PATNA - Upacara keagamaan penganut Hindu di Bihar bertukar tragedi, kelmarin, selepas sekurang-kurangnya 18 terbunuh apabila jambatan buluh menghubungkan Sungai Ganges tiba-tiba runtuh.
Keadaan sekeliling menjadi gelap berikutan kabel elektrik terputus juga mencetuskan panik sehingga berlaku rempuhan manusia kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri.
Jambatan buluh ini didakwa tidak dapat menampung jumlah penganut Hindu yang menghadiri upacara keagamaan itu, kelmarin. Foto: AP |
"Puluhan orang yang terselamat telah dihantar ke hospital di Patna dan sebahagian daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat dipijak.
Angka korban dijangka meningkat berikutan ramai mangsa dilaporkan masih hilang selepas insiden tersebut," katanya la
Pada Oktober 2008, kira-kira 220 maut akibat dirempuh semasa menghadiri upacara keagamaan bandar Jodhpur, utara India.
sumber- Reuters
0 comments:
Post a Comment