Pages - Menu

Monday, September 3, 2012

Budak 2 tahun pakar kendali haiwan liar

budak ditelan ular

SYDNEY: Walaupun baru berusia dua tahun, Charlie Parker boleh dianggap sebagai ‘pakar ular’ jika dilihat kemahirannya berdepan dengan reptilia berbahaya itu.

Keyakinan dapat dilihat dengan ketara ketika Parker mengangkat ular sawa seberat 10 kilogram semalam, walaupun pada ketika tertentu langkah budak itu kelihatan goyang.

Media tempatan melaporkan, Parker kini digelar sesetengah pihak sebagai renjer haiwan liar paling muda di Australia.

ular paling bahaya di dunia

Melihat kepada sejarah hidupnya, memang tidak menghairankan jika Parker mudah akrab dengan haiwan liar.

Dia dilahirkan pasangan suami isteri yang menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Victoria.

Bapa Parker yang juga pemilik taman itu, Greg, berkata tiga generasinya menjadi penjaga haiwan dan membesar dalam lingkungan hidupan liar. “Kami memang terkejut dengan kemampuan semula jadi Parker berdepan haiwan liar.

budak main ular

“Selain tidak menampakkan rasa takut, Parker juga melayan haiwan yang ada di taman hidupan liar ini.

“Dia juga mengagumkan kerana memiliki pengetahuan mengenai haiwan itu tanpa perlu kami memberinya pendedahan apa-apa sejak awal.

“Nampaknya kemahiran itu memang ada dalam darah dagingnya,” katanya.

Selain ular, Parker juga sering dibenarkan bermain dengan pelbagai jenis haiwan liar lain, termasuk anak buaya di taman haiwan yang dibuka sejak 1987 itu. 

sumber- DM

Kembar hitam putih

kembar paling pelik di dunia
PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.
LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara.

Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.

Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya - Aleisha Lily - berkulit putih. 

Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah.

“Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha,” katanya.

Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa. 

kembar paling pelik di dunia
PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.
Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras.

Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik. 

“Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya. 

Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha.

“Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya. 

Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela - Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6.

Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur. 

Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai. 

Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. 

sumber- TS

Robot Avatar di dunia sebenar

android games free download

YOKOHAMA (Jepun) – Sebuah robot termaju Jepun yang meniru kawalan pergerakan manusia membawa filem blockbuster Holloywood berjudul Avatar kepada satu tahap lebih realiti.

Pengguna peralatan khas dikenali TELESAR V don, bukan saja dapat mengawal tindakan mesin pada jarak jauh tetapi mampu melihat, mendengar dan merasai benda yang sama seperti android doppelganger (robot menyerupai manusia).

“Apabila saya meletakkan peranti dan menggerakkan badan saya, saya melihat tangan saya bertukar menjadi tangan robot.

“Apabila saya menggerakkan kepala saya, saya mendapat pandangan berbeza daripada sebelum ini,” kata penyelidik, Sho Kamuro.

“Ia adalah satu pengalaman yang pelik yang membuatkan anda tertanya-tanya jika anda mahu menjadi robot,” katanya. 

sumber- AFP

Ninja Wanita Iran

TEHERAN, Iran – Sekumpulan wanita Iran menyertai kelas seni mempertahankan diri Jepun, Ninjutsu di negara ini, lapor agensi berita Reuters.

Kira-kira 3,000 hingga 3,500 wanita Iran berlatih di kelab-kelab Ninjutsu yang dikendalikan secara persendirian di Iran yang dipantau oleh Kementerian Persekutuan Sukan Seni Mempertahankan Diri.

Ninjutsu merupakan cabang ninja yang memerlukan seseorang pelatih itu melakukan pengintipan, penyusupan, sabotaj dan pembunuhan.

Antara latihan yang diikuti wanita di Iran itu ialah mereka berlari di atas dinding dan menggunakan pedang semasa berlawan.

ninja wanita Iran

sumber– Agensi

Rozita Che Wan bakal bernikah November ini?

Rozita Che Wan seksi

Pelbagai spekulasi mengenai kisah percintaan dramatis, Rozita Che Wan ini yang tidak pernah putus. Kini pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Cik Ta dikatakan bakal mengakhiri zaman jandanya pada November ini.

Rozita chewan cantik

Menurut laporan dari Harian Metro, Cik Ta telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri di Johor Baharu.

Mereka dikatakan telah lama berkenalan namun baru-baru ini dia menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga setelah merasakan ahli perniagaan tersebut atau dikenali dengan nama Bob adalah calon yang paling sesuai.

