Jika anda selalu mendengar ceramah Ustaz Azhar, pasti anda pernah terdengar ada diantara ceramahnya pernah menyebut tentang 'alat kencing berdiri untuk wanita'. Alat itu sebenarnya memang wujud dan telah lama dikormesilkan. Tetapi, adakah ia akan mendapat penerimaan yang baik dalam masyarakat kita? Agak pelik, biadap, dan menjengkelkan jika golongan wanita kencing berdiri. Mungkin tidak mustahil juga untuk wanita menggunakan alat ini di masa kecemasan.
Pages - Menu
▼
Thursday, July 26, 2012
Shaheizy Sam ingin berkahwin pada usia 32 tahun
SHAHEIZY SAM mengaku belum mempunyai kekasih. Dia berharap untuk menamatkan zaman bujang pada usia 32 tahun. |
DALAM industri perfileman tempatan, nama pelakon popular Shaheizy Sam bukanlah satu nama yang asing dalam kalangan peminat dan antara pelakon yang memang kerap tampil di layar perak.
Merupakan seorang yang berpendirian untuk tidak terlalu memilih tawaran lakonan yang diterima, Sam juga dianggap seorang pelakon yang versatil serta mampu membawakan apa sajak watak yang diberikan seperti watak hero, antagonis, komedi atau lelaki psiko.
Biarpun dilihat acap kali tampil dengan filem yang pelbagai genre, ternyata setiap karya yang diterbitkan dengan menampilkan dirinya ternyata jarang mengecewakan daripada segi kutipan dan sambutan penonton.
Melihat kepada tawaran lakonan yang tidak putus-putus serta populariti yang diraih sepanjang bergelar anak seni, pelakon berkenaan turut diajukan tentang pasangan hidup memandangkan usianya yang bakal menginjak 30 tahun pada bulan September ini.
Apatah lagi sebelum ini pelakon yang baru muncul dengan filem 8 Jam itu juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa pelakon wanita seperti Yana Samsuddin, Wawa Zainal dan Sara Ali.
"Bukan saya mahu mengelak untuk mendirikan rumah tangga, tetapi semuanya saya serahkan pada jodoh dan tidak terlalu mencari sangat kerana lebih menumpukan kepada kerjaya.
"Lagipun sehingga kini saya masih lagi belum memiliki teman wanita dan saya sasarkan akan berkahwin paling awal semasa usia 32 tahun," ujarnya ketika ditemui pada majlis tahlil anjurannya di Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang baru-baru ini.
Ditanya mengenai faktor-faktor yang menyebabkan dirinya masih belum terbuka hati untuk memiliki teman hidup sehingga sekarang, Sam menjelaskan jadual lakonan yang sentiasa padat menyebabkan dia lebih gemar untuk memberikan tumpuan kepada kerjayanya.
Ujarnya, dia sangat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh menerusi tawaran lakonan yang sentiasa mencurah-curah, malah menyatakan pada masa inilah dia perlu berusaha mengumpul harta sebanyak mungkin.
"Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan sejujurnya saya masih belum bersedia untuk mempunyai komitmen dalam berumah tangga. Jadi, sebagai persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan, saya perlu kumpul aset dan wang ringgit terlebih dahulu," ujarnya.
Pada masa yang sama, anak kepada pelakon Khathy Fauziah itu juga meluahkan rasa gembira kerana memiliki seorang ibu yang sangat memahami kehendak hatinya dan tidak pernah memaksa untuk berkahwin secepat mungkin.
Jelasnya lagi, ibunya juga tidak pernah memperkenalkan mana-mana wanita untuk dijadikan sebagai isteri dan memberikan sepenuh kebebasan buat dirinya untuk memilih sendiri calon isteri.
"Mummy sendiri tidak pernah mendesak saya supaya mendirikan rumah tangga segera kerana dia tahu buat masa sekarang saya lebih gemar memberikan tumpuan kepada kerjaya," ujarnya.
Berbuka dengan peminat
SAM bersama ibu tercinta, Mummy Khaty dan anak saudaranya sewaktu majlis tahlil yang diadakan baru-baru ini. |
Sempena dengan kehadiran bulan Ramadan, Sam memberitahu dia telah mengambil keputusan untuk berehat buat sementara dan tidak akan terbabit dalam sebarang penggambaran filem atau drama.
Jelasnya, sepanjang menjalani ibadah puasa, dia mahu meluangkan lebih masa bersama ahli keluarga dan sudah merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama peminat.
"Sepanjang bergelar pelakon saya memang tidak berkesempatan untuk berbuka puasa dengan peminat kerana agak sibuk berlakon, jadi pada tahun ini saya cuba aturkan satu hari yang sesuai untuk meluangkan masa berbuka puasa dengan mereka.
