Pages - Menu

Saturday, June 30, 2012

Melapah ular tedung untuk dijual di Bantul

HEMPEDU ular tedung dikumpulkan dalam sebuah bekas.


BANTUL, Indonesia – Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka.

Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari.

Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan.

sumber-Kosmo

Mahkamah AS larang jualan Galaxy Nexus

What is android?
Galaxy Nexus
SAN JOSE, California - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan permohonan Apple agar penjualan telefon pintar Galaxy Nexus dilarang dijual di negara itu - perkembangan terbaru kira-kira seminggu selepas larangan yang sama dikenakan ke atas Galaxy Tab 10.1.

Perintah itu kemenangan kedua kepada pengeluar iPhone itu, yang membawa kes terhadap Samsung.

Apple dan Samsung, pengeluar produk elektronik terbesar dunia, terlibat dalam perang pertikaian perundangan di beberapa negara, masing-masing mendakwa telah melanggar aspek paten.

Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh mengenakan larangan jualan Galaxy Tab 10.1, komputer tablet yang berfungsi atas platform Android dan menjadi pesaing kepada iPad.

Dalam keputusan semalam, Koh berkata, Apple telah menunjukkan wujudnya pencabulan dan kesahihan.

Bagaimanpun Koh memutuskan Apple tidak perlu menyediakan bon untuk menguatkuasakan injunksi praperbicaraan berbanding ketika kes pertama sebelum ini.

Samsung, syrikat gergasi dari Korea Selatan berkata, pihaknya kecewa dengan kes semalam.

"Kami akan mengambil kesemua pendekatan yang ada termasuk tindakan perundangan untuk memastikan Galaxy Nexus terus berada di pasaran untuk pengguna," katanya lagi.

sumber-Sinar

Tom Cruise dan Katie Holmes cerai

Tom Cruise dan Katie Holmes cerai
Tom Cruise (kiri) dan Katie Holmes


LOS ANGELES – Bintang Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes, yang mendirikan rumah tangga lima tahun yang lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun, mengambil keputusan untuk bercerai.

Peguam Holmes, Jonathan Wolfe semalam mengesahkan bahawa kedua-dua pasangan itu akan berpisah.

Anak mereka yang diberi nama Suri kini berusia enam tahun.

Cruise, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan Nicole Kidman pada 1990.

"Kate telah memfailkan permohonan mahu bercerai dan Tom amat sedih dan memberi tumpuan ke atas tiga anaknya," kata jurucakap Cruise, Amanda Lundberg dalam satu kenyataan kepada Newsday.

Holmes, 33, memfailkan permohonan cerai di Manhattan kelmarin, lapor TMZ.com.

Dalam permohonan itu, Holmes memohon agar diberi kebenaran untuk menjaga Suri.

Cruise dan Holmes mendirikan rumah tangga pada 17 November 2006 di Los Angeles. Majlis perkahwinan mereka yang mewah telah diadakan di istana kurun ke-15 di Bracciano, Itali.

Cruise yang genap 50 tahun Selasa ini berkahwin dengan pelakon Mimi Rogers pada 1987 dan ketika berlakon dalam filem Days of Thunder pada 1990, dia rapat dengan Kidman.

Cruise dan Kidman bercerai pada 2001.

Perkahwinan dengan Cruise adalah yang pertama bagi Holmes.

sumber-Sinar

Angkara cinta isteri orang, lelaki cedera dibelasah penduduk

Angkara cinta isteri orang, lelaki cedera dibelasah penduduk
Lelaki yang mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang ini cedera dibelasah penduduk kampung.


BESUT - Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.


Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah daripada menjala udang.


Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.

Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.

Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.

Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.

sumber-Sinar

Gajah mati dilanggar trak


SEEKOR gajah yang mati diangkut dengan menggunakan kren dekat jejambat Mahamaya di sempadan daerah Noida-Delhi semalam.

