Jika anda berkesempatan untuk mengunjungi Thailand, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman makan di restoran yang unik. Restoran 'The Hajime' di Bangkok, Thailand dikenali dunia kerana pelayannya adalah robot.
Selepas membuat pelaburan hampir $1 juta dolar, restoran ini berjaya menarik ramai pelanggan dengan robot berpakaian seperti samurai. Ianya bergerak ke depan dan ke belakang mengikut landasan yang disediakan. Hidangan ala shabu-shabu di masak sendiri oleh manusia.
Mesin yang direka oleh Motoman of Japan ini tidak memerlukan rehat atau mengambil tips dari pelanggan. Jika mempunyai masa terluang, robot ini akan menunjukkan beberapa gerakan tarian kepada pelanggan.
0 comments:
Post a Comment