"Kalau ikut perancangan saya akan adakan majlis tersebut pada 11 Ogos ini, cuma lokasi sahaja yang masih lagi tengah saya cari dan saya jangka seramai 200 peminat yang akan hadir nanti," ujarnya.
Mengenai juadah kegemaran sewaktu berbuka puasa, Sam menyatakan kuih tepung pelita, cucur udang, ikan bakar dan ayam percik merupakan juadah yang tidak ketinggalan untuk dibeli ketika mengunjungi bazar Ramadan.
"Sepanjang bergelar pelakon berbuka puasa di lokasi penggambaran sudah menjadi perkara biasa buat saya, kini dengan adanya masa yang terluang saya dapat berkunjung ke bazar Ramadan dengan lebih kerap," ujarnya.
Hampir terbakar
Bercerita lebih lanjut mengenai kenangan yang paling menarik ketika menyambut bulan Ramadan, ternyata pelakon berkenaan turut mempunyai sebuah peristiwa yang agak lucu.
Ujar Sam, peristiwa tersebut berlaku sewaktu dia berusia enam tahun apabila rumah di kampung ibunya yang terletak di Batu Pahat, Johor hampir terbakar gara-gara bermain bunga api.
"Pada masa itu saya dan Zizie sedang leka bermain bunga api dan setelah habis, kami terus membuangnya di kawasan lalang yang terletak berhampiran dengan rumah.
"Bagaimanapun, kami tidak menyangka bunga api tersebut belum betul-betul padam sehingga membakar lalang, namun kami bernasib baik apabila api berkenaan dapat dipadamkan dengan cepat," ujarnya.
Menurutnya, dapat bersama rakan-rakan mengerjakan solat sunat terawih di masjid pula tetap menjadi saat yang paling menyeronokkan, namun semakin kurang berkesempatan untuk melakukannya sejak sibuk dengan berlakon.
Penemuan baharu pada Musytari panas
AKTIVITI menakjubkan planet Musytari Panas dapat dilihat jelas melalui rakaman dari pusat kajian Hubble Space. |
SEKUMPULAN ahli astronomi menemui perkara baharu mengenai planet Musytari Panas dengan menggunakan kaedah yang sama seperti teknik rakaman cahaya bintang.
Dipanggil sebagai 'pemerhatian tiada tara', saintis dapat mengesan perubahan signifikan di atmosfera Exoplanet HD 189733b (label khas planet tersebut).
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dapat memerhati letupan bintang yang mengeluarkan pancaran sinar-x yang kuat. Kekuatannya cukup untuk meletupkan sebahagian atmosfera HD 189733b.
"Jarak gelombang berganda yang digunakan oleh pusat kajian Hubble Space memberikan kita pandangan yang tidak pernah berlaku mengenai interaksi antara letupan bintang aktif dan atmosfera planet gergasi," kata salah seorang penyelidik.
Exoplanet HD 189733b terletak sejauh 63 tahun kelajuan cahaya dari Bumi. Jarak yang sangat dekat itu memudahkan ia dilihat dengan menggunakan teropong.
Saiz dan persekitarannya lebih kurang sama dengan Musytari. Disebabkan ia terlalu dekat, para astronomi menjadikan ia sebagai subjek untuk kajian penyebab proses pelepasan atmosfera.
Dalam kajian sebelum ini, sebuah kumpulan pengkaji di Perancis menggunakan teleskop Hubble Space bagi mendokumen gas hidrogen yang terlepas dari atmosfera luar HD 189733b.
Penemuan itu menjadikan planet tersebut yang kedua diketahui boleh melakukan penyejatan pada waktu itu.
sumber- Kosmo
Pesakit kagum pulih daripada jangkitan HIV
WASHINGTON - Satu-satunya pesakit HIV yang dipercayai sembuh menerusi pembedahan pemindahan sum-sum, Timothy Ray Brown (gambar) memberitahu kelmarin bahawa dia berasa kagum dan kini melancarkan satu yayasan baharu bagi menggalakkan penyelidikan bagi mencari ubat penyakit maut itu.
Brown, 47, yang berasal dari bandar raya Seattle dalam negeri Washington, popular selepas beberapa doktor cuba menggunakan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemianya.
Sejak 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan tulang sum-sum dan menunjukkan keputusan yang negatif dalam ujian HIV.
"Saya menjadi bukti bahawa AIDS boleh diubati," kata Brown dalam satu wawancara bersama agensi berita AFP.
"Sungguh mengagumkan apabila dapat sembuh daripada jangkitan HIV," tambahnya.
Lelaki itu sedang belajar di Berlin, Jerman apabila didapati positif HIV pada 1995 dan diberitahu dia cuma boleh hidup selama dua tahun lagi.
Namun, kombinasi terapi antivirus yang muncul di pasaran dunia setahun kemudian membolehkan jangkitan HIV yang dihidapi berjuta-juta penduduk dunia dirawat.