NEW DELHI, India - Seekor gajah mati manakala seekor lagi cedera selepas dilanggar sebuah trak dekat jejambat Mahamaya di sempadan daerah Noida-Delhi di sini pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan semalam.
Menurut polis, kedua-dua gajah itu dalam perjalanan pulang bersama beberapa penjaganya selepas haiwan tersebut dipamerkan pada satu majlis perkahwinan dekat sini.
Saksi-saksi berkata, pemandu trak itu memandu laju sehingga melanggar belakang dua haiwan tersebut.
Beberapa penjaga haiwan itu turut cedera dan dihantar ke hospital untuk dirawat.
Pemandu trak yang melarikan diri dari tempat kejadian kini diburu polis.
Sebuah kren kemudian digunakan untuk mengalihkan bangkai gajah itu. 
sumber-Kosmo

Perniagaan sewa kereta kebal


SEORANG pengunjung mengendalikan sebuah kereta kebal di Kasota pada 9 Jun lalu.

KASOTA, Minnesota - Sebuah syarikat, Drive-a-Tank menawarkan kepada para pengunjung peluang mengendalikan kereta kebal tentera dan kenderaan perisai lain di sebuah kuari batu kapur di sini.
Para pengunjung itu turut dibenarkan untuk merempuh kereta lama seperti dalam filem Hollywood dengan menggunakan kereta kebal.
"Pengalaman memandu kereta kebal sungguh hebat," kata seorang pemuda berusia 19 tahun dari Connecticut selepas dia menggelek sebuah kereta dengan kereta kebal yang dipandunya pada minggu lalu.
Pemilik syarikat tersebut, Tony Borglum yang merupakan seorang kontraktor peralatan berat membuka perniagaan itu tiga tahun lalu selepas melihat perniagaan yang sama ketika melawat England.
Dia membeli sebanyak 11 kereta kebal era Perang Dingin untuk disewa oleh orang ramai di kawasan seluas 8 hektar di sini, 80 kilometer ke barat daya Minneapolis, Amerika Syarikat.
Pakej asas Drive-a-Tank berharga AS$399 (RM1,270) termasuk memandu sebuah kereta kebal dan menembak mesingan.
Para pengunjung yang mahu meremukkan sebuah kereta perlu membayar caj tambahan sebanyak AS$549 (RM1,748).
Bayaran sekitar AS$3,500 (RM11,145) dikenakan jika mereka memandu kereta kebal untuk merempuh sebuah rumah treler. 
sumber-Kosmo

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:

1. HIGHLAND TOWER, KUALA LUMPUR

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

HIGHLAND TOWER, suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yang di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2. BANGLO MONA FANDEY

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. KEMAYAN CITY, JOHOR BAHRU

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah dipercayai kompleks tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4. LEBUHRAYA KARAK

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. VILLA NABILA, JOHOR BAHRU

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia
Susuk misteri yang dikatakan hantu di Villa Nabila
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.

6. AMBER APARTMENT, GENTING HIGHLAND

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:

7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang 

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School. Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8. Institut St Michael, Ipoh 

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyeksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyeksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar Perak

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Seperti Institut St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengar bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor. Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution, Kuala Lumpur

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British diseksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di Kuala Lumpur. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam. Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok, Sabah ( Tiada gambar ) - Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut. Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja. Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Bentong Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

Boneka Berhantu

PUPA  

boneka, mainan, patung berhantu, Pupa

Sebiji boneka berbaju biru dan terlekat reben biru pada rambutnya yang dinamakan pupa oleh pemiliknya, seorang wanita. Wanita itu memiliki Pupa pada tahun 1920-an sewaktu berusia 6 tahun.

Sewaktu perang dunia ke-2 meletus, Pupa hampir musnah. Namun bersama pemiliknya, Pupa sudah melalui pelbagai perjalanan bermula dari Itali, kemudian ke Amerika dan pulang semula ke Itali sebelum melintasi negara eropah seterusnya kembali semula ke Amerika.

