Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut di Sanaa, ibu kota Yaman. Beliau telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut bagi menyambut Hari Raya. Tidak tahu apakah kaedah soal siasat yang polis gunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku telah merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun.
Terdapat 59 buah negara di dunia yang masih mengamalkan hukuman mati. Pelaksanaan hukuman mati Yehya Hussein al-Raghwah adalah hukuman mati ke-9 Yaman tahun ini. Adakah Yehya Hussein al-Raghwah menerima perbicaraan yang adil masih dipersoalkan.
Perhatikan bagaimana hukuman mati dilaksanakan depan khalayak awam dengan dihadiri oleh seluruh penduduk termasuk kanak-kanak. Ianya seperti satu pesta keramaian atau seperti menonton pertandingan bola sepak dimana penonton bersorak beramai-ramai.
0 comments:
Post a Comment