Wednesday, February 20, 2013

Suami dikurung isteri terjatuh bangunan ketika cuba melarikan diri

Seorang lelaki yang cuba melarikan diri dengan menggunakan tali yang diperbuat daripada gabungan cadar telah terjatuh dari bangunan. Mujurlah dia diselamatkan oleh timbunan salji yang berada di bawah.

Suami dikurung isteri terjatuh bangunan ketika cuba lari

Yekaterina Horoshko, seorang saksi yang berjaya merakamkan gambar keseluruhan insiden tersebut berkata, dia terlihat seorang lelaki berusia 35 tahun sedang memanjat keluar dari tingkat lapan bangunan pangsapuri yang terletak di bandar Estonian, Talinn, dengan menggunakan tali yang diperbuat daripada gabungan cadar seperti dalam sebuah filem.

"Dia berjaya menuruni satu tingkat namun tali tersebut tidak mampu menampung beratnya ketika di tingkat tujuh." Jelasnya lagi, dia ternampak lelaki tersebut masih mampu berjalan setelah jatuh ke bawah. Timbunan salji yang tebal telah membantu lelaki tersebut dari terus terhempap ke tanah.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian tersebut dan menambah, lelaki tersebut sebenarnya cuba melarikan diri dari tempat tinggalnya setelah dikurung oleh isterinya sendiri.

"Dia mengakui dikurung oleh isterinya. Dengan keinginannya untuk menemui rakan-rakan, dia memutuskan untuk lari keluar dengan menggunakan tali yang diperbuat daripada cadar. Malangnya tali tersebut tidak kuat dan dia terjatuh di semak berhampiran," kata seorang pegawai yang bernama Ilmar Kahro.

Tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut buat masa ini, namun polis mengatakan dia mampu untuk memasuki ambulans sendiri selepas diberi bantuan kecederaan pada kakinya oleh paramedik.

4 comments:

  1. camne la leh kene kurung dgn bini sendiri..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Bukan. Ini kat Republik Estonia di Eropah Timur.

      Nama Jepun bukan macam tu. Itu nama orang Estonia dan dorang berbahasa Estonia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...