Terapi itu dapat mengekang kuman HIV di dalam badan Brown tetapi dia memilih untuk menemui seorang doktor pada 2006 selepas mengalami kelesuan yang berpanjangan.
Dia kemudian disahkan menghidap leukemia dan menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkannya mengalami pneumonia dan kandungan darahnya mengandungi bakteria beracun.
Dalam usaha menyelamatkan nyawa Brown, doktornya, Gero Huetter mendapat idea untuk melakukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum dengan menggunakan penderma sel induk yang memiliki gen mutasi CCR5.
Mereka yang tiada gen CCR5 kebal terhadap jangkitan HIV kerana sel mereka tidak boleh ditembusi virus tersebut.
Namun, manusia yang tiada gen CCR5 jarang ditemui dan dipercayai cuma satu peratus penduduk dunia yang tinggal di rantau Eropah Utara memiliki keupayaan tersebut.
Idea Huetter adalah untuk cuba menyembuhkan leukemia dan HIV menerusi pembedahan transplan itu.
Brown didapati bebas daripada kuman maut itu selepas menjalani pembedahan tersebut.
Kerani penipu didenda, dipenjara
MOHD. FAUZY meninggalkan Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya ditangguhkan menunggu proses rayuan. |
MELAKA – Gara-gara membuat lapan tuntutan palsu berjumlah RM270,650, seorang penjawat awam sebuah jabatan kerajaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda RM1.35 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Fauzy Mohd. Yusuf, 41, dari Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah selepas prosiding pada akhir kes pembelaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut ketika memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di Jabatan Perkhidmatan Haiwan Melaka (kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka) antara 9 November hingga 30 November 1999.
Lapan pertuduhan itu meliputi tuntutan palsu membabitkan dokumen pesanan kerajaan, inden (pesanan pembelian barang secara rasmi) dan invois dengan jumlah tuntutan tertinggi bernilai RM49,800 dan paling rendah RM9,250.
Semua tuntutan itu didakwa dilakukan bagi kerja-kerja pembangunan projek tenusu di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Merlimau, Jasin dan Masjid Tanah.
Antaranya bagi pembelian benih rumput, kerja membina travis berbumbung lembu susu, pembinaan kandang lembu susu, pembangunan infrastruktur di kawasan padang ragut dan projek tenusu PPRT.
Bagi semua pertuduhan itu, Mohd. Fauzy didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.
Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.
Terdahulu selepas hukuman dijatuhkan, tertuduh kelihatan tenang menerima keputusan mahkamah tersebut.
Elesabet memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan dan berdepan hukuman penjara lima tahun lagi sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan RM1.35 juta.
Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim memerintahkan hukuman penjara bagi kelapan-lapan pertuduhan itu berjalan serentak bermula semalam.
Peguam yang mewakili tertuduh, Azrul Zulkifli Stork memohon hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Namun Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Roziza Sidek yang mengendalikan kes membantah permohonan itu.
“Sekiranya penangguhan dibenarkan saya pohon jumlah jaminan RM10,000 yang sedia ada ditambah,” kata beliau.
Elesabet yang mendengar permohonan kedua-dua belah pihak kemudian membenarkan hukuman itu ditangguhkan dengan syarat notis rayuan difailkan semalam.
Jaminan dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh membayar jaminan itu.
Dalam perbicaraan yang berlangsung selama setahun bermula tahun 2009 itu seramai 30 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.
sumber- Kosmo
Mesin cetak untuk peniaga kecil
KERJA pejabat seperti mencetak, mengimbas, menyalin dokumen dan menghantar faks kini lebih cekap dengan model terbaharu daripada Samsung. |
MESIN pencetak, Samsung SCX-3400 Series Multifunction Laser disasarkan kepada pengguna yang mahu mencetak dengan pantas selain pengusaha bisnes kecil-kecilan. Reka bentuknya dicipta supaya menjimatkan ruang termasuk dulang kertas kecil dan permukaan kawalan yang boleh dilipat bergantung kedudukan pencetak.
Sama seperti semua jenama mesin pencetak yang berada di pasaran, pencetak keluaran Samsung itu juga mempunyai pelbagai fungsi seperti mencetak, mengimbas, menyalin dan faks.
Pengurus Kategori Pencetak dan Barangan Konsumer Samsung, Ku Wei Jian memberitahu, pencetak SCX-3400 mempunyai fungsi WiFi yang membolehkan imej dalam telefon dicetak tanpa wayar secara terus.
WiFi terbahagi kepada dua jenis iaitu WiFi Setting dan WiFi Direct. Peranti yang mempunyai aplikasi Samsung MobilePrint boleh disambung terus dengan hanya menekan butang Wifi Direct pada pencetak.
