Pages - Menu

Thursday, August 2, 2012

Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik Dan Unik

Lilin pada asalnya digunakan untuk dijadikan sebagai pengganti cahaya sebelum wujudnya lampu. Walaupun kita sudah berada di zaman yang serba moden, penggunaan lilin tidak terhenti setakat itu sahaja. Ini kerana lilin juga digunakan sebagai satu bentuk pencahayaan di sesebuah ruang tempat. Sebagai contoh dinyalakan di atas meja hiasan dan sebagainya.  Ia juga di gunakan dalam keadaan terdesak seperti ketika gangguan bekalan elektrik pada waktu malam. Lilin didatangkan dengan pelbagai rekabentuk berdasarkan kehendak, kesesuaian dan keperluan. Berikut merupakan gambar rekabentuk lilin yang kreatif.

Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik

Komplot 3 beruk 'culik' bayi tuan rumah gagal

Anggota JPAM meninjau bahagian atas siling rumah mangsa.
Anggota JPAM meninjau bahagian atas siling rumah mangsa.

Esah bersama Waqil Wafi yang terselamat dalam cubaan dilarikan beruk liar.
Esah bersama Waqil Wafi yang terselamat dalam cubaan dilarikan beruk liar.

Anggota Perhilitan dan JPAM mengawasi persekitaran rumah Esah.
Anggota Perhilitan dan JPAM mengawasi persekitaran rumah Esah.
ALOR GAJAH - Tujuh bulan diberi tumpang siling sebuah rumah di Lorong Datuk Megat Alam Melintang, Taboh Naning, di sini, tiga beruk bukan sahaja tidak 'mengenang budi' malah sebaliknya cuba 'menculik' dan melarikan bayi tuan rumah.

Mujurlah dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, bayi itu, Waqil Wafi Sahrul Sayuti yang berusia tujuh bulan, berjaya diselamatkan neneknya, Esah Salim, 63.

Menceritakan semula kejadian itu, Esah berkata, dia dikejutkan dengan bunyi lampu pecah tatkala menjaga Waqil Wafi yang sedang tidur dalam buaian.

"Saya terkejut apabila tiba-tiba mendapati serpihan kaca lampu yang pecah itu jatuh dan nyaris terkena cucu saya," katanya.

Ketika itu, hanya mereka berdua di rumah. Anak Esah, Sahrul Sayuti Zainal, 34, keluar bekerja di Rembia manakala menantunya, Norazila Norsobrani, 33, mengajar di Sekolah Kebangsaan Cherana Putih.

Pada masa yang sama, kata Esah, dia mendengar bunyi hentakan yang sangat kuat dan bertalu-talu pada siling rumahnya.

"Ia benar-benar menakutkan. Sudahlah kaca lampu yang jatuh dan mengenai buaian cucu saya menyebabkan ia jatuh berderai di lantai membuatkan saya terkejut," katanya.

Rasa cemas Esah semakin kuat apabila mendapati siling rumahnya merekah dan kemudian pecah.

"Ketika itulah saya lihat tangan binatang itu cuba mencapai cucu saya yang masih dalam buaian," katanya yang masih lagi cemas dengan kejadian itu ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Seakan berebut, Esah terus mencapai cucunya dan kemudian berlari sekuat hati keluar dari rumah. Tujuannya adalah ke rumah kakaknya, Jariah, 65, yang tinggal bersebelahan.

“Kami hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan. Mujurlah cucu saya selamat. Saya tak dapat bayangkan jika dia dilarikan beruk liar itu,” katanya.

Esah berkata, tiga beruk berkenaan telah menghuni bahagian siling rumahnya sejak tujuh bulan lalu tetapi semakin mengganas sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangannya sekeluarga.

Selongkar rumah pusaka

“Pelbagai cara saya lakukan bagi memastikan rumah tidak diganggu beruk tetapi semuanya tidak berhasil.

"Kemuncaknya adalah hari ini (semalam) apabila siling di bahagian ruang tamu dan bilik pecah dikerjakan binatang itu," katanya.

Esah yang menetap di kawasan berkenaan sejak lebih setahun lalu berkata, binatang itu turut memasuki rumah pusaka ibunya yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

"Binatang itu selongkar semua barang dalam rumah hingga bersepah. Setiap hari kami diganggu sehingga mahu keluar rumah pun jadi bimbang kerana risau diterkam. Bayangkan, saiznya sahaja sudah menggerunkan kerana sebesar kanak-kanak berusia 6 tahun.

"Kumpulan beruk itu berkeliaran di depan rumah hampir setiap hari,” katanya.

Lari ke hutan

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Mohd Rizuan Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.35 pagi.

Seramai tujuh anggota JPAM dan dua anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bergegas ke lokasi kejadian bagi menangkap haiwan berkenaan.

“Bagaimanapun, apabila kami tiba di tempat kejadian, tiada lagi bunyi hentakan kedengaran dan saya segera menghubungi Jabatan Perhilitan Melaka untuk membantu menangkap beruk terbabit jika ia masih berada di siling rumah berkenaan.