Pupa bagaikan hidup. Dikatakan Pupa boleh bergerak sendiri, jadi tidak pelik jika Pupa diletakkan disesuatu tempat kemudian kedudukannya berubah dari kedudukan sebelumnya. Sehinggalah pemiliknya meninggal dunia pada 2005, Pupa terus disimpan oleh waris tuannya. Pupa diletakkan didalam kotak khas, namun sering kali kedengaran bunyi-bunyi aneh dari tempat penyimpanan Pupa.

Pupa kerap membuat bising seolah-olah meminta untuk dilepaskan dari tempat kurungannya.Acap kali kedudukan Pupa didalam kotak itu berubah dari kedudukan asal.


OKIKU

boneka, mainan, patung berhantu, Okiku

Boneka berpakaian kimono dengan rambut yg lebat dan bermata hitam ini asalnya dibeli oleh seorang pemuda untuk adiknya okiku yg baru berusia 2 tahun pada tahun 1918. Patung ini diberi nama Okiku sempena nama kanak-kanak tersebut.

Okiku amat menyukai boneka ini dan tidak lekang setiap hari bermain dengannya, tidak lama kemudian, okiku meninggal dunia akibat diserang demam panas. Boneka okiku ini diletakkan pada latar, tempat keluarga itu bersembahyang dan berdoa. Anehnya,sejak itu rambut boneka itu mula bertambah panjang.

Kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut boneka Okiku sama seperti kanak-kanak berusia 10 tahun. Dikatakan boneka ini hidup kerana roh Okiku bersemadi dalam boneka tersebut.

Pada 1938, apabila keluarga Okiku berpindah, boneka itu disearhkan ke sebuah kuil di Hokkaido. Menurut pendeta disitu, rambut boneka itu masih terus hidup dan bertambah panjang sehingga terpaksa memotongnya secara berkala.



KATJA

boneka, mainan, patung berhantu, Katja

Boneka ini berasal dari Russia dan usianya dikatakan ratusan tahun yang kononnya dibuat sekitar tahun 1730-an oleh seorang gundik raja.

Kisahnya, si gundik itu hamil dan mengharapkan anak lelaki yg bakal dilahirkan lebih disayangi raja. Malangnya, bayi yg lahir adalah perempuan dan wajahnya cacat pula.Taksub dengan kepercayaan bayi perempuan membawa sial, bayi itu dibakar hidup-hidup. Sisa abu bayi tersebut dicampurkan dengan porcelindan tanah untuk dijadikan sebuah boneka yang kemudiannya dinamakan Katja.

Ianya persis boneka sumpahan,dikatakan mereka yang memandang Katja lebih 20saat, mata boneka ini akan berkedip petanda Katja menyumpah orang yg memandangnya.
Selepas itu berlakulah pelbagai kemalangan menimpa mereka yang menerima kerdipan daripada Katja. Katja masih lagi disimpan oleh warisnya di Rusia turun temurun dan dijaga rapi agar tiada sesiapa terkena sumpahannya lagi.


ROBERT

boneka, mainan, patung berhantu, Robert

Boneka berpakaian pelaut yang memeluk teddy bear kecil ini berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Tuannya bernama, Eugene. Asalnya Robert dihadiahkan oleh orang gaji keluarga Eugene pada tahun 1904 sewaktu Eugene masih lagi kanak-kanak.

Sumber menyatakan, boneka itu telah disumpah terlebih dahulu oleh org gaji Eugene yang mengamalkan ilmu hitam kerana rasa tidak puas hati terhadap majikannya. Eugen menyayangi boneka itu sepenuhnya,namum selepas sebulan kehadiran Robert,gangguan aneh mula berlaku.

