Versi Alza Advanced baru hanya terdapat dalam transmisi automatik yang turut didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan ungu |
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis menjual 350 sehingga 400 unit sebulan bagi model terbaru versi Alza Advanced yang baru diperkenalkan.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid berkata, model terbaru ini disasarkan kepada keluarga muda dan golongan muda.
"Versi terbaru ini didatangkan dengan sistem skrin sentuh terbina dengan navigasi, kamera undur belakang, reka bentuk tempat duduk kulit dan tikar gegelung PVC.
"Selain itu, bagi sistem multimedia turut didatangkan dengan aplikasi Yellow Pages dan TM WiFi Hotspot sebagai nilai tambah kepada pelanggan,"
katanya selepas pengumuman penilaian prestasi syarikat suku pertama tahun ini, sekali gus melancarkan model baru versi
Alza Advanced menggantikan Alza Advanced sedia ada, di Kuala Lumpur, semalam.
Versi Alza Advanced baru hanya terdapat dalam transmisi automatik sahaja, turut didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan ungu
sumber- Sinar
0 comments:
Post a Comment