“Namun kumpulan beruk liar itu dipercayai sudah melarikan diri ke hutan dan kami akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak mencederakan dan mengganggu penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

sumber- Sinar

Sepasang kekasih ditahan bersama 2.5kg ganja

Pasangan kekasih gelabah diperiksa
Kedua-dua pasangan ini dipercayai mengedar dadah jenis ganja.
KUALA MUDA – Tindakan menggelabah sepasang kekasih semasa ditahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Taman PKNK, Tikam Batu akibat tidak memakai topi keledar akhirnya terbongkar setelah menemui bungkusan kecil dipercayai dadah yang dibawa bersama.

Sepasukan Rela dari Tikam Batu yang melakukan rondaan malam menemui kedua-dua suspek di taman berkenaan yang menunggang motosikal tanpa topi keledar pada jam 9.30 malam.

Penyelia, Low Chow Min berkata, dia memanggil keduadua suspek melihatkan keadaan keduanya yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

“Ketika rondaan dibuat, kami ternampak sepasang kekasih yang berada dalam keadaan mencurigakan lalu memanggil mereka untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Katanya, akibat terkejut dan ketakutan, suspek terus mencampakkan satu bungkus plastik dekat tepi jalan dengan harapan mampu menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan kami mendapati bungkusan kecil itu berisi dadah jenis ganja,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua remaja berusia 20-an itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa bungkusan lagi turut ditemui dalam beg duit.

“Kami menghubungi pihak polis yang kemudian membuat tangkapan ke atas pasangan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, pasangan kekasih itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya.

sumber- Sinar

Ada wang, masih mengemis

Ada wang, masih mengemis
Pasangan suami isteri ini sanggup mengemis di kali lima walaupun mempunyai simpanan dalam akaun simpanan mereka.
KOTA BHARU- Walaupun mempunyai simpanan RM8,000 dalam akaun simpanan mereka, sepasang pengemis warga emas yang cacat penglihatan masih sanggup meneruskan kegiatan mengemis di kaki lima Pasar Siti Khadijah di bandar ini kerana sudah biasa dengan pekerjaan itu sejak 10 tahun lalu.

Pasangan itu, yang berasal dari Kampung Berangan, Tumpat, sanggup menaiki bas dari rumah mereka yang mengambil masa hampir 45 minit ke bandar ini demi untuk mencari rezeki dan mengharapkan simpati dari masyarakat.

Menurut isterinya, walaupun mempunyai tiga anak yang sudah dewasa, namun dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya memandangkan mereka hanya bekerja sebagai buruh dan mempunyai pendapatan yang tidak seberapa.

“Inilah yang makcik mampu lakukan iaitu menjual tisu, selain mendapatkan derma dari orang ramai bagi menampung kehidupan kami berdua yang semakin uzur dan tidak mampu melakukan kerja-kerja lain.

“Pernah kami ditahan pihak berkuasa dalam operasi pengemis sebelum ini, tetapi kami kembali melakukan kerja ini kerana mudah untuk mendapatkan wang dari orang ramai,” katanya ketika ditahan dalam operasi Adhoc Ramadan pengemis di sekitar bandar ini, semalam.

Operasi bersepadu yang diadakan pada jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari itu, dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) serta Jabatan Imigresen itu berjaya menahan enam pengemis yang terdiri daripada warga emas, golongan dewasa dan kanak-kanak.

Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM jajahan Kota Bharu, Norizawati Mamat, berkata, empat pengemis terbabit akan ditempatkan di rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa untuk penempatan sementara, manakala dua lagi yang merupakan warga Thailand, akan dihantar ke depot tahanan sementara di Telipot.

“Mereka akan ditahan di bawah seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977, sebelum dituntut oleh waris atau jika tidak dituntut akan dibawa ke pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini dalam operasi terbabit, ada di antara pengemis merupakan penerima bantuan bulanan JKM, namun masih lagi melakukan pekerjaan seumpama ini,” katanya.

Norizawati berkata, operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi membanteras kegiatan mengemis.

“Kita harap masyarakat faham dengan tugas kami, yang bukan menahan pengemis secara melulu, namun adalah untuk sediakan tempat tinggal dan membela nasib mereka supaya dapat meneruskan kehidupan lebih baik,” katanya.

sumber- Sinar

Miyavi, Gitaris Samurai

miyavi
MIYAVI mengagumi masyarakat Malaysia yang boleh bertutur dalam lebih daripada dua bahasa.
MUNGKIN tidak ramai yang mengenali jejaka tinggi lampai berdarah campuran Jepun dan Korea ini. Namun, kepada peminat muzik rock Jepun, pasti mereka teruja untuk bertemu Miyavi atau nama sebenarnya, Takamasa Ishihara.

Memulakan kerjaya dalam industri muzik sebagai gitaris sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Dué le Quartz pada tahun 1999, dia kemudian mula bergerak solo sebagai seorang pemuzik dalam arena muzik di Jepun.

Sejak itu, kerjaya muzik Miyavi mula berkembang dan genre muzik serta dirinya dikenali di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Bermatlamat ingin bertemu peminatnya di negara Asia, Miyavi telah mengadakan sebuah siri konsert jelajah dunia dan Malaysia merupakan salah satu negara yang dikunjunginya menerusi sebuah showcase yang sangat menghiburkan berlangsung di Stage KL, Avenue K, Kuala Lumpur pada 25 Julai lepas.

