Fesyen adalah satu keperluan serta kehendak dalam menggayakan personaliti individu. Fesyen yang cantik juga memberi kepuasan pada pemakainya. Pelbagai cara yang digunakan oleh pereka fesyen bagi menempa nama dalam persada seni. Namun, adakah semua keunikan dan kreativiti mereka boleh diterima umum? Bagi sesetengah pihak, isu pakaian dalam mungkin sesuatu perkara yang sensitif untuk diperbincangkan. Tetapi tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam memberi asas keselesaan sebelum mengenakan sebarang pakaian lain. Berikut merupakan antara 10 pakaian dalam terpelik di dunia dan ada diantaranya mungkin tidak sanggup dipakai oleh sesiapa.
Pages - Menu
▼
Tuesday, August 7, 2012
Pelik! Hotel untuk mayat
LASTEL di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghunyinya terdiri dari mereka yang sudah meninggal dunia. Di Jepun kadar kematian tahunannya ialah 0.94% . Ini adalah jauh lebih tinggi dari purata kematian dunia 0.84% setahun. Tahun lalu sahaja terdapat lebih 1.2 juta kematian diseluruh negara matahari terbit ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 55 000 kematian dari tahun sebelumnya. Akibat kadar kematian yang bertambah, rumah mayat dan pembakaran menghadapi masalah menguruskan untuk jenazah. Si mati yang siap diuruskan rumah pengkebumian biasanya terpaksa menunggu sehingga 4 hari sebelum mayatnya dibakar. Melihat situasi ini Encik Hisayoshi Teramura mendapat idea membina LASTEL sebagai tempat "penginapan" terakhir simati. Anda pasti tertanya:
"Kenapa tidak bina sahaja lebih banyak rumah mayat dan rumah pembakaran? Kan lebih mudah?"
Jawapannya ialah di Jepun tanahnya terhad. Tiada siapa mahu rumah pembakaran atau bilik mayat berhampiran rumah mereka. Untuk letakkan keranda dirumah sementara menunggu giliran pembakaran pula rumah di Jepun memang sangat kecil. Encik Hisayoshi Teramura mengenakan bayaran 12000YEN (USD157) semalam kepada waris simati bagi memberi perkhidmatan menyimpan mayat dalam suasana yang bermartabat tinggi. Bilik LASTEL sebenarnya hanyalah bilik-bilik sejuk dan ahli keluarga boleh melawat simati pada bila-bila masa.
sumber- Eseshyu
Pelik! Surat khabar yang boleh di makan
Selalunya surat khabar hanyalah untuk dibaca lalu dibuang ataupun dikumpul untuk dijual. Namun di Britain, percaya atau tidak, beberapa pakar makanan telah mencipta surat khabar yang boleh dimakan.
Heston Blumenthal, seorang pakar masakan telah berperanan besar dalam mewujudkan idea unik ini. "Surat khabar yang boleh dimakan ini adalah idea terbaik saya," katanya.
Surat khabar yang unik ini mampu mengelak dari berlakunya kemusnahan hutan akibat penebangan pokok untuk mendapatkan kertas serta longgokan kertas terbuang.
Adunan untuk membuat surat khabar ini terdiri daripada tepung maizena, minyak sayuran, permen arab, air dan asid sitrat yang dimasak sehingga menjadi pasta liat. Idea ini pertama kalinya dicuba oleh akhbar Metro di Britain.
200,00 dipindahkan Taufan Haikui landa Shanghai
SHANGHAI: Pihak berkuasa China memindahkan 200,000 penduduk dari Shanghai selepas taufan kali ketiga dijangka melanda dalam tempoh seminggu di perairan pantai timur.
Taufan Haikui yang melanda kali ini dianggap paling kuat sejak 2005. Taufan berkenaan akan membadai kawasan daratan di Wilayah Zhejiang, di selatan Shanghai, lewat hari ini atau awal pagi esok, demikian kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi China.
Seperti Shanghai, pihak berkuasa di Zhejiang turut bergegas untuk menyelamatkan keluar kira-kira 130,000 penduduk, demikian laporan agensi berita Xinhua.
Pada pagi ini, taufan berkenaan dikesan berada di 330 kilometer di barat daya Zhejiang dan ramalan menunjukkan ia akan membadai kawasan bandar antara Ningbo dan Wenzhou.
sumber- BHarian
Ulat Bulu Yang Menyerupai Ular
Ulat bulu yang menyerupai ular ini dikenali sebagai Elephant Hawk Moth (deilephila elpenor). Walaupun kelihatan seperti ular, ianya tetap ulat biasa yang tidak boleh mematuk atau mengeluarkan bisa. Apabila diancam, ia akan menarik segmen badannya menyerupai kepala seekor ular. Mungkin inilah caranya untuk ia menakutkan musuh.
Telur ayam terbesar di dunia
Seekor ayam betina bernama Bolt di Christurch, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa.
Panjang telur gergasi itu 9 cm manakala lebarnya adalah 5.7cm.
Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun. "Saya tidak pasti rekod dunia untuk telur ayam paling besar di dunia tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.
Rekod dunia untuk telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2cm dan lebar 6.3cm dengan berat 201 gram.
Lebah terbesar di dunia
Megachile Pluto adalah lebah terbesar yang berasal dari Indonesia. Lebah ini menggunakan resin untuk membuat petak di sarangnya. Spesis betinanya mampu membesar sehingga 3.9 cm dengan lebar sayap 6.33 cm sedangkan pejantannya hanya mampu membesar sekitar 2.3 cm. Megachile Pluto dianggap sebagai lebah terbesar di dunia dan turut digelar sebagai Wallace's Giant Bee.
Megachile Pluto pertama kali ditemui pada tahun 1859 oleh seorang pencinta alam, Alfred Russel Wallace. Penemuannya kurang memberi banyak maklumat sehinggalah diteruskan pada tahun 1981 oleh Adam C. Messer, seorang entomologi Amerika, yang menemui enam sarang di Pulau Bacan dan pulau-pulau berdekatannya.
Katak terbesar di dunia
Goliath Frog yang berasal dari Sungai Benito, Cameroon , Afrika Barat adalah katak terbesar di dunia. Berat katak ni boleh mencapai 3.3 kg dan panjangnya pula boleh mencecah 33cm. Saiznya ini hampir sama dengan seekor kucing dewasa. Kanak-kanak di Afrika sudah biasa dengan katak ini dan ada yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.
Tembikai terkecil di dunia
Tembikai atau semangka terkecil di dunia ini bernama Pepquinos. Ianya berasal dari benua Amerika Selatan. Saiznya pula muat untuk sudu teh atau sebesar duit syiling iaitu sekitar 3cm dan panjang diameter 2cm.
Isinya berwarna hijau. Mungkin ianya tidak sesuai untuk dimakan seperti tembikai biasa dan lebih sesuai dijadikan ulaman atau sayuran seperti timun.
Rumah sewa mendiang Loga Alleycats terbakar
GEORGE TOWN – Hampir keseluruhan daripada koleksi album peribadi milik ahli kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam hangus dalam kejadian kebakaran di rumah sewanya di Jalan Azeze, Tanjong Bungah di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu turut memusnahkan tiga bilik yang terletak di bahagian atas rumah yang didiami isterinya, Datin Susan Lovie, 51, bersama adik ipar, Kevin Jonathan Boudville, 46.
Difahamkan, sebanyak 35 daripada 40 album simpanan yang dibingkai mendiang sejak 44 tahun mewarnai dunia muzik tempatan bersama abangnya, Datuk David Arumugam musnah dijilat api.
Kesemua koleksi perkembangan seni Alleycats diletakkan di ruangan khas di tingkat atas termasuk di dinding berdekatan tangga.
Menurut David, koleksi album itu merupakan sebahagian koleksi kenangan yang disimpan Loga manakala plak penghargaan dan koleksi album lain diletakkan di Galeri Alleycats di Kuala Lumpur.
sumber- Kosmo
Anjing Terbesar Di Dunia
Anjing yang bernama Giant George ini digelar sebagai "The Biggest Dog In The World". George bukanlah seekor anjing biasa, namanya telah tercatat di dalam "Guinness World Record" sebagai anjing terbesar di dunia. George dilahirkan pada 17 November 2005.
Tinggi George kini mencecah 1.09 Meter dengan berat 111Kg. Pemilik George iaitu David Nasser dari Arizona, Amerika, mengatakan dana yang diperolehi untuk anjingnya banyak dihabiskan bagi membeli makanannya kira-kira £110 (RM550) sebulan. Pada 15 Februari 2010, Guinness World Record telah memberikan dua lagi anugerah kepada George iaitu "Anjing tertinggi di dunia" dan "Anjing tertinggi di dunia yang masih hidup"
Asah pensil menggunakan hidung
Satu lagi alat tulis yang lucu dimana pengasah pensil direka bentuk seperti hidung manusia. Cara menggunakannya adalah dengan mencucuk mata pensil ke dalam lubang 'hidung' tersebut lalu diasah sehingga tajam. Sama sahaja seperti pengasah pensil yang lain.
Sebenarnya penggunaan pengasah pensil sebegini tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Bukan kerana menggelikan, tetapi takut jika kanak-kanak tidak tahu membezakan pengasah pensil dengan hidung sebenar rakan-rakan. Mungkin secara tidak sengaja rakan-rakan mereka terpaksa di masukkan ke ICU kerana kecederaan hidung yang parah.
Terkejut lihat mayat anak
ANGGOTA polis mengawal mayat Mohd. Nasiruddin yang terkorban dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka semalam. |
MELAKA – Seorang pemandu teksi terkejut apabila mendapati mayat mangsa kemalangan yang terbaring di atas jalan persimpangan lampu isyarat Cheng Heights Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di sini semalam merupakan mayat anaknya sendiri.