Sebelum ini, ramai pihak mengaitkan Cik Ta mempunyai skandal bersama Shahir AF, Zain Saidin, Dato K dan juga Beego namun ternyata dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata dan tidak benar.

sumber- Cinema Online

Peserta Korea's Next Top Model dicakar

drama korea online percuma
Chai So
SALAH seorang peserta program realiti, Korea Next Top Model 3 mengalami kejadian yang tidak diduga apabila dicakar seorang peminat yang tidak menyukainya.

Chai So, mengalami trauma akibat dicakar oleh seorang pelajar sehingga meninggalkan kesan yang menakutkan.

Dek kerana serangan tersebut, Chai So terpaksa melupakan hasratnya untuk menyertai finale akibat kesan luka yang masih dapat dilihat sehingga kini.

Sehingga kini Chai So masih kecewa kerana luka di wajahnya itu masih belum pulih dan terpaksa memakai solekan yang tebal dan kadangkala menyakitkan luka tersebut demi menjayakan penggambaran yang diaturkan lebih awal.

sumber- Sinar

Mi udang terbaik dari Ledang

Mi udang lipan
Bersama pekerja dan suami, Hishamuddin Mohd Yusof (tiga, kanan) di hadapan restorannya.
PENGGEMAR Mi Udang Banjir di selatan tanah air kini tidak perlu lagi ke Pulau Pinang, Perak dan Kuala Selangor semata-mata untuk menikmati sajian enak ini kerana hidangan lazat itu sudah terdapat di daerah Ledang.

Walaupun penduduk di daerah Muar dan Ledang cukup sinonim dengan sajian seperti Mi Bandung, Mi Rebus, dan Asam Pedas , namun keenakan Mi Udang Banjir ini boleh membuka selera ramai.

resepi udang lipan
Rosidah bersama suaminya menunjukkan Mi Udang Banjir biasa dan istimewa.
Berjaya menambat selera sesiapa sahaja

Menariknya, sajian ini ‘dibanjiri’ banyak udang sehingga menutupi mi dan kuah sekali gus membuatkan sesiapa sahaja terliur serta mahu mencubanya.

Bagi mereka yang mahu mencuba hidangan ini, pastinya akan beranggapan rasa Mi Udang Banjir sama seperti Mi Bandung berikutan pembuatan kuah sajian berkenaan yang sepenuhnya berasaskan udang,

Bagaimanapun, selepas mencubanya, orang ramai pasti dapat merasai kelazatan dan perbezaan hidangan Mi Udang Banjir ciptaan Rosidah Azhar, 40, dengan Mi Bandung.

Dekorasi ringkas Mi Udang Banjir dengan sedikit sayur kangkung yang diletakkan dan ditambah dengan ‘kemeriahan’ timbunan udang menjadikan sajian ini sangat menarik sekali gus memikat selera pengunjung.


Harga berbeza mengikut saiz

DISEDIAKAN dalam saiz biasa berharga RM6.50 sepinggan dan RM12 untuk saiz istimewa, perbezaan hanya dapat dilihat pada udang yang diletakkan. Tiga udang besar akan diletakkan untuk sajian istimewa, manakala 10 ekor udang segar sederhana bagi saiz Mi Udang Banjir biasa.

Lebih menyelerakan jika sajian ini diminum bersama air buah-buahan segar seperti epal, oren dan limau kasturi yang dipercayai mampu mengurangkan masalah alahan udang kepada mereka yang menghidap masalah berkenaan.


Cipta resepi tersendiri

CUBAAN berani anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu untuk memperkenalkan makanan baru di daerah ini ternyata tidak sia-sia apabila mendapat sambutan di luar jangkaan daripada penduduk setempat dan pengunjung dari seluruh negeri ini sejak dua tahun mengusahakan perniagaan berkenaan.

Rosidah yang merupakan pengemar Mi Udang Banjir  mengakui tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati makanan kegemarannya setiap kali pulang ke kampung halaman di Selangor.

Justeru, menurutnya, timbul idea untuk memperkenalkan hidangan berkenaan di Ledang dan Muar, tetapi menggunakan resipinya tersendiri bagi mewujudkan rasa yang berlainan dengan Mi Udang Banjir sedia ada.


Kepuasan pelanggan jadi keutamaan

SEHINGGA ke hari ini, resepi kuah Mi Udang Banjir sentiasa diperbaiki untuk menjadikannya yang terbaik demi kepuasan pelanggan.

“Mi Udang Banjir sesuai dimakan semua peringkat umur kerana rasanya tidak pedas, tetapi bagi mereka yang mahukan lebih pedas, saya akan memenuhi permintaan mereka,” katanya yang memasak sendiri setiap menu yang dipesan pelanggan,” katanya.

Rosidah berkata, dia sentiasa bersikap terbuka  menerima sebarang komen daripada pelanggan terhadap rasa Mi Udang Banjirnya dan menganggapnya sebagai teguran positif untuk melariskan lagi perniagaan yang diusahakan.