"Ini merupakan kunjungan sulung saya ke Malaysia dan sememangnya ia sangat mengujakan. Memang sudah lama saya ingin berkunjung ke Malaysia kerana ramai peminat yang menantikan kehadiran saya di sini sejak dari dahulu.

"Siri konsert jelajah dunia ini adalah untuk menyajikan muzik saya secara langsung kepada peminat," tutur Miyavi pada sesi temu ramah di The Venue, Pavilion, Bukit Bintang sehari sebelum dia beraksi untuk showcase tersebut.

Selain itu, kehadiran Miyavi,31, ke Malaysia juga adalah untuk mempromosi albumnya yang terbaharu berjudul What's My Name? yang sudah berada di pasaran sejak tahun 2010.

Menurut bintang rock yang diberi gelaran Gitaris Samurai ini, sebagai warga Jepun dia tidak banyak didedahkan dengan bahasa Inggeris. Namun di Malaysia, kata Miyavi, dia dapat melihat ramai penduduk di Malaysia fasih berbahasa Inggeris.

Disebabkan kerjayanya telah berkembang di seluruh dunia, maka Miyavi telah mempelajari bahasa Inggeris dan apa yang menarik walaupun tidak mempunyai asas dalam bahasa tersebut, dia berjaya mempelajari hanya dalam tempoh yang singkat.

"Lima tahun lepas, saya telah mengambil kursus bahasa Inggeris di Los Angeles, Amerika Syarikat dan dalam tempoh enam bulan saya mula boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun, saya tidaklah terlalu fasih dan sehingga kini masih lagi dalam proses pembelajaran.

"Saya kagum dengan rakyat Malaysia kerana mereka bercakap banyak bahasa dan sesuatu yang unik yang tidak terdapat di Jepun. Masyarakat di sini bercakap bahasa Malaysia, Inggeris, Cina, Tamil dan ada juga yang fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

"Ini satu perkembangan yang bagus dan progresif kerana penguasaan banyak bahasa membolehkan seseorang lebih difahami," ujar bapa kepada dua anak ini yang sudah mengadakan 150 buah persembahan meliputi 30 buah negara di Amerika, Asia, Australia dan Eropah.

sumber- Kosmo

Dihasut murtad ketika berbuka

Dihasut murtad ketika berbuka
Dua lelaki asing ini dirakam sedang menyampaikan fahaman agama mereka.
GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara.

Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba.

Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat.

Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa.

“Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya ‘kamu berpuasa ya?’ dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan bercerita waktu bersahur dan berbuka.

“Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa.

“Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling menyampuk untuk menjawab soalan ‘mat saleh’ berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hampir 15 minit berlalu menceritakan ibadah berpuasa umat Islam, lelaki asing terbabit menanyakan soalan yang agak mengejutkan Mohd Noor dan rakannya yang lain.

“Kenapa kamu perlu percaya kepada tuhan kamu? Mari percaya kepada agama kami,” kata lelaki berkenaan tanpa ragu-ragu.

Agak lama bercerita mengenai agamanya, lelaki berkenaan seolah-olah menyampaikan dakyahnya dalam keadaan yang amat halus dan seolah-olah memujuk.

Namun, Mohd Noor Farid dan rakannya cuba mematikan perbualan dengan alasan mahu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib segera.

Menurutnya, ia adalah kali pertama kejadian sebegitu berlaku ketika dia berkunjung ke pusat membeli-belah.

“Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan kita berada dalam bulan Ramadan dan seolah-olah mereka bebas dan tidak menghormati kita yang beragama Islam.

“Tindakan perlu diambil memandangkan mereka bukan penduduk negara ini dan hanyalah pelancong, sudah begitu berani mendekati dengan cara sedemikian rupa, nasib baik saya bersama kawan-kawan, jika berseorangan bagaimana,” katanya.

Bukan itu sahaja, melalui tinjauan dalam laman sesawang Facebook, Sinar Harian menemui seorang pengguna yang juga anggota sukarelawan berkongsi gambar yang disyaki dua pelancong asing sedang menyampaikan ceramah agama kepada seorang lelaki Melayu Islam.

Gambar yang dirakam sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling itu mendapati dua lelaki bangsa asing sedang berbual dengan pengayuh beca yang sedang berehat.

Melalui laman berkenaan, pengguna Facebook  Asti Toba berkata, gambar berkenaan dirakamkan semasa mereka menjalankan program mengumpul data golongan gelandangan.

Namun, tiba-tiba terdengar perbualan dua ‘pelancong’ dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah.

"Apa yang mengejutkan saya, dua ‘pelancong’ itu tadi memberikan ceramah agama, bukan agama Islam sedangkan pakcik berkenaan ialah orang Islam.

"Dipercayai mereka ialah ketua agama dan menyamar sebagai pelancong, malah dia juga menyogok pakcik berkenaan dengan RM50 dan berkata, 'Muhammad tidak betul," katanya.

Itu antara cerita yang dikongsi Asti  dan tidak ketinggalan dia juga sempat memberi nasihat kepada penduduk Pulau Pinang supaya berhati-hati.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pandangan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Salleh Man Mat Aji.

Salleh Man berkata, setakat ini dia masih tidak menerima sebarang aduan mengenai kes sedemikian.

Menurutnya, namun tidak dinafikan Jabatan Mufti Pulau Pinang ada menerima beberapa risalah penyebaran agama yang diedarkan kepada orang ramai.

“Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia berlaku semasa bulan Ramadan bulan yang amat suci buat umat Islam.

“Bila ada perkara sebegini sememangnya menggusarkan kita dan sekiranya terdapat aduan dari orang ramai boleh segera ke Jabatan Mufti kerana di sana ada bahagian yang akan menguruskan aduan sebegini,” katanya.

Beliau juga menegaskan terdapat enakmen yang diperuntukkan sekiranya mendapati sememangnya ada pihak yang cuba memesongkan akidah umat Islam secara terang-terangan.

“Kita memang boleh ambil tindakan namun wajah individu berkenaan perlu dikenal pasti supaya dapat membuat pencegahan, dan saya ingin nasihatkan kepada umat Islam di negeri ini supaya ambil langkah berjaga-jaga.

“Tambahan lagi sekarang bulan Ramadan, pelbagai ujian yang datang dan kita perlu hadapi dengan baik dan tidak terpesong,” katanya.

sumber- Sinar

Kontroversi gambar separuh bogel Nikita Willy

Nikita Willy
Nikita Willy
TINDAKAN berani pelakon muda, Nikita Willy mempamerkan gambar separuh bogelnya di laman Twitter mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat.

Gambar tanpa baju yang diambil dari arah belakang itu bukanlah gambar seksi pertamanya kerana sebelum ini, Nikita pernah memuat naik gambar ketika bercuti bersama kekasihnya.

Di saat gambarnya mula menjadi perhatian umum, Nikita masih enggan menjelaskan tindakannya itu.

Mungkin seperti sebelumnya, Nikita hanya mendiamkan diri sehinggalah orang sudah jemu membicarakan hal tersebut.

sumber- Sinar

Tahan sehingga 17 jam

What is android?
PERANTI terbaru keluaran Motorola ini mampu mencuri perhatian ramai.
MEMPUNYAI ketahanan bateri sehingga 17.6 jam dengan sekali cas, telefon pintar Motorola Razr Maxx pasti mampu mencuri perhatian penggemar gajet canggih di negara ini. Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Jun lalu, model itu menambahkan lagi koleksi keluarga Razr di Asia Tenggara.

Didatangkan dengan Android 2.3 (Gingerbread), Motorola Razr Maxx turut menerima penambahbaikan melalui dalam talian kepada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

Reka bentuk ikonik Razr dengan kerangka aluminium berpotongan berlian menjadikan ia telefon yang menawan dan elegan ketika digunakan. Ia juga tahan lasak apabila menggunakan teknologi gentian Kevlar untuk memberikannya kekuatan selain dilengkapi cermin Corning Gorilla yang kalis calar.

Pengguna juga tidak perlu bimbang jika telefon milik mereka ini terkena hujan atau tertumpah kopi. Ini kerana ia mempunyai lapisan keselamatan tahan deburan cecair bagi mengelakkan sistem elektrik di dalam telefon dimasuki air.

Lebih menarik, telefon ini mempunyai paparan skrin Super AMOLED Advanced berukuran 4.3 inci yang mempamerkan lebih banyak warna berbanding kebanyakan HDTV LCD. Selain itu, dengan ketebalan hanya 8.99 milimeter, Motorola Razr Maxx masih nipis dan ringan.

sumber- Kosmo

Terkejut nasi kandar RM18.50

Terkejut nasi kandar RM18.50
Terkejut nasi kandar RM18.50
Terkejut nasi kandar RM18.50
Resit pembelian berkenaan
KULIM - Seorang pemandu bas pekerja industri terkejut apabila dikenakan bayaran RM18.50 bagi sebungkus nasi yang dibelinya dari restoran nasi kandar di sini.

Mohamad Yusri Hanafiah, 32, berkata, dia hanya membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kirakira tiga sentimeter.

Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan harga dikenakan telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali.

“Nak buat macam mana. Saya nak bersahur terpaksa juga membayarnya. Saya kemudian mengadu kepada seorang rakan yang menjual nasi di pasar Ramadan dan dia beritahu penjual nasi restoran sedemikian tidak menjalankan perniagaan mereka waktu siang dan ini mengakibatkan pemilik premis mengalami kerugian.

"Untuk memastikan mereka dapat semula modal telah dikeluarkan, pemaju restoran akan naikkan harga makanan mereka berlipat kali ganda terutama waktu sahur,” katanya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihak berkenaan seharusnya membuat pemantauan permasalahan itu dan ia harus ditangani segera.

Menurutnya, pengusaha restoran tidak seharusnya menaikkan harga makanan dengan sewenangnya semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan mereka.

"Penguna yang terlibat seharusnya boleh membuat aduan kepada persatuan pengguna untuk memastikan mereka tidak ditipu.

“Apabila restoran mengenakan harga yang terlampau, pengguna harus bersikap terbuka dan meminta resit pembayaran. Mereka kemudian boleh pergi ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan dan menyerahkan laporan dibuat kepada persatuan pengguna," katanya.

