Penjara San Pedro merupakan penjara terbesar di La Paz, Boliva. Ianya terkenal kerana mempunyai masyarakatnya tersendiri. Berbeza dengan mana-mana penjara yang lain, komuniti tahanan di San Pedro mempunyai pekerjaan dan mereka akan membayar atau menyewakan tempat penginapan mereka malah sering membawa keluarga mereka untuk tinggal bersama. Anggota polis pula jarang memasuki kawasan penjara dan hanya mengawal dari luar sahaja.
Penjara ini menempatkan 1,500 banduan tetapi penghuninya adalah lebih ramai dari angka tersebut. Isteri dan anak-anak banduan sering dibawa untuk tinggal bersama dan mereka bebas untuk keluar masuk. Ini kerana, dengan keadaan si suami yang terpaksa menerima hukuman penjara, keluarga mereka tidak mempunyai pendapatan mencukupi bagi membayar sewa untuk tinggal di bandar. Keluarga banduan ini jugalah merupakan rangkaian penting yang akan membawa masuk barangan dari luar bagi dijual di gerai-gerai yang disediakan. Seramai 200 kanak-kanak diasuh di dua buah taska yang disediakan dan untuk pengajian yang lebih tinggi, mereka akan belajar di sekolah yang berhampiran.
Secara purata, seramai empat kematian dilaporkan setiap bulan sama ada akibat kematian biasa atau berlakunya jenayah. Penjara San Pedro mempunyai peraturan dan juga undang-undangnya sendiri. Setiap tahun mereka akan mengadakan undian bagi memilih ketua dan juga setiausaha kewangan. Sesiapa yang melakukan keganasan terhadap wanita atau kanak-kanak akan dihukum oleh penghuni lain. Ramai yang terbunuh namun jika terselamat, mereka terpaksa menanggung sendiri kos perubatan di hospital yang telah disediakan.
macam satu kampung ja. baik duk penjara ni. hahahaha
ReplyDeletehehee hebat la penjara nih
ReplyDelete