Tuesday, October 23, 2012

Dipedaya Ustaz, 6 suri rumah tak dapat tunai umrah

JOHOR BAHRU – Hajat enam suri rumah menunaikan umrah bukan sahaja tidak kesampaian, malah terpaksa menanggung kerugian selepas terpedaya dengan tawaran seorang bergelar 'ustaz'.

Salah seorang mangsa, Noriah Alias, 55, berkata, 'ustaz' itu dikenali mereka sekitar Mac lepas ketika menghadiri kelas agama.

Dipedaya Ustaz
Suri rumah yang diperdaya Ustaz membuat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
“Dia kelihatan jujur dan menawarkan pakej umrah dengan harga RM3,540 seorang. Ketika itu kami teruja kerana harga ditawarkan lebih murah daripada pasaran.

“Atas dasar percaya, kami membayar RM1,100 bagi yuran keahlian dan RM400 bagi bayaran tambahan kerana membuat tempahan sempena cuti sekolah bulan Mei,” katanya sambil menjelaskan mereka masing-masing membayar sebanyak RM4,950 kepada 'ustaz' berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, sebulan sebelum tarikh berlepas, 'ustaz' terbabit memaklumkan bahawa perjalanan ke tanah suci itu ditunda dan kemudian ia dibatalkan kerana masalah visa.

“Agensi pelancongan yang diwakili 'ustaz' itu juga berjanji akan memulangkan semula duit kami, namun gagal,”  katanya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, hari ini.

Menurut Noriah, pembatalan itu menyebabkan mereka berasa malu kerana masing-masing telah membuat kenduri untuk ke tanah suci.

“Bagaimanapun kami tetap meneruskan niat dan mendaftar dengan agensi pelancongan lain. Alhamdulillah kami berjaya menunaikan umrah Ramadan lalu dengan pakej berharga RM5,000,” katanya.

Sementara itu, Presiden TTPM, Badius Zaman Ahmad kemudiannya membenarkan empat daripada lima tuntutan yang dikemukakan mereka mendapat pulangan wang RM4,950 setiap seorang kerana satu dokumen yang dikemukakan tidak lengkap.

Noriah dan tiga lagi rakanya dibenarkan mendapat wang mereka semula dalam tempoh 14 hari.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...