Menurutnya, dengan cara itu pihak persatuan boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pemilik premis terlibat.

sumber- Sinar

‘Pelanggan’ rogol pekerja butik

‘Pelanggan’ rogol pekerja butik
Suspek yang merogol mangsa dicari.
SUBANG JAYA – Polis mengedarkan fotofit seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubungan kes rogol pekerja butik di SS15, 21 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, butik tempat kerja mangsa berumur 23 tahun itu dikatakan didatangi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dikatakan membelek-belek pakaian di rak dan memaklumkan kepada mangsa dia ingin menghadiahkan baju itu kepada teman wanitanya.

Katanya, suspek yang bertutur dalam bahasa Indonesia kemudian memaksa pekerja butik itu masuk ke dalam bilik stor dan terus mengikat kaki tangan serta mulut mangsa.

“Suspek kemudian merogol mangsa dan menyamun beg duit, telefon bimbit serta hasil jualan yang berada di kaunter pembayaran,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki warga Argentina bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan melanggar kereta polis di USJ 18/2A pada 26 Julai lalu.

Dalam kejadian 9.25 malam itu, empat lelaki melarikan diri selepas melihat kereta peronda polis tiba di pekarangan rumah teres dua tingkat tersebut yang telah dipecah masuk.

“Kita minta orang ramai tampil memberi maklumat sekiranya mengetahui kedudukan lelaki dikenali Ignacio Marcelo, 45, yang masuk ke negara ini sebagai pelancong sejak Oktober lalu,” katanya.

sumber- Sinar

10 burung tercantik di dunia berserta infonya

Burung merupakan haiwan cantik yang bersayap dan kebanyakan darinya adalah mampu untuk terbang. Setiap spesis burung mempunyai corak dan warnanya tersendiri yang mampu menarik perhatian kita. Berikut merupakan 10 burung paling cantik di dunia beserta infonya.


GOLDEN (Chrysolophus pictus)

burung tercantik di dunia
Golden Pheasent Of Asia adalah burung yang mempunyai warna bulu paling cantik di dunia. Kebanyakan spesis ini tinggal di hutan pergunungan sekitar barat China, tetapi ada juga spesis ini yang habitatnya di United Kingdom atau kawasan-kawasan lain.


Birds of Paradise (Paradisaeidae)

burung tercantik di dunia
Birds of Paradise yang tercantik boleh dijumpai di New Guinea, dimana bulu pelepahnya panjang dan kelihatan seperti gumpalan perhiasan. Spesis ini adalah dari kategori burung tropika. Ianya dikenali kerana bulu spesis jantannya yang terserlah. Kebanyakan spesis ini tinggal di New Guinea atau pulau kejiranan yang berdekatan. Bulu pelepah spesis jantannya yang cantik sering dijadikan perhiasan bagi topi wanita.


Hyacinth Macaw (Anodorhynchus hyacinthinus)

burung tercantik di dunia
Hyacinth Macaws tinggal di tengah dan timur Amerika Selatan. Ianya adalah spesis Macaw terbesar dan spesis kakak tua terberat yang mampu terbang selain Kakapo dari New Zealand dengan berat melebihi 3.5kg. Dari segi panjang, ianya adalah lebih besar dari mana-mana spesis burung kakak tua lain. Populariti mereka sebagai haiwan peliharaan adalah lebih besar berbanding yang tinggal di dalam hutan. Burung dalam kurungan mencecah harga sekitar $ 9,000 - $ 12,000.


Flamingo (Phoenicopteridae)

burung tercantik di dunia
Flamingos boleh ditemui di Hemisfera Barat dan Hemisfera Timur. Flamingos kerap berdiri dengan sebelah kaki. Tidak diketahui mengapa tingkah lakunya begitu. Lidah flamingo dianggap sebagai makanan istimewa  Masyarakat Rome Purba. Pelombong di Andean juga membunuh flamingos bagi mendapatkan lemak mereka yang dipercayai penawar kepada batuk kering.


Scarlet Tanager (Piranga olivacea)

burung tercantik di dunia
Scarlet Tanager merupakan spesis American Songbird yang bersaiz sederhana. Spesis jantan berwarna merah terang dengan hitam dibahagian sayap serta ekor. Spesis betina pula warna kekuningan dibahagian bawah dan kuning langsat dibahagian atas. Ekor dan sayapnya pula kuning keperangan.


Northern Oriole (Icterus galbula)

burung tercantik di dunia
Northern Oriole juga dikenali sebagai Baltimore Oriole si timur dan Bullock’s Oriole di barat. Ianya adalah spesis kecil dari kategori Icterid Blackbird dengan 18 cm panjang dan berat 34 g. Ia juga adalah salah satu spesis burung tempatan yang berwarna terang dan mempunyai alunan bunyi tersendiri.


Mountain Bluebird (Sialia currucoides)

burung tercantik di dunia
Bluebird adalah bersaiz sederhana. Ianya omnivor serta spesis pemakan serangga dari golongan Genus Sialia berdasarkan keluarga Turdidae. Tarikan pada burung ini ialah bulunya berwarna biru atau biru dan merah. Spesis betina mempunyai warna yang pudar berbanding jantan.


Northern Cardinal (Cardinalis cardinalis)

burung tercantik di dunia
Northern Cardinal juga dikenali sebagai Redbird  atauVirginia nightingale. Northern Cardinal ialah burung dari  kategori Songbird yang mempunyai ketinggian21-23 cm (8.3 to 9 inchi). Ia mempunyai jambulnya tersendiri dan seakan memakai topeng hitam pada yang jantan dan kelabu untuk betina.