Selain itu, imej-imej yang diimbas menggunakan pencetak Samsung boleh disimpan dalam telefon bagi membolehkan imbasan-imbasan dokumen tersebut dikongsi dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Masalah remeh membuat fotokopi kad pengenalan atau lesen yang memerlukan kedua-dua permukaan kad dicetak juga dimudahkan dengan butang ID Copy.
Caranya mudah iaitu dengan menekan butang dan hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang dipaparkan.
Dikuasakan dengan upaya pemproses 433 megahertz dengan memori berkapasiti 128 megabait, SCX-3400 boleh mencetak sehingga 20 muka surat bersaiz A4 seminit.
sumber- Kosmo
Anggota bomba selamatkan warga emas
MARTINEZ (kiri) cuba memujuk Lui untuk turun semasa rumahnya terbakar di Racine kelmarin. |
RACINE, Wisconsin - Seorang anggota bomba mendukung seorang warga emas, Pete Lui menuruni tangga dari tingkat dua rumahnya yang terbakar di sini kelmarin. Sebelum ketibaan pasukan bomba, seorang lelaki, Edwardo Martinez cuba untuk meyakinkan Lui supaya turun dengan menggunakan tangga kayu. Namun, warga emas itu enggan turun dengan menggunakan tangga tersebut. Tangga kayu itu kemudian terbakar.
SEORANG anggota bomba mendukung Lui. |
Anggota-anggota bomba menggunakan tangga logam untuk menyelamatkan Lui selepas mereka tiba di lokasi kejadian. Dua anggota bomba memanjat tangga itu ke tingkat dua rumah tersebut. Salah seorang anggota bomba itu mendukung Lui semasa dia turun dengan menggunakan tangga tersebut. Warga emas itu kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.
Gempa bumi kuat landa Sumatera
SINABANG, Indonesia - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan pantai barat Pulau Sumatera semalam dengan menyebabkan penduduk bertempiaran keluar dari kediaman dan bangunan. Pihak berkuasa berkata, seorang lelaki rebah dan mati akibat terkejut semasa dia keluar dari rumahnya. Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa yang berpusat pada kedalaman 22 kilometer itu berlaku pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan kira-kira 34 kilometer ke barat laut Sinabang.
Penduduk di sini memberitahu, gegaran kuat berlaku selama satu minit dan menyebabkan bekalan elektrik terputus. "Orang ramai menjerit, mengambil barang milik masing-masing dan bergegas keluar dari kediaman mereka," kata seorang wartawan agensi berita AFP di sini. "Bekalan elektrik terputus dan saya dapat melihat rekahan pada dinding-dinding kediaman," tambahnya. Seorang jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, seorang lelaki mati semasa keluar dari rumahnya di pulau ini yang memiliki 80,000 penduduk. Media tempatan dan agensi meteorologi memberitahu, tiada laporan tentang kerosakan besar atau kemalangan jiwa akibat bencana itu setakat ini.
sumber- Kosmo
Andy Griffith meninggal dunia di usia 86 tahun
Andy Griffith ketika mendapat anugerah Presidential Medal of Freedom dinobatkan oleh Presiden AS George W. Bush pada tahun 2005 |
NORTH CAROLINA, AS — Aktor Andy Griffith yang dikenali sebagai sherif di sebuah kota kecil dalam rancangan The Andy Griffith Show meninggal dunia di rumahnya di North Carolina. Demikian yang dilaporkan oleh stesen televisyen WITN, 3 Julai lalu.
The Andy Griffith Show tercatat dalam sejarah rancangan televisyen Amerika Syarikat sebagai salah satu program tayangan yang paling lama bertahan.
Memetik dari rakan lama pelakon lagenda Amerika tersebut, WITN menyiarkan bahawa Griffith meninggal dalam usia 86 tahun di rumahnya di Roanoke Island.
Menurut maklumat dari sherif Dare County, sebuah ambulans telah dihantar ke kediaman Andy tetapi tidak tahu apa yang berlaku seterusnya.
Selain menghoskan rancangan tv yang menggunakan namanya, Griffith juga berjaya mencipta karakter lain yang terkenal iaitu sebagai pengacara dalam siri Matlock antara tahun 1980-an hingga 1990-an.
Namun, karakternya sebagai Sheriff Andy Taylor dalam The Andy Griffith Show yang diterbitkan pada tahun 1960-an lah yang membuatkan dia mendapat tempat dalam sejarah program televisyen Amerika.
Drama tv yang menggambarkan sebuah kota fiksi Mayberry, di Carolina Utara itu diyakini ianya diilhamkan dari kehidupan di kampung halaman Griffith sendiri di MountAiry, Carolina Utara.
Andrew Samuel “Andy” Griffith yang lahir pada 1 Juni 1926 adalah pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip dan penyanyi gospel yang meraih pelbagai Grammy Award.
