TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit di tengah-tengah kawasan pembinaan di sini akan dipindahkan.
Kubur yang terletak di atas bukit setinggi 10 meter itu sebelum ini masih belum dipindahkan walaupun kerja-kerja untuk membina sebuah bangunan kediaman sudah berjalan sejak tujuh bulan lalu.
BEBERAPA pekerja berjalan menuju ke sebuah kubur di atas sebuah bukit di lokasi pembinaan bangunan kediaman di Taiyuan semalam. |
Persetujuan tersebut dicapai tanpa menaikkan jumlah pampasan yang ditawarkan oleh pihak pemaju.
Media tempatan membuat spekulasi jumlah pampasan itu ialah AS$160,400 (RM489,485).
Kubur itu telah berada di atas bukit tersebut sejak 2004.
Keluarga si mati akan menemui pakar feng shui untuk mencari tarikh yang bertuah untuk memindahkan kubur tersebut menjelang Sabtu ini.
sumber- Agensi
0 comments:
Post a Comment