Nahas pukul 6.15 pagi itu mengakibatkan Mohd. Nasiruddin Shah Ishak, 28, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Mitsubishi dipandu seorang pelajar sekolah.
Mohd. Nasiruddin merupakan pekerja landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Mengimbau semula kejadian itu, Ishak Mohd. Amin, 60, memberitahu, ketika melalui jalan tersebut, dia ternampak mayat mangsa kemalangan terbaring atas jalan. Dia tidak perasan muka mayat itu kerana keadaan pada waktu itu masih gelap.
sumber- Kosmo
Curi kuih di surau kerana terlalu lapar
Eng Khim ketika melihat keadaan lelaki terbabit. |
KULIM - Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.
Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.
Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.
Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.
"Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya.
Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.
Aku cuma mahu makan saja," katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.
Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.
“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.
"Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.
"Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya.
Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.
Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima.
sumber- Sinar
Tindih kanak-kanak sampai mati untuk menghalau hantu
BERI KETERANGAN...anggota polis menyoal ahli keluarga mangsa. |
BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.
“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.
Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama.
sumber- HMetro
2 keluarga bertempur di restoran
CEDERA...seorang remaja cedera. |
JEMPOL: Akibat perselisihan faham, dua keluarga bertempur membabitkan 11 suspek termasuk sembilan remaja di sebuah restoran di Taman Meranti, Bahau, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam pergaduhan jam 10.30 malam pada 4 Ogos lalu itu semua suspek ditahan berikutan terbabit dalam pergaduhan ganas sehingga menggunakan senjata termasuk pisau kecil, kayu dan botol minuman.
“Suspek yang terbabit pergaduhan itu berumur 12 hingga 42 tahun termasuk remaja perempuan berusia 15 dan ibunya berumur 38 tahun.
“Kejadian berpunca daripada seorang bapa remaja terbabit yang cuba menyelamatkan anaknya dalam kejadian itu. Bapa remaja berumur 42 tahun itu pemilik restoran berkenaan.
“Kemudian, keadaan lebih tegang sebelum tercetus pergaduhan menggunakan beberapa senjata seperti pisau kecil, kayu dan botol minuman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat polis daerah (IPD), semalam.
Bagaimanapun Hamzah berkata, kejadian itu tiada unsur pergaduhan berkumpulan.
“Susulan itu, tujuh individu daripada 11 yang terbabit cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jempol dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan akibat merusuh menggunakan senjata,” katanya.
sumber- HMetro
Panahan petir sambar kepala
SEDIH...ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun. |
ENDAU: “Saya mahu kerja hari ini saja, esok tidak lagi sebab saya masih bercuti, maklumlah raya dah dekat,” itu kata-kata akhir Mohd Nazrun Othman, 27, yang maut disambar petir di rumah kongsi tempat dia bekerja, kelmarin.
Kejadian jam 7 malam itu berlaku di Ladang Sungai Merbau, Ulu Sungai Endau, dekat sini, ketika Mohd Nazrun memasang alat pengecas telefon sebelum sambungan berkenaan disambar petir lalu menyambar kepalanya.
Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, ketika ditemui di rumahnya di Felda Selendang, Rompin berkata, perubahan sikap mangsa yang seolah-olah berat hati untuk pergi bekerja sebenarnya petanda dia meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.
Katanya, arwah yang bekerja sebagai pemandu lori masih bercuti namun bekerja pada hari kejadian kerana mahu mengumpul lebih banyak wang menjelang Aidilfitri, namun pada masa sama berat hati meninggalkan keluarga dan dilihat termenung di depan rumah biarpun enjin motosikalnya sudah dihidupkan.
“Tak sangka rupa-rupanya perubahan itu petanda hari terakhirnya bersama kami.
Kami sangat terasa kehilangannya memandangkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga,” katanya.
sumber- HMetro
Imej Kuntilanak dekat jambatan runtuh
TANJUNG ANOM - Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di sini, lapor sebuah akhbar.
Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin.
Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.
"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.
Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.
Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.
Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati.
sumber- Agensi
Telur Ayam Sebesar Duit Syiling
GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.
"Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya.
Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama.
sumber- Kosmo
sumber- Kosmo
Siput Babi Terbesar Di Dunia
Benua Afrika sememangnya dikenali kerana mempunyai pelbagai jenis haiwan yang bersaiz gergasi. Siput Babi Gergasi yang terdapat di Afrika ini juga dipanggil sebagai 'the giant tiger land snail' kerana corak cengkerangnya seakan harimau. Ianya berasal dari Ghana, Afrika, dan tergolong dari spesis hermaphrodites iaitu mempunyai dua jantina.
Siput ini juga hampir kesemuanya dari kategori Gastropod Pulmonate dimana sistem pernafasannya adalah sama seperti mana-mana siput dan lintah yang tinggal di darat. Cengkerangnya mampu membesar sehingga 18cm dan panjang diameter sehingga 9cm. Dikatakan ianya boleh menghasilkan telur sehingga 1000 biji setahun.