Dia juga memainkan peranan penting bersama pengarah Elia Kazan, untuk filem “A Face in the Crowd (1957)”, sebelum mendapat tempat dalam dunia penyiaran televisyen.
Kristen Stewart curang kepada Robert Pattinson, hubungan sulit bersama pengarah filem
Nampaknya hubungan cinta diantara Kristen Stewart dan Robert Pattinson sedang diuji apabila terdapat gosip mengatakan yang pelakon wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Kristen Stewart di katakan menjalini hubungan secara senyap bersama pengarah filem Snow White and the Huntsman, Rupert Sanders berusia 41 tahun.
Menurut sumber lagi, Kristen Stewart kini berada dalam keadaan yang tertekan dan menyesal akan hubungan yang sepatutnya tidak perlu berlaku itu.
Hubungan antara Kristen Stewart & Rupert Sanders bukanlah satu hubungan yang serius tetapi ianya adalah satu kesilapan yang dilakukan sendiri oleh Kristen Stewart.
Rupert Sanders merupakan pengarah kelahiran Britain yang sudah pun berkahwin dengan model Liberty Ross yang turut membintangi filem Snow White and the Huntsman bersama sama Kristen Stewart.
Beli nombor ekor tanpa malu di bulan Ramadan
Pihak berkenaan diminta membuat pemantauan dan menangkap umat Islam yang membeli nombor ekor. |
BANDAR TEMERLOH – Ketika umat Islam sibuk merebut pahala berganda ketika ini, masih ada segelintir umat Islam mencemar kesucian Ramadan tanpa rasa malu apabila membeli nombor ekor.
Aktivis masyarakat, Zainor Rashid Abdullah, 52, berkata, dia kesal dengan perbuatan segelintir umat Islam itu yang sengaja menunjukkan sikap kurang baik pada mereka yang bukan beragama Islam.
Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan ada bapa yang membawa anak kecil membeli nombor ekor dan sudah pasti perbuatan buruknya itu akan menjadi contoh serta ikutan kepada anaknya.
“Kita sedih melihat umat akhir zaman ini yang sengaja melakukan perbuatan berdosa tanpa ada perasaan bersalah atau malu pada masyarakat umum.
“Perkara ini umpama menconteng arang di muka umat Islam dan seharusnya ia tidak berlaku. Kita dapat lihat ada segelintir umat Islam membeli nombor ekor di kedai-kedai sekitar Temerloh dan Mentakab,” katanya kepada Sinar Harian.
Zainor Rashid berkata, selain itu daripada sumber yang diperoleh terdapat juga kakitangan kerajaan terlibat dalam aktiviti kurang sihat itu, termasuk warga emas yang sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada generasi muda.
“Perkara ini perlu dibendung segera kerana kita tidak mahu lebih ramai umat Islam terjebak dalam perkara tidak bermoral ini yang mana akhirnya mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masa depan,” katanya.
Dalam pada itu, dia juga meminta pihak berkuasa memantau perang mercun di taman perumahan kerana ia mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak dan warga emas.
“Kita kecewa kerana bekalan mercun mudah didapati dan boleh dibeli oleh kanak-kanak bawah umur,” katanya.
sumber- Sinar
Masak, makan katak di dapur kopitiam
Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan. |
JELUTONG – “Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur,” bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.
Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.
Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.
“Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.
“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.
Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.
“Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.
“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.
Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.
“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.
Mendengar maklumat yang diberikan, Alia dan rakan-rakannya hilang selera dan terus ke kedai lain untuk berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir Maghrib.
Alia kecewa kerana kopitiam berkenaan menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelanggan beragama Islam. Rata-rata yang berkunjung selalunya memesan minuman dan makanan yang berasaskan mi dan pencuci mulutnya.
Mendengar cerita Alia, Sinar Harian ke restoran itu untuk mengintai kesahihannya.
Salah seorang pengunjung yang enggan dikenali mengakui rata-rata pekerja di kopitiam berkenaan adalah warga asing khasnya Nepal dan Bangladesh.
“Kadangkala mereka berbau busuk walaupun pada waktu bekerja. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bau mereka ketika berada di dapur menyediakan makanan dan mengambil pesanan pelanggan.
“Nampak saja kopitiam yang agak mahal dan selesa tetapi kebersihan pekerjanya memang mendukacitakan,” katanya.
Meneliti maklum balas orang ramai mengenai restoran berkenaan melalui laman web, beberapa pelanggan turut memberikan pandangan negatif terhadap kopitiam berkenaan.
Antaranya ialah melalui www.penangfoodreviews.com di mana pemilik blog tersebut jelas tidak berpuas hati perkhidmatan kopitiam berkenaan.