Barang-barang dalam rumah tiba-tiba hilang dan ada yang rosak tanpa diketahui puncanya.Setiap malam,seisi rumah terdengar bunyi seperti orang berjalan di dalam rumah. Lebih pelik, ibu bapa Eugene sering mendengar Eugene seperti berbual dengan seseorang. Bila ditanya,jawabnya berbual denagn Robert.

Malah ada jiran tetangga yang sering ternampak kelibat boneka kecil bergerak sendiri di dalam rumah eugene sewaktu keluarga itu tiada di rumah.

Setelah Eugene meninggal dunia pada 1974, robert ditinggalkan dirumah tersebut sehingga datangnya pemilik baru yang mendiami rumah tersebut. Keluarga itu mempunyai seorang anak perempaun yang berusia 10 tahun. Beberapa hari selepas menduduki rumah tersebut,kanak-kanak itu sering menjerit pada waktu malan mendakwa robert "hidup" dan bergerak-gerak sendiri di sekeliling biliknya dan menyerang serta mahu membunuhnya.

Akibat tidak tahan dengan gangguan itu,akhirnya Robert diserahkan ke sebuah museum.Sehingga kini robert masih menjadi penghuni setia Museum Fort East Martello dan terus dihujani misteri.

Jika para pengunjung meletakkan gula-gula getah di luar kotak pameran, keesokan harinya didapati pembalut gula-gula itu akan berselerak diatas lantai manakala gula-gulanya habis dimakan.

Khasiat Ubi Jaga

Khasiat Ubi Jaga

Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat, berwarna hijau gelap. Batangnya berbuku-buku dan tunas atau cabang baru akan muncul dari buku-buku ini. Jarak antara buku atau nod ini antara 5 hingga 15 cm. Daunnya berbentuk bujur sirih dengan bahagian pangkal daun yang besar dan akan makin menirus ke hujungnya. Daunnya berwarna hijau gelap dipermukaan daun dan hijau muda dibawah daun. Ia dijumpai di Thailand, Pulau Jawa Indonesia dan Semenanjung Malaysia. Ia tidak memerlukan cahaya matahari yang terik dan perlu diletakkan di bawah teduhan jika hendak ditanam dirumah. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.

Kegunaan: 

Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama. Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah

sumber- Melur.com

Khasiat Perubatan Pokok Kucing Galak

kucing galak

Kucing Galak - Acalypha indica
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar di negara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India. Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m. Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.

Kegunaan: 
Digunakan dengan meluas dalam perubatan homopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk. Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin

sumber- Melur.com

Pokok Hempedu Bumi

Hempedu Bumi

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan: 

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.

Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.

Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.

Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.

sumber- Melur.com

Pokok Mambu / Semambu

Pokok mambu sejenis pokok yang mudah ditemui ditepi-tepi jalan. Pokok ini popular bagi masyarakat india dan digunakan dalam upacara sembahyang. Ia juga dikenali dengan nama sakhti atau god of mother oleh masyarakat india.Masyarakat india juga percaya daun ini boleh digunakan untuk menghalau hantu, sebab itulah kebanyakan rumah orang india mempunyai tanaman ini.Daun ini banyak digunakan dalam upacara keagamaan kaum india.Mambu mudah tumbuh dan membiak samaada dari keratan batang ataupun biji benih. Apabila matang, ia boleh mencapai ketinggian antara 3 hingga 5 meter. Mambu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh subur.

