Wednesday, November 21, 2012

Kucing dipanggang selepas Bertengkar dengan penagih dadah

LONDON: Gara-gara memanggang seekor kucing liar dalam ketuhar gelombang mikro, seorang remaja dipenjara 22 minggu, semalam.

Jamie Blake didapati bersalah membunuh kucing itu ketika dia di bawah pengaruh dadah.

Jamie Blake

Dalam keterangannya, Blake, 19, berkata dia bertengkar dengan kucing berkenaan selepas haiwan berkenaan memberitahu, bekas pasangan ibu tertuduh - kini meninggal dunia - menyuntiknya dengan heroin. Selepas memanggang kucing itu selama tiga minit, Blake bergurau mengenai insiden itu dengan penduduk setempat di Thetford, Norfolk.

Pendakwa, Nikki Miller, berkata Blake mentertawakan kematian kucing berkenaan.

“Walaupun pada awalnya penduduk di situ tidak percaya, mereka akhirnya yakin Blake memanggang kucing di dalam ketuhar gelombang mikro dan melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya. Bangkai kucing itu ditemui dalam tong sampah bersama ketuhar gelombang mikro berkenaan. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Blake menangkap kucing itu dan membawanya masuk ke rumah kira-kira jam 10.25 malam pada 27 September lalu. Dia kemudian dilihat keluar dari biliknya membawa beg dipercayai berisi bangkai kucing berkenaan.

Ketuhar gelombang mikro itu dibuang Blake sehari kemudian. Siasatan pihak berkuasa menemui bulu kucing dan pelbagai kesan haiwan berkenaan dalam ketuhar itu.

Petugas pusat kesihatan haiwan mengesahkan kucing berkenaan dipanggang sehingga mati. 

sumber- DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...