Dalam tulisan blogger itu, beliau turut memaklumkan harga yang dikenakan juga agak mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti makanan.
sumber- Sinar
Sedih! Ibu Dolphin Membawa Anaknya Yang Telah Mati
Terdapat sebuah kisah yang menyayat hati yang melibatkan ibu Dolphin. Menurut berita, kejadian ini berlaku di pusat lawatan ikan lumba-lumba di China. Ketika seorang pelancong sedang mengambil gambar, kelihatan ibu dolphin ini sedang berusaha gigih membawa anaknya yang telah mati pada kelajuan 40 kilometer sejam. Ia dilihat merempuh ombak lautan untuk membawa anaknya yang difikirkan tidak pandai berenang walhal anaknya sudah mati. Beberapa kali anaknya tenggelam dilanggar ombak namun ibunya turun semula untuk membawa anaknya ke atas lautan.
sumber- Media Malaya
Jual cendol RM120,000 sebulan
TANJUNG KARANG: “Saya pernah diisytiharkan muflis hingga wang seringgit pun tiada dalam poket dan bank,” kata Muhamad Burhan Salikon, 45, peniaga cendol di sini yang mampu meraih pendapatan antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan.
Muhamad Burhan yang memiliki gerai Cendol Durian Burhan di tepi Jalan Kuala Selangor – Tanjung Karang, di sini memulakan perniagaan itu sejak 1997 dengan pendapatan RM90 sehari sebelum menerima bantuan perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2008.
Katanya, dia mula menjual cendol menggunakan basikal roda tiga pada 1997 sebelum perniagaannya maju hingga mampu membeli lori dan beberapa van serta menggaji pekerja.
Muhamad Burhan berkata, selepas perniagaan cendolnya maju, dia cuba menjalankan perniagaan berkaitan balak dan kayu getah, namun bapa kepada sembilan anak ini tersilap langkah hingga diisytiharkan muflis pada 2002.
“Waktu itu memang susah. Bayangkan anak sedang membesar dan saya tiba-tiba hilang segala-galanya.
sumber- Harian Metro
Robot 'Ibn Sina' mampu bertutur Bahasa Arab
Saintis sedang menyiapkan robot, yang boleh digunakan dalam pusat membeli belah. |
Robot berbahasa arab pertama di dunia ini telah direka untuk kegunaan ramai yang akan berada di pusat membeli belah tidak lama lagi.
Ibn Sina, dinamakan bersempena nama tokoh ahli falsafah dan saintis Islam terkenal pada abad ke-11 yang dikenali secara umum sebagai Ibnu Sina atau Avicenna. Robot ini direka bentuk oleh satu pasukan dari Universiti UAE.
"Ia adalah robot pertama yang bertutur bahasa Arab dan boleh berbual." kata Nikolaos Mavridis, penolong profesor sains komputer yang juga merangkap ketua pasukan yang disertai 12 orang ahli ini.
"Robot ini membolehkan kami untuk melakukan penyelidikan dan juga merupakan satu alat bantuan pembelajaran kerana para pelajar boleh melakukan ujikaji terhadapnya."
Kira-kira $US200,000 (RM 685,958) telah dilaburkan untuk pembinaan robot ini.
Mavridis berkata Ibn Sina boleh digunakan sebagai penyambut tetamu, kakitangan jualan atau penolong membeli-belah dalam sesebuah pasaraya.
Ketua saintis Nikolaos Mavridis bersama 'Ibn Sina' |
"Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan olehnya seperti: menjawab beberapa soalan, disambungkan kepada internet bagi mendapatkan maklumat dan menunjukkan benda-benda pada skrin mengenai apa yang anda perlukan," katanya.
Mavridis juga menyatakan bahawa dia memerlukan masa selama 6 bulan bagi menyiapkan sebuah Ibn Sina dengan bantuan 5 orang pekerja.
"Sekarang kami telah meletakkannya Ibn Sina untuk memberikan perkhidmatan sehari suntuk di Pasaraya Al-Ain," katanya.
Ibn Sina berperwatakan dengan sehelai jubah berwarna putih, serban dan janggut kelabu seakan gambaran sebenar mengenai Ibnu Sina.
Ia bertutur dalam bahasa Arab klasik dan menjawab sebarang soalan dengan ekspresi muka.
"Ibn Sina mempunyai modul perisian yang membolehkan ia untuk melihat, mengecam wajah atau benda, subsistem untuk berdialog, mentranskripkan ucapan dalam bentuk teks, dan faham untuk membalas balik percakapan seseorang," kata Mavridis.
"Kami juga pernah dihubungi oleh syarikat-syarikat yang berminat mengenai robot ini sama ada untuk perkhidmatan pusat membeli belah atau sebagai penyambut tetamu," ulasnya lagi.
Robot Seakan Manusia Sebenar Dari Jepun
Manusia sebenar (kiri) sedang tersenyum bersama robot manusia "Geminoid-F" (kanan) di satu sidang akhbar di Osaka. |
Penyelidik Jepun telah mencipta sebuah robot manusia yang boleh ketawa dan tersenyum sambil ia mengajuk air muka seseorang itu.
