Pages - Menu

Thursday, February 21, 2013

Budak terperangkap diluar bangunan tingkat 3

Sepasukan bomba terpaksa menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap diluar bangunan rumah flat sambil berpaut pada bingkai tingkap dalam kejadian yang berlaku di China.

Budak terperangkap diluar bangunan tingkat 3

Kanak-kanak yang dipercayai berumur sekitar lapan tahun tersebut ditinggalkan bersendirian di rumahnya yang terletak di Lanzhou, Wilayah Gansu ketika ibunya keluar menziarahi rakan-rakan.

Budak terperangkap diluar bangunan tingkat 3

Mungkin disebabkan bosan menunggu lama, kanak-kanak tersebut memanjat keluar dari tingkap biliknya yang berada di tingkat tiga bangunan tersebut.

Budak terperangkap diluar bangunan tingkat 3

Malangnya, dia tergelincir lalu terperangkap di atas paip saliran. Dia cuba untuk memanjat naik memasuki tingkap itu semula namun tidak berhasil. 30 minit kemudian, barulah insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kebetulan lalu di situ dan kemudiannya terus menghubungi pihak bomba.

Budak terperangkap diluar bangunan tingkat 3

Pasukan bomba tiba dan memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkannya. Akhirnya mereka memutuskan untuk menggunakan kaedah memecah pintu dan menarik tangan kanak-kanak tersebut ke tempat yang lebih selamat.

Tanah perkuburan untuk ketua mafia

Moscow: Walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya.

Tanah perkuburan untuk ketua mafia

Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ. Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia. Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua meter dan berharga sehingga RM100,000.

Tanah perkuburan untuk ketua mafia

Setiap satu batu itu mempamerkan gambar si mati segak bergaya dengan pakaian mahal, atau sesetengahnya menggenggam penumbuk. Batu itu mengingatkan orang ramai kepada pelbagai aktiviti jenayah di Yekaterinburg dan ia pernah menjadi pangkalan kumpulan samseng Uralmash yang diuruskan dengan teratur. Pada era 1990-an, berlaku perang besar-besaran antara anggota kumpulan penjenayah itu, menyebabkan pelbagai kejadian ganas termasuk serangan bom dan mesingan.

Tanah perkuburan untuk ketua mafia

Bloger Russia, Vladimir Markov, berkata apa yang ada di Yekaterinburg menunjukkan betapa uniknya Russia. “Kubur ini adalah simbol sisi gelap Russia moden yang dipenuhi amalan rasuah dan keganasan,” katanya. Melihat kepada gambar pada batu itu, katanya, ia jelas menunjukkan betapa besar ego penjenayah terbabit.“Walaupun mati, mereka mahu diberi penghormatan sama seperti ketika hidup,” katanya.

Tanah perkuburan untuk ketua mafia
Tanah perkuburan untuk ketua mafia

sumber- TS

Telefon 911 bagi meminta dihantarkan rokok

Pihak berkuasa dari Daerah Hood melaporkan, Linda White, 48, telah menghubungi 911 bagi meminta dihantarkan rokok ke rumahnya.

Lt. Kathy Jividen dari Jabatan Sheriff mengatakan wanita yang tinggal di Granbury tersebut telah menghubungi 911 bagi meminta rokok pada 11 Februari lalu.

Telefon 911 bagi meminta dihantarkan rokok

Pemanggil: "Hello."
Penjawab panggilan: "Hello."
Pemanggil: "Saya memerlukan rokok".

Kemudiannya penjawab panggilan tersebut bertanyakan alamat serta namanya.

Penjawab panggilan: "Siapa nama kamu?"
Pemanggil: "Gary Roberts."
Penjawab panggilan: " Minta maaf, adakah Kerry nama pertama kamu?"
Pemanggil: "Gary."
Penjawab panggilan: "Boleh kamu tolong ejakan?"
Pemanggil: "G-a-r-y. Nanti. nanti... Saya terlupa bagaimana untuk mengeja nama belakang saya."
Penjawab panggilan: "Bukankah kamu mengatakan nama belakang kamu Roberts?"
Pemanggil: "Tidak, saya rasa saya telah tersalah nombor."

Tidak lama kemudian, bukan penghantaran rokok yang diterima, tetapi White dikunjungi dua pegawai polis dan ditahan atas kesalahan penyalahgunaan panggilan kecemasan 911.

Ketika White membuat panggilan, kemungkinan dia sedang mabuk atau berkhayal. Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin $1,000.

Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup

Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup

SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu.

Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup

Bagaimanapun, dia menggunting rambut dengan kedua-dua matanya ditutup dengan kain penutup mata berwarna gelap.

Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya. 

sumber- AFP

Video: Rakaman hantu di Pusat Komuniti

Video ini menunjukkan kelibat seorang lelaki tiba-tiba muncil di luar pintu masuk South Ruislip Community Association and Community Centre pada 1 Februari lalu. Ianya merakamkan kehadiran kelibat misteri berjalan menerusi pagar besi sebelum dilihat hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan. Peristiwa misteri ini disaksikan sendiri oleh penjaga pusat tersebut dimana dia telah keluar untuk menyiasat apakah yang telah berlaku.

Rakaman hantu di Pusat Komuniti

"Saya sedang duduk di dalam dewan dan perasan kelibat misteri muncul melalui CCTV. Saya melihat melalui skrin dan sangkakan apa yang dilihat adalah manusia namun saya kurang pasti lalu saya keluar untuk periksa sendiri. Ketika diluar, tiada sesiapa yang berada di situ. Mungkin seseorang telah berjalan laju dari sekitar bangunan untuk menuju ke taman jadi saya masuk semula."

"Selepas memuat turun rakaman CCTV tersebut, saya terkejut dengan apa yang dirakamkan pada sistem. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya."


Sejak dibangunkan oleh jawatankuasa tempatan pada tahun 1945, pusat ini dilaporkan pernah dijadikan penjara kem tahanan perang untuk tentera Itali ketika Perang Dunia Ke-2. Hantu-hantu yang muncul di sini sering dikaitkan dengan era sekitar 1940-an tersebut.

Bekas pengerusi di situ mengatakan dia percaya bangunan tersebut berhantu dan sering mengucapkan salam kepada semangat-semangat yang berada di situ sebelum memasuki bangunan dalam usaha menjadikan mereka lebih mesra.