Sunday, July 15, 2012

7 setem termahal di dunia

1. The Three-Skilling Yellow


The Three-Skilling Yellow, adalah setem yang tersalah cetah dalam penerbitan pertamanya pada tahun 1855 oleh pemerintah Swedia.  Three-Skilling Yellow adalah setem yang unik dan hanya ada satu di dunia. Pada tahun 1984, setem ini terjual dengan harga 977.500 Swiss francs oleh David Feldman. Tahun 1990 nilainya meningkat mencapai angka satu juta dolar US. Kemudian pada tahun 1996, ia terjual dengan harga $2,3 juta. Setiap kali terjual, nilainya akan terus meningkat dan direkodkan sebagai setem termahal di dunia.


2. The First Two Mauritius


The First Two Mauritius stamps (1847) adalah dua siri setem pertama yang dikeluarkan oleh kerajaan Kolonial Inggeris. Yang ada sekarang hanyalah sekeping setem pertama dalam keadaan baru (tidak pernah ditampal) dan tiga keping setem kedua (turut  tidak pernah digunakan). Pada tahun 1993, David Feldman melelong setem Mauritius milik Hiroyuki Kanai dengan harga tertinggi. Setem pertama yang berwarna oren terjual dengan harga $1,072,260 dan yang kedua dengan harga $1,148,850. 


3. The Inverted Jenny


The Inverted Jenny adalah setem Amerika tahun 1918 dengan imej pesawat Curtiss JN-4 dan secara tidak sengaja tercetak terbalik. Ianya mungkin setem tersalah cetak paling terkenal di dunia. Hanya terdapat 100 setem tersalah cetak yang wujud membuatkannya menjadi salah satu yang paling berharga. Satu blok penuh setem Inverted Jenny terjual ketika di lelong oleh Robert A. Siegel pada bulan Oktober 2005  dengan harga US$2.7 juta. Pada November 2007, sekeping setem inverted Jenny terjual dengan harga US$977,500. Disember 2007, sekeping setem (belum digunakan) dengan keadaan baik dijual pada seorang eksekutif Wall Street dengan harga $825,000.


4. British Guiana One Cent Black on Magenta


British Guiana One Cent Black on Magenta (1856) adalah termasuk setem yang unik dan termahal. Setem ini dicetak di atas kertas kualiti rendah berwarna magenta dengan dakwat hitam. Dikatakan hanya terdapat sekeping di dunia ini. Tahun 1980, ianya telah dilelong kepada John Dupont dengan harga $935,000.


5. U.S. Franklin Z-Grill


U.S. Franklin Z-Grill, 1867. Merupakan setem paling unik dari kesemua setem Amerika Syarikat. Hanya terdapat 2 keping yang masih wujud. Pada tahun 1988, sekeping setem “Z-Grill” 1 cent tahun 1868 dijual dengan harga $930,000.



6. Hawaiian Missionaries


Hawaiian Missionaries, 1851 adalah setem pertama Hawai. Oleh kerana “Hawaiian Missionaries” dicetak secara kasar dengan kertas yang nipis dan berkualiti rendah, hanya beberapa setem sahaja yang berjaya diselamatkan. Setem 2 cent tahun 1851 adalah yang paling unik dari keseluruhan siri, dan hanya terdapat 16 keping sahaja kesemuanya. Sekeping setem Missionary 2 cent yang belum digunakan berharga $760,000 dan setem terpakai berharga $225,000.


7. The Penny Black


The Penny Black, adalah setem berpelekat rasmi pertama di dunia. Diterbitkan oleh Kerajaan Inggeris pada tanggal 1 Mei 1840 dan mulai digunakan pada tanggal 6 Mei. The Penny Black sebenarnya bukanlah setem yang unik atau jarang temui tetapi ia tergolong dalam kategori setem termahal. Sekeping setem Penny Black yang belum digunakan menurut katalog Scott pada tahun 2001 berharga $3,000 dan yang terpakai berharga $180.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...