Dengan menerima isyarat-isyarat elektrik daripada manusia yang menjadi model untuk robot ini, ia dapat menggerakkan kulit wajahnya untuk meniru ekspresi seperti sebuah senyuman, satu bunyi ketawa dan satu pandangan yang sedih.
"Saya rasa bagaikan mempunyai satu adik kembar," kata model itu.
sumber- AFP
Laptop pertama di dunia
Hari ini, laptop direka dalam bentuk yang kecil, ringan, ringkas, dan mudah untuk di bawa. Namun, tahukah anda bahawa laptop generasi pertama adalah seberat 24 kg dan harganya bersamaan dengan sebiji kereta?
Mengikut rekod, laptop ini adalah yang terberat di dunia. Walaupun telah mengalami evolusi dengan generasi baru, tiada sebarang laptop yang mampu menandingi beratnya. Harganya pula mencecah USD 19,975. Cukup untuk membeli sebuah kereta.
Komputer bimbit ini juga tidak mempunyai skrin seperti mana-mana laptop yang ada pada hari ini. Ia hanya mempunyai satu monitor kecil monochrome berukuran 5 inchi sahaja.
Nama yang diberikan untuk laptop tersebut ialah IBM Portable PC 5100 dan spesifikasinya adalah seperti berikut:
CPU: IBM proprietary, 1.9 MHz
RAM: 16K, 64K max
Display: 5 "monochrome monitor 64 X 16 text
Storage: Internal 200K tape (DC300)
Ports: tape / printer I / O port
OS: APL and / or BASIC
Menurut laman wikipedia, komputer bimbit pertama di dunia ini mula dijual secara komersial pada tahun 1975 namun dihentikan pengeluarannya pada tahun 1978.
Hasan Budu ketagih curi kereta
KUALA TERENGGANU – Ketua sindiket curi kereta, Hasan Budu (gambar) bagaikan sudah ketagihan untuk terus melakukan jenayah walaupun baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Machang, Kelantan apabila dia disyaki masih terjebak dalam kegiatan jenayah.
Suspek yang sebelum ini mempunyai 15 rekod mencuri kenderaan dipercayai kembali aktif melakukan jenayah sama selepas dibebaskan dari tahanan pada April lalu apabila banyak kes curi kenderaan kini dipercayai didalangi Hasan Budu atau nama sebenarnya Samsul Bahri Awang Noh, 39.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kegiatan jenayah suspek dari Kampung Padang Luas, Besut itu terbongkar ekoran penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada Isnin lalu
“Suspek berkenaan mendedahkan kaitan Hasan Budu dengan penemuan lori Hino dan Mitsubishi Pajero yang berada di rumah suspek terbabit,” kata beliau.
Menurut beliau, polis kemudian membuat intipan beberapa jam di kawasan rumah tersebut sebelum mengesan Hasan Budu yang memandu Mitsubishi Pajero juga kenderaan curi menghala ke rumah itu.
Bagaimanapun, Hasan Budu yang cuba ditangkap dapat menghilangkan diri.
Menurut beliau, polis percaya sejak dibebaskan, Hasan Budu telah berjaya merekrut beberapa orang anak buahnya untuk melakukan jenayah curi kenderaan di negeri ini, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.
Katanya, modus operandi kumpulan Hasan Budu ialah menggunakan kunci pendua untuk menghidupkan enjin kenderaan yang mahu dicuri.
“Kumpulan tersebut berjaya melarikan kereta dalam beberapa minit tanpa mengira jenis kenderaan,” kata beliau.
Berikutan itu, Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hasan Budu tampil membuat laporan polis bagi menyekat aktiviti penjenayah itu.
sumber- Kosmo
sumber- Kosmo
Malaysia juga boleh tenggelam
KAWASAN pantai yang terhakis seperti di Tanjung Piai, Johor ini lebih mudah tenggelam jika berlaku kenaikan paras laut. |
Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.
“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.
“Risiko ini bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana pencairan ais di Greenland akibat pemanasan global berlaku secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau mengulas kejadian kecairan glasier yang luar biasa di Greenland pada bulan ini yang membabitkan kawasan lebih luas berbanding sepanjang tempoh 30 tahun lalu.
Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.
Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.
Ibrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.
Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, langkah terbaik untuk memperlahankan pencairan ais di Greenland ialah dengan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan pemanasan global.
Sementara itu, Pakar Oseanografi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus pula memberitahu, peningkatan paras air laut akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah di negara ini dinaiki air dan banjir kilat berlaku lebih kerap.
“Kawasan rendah yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini berkemungkinan berlaku banjir dan proses untuk air surut akan mengambil masa lebih lama,” jelasnya.
