Pages - Menu

Sunday, June 24, 2012

Sepotong Kaki Dalam Otak Bayi


ka ki dalam otak bayi

Pada tahun 2009 lalu dunia perubatan dikejutkan dengan peristiwa aneh. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb sangat terkejut.

Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk.

Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. "Seperti melahirkan bayi tapi dari otak," kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.

Prosedur perubatan itu, bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil rakaman otak dengan MRI, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat saja.

“Penemuan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan perkara yang unik, bukan perkara biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana,” doktor tidak boleh menjelaskan fenomena ini. Namun, katanya, boleh saja ‘kaki’ di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.

Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetus di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, dia tidak pernah mendengar ada kes seperti itu yang berlaku di dalam otak dan ianya dianggap terlalu luar biasa.

sumber- Harian Metro Online

Samun depan lif

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia lewat 20-an bukan saja rugi hampir RM1,000, malah turut cedera di kepala selepas bergelut dengan seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa menunggu lif untuk ke tempat letak kereta di tingkat empat premis berkenaan kerana mahu pulang.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa yang sendirian kemudian dihampiri seorang lelaki berusia lewat 20-an sebelum cuba merampas beg tangannya.

Menurut sumber, terkejut dengan tindakan itu, wanita terbabit cuba mempertahankan beg tangannya, menyebabkan berlaku pergelutan.

“Suspek yang berang mencederakan mangsa dengan pisau sebelum melarikan beg tangan mangsa mengandungi telefon bimbit dan wang tunai bernilai hampir RM1,000,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tercedera di kepala ditemui terbaring di depan lif oleh orang awam, 10 minit kemudian.

“Orang ramai kemudian melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum mangsa diberikan rawatan awal,” katanya.

Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Rashid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

sumber- hmetro

Pusat judi diserbu

suami kaki judi

KUALA LUMPUR: Pengusaha pusat judi siber lebih gemar menggajikan warga asing sebagai operator bagi mengaut keuntungan kerana tidak perlu membuat bayaran upah mahal kepada pekerja berkenaan.

Perkembangan itu dikesan dalam beberapa siri serbuan besar-besaran dijalankan cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras selama dua hari, bermula Rabu lalu.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan sempena Ops Dadu itu tertumpu di beberapa lokasi yang banyak aktiviti perjudian seumpamanya.

Menurutnya, operasi diketuai dua pegawai dan 14 anggota itu dijalankan di dua lokasi iaitu Taman Miharja dan Taman Pertama.

“Serbuan dilakukan selepas kami menerima maklumat mengenai kewujudan pusat perjudian di kawasan itu dan selepas disiasat, maklumat itu didapati betul.

“Hasilnya, 14 kedai judi di kawasan perumahan itu diserbu dalam dua operasi berasingan selama dua hari,” katanya.

Pasukan D7 Cheras merampas 172 set mesin judi dan menahan 32 individu bersama rampasan wang tunai sebanyak RM2,120.

Dalam serbuan pertama membabitkan sepasukan anggota polis diketuai bersama Inspektor Zaili Zakaria di Taman Miharja, 18 individu berusia 20-an hingga 50-an ditahan manakala 91 set komputer dirampas.

sumber-hmetro