Seorang pelumba British yang memenangi perlumbaan di Sepanyol terkejut apabila bukan sahaja memenangi trofi malah turut diberikan seekor babi hidup sebagai hadiah bagi tempat pertama. Chris Bartlett, dari Ipswich, bersaing dalam perlumbaan di Huercal Overa, sebagai sebahagian daripada jadual latihan musim sejuknya.
Pelumba profesional yang bertanding untuk pasukan Metaltek itu tidak tahu apakah hadiah yang ditawarkan sehinggalah dia ke pentas pemenang. Bartlett berkata, "Tiada perlumbaan yang dianjurkan untuk saya mengekalkan tahap kecergasan sehinggalah saya terlihat iklan perlumbaan ini lalu saya terus mendaftar untuk memasukinya."
"Saya tidak tahu apakah hadiah yang ditawarkan untuk pemenang dan secara rasmi saya diberikan seekor babi. Saya bertanya apakah yang hendak saya lakukan dengan babi ini? Lalu mereka menyuruh saya memakannya"
Babi tersebut dikhususkan untuk menjadi sajian makan malam sempena Krismas untuk pemenang. Namun Bartlett memutuskan untuk tidak berbuat demikian dan membiarkan ia terus hidup.
Bartlett dipujuk oleh Ollie Watts, pemilik kem latihannya untuk menjaga babi tersebut yang kini diberi nama Lucky Rapha, sebagai maskot mereka. "Lucky adalah kebanggaan besar dimana atlet di kem ini akan menyentuhnya setiap pagi untuk mendapatkan tuah. Babi ini memang sangat bertuah dan kami gembira untuk menyelamatkannya dari disembelih"
0 comments:
Post a Comment