Menurut Kamaruzaman, kecairan ais yang berlaku dan kesannya kepada negara ini adalah berpunca daripada pemanasan global yang disebabkan oleh pembuangan sisa industri yang tidak dikawal, pembebasan karbon dioksida (CO2) dan pertambahan penduduk manusia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Yap Kok Seng pula ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang memantau perkembangan di Greenland serta akan mengkaji kesan fenomena itu terhadap Malaysia.
sumber- Kosmo
Rangka tulang Mona Lisa semakin hampir ditemui
SEORANG ahli arkeologi melakukan kerja-kerja dekat rangka manusia di sebuah kubur di biara Sant'Orsola di Florence kelmarin yang dipercayai wanita dalam lukisan Mona Lisa. |
FLORENCE - Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant'Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.
Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini.
Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu.
Ia dilakukan selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di biara tersebut selepas kematian suaminya.
Rangka-rangka manusia itu akan dikaji bagi mengetahui sama ada ia kepunyaan Gherardini.
Selepas identiti rangka manusia itu diketahui, kerja-kerja untuk membentuk semula mukanya akan dilakukan selama dua bulan.
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona Lisa.
Lukisan itu dihasilkan antara tahun 1503 dan 1506.
Ketika ini lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.
sumber- AFP
Israel akan serang Syria
BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.
Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.
Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.
Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.
Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.
Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.
Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.
Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.
Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.
Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.
Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar.
sumber- Agensi
Pelajar sekolah tikam bekas kekasih kerana cinta
gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Cinta tiga segi remaja berusia 15 tahun berakhir dengan tragedi apabila seorang pelajar perempuan ditikam tiga kali menggunakan pisau dapur manakala bekas kekasihnya ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian pukul 4 petang, Jumaat lepas, pelajar perempuan itu ditikam sebanyak tiga kali di bahagian perut dan pinggang oleh bekas kekasihnya itu.
Katanya kejadian yang berlaku di Pangsapuri Taman Datuk Senu di sini itu turut disaksikan oleh kekasih baharu mangsa yang dipercayai menemani mangsa berjumpa bekas kekasihnya itu.
"Sebelum kejadian, dipercayai pelajar tersebut telah bertengkar dengan bekas kekasihnya yang tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan itu kerana mempunyai kekasih baharu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Zakaria berkata selepas menikam mangsa, suspek panik dan tertinggal pisau di tempat kejadian semasa melarikan diri sebelum kekasih baharu pelajar perempuan itu menjerit meminta bantuan.
Beliau berkata ketiga-tiga pelajar adalah dari sekolah menengah yang sama di Sentul.
Beliau berkata mangsa yang mengalami cedera parah kini stabil dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.
Zakaria berkata suspek yang menyerah diri semalam kini ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.
sumber- Bernama
Peniaga maut dirempuh kereta api di Kangar
gambar hiasan |
KANGAR — Seorang peniaga, Yahya Kassim, 74, terbunuh apabila sebuah kereta api barang merempuh kereta yang dipandunya di lintasan kilometer 134.25, Ngulang dekat sini semalam.
Kejadian dilapor berlaku kira-kira 3.05 petang apabila kenderaan warga emas dari arah Mata Ayer menuju Ngulang itu terlajak ke landasan selepas gagal berhenti di palang penghadang yang diturunkan petugas lintasan.
Menurut polis, sebaik tiba di landasan, kenderaan Yahya dirempuh kereta api dari arah Butterworth menuju Padang Besar.
Mangsa yang menetap di Ngulang cedera parah di kepala dan badan manakala keretanya rosak teruk.
Yahya meninggal dunia pada 5.30 petang selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.
sumber- Bernama
Wanita misteri isteri pemimpin Korea Utara
Wanita misteri bersama Kim Jong-un dikenali sebagai Ro Sol-ju, isteri beliau. |
PYONGYANG - Media kerajaan Korea Utara buat julung kali mengesahkan bahawa pemimpin negara itu, Kim Jong-un telah pun berkahwin.
Laporan-laporan media merujuk beliau menghadiri satu majlis pembukaan taman hiburan dengan isterinya "Komrad Ri Sol-ju".
Spekulasi mengenai kehidupan peribadi Jong-un muncul sejak beberapa minggu lalu apabila seorang wanita dirakamkan bersama beliau.
Ada yang mengatakan wanita itu pernah berkahwin sebelum ini dan popular di kalangan rakyat Korea Utara sebagai penyanyi.
Jong-un mengambil alih kepimpinan negara itu ekoran kematian bapanya, Kim Jong-il Disember lalu.
Laporan lapan minit radio Korea Utara, yang menyebut nama Sol-ju disiarkan pada jam 8 malam semalam.
Awal semalam, Menteri Penyatuan Korea Selatan, Yu Woo-Ik berkata, "pada penilaian saya dia kelihatan isteri beliau."
sumber- Sinar