American Goldfinch (Carduelis tristis)

burung tercantik di dunia
American goldfinch juga dikenali sebagai Eastern Goldfinch dan Wild Canary. Burung jantan menonjolkan bulu yang terang semasa musim mengawan. Pelbagai cara digunakan untuk memikat burung betina termasuklah dengan gerakan di udara dan nyanyian.


Wood Duck (Aix sponsa)

burung tercantik di dunia
Wood Duck atau Carolina Duckmerupakan itik bersaiz sederhana. Itik dewasa biasanya19 inchi panjang dengan kembang kepaknya 29 inchi. Itik jantan dewasa mempunyai bulu berwarna-warni dengan pelbagai corak yang tersendiri dan mata merah. Itik betina pula kurang berseri, mempunyai cincin putih pada mata dan tekak keputihan.

10 mouse termahal di dunia serta keunikannya

Mouse ataupun tetikus merupakan salah satu peranti penting dalam penggunaan komputer. Pengguna memilih rekabentuk mouse berdasarkan keselesaan dan  tujuan penggunaannya. Berikut merupakan 10 mouse termahal di dunia.

1. Python Leather Mouse by MJ.
Mouse dengan lapisan kulit ular sawa asli dan emas. Harganya dikatakan mencecah is $17,840
Python Leather Mouse by MJ


2. Gold Metal Sun Mouse from MJ777 edition.
Mouse dengan rekabentuk matahari yang dilapisi emas. Mouse dari edisi MJ777 ini berharga $19,720.

Gold Metal Sun Mouse from MJ777 edition


3. MJ Blue Sapphire Mouse.
Mouse yang dilapisi dengan batu Nilam kebiruan ini dijual dengan harga $27,940

MJ Blue Sapphire Mouse


4. Crocodile skin Gold Mouse Ferrari
Mouse mewah yang bertatahkan emas dan disaluti kulit buaya ini berharga $17,258.

Crocodile skin Gold Mouse Ferrari


5. MJ- Luxury VIP Mouse
Mouse eksklusif ini bertatahkan berlian. Direka khusus untuk golongan VIP. Ianya mencatatkan rekod sebagai mouse ke-2 termahal di dunia dengan harga $34,480.
MJ- Luxury VIP Mouse


6. Black Diamond Logitech Mouse
Rekabentuknya hampir sama seperti MJ- Luxury VIP, cuma yang membezakannya ialah ianya bertatahkan berlian hitam. Harganya juga sedikit lebih murah iaitu $31,840.

Black Diamond Logitech Mouse


7. USB mouse covered with white gold
Mouse ini disaluti sepenuhnya dengan emas putih. Terdapat corak bunga yang bertatahkan berlian menjadikan ia lebih menarik. Ia dijual dengan harga $26,730.

USB mouse covered with white gold


8.The Gold Bullion Wireless Mouse
Mouse berbentuk seperti plat emas ini merupakan mouse termahal di dunia dengan harga $36,835

The Gold Bullion Wireless Mouse


9. Gigabyte bling-bling GM-M7800S wireless mouse
Rekaan cantik untuk mouse tanpa wayer yang disaluti kulit dan bertatahkan berlian. Harganya $18,510.

Gigabyte bling-bling GM-M7800S wireless mouse



10. Logitech Air 3D Laser Mouse in Gold Case
Mouse laser yang mempunyai sarung emas ini disertakan cincin dan juga thumbdrive emas untuk setiap pembelian. Harganya $24,180.

Logitech Air 3D Laser Mouse in Gold Case

Tragedi Kemalangan Yang Mengerikan Dan Menyayat Hati

ORANG ramai melihat keadaan motosikal yang remuk selepas tersepit antara dua buah bas sekolah hingga mengorbankan Mohd. Hafeeze dan isterinya, Siti Noor Edayu di AU3 Keramat, Kuala Lumpur semalam.
ORANG ramai melihat keadaan motosikal yang remuk selepas tersepit antara dua buah bas sekolah hingga mengorbankan Mohd. Hafeeze dan isterinya, Siti Noor Edayu di AU3 Keramat, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Hari ke-12 Ramadan tahun ini merupakan yang paling menyedihkan buat sebuah keluarga apabila bukan sahaja kehilangan anak dan menantu serentak malah, penantian mereka untuk menyambut kehadiran orang baharu berkecai apabila kesemuanya maut dalam satu kemalangan semalam.

Kejadian pukul 7 pagi di Jalan 15/56 AU3 Keramat di sini itu mengakibatkan anggota tentera berpangkat Koperal, Mohd. Hafeeze Mohd. Hanapi, 30, maut. Dia bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini.

Isterinya, Siti Noor Edayu Roslan, 26, turut maut ketika dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kerani di Jabatan Kerja Raya cawangan Cheras itu sedang hamil anak lelaki berusia tujuh bulan.

Kemalangan menyayat hati itu berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Lagenda Z yang dinaiki mereka tersepit antara dua buah bas sekolah. Motosikal itu pula remuk manakala kedua-duanya tersepit dan terperosok ke bawah perut bas.