Kegunaan: 
Secara tradisionalnya dalam masyarakat melayu mambu digunakan untuk mengubat penyakit kulit yang berkaitan dengan kegatalan seperti scabies(kudis buta) dan cacar air(chicken pot). Kaedah yang digunakan ialah dengan cara meramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi. Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali kekeadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut. Pesakit campak dan cacar air selalunya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana merasa terlalu gatal. Untuk mengurangkan kegatalan ini, daun bambu yang dibungkus dengan kain boleh digunakan sebagai lapik badan.Daun bambu yang ditumbuk lumat juga berkesan untuk merawat kudis buta atau scabies. Tangan pesakit hendaklah direndam dan dibersihkan dengan air suam. Setelah itu keringkan tangan dengan kain yang bersih dan campuran daun mambu yang tumbuk lumat disapu pada bahagian yang terkena kudis. Biarkan hingga kering sebelum dibersihkan.Terdapat juga produk dipasaran untuk merawat scabies yang menggunakan produk ini dalam bentuk sabun dan krim sapuan. Daun ini juga mampu merawat sakit belakang. Campuran antara daun mampu dan daun kaduk direbus dan diminum airnya dikatakan dapat melegakan sakit belakang.Kaum india percaya semasa menggunakan ubat dari mambu mereka tidak dibenarkan memakan daging.Akar pokok mambu begitu pahit dan ia mengandungi alkaloid,nimbin,nimbinin dan nimbidin. Walaupun amat pahit akar mambu yang direbus dan diminum airnya dipercayaai dapat melegakan demam dan gastrik.

sumber- Melur.com

Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup



Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah…dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup. Kejadian ini berlaku di BIRZEBBUGA.

Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama ‘Bintang’ oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.

Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki ‘Bintang’ diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.

Ketika diperiksa didapati ‘Bintang’ telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, kumpulan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala ‘Bintang’ melalui sebuah operasi dihospital Ta’ Qali.

‘Bintang’ Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang menggerakkan protes atas tindakan ‘menjijikan’ terhadap ‘Bintang’. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan ‘Bintang’. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan ‘Bintang’. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.

Renungan:

Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.

Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman diatas bumi Allah ini disokong dan dibiarkan dalam melakukan kebinasaan. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong dan membiarkan kezaliman dimuka bumi ini disambar api neraka.Ingatlah Allah membenci orang-orang yang melakukan kerosakan dan kezaliman.

Sepertimana Firman Allah Ta’ala :

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (At-Tuur 52:47)

Orang – orang yang zalim tidak memiliki penolong, teman dekat dan pemberi syafa’at.

ALLAH berfirman:

“Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;“ (A-li’Imraan 3:192)

Firman Allah Lagi:

“Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.“ (Ghaafir 40:18)

Wallahu’alam….
sumber susunan - HasnulHadiAhmad.Com

Mangsa pernah tolak pinangan

KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.

HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.

 
KUALA LUMPUR: “Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.

“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.

Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.



Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya, Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan Oktober ini.


sumber-HMetro

Bahana bisnes dosa

KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.<br />
KESAL...Musliha menceritakan pengalamannya kepada Abdul Aziz.


KUALA LUMPUR: “Saya kini ibarat sebatang kara selepas ditinggalkan ibu di rumah anak yatim manakala dua abang terpaksa bersembunyi di Seremban dan Kajang mendapatkan perlindungan sejurus dua ceti haram memburu kami sekeluarga.

“Semua kejadian berpunca daripada kegagalan ibu melangsaikan pinjaman ceti sebanyak RM50,000 selepas membuka perniagaan rumah urut.

“Kesannya, hidup saya kini terumbang-ambing tanpa arah tuju selain terpaksa mengorbankan alam persekolahan,” kata remaja, Musliha, 16, yang menjadi mangsa buruan ceti haram bersama dua lagi abangnya berusia 20 dan 18 tahun.

Mendedahkan perkara itu, Musliha berkata, pada 2010, ibunya yang berusia 40 tahun dan berpengalaman selama 15 tahun sebagai tukang urut merancang membuka perniagaan pusat urut bersama ibu saudaranya dengan meminjam wang daripada ceti sebanyak RM30,000.



Katanya, selepas pinjaman dilulus, pusat urut diimpikan akhirnya ditubuhkan di sebuah kawasan di Kajang, namun tidak sampai dua bulan beroperasi, ia diserbu pihak berkuasa dan ditutup.


sumber-HMetro