Wednesday, August 22, 2012

Rihanna masih mencintai Brown

rihanna chris brown together again
GAMBAR yang dirakamkan pada 4 Ogos lalu menunjukkan Rihanna (kiri) diwawancara Winfrey di rumah penyanyi itu di Barbados.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Rihanna mengaku dia masih mencintai penyanyi Chris Brown walaupun selepas tiga tahun dia dipukul oleh bekas kekasihnya.

Penyanyi lagu Umbrella itu juga menganggap Brown mungkin kekasih untuk sepanjang hidupnya.

Dia meluahkan perasaan itu kepada pengacara program bual bicara popular, Oprah Winfrey ketika diwawancara televisyen yang disiarkan pada Ahad lalu.

Rihanna memberitahu, dia dan Brown kembali mempercayai antara satu sama lain dan hubungan mereka kini sangat rapat.

Brown, 23, didapati bersalah pada tahun 2009 kerana memukul Rihanna dalam satu serangan ganas menjelang majlis Anugerah Grammy.

Dia meminta maaf secara terbuka kerana melakukan perbuatan itu.

Brown dihukum menjalani tempoh pemerhatian selama lima tahun, melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat, menghadiri kaunseling tentang keganasan domestik dan diarahkan untuk tidak mendekati Rihanna.

Perintah larangan itu telah ditarik balik pada tahun lalu.

Mereka turut kembali bergandingan menerusi lagu Birthday Cake dan Turn Up the Music pada tahun ini sekali gus mencetuskan spekulasi kedua-duanya telah kembali menjadi kekasih.

"Kami mengekalkan hubungan yang sangat rapat sejak arahan larangan digugurkan.

"Kami membina semula kepercayaan. Kami saling mencintai dan kemungkinan tidak akan cuba mengubahnya," kata Rihanna kepada Winfrey.

Bintang berusia 24 tahun itu berkata, sukar untuk dia menyembunyikan perasaannya apabila bertemu Brown.

"Ia janggal kerana saya masih mencintainya. Saya harus membuat muka yang selamba. Saya menganggap ia merupakan cinta buat seumur hidup saya," katanya. 

sumber- Reuters

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...