Difahamkan, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan ke tempat kerja Siti Noor Edayu selepas menghantar anak lelaki mereka yang berusia dua tahun ke rumah pengasuh berdekatan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku apabila motosikal pasangan itu dirempuh sebuah bas sekolah semasa berhenti di belakang sebuah bas sekolah lain di satu persimpangan lampu isyarat.

sumber- Kosmo

Noryn akui jadi isteri Raja Bahrin

Noryn Aziz
NORYN bersama Raja Bahrin ketika hadir pada satu majlis pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Noryn Aziz akhirnya secara terbuka mengakui bahawa sudah lebih dua tahun bergelar isteri kepada arkitek terkenal, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Bahrin.

Sebelum ini, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz, 36, bertindak untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi apatah lagi memberi sebarang kenyataan berhubung desas-desus perkahwinannya.

Tegas Noryn, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan untuk menghormati keluarga pihak suami.

“Rasanya sudah lebih dua tahun saya mendiamkan diri dalam soal berkenaan. Saya fikir, kemunculan sekarang ini adalah masa yang paling sesuai.

“Cerita kahwin dahulu pun sudah tidak panas lagi, rasanya semua orang sudah tahu status saya selama ini,” kata Noryn dalam satu pertemuan bersama Kosmo!.

Jelas Noryn, dia dan Raja Bahrin berkahwin pada satu majlis tertutup di Terengganu pada 22 Januari 2010. Pernikahan dengan Raja Bahrin menamatkan kehidupan janda Noryn selepas 12 tahun berdepan kegagalan daripada perkahwinan pertamanya.

sumber- Kosmo

Amukan gagal beli rokok

kesan bahaya menghisap rokok
ANGGOTA keselamatan memberikan bantuan awal kepada seorang lelaki yang cedera akibat dipukul dengan batang kayu mop oleh anaknya dalam kejadian di George Town Isnin lalu.
GEORGETOWN - Seorang pesakit mental mengejutkan sebahagian penghuni flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini apabila pemuda itu bertindak mengamuk dan memukul kedua-dua ibu bapanya menggunakan batang kayu mop Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, suspek berusia 30-an sebelum itu dipercayai meminta wang daripada bapanya untuk membeli sebatang rokok tetapi permintaannya ditolak.

Suspek yang berang kerana hajatnya tidak ditunaikan tiba-tiba bertindak ganas dengan mencapai batang kayu mop di dalam rumah lalu melibas ke arah muka bapanya yang berumur 60-an.

Bagaimanapun, libasan pertama batang kayu mop tersebut mengenai kepala ibunya yang ketika itu cuba melindungi si suami. Suspek tidak berhenti di situ malah bertubi-tubi menghayun kayu mop tersebut sehingga menyebabkan pasangan warga emas itu cedera.

Bunyi bising daripada jeritan anak beranak itu mengejutkan jiran yang sebahagian besar sedang nyenyak tidur.

sumber- Kosmo

Suami ganas dipenjara 15 bulan

MOHD. ASRI didakwa memukul kepala isterinya dengan topi keledar ketika mangsa menjamu selera di Kelab Golf dan Desa Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu ini.
MOHD. ASRI didakwa memukul kepala isterinya dengan topi keledar ketika mangsa menjamu selera di Kelab Golf dan Desa Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu ini.
KOTA BHARU – Seorang lelaki yang sedang dipenjara dua tahun kerana membelasah isterinya dengan kayu hoki terpaksa menjalani hukuman tambahan selama 15 bulan lagi dengan satu sebatan selepas Mahkamah Majistret di sini semalam menyabitkan kesalahan tertuduh kerana memukul mangsa yang sama dengan topi keledar.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Asri Ahamed @ Mohammad, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Beliau kemudian mengarahkan Mohd. Asri untuk menjalani hukuman itu selepas dia menamatkan hukuman dua tahun penjara dan tiga sebatan yang sedang dilaluinya itu.

Ketika kejadian, Mohd. Asri yang merupakan seorang kedi golf didakwa memukul Nik Rosdiana Mohamed, 22, dengan topi keledar sehingga mencederakan mangsa di kantin Kelab Golf dan Desa Kelantan, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8 malam, 3 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

sumber- Kosmo

Ombak besar landa Manila

BEBERAPA buah kereta melalui sebatang jalan raya yang dilanda banjir di Roxas Boulevard, Manila semalam.
BEBERAPA buah kereta melalui sebatang jalan raya yang dilanda banjir di Roxas Boulevard, Manila semalam.
MANILA, Filipina - Ombak besar melanda kawasan tepi pantai bandar raya ini sehingga mengakibatkan banjir akibat taufan Saola.

Kedutaan Amerika Syarikat di Manila juga dilanda banjir selepas hujan lebat dan angin kencang melanda bandar raya ini.

Cuaca buruk melanda Filipina sejak lima hari lalu.

Seramai 14 orang mati dan 150,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang.

Menurut beberapa pegawai, seorang wanita berusia 64 tahun mati kerana tanah runtuh semasa dia memanjat bumbung rumah untuk memperbaiki kebocoran ketika hujan lebat. Kebanyakan yang mati adalah kerana dihempap pokok.

Sejumlah penduduk kampung, polis dan pasukan pengawal pantai mencari empat nelayan yang didapati hilang di wilayah Mindoro Occidental, selatan Manila.

Pihak berkuasa terpaksa melepaskan air dari dua empangan besar di bahagian utara kerana hujan lebat disebabkan taufan tersebut.

