Tempat tersebut hanya boleh dihampiri dengan menggunakan bot atau kayak. Turnip Rock masih kelihatan menarik ketika musim sejuk walaupun ketika itu air tasik membeku dan mula dilitupi salji.
Video: Pencuri tertinggal topeng terpaksa memakai baldi di kepala
Disebabkan tertinggal topeng semasa memecah masuk ke sebuah permis untuk mencuri, seorang lelaki terpaksa memakai baldi bagi mengelakkan identitinya dikesan.
Richard Boudreaux dikatakan telah memecah masuk ke restoran makanan laut tempat dia bekerja di Slidell, Lousiana. Dia telah membuat segala persiapan dengan membawa peralatan dan memakai sarung tangan supaya tidak meninggalkan sebarang kesan cap jari. Namun, dia telah tertinggal topeng di rumahnya sebelum melakukan jenayah tersebut.
Selepas mengingati terdapat kamera CCTV yang dipasang di permis itu, Boudreaux mengambil langkah 'bijak' dengan memakai baldi di kepalanya bagi menyembunyikan identiti.
Malangnya, kamera tersebut telah merakam wajahnya sepintas lalu dan polis berjaya mengenali wajah tersebut adalah Boudreaux. Dia kemudiannya ditahan di rumahnya atas kesalahan pecah rumah dan memiliki ganja.
Bilik Melepaskan Kemarahan
Novi Sad (Serbia): Savo Duvnjak memerhatikan sekeliling bilik, mengangkat pemukul besbol dan memukul apa saja dilihatnya dari katil, meja, laci, kerusi sehingga tidak ada lagi yang tinggal untuk dimusnahkan.
Ia bukanlah perbuatan jenayah, sebaliknya Bilik Melepaskan Kemarahan.
“Saya sudah melepaskan segala tenaga negatif saya. Tahun lalu sungguh mencabar dan saya mahu mengakhirinya dengan melepaskan geram,” kata pemuda berusia 18 tahun itu.
Didorong oleh ‘Bilik Melepaskan Kemarahan’ yang serupa seperti di Dallas, Texas, bilik versi Serbia itu diasaskan dua remaja belasan tahun yang melihat bilik asal di Amerika Syarikat itu di Internet dan berpendapat ia boleh dijadikan sumber kewangan.
Versi Dallas mengenakan bayaran RM225 bagi setiap sesi dan mempunyai pelbagai objek untuk dimusnahkan, termasuk komputer dan perabot pejabat. Bilik versi Serbia itu menggunakan garaj yang sudah diubah suai dan hanya menempatkan barang asas untuk dimusnahkan dan lebih murah.
Dengan mengenakan bayaran kira-kira RM18, pelanggan boleh memecahkan kerusi, meja, rak baju dan rak buku bersama-sama dengan barangan lain seperti bingkai gambar, tin kosong serta kontena plastik. Pelanggan disyaratkan memakai topi keledar, pelindung mata dan sarung tangan.
“Puluhan pelanggan sudah datang ke sini terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
“Ia juga popular di kalangan wanita,” kata Pausic.
Meskipun ia cara mudah untuk melepaskan geram, pakar memberi amaran yang projek seperti ini tidak boleh menggantikan terapi menguruskan kemarahan yang sebenarnya.
sumber- AP
Terseliuh 10 kali sehari
London: Menghidap sindrom Ehlers-Danlos, seorang wanita mengalami kesakitan dari semasa ke semasa pada bahunya hanya kerana pergerakan tubuh yang mudah.
Menurut Lauren Harry, pada hari tertentu sendinya boleh terseliuh sehingga 10 kali.
Minggu lalu saja, katanya, dia pergi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sebanyak empat kali. Doktor percaya, Lauren menghidap sindrom Ehlers-Danlos yang menyebabkan kolagen wanita itu terlalu lemah memastikan anggota badannya berada di tempat yang betul. Lauren - dari Wrexham, Wales - berkata, dia sakit pada kakinya ketika berusia 11 tahun tetapi menyangka ia masalah biasa akibat proses tumbesaran.
Kata Lauren, setakat ini dia menjalani lima pembedahan berasingan di Hospital Wrightington Lancashire, untuk memberi kestabilan pada bahunya.
Lauren yang kini bertugas sebagai kakitangan restoran makanan segera di Chester berkata, baru-baru ini semua jari tangannya terseliuh kerana membuka pintu tempatnya bekerja. Di rumah, kata Lauren, dia juga tidak boleh bergurau dengan adik-beradiknya tanpa mengalami kesakitan akibat terseliuh.
sumber- Daily Mail
Pertunjukan pakaian diperbuat daripada coklat
Wanita terperangkap di celah ruang sempit
PORTLAND - Seorang wanita terjatuh dari bumbung sebuah bangunan dan 'tersangkut' di ruang sempit yang terdapat di belakang dinding sebuah garaj parkir di sini kelmarin.
Wanita tersebut terperangkap selama empat jam.
Beberapa anggota bomba kemudian berjaya menyelamatkan wanita itu dengan menariknya keluar dari ruang tersebut selepas mereka membuat sebuah lubang di dinding garaj berkenaan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Portland, Ron Rouse berkata, wanita berkenaan terjatuh ke celah ruang itu semasa dia berjalan di atas bumbung.
Seramai 22 anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat wanita berkenaan.
Menurut Rouse, wanita berkenaan memeluk beberapa anggota bomba selepas dia berjaya diselamatkan.
Dia berkata, wanita berkenaan kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
sumber- Agensi
Bilik tidur angkasawan bentuk seperti belon
LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Sebuah 'bilik tidur angkasawan' yang berbentuk seperti belon akan diuji di Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (ISS).
Ia akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2015.
Syarikat itu telah melabur sebanyak AS$250 juta (RM753 juta) untuk menghasilkan bilik tersebut.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)