Manila mempunyai penduduk seramai 15 juta orang.

Ombak besar turut melanda daerah Navotas yang didiami komuniti nelayan di sepanjang Teluk Manila, sekali gus menyebabkan sejumlah pondok musnah. 

sumber- Agensi

Misteri tempat persembunyian Bashar

Bashar Al-Assad
BASHAR
ALEPPO - Presiden Syria, Bashar Al-Assad memberitahu tenteranya semalam bahawa perang menentang pemberontak akan menentukan nasib Syria.

Namun, mesejnya tidak memberikan petunjuk berhubung di mana lokasi beliau, dua minggu selepas satu serangan bom mengenai beberapa orang pentingnya termasuk Menteri Pertahanan, Daoud Rajha.

Bashar tidak pernah berucap di khalayak ramai sejak tragedi pengeboman di Damysik pada 18 Julai lalu yang meragut nyawa empat pegawai kanan keselamatannya walaupun beliau dilihat muncul di kaca televisyen.

Ucapan terbaharu Bashar itu disiarkan di sebuah majalah tentera sempena sambutan hari pasukan keselamatan Syria.

Namun, waktu dan lokasi ucapan tersebut dibuat masih tidak diketahui sekali gus menunjukkan kebimbangan berhubung keselamatan Bashar.

"Nasib rakyat kita dan negara kita, masa kini dan pada masa hadapan bergantung kepada pertempuran ini," kata Bashar yang merujuk kepada pertempuran sengit yang sedang berlaku di bandar terbesar di negara itu di sini.

Sementera itu, pejuang-pejuang pemberontak menawan tiga buah balai polis ketika mereka menentang pihak tentera untuk menguasai sebuah daerah strategik.

Beberapa letupan kedengaran semalam dengan sejumlah helikopter berlegar di udara ketika tentera pemerintah cuba mengusir pemberontak dari bandar ini yang merupakan antara pusat pemerintahan Bashar.

Sementara itu, para pemberontak kini berusaha untuk merampas cawangan perisikan Syria di bandar Aleppo.

Usaha itu dilakukan selepas tiga balai polis ditawan tentera pemberontak di sini.

Pertempuran antara tentera pemberontak dengan tentera Bashar telah meragut lebih 19,000 orang.

Kebangkitan rakyat itu berlaku sejak Mac tahun lalu.

Para pemberontak itu mahu Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalan melancarkan pembaharuan dalam pentadbiran selepas kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.

Pertempuran itu turut melibatkan Tentera Pembebasan Syria yang dianggotai penduduk tempatan.

sumber- Agensi

Kumpulan K-Pop cetus kontroversi

T-ara K-Pop

SEOUL - Sebuah kumpulan nyanyian Korea Selatan, T-ara mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan mengejut untuk menyingkirkan salah seorang anggotanya.

Bagaimanapun, kira-kira 300,000 orang melancarkan kempen di internet bagi membantah pemecatan tersebut.

Perbalahan itu bermula apabila lima daripada lapan anggota wanita kumpulan tersebut menghantar mesej dengan mengkritik sikap seorang ahli T-ara, Hwa-Young.

Pada Isnin lalu, agensi pengurusan kumpulan tersebut, Core Content Media mengumumkan ia menamatkan kontrak Hwa-Young.

Para peminat kumpulan tersebut kemudian mengesyaki bahawa Hwa-Young dibuli oleh anggota-anggota lain kumpulan tersebut.

Isu tersebut telah mencetuskan perhatian media di negara berkenaan.

Korea Selatan mempunyai peningkatan bilangan belia yang membunuh diri kerana dibuli oleh rakan-rakan.

Namun, pihak pengurusan kumpulan tersebut menafikan Hwa-Young dibuli.

Sejumlah peminat yang tidak berpuas hati kemudian mewujudkan sebuah laman web yang meminta kebenaran didedahkan berhubung pemecatan Hwa-Young.

Laman tersebut berjaya menarik seramai 330,000 pelanggan.

Bagaimanapun, Hwa-Yoong mengambil langkah dengan menafikan kontroversi tersebut.

"Saya meminta maaf kepada semua peminat kerana mengecewakan anda. Tolonglah berhenti (memberi kritikan)," katanya di akaun Twitternya.

Dia turut meminta maaf kepada agensi pengurusan kumpulan tersebut.

Pemecatan itu masih menjejaskan kumpulan itu.

Kelab peminat T-ara kehilangan 6,000 anggota, lapor agensi berita Yonhap. 

sumber- AFP

Topeng muka Chewbacca dilelong

Topeng muka Chewbacca dilelong

NEW YORK - Topeng muka untuk watak Chewbacca yang digunakan dalam filem Star Wars dijual pada harga AS$172,000 (RM535,602) dalam satu lelongan yang diadakan pada 28 Julai lalu di Los Angeles.

Pelakon Peter Mayhew melakonkan watak Chewbacca dalam filem tersebut.

Kostum Edward Scissorhands yang dipakai oleh aktor Johnny Depp turut dilelong pada harga AS$86,100 (RM268,112) dalam lelongan itu.

Kostum Superman yang dipakai aktor Christopher Reeve pada tahun 1978 turut dilelong pada harga AS$79,950 (RM248,975)

sumber- Agensi