Beroperasi dari  jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, orang ramai boleh berkunjung ke restoran tersebut yang terletak di Jalan Tanjung Agas, Ledang, untuk menikmati sendiri keenakkan Mi Udang Banjir terbaik dari Ledang.

sumber- Sinar

Dua kaki pancing terkejut jumpa mayat reput

game pancing percuma
Mayat reput yang dijumpai oleh dua kaki pancing di sebuah stor belakang kedai tayar di Ampang Waterfront, semalam.
AMPANG - Dua sekawan yang menjadikan hobi memancing sebagai aktiviti riadah, terkejut apabila menemui mayat lelaki yang sudah reput di dalam stor di belakang sebuah kedai tayar di Ampang Waterfront, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohd Faril Ikram, 31, dan Edy Sazali dalam perjalanan untuk memancing ikan di sungai berhampiran, sebelum terhidu bau busuk dari dalam stor berkenaan.

Saksi, Mohd Faril berkata, dia terus mencari punca bau tersebut sebelum menemui mayat lelaki dewasa yang sudah reput dalam keadaan terlentang serta terkangkang.

“Berdasarkan keadaan mayat yang hanya berseluar dalam itu, mangsa dipercayai mati kira-kira sebulan lalu,” katanya yang pernah bekerja sementara di Hospital Kuala Lumpur sebagai pengurusan mandi jenazah.

Seorang lagi saksi yang enggan dikenali berkata, dia mendapati seorang lelaki yang bekerja sebagai pengumpul barang kitar semula di sekitar kawasan itu menjadikan stor berkenaan sebagai tempat tidur.

“Saya tidak nampak lelaki berkenaan sejak sebulan lalu, namun saya tidak pasti sama ada mayat yang dijumpai itu adalah lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi mengesahkan kejadian yang berlaku dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui, sekali gus menyukarkan polis mengenal pasti identiti sebenar mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

sumber- Sinar

Terkejut nampak 'pocong' dalam sungai

hantu pocong
Anggota polis mengangkat bungkusan yang pada mulanya disyaki mengandungi mayat.
ALOR GAJAH - Bungkusan putih menyerupai bentuk pocong dengan empat ikatan sempurna yang dicampak ke dalam sungai mengejutkan tiga tukang mesin rumput di Jalan Paya Mengkuang- Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, selepas usaha mengesahkan pembuangan yang disangka mayat itu mendapati, ia adalah sampah bunga-bungaan yang dibungkus dalam sehelai kain batik dipercayai salah satu ritual keagamaan.

Kejadian itu disedari kirakira 11.45 pagi oleh seorang tukang mesin rumput warga Bangladesh, Rufiq, 20, bersama dua lagi rakan sekerjanya yang sedang berehat di bawah sebatang pokok terletak kira-kira 10 meter dari sungai berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia mengesyaki bungkusan 'pocong' itu adalah mayat yang dibuang sebegitu sahaja.

"Saya dan rakan mendapati bungkusan itu masih bersih seolah-olah baru dibuang.

"Kemudiannya penyelia sebuah ladang di sini datang dan melihat sendiri bungkusan itu yang dicampak berdekatan tebing sebelum menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika berkata, ia dipercayai salah satu amalan syirik yang masih lagi diguna pakai.

"Segelintir penganut sesetengah agama di negara ini berpendapat ia adalah satu ritual menghalau hantu dan buang sial yang lebih sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Ia bertentangan apatah lagi mendatangkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat moden ketika ini,” katanya.

sumber- Sinar

Padah jalin hubungan dengan isteri rakan

main isteri orang
Suspek cedera dibelasah rakannya sendiri.
PETALING JAYA – Akibat menjalin hubungan sulit dengan isteri rakan sendiri, seorang lelaki warga Bangladesh dibelasah selepas dia ditemui berdua-dua dalam bilik.

Dalam kejadian di Apartmen Idaman  petang semalam, warga Bangladesh itu  ditumbuk dan ditampar selepas rakannya yang juga suami kepada wanita itu pulang ke rumah secara tiba-tiba.

Menurut sumber, rakannya itu naik berang suspek dikatakan enggan mengaku kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia ditumbuk dan diterajang.

“Pergaduhan dua rakan baik itu berakhir selepas anggota biro keselamatan Apartmen Idaman hadir dan menenangkan keadaan,” katanya.

Katanya lagi, setelah disoal siasat suspek sering ke rumah suspek untuk  meniduri isteri rakannya yang merupakan warga Indonesia.  

“Suspek diberi kata dua untuk berpindah ke tempat lain selepas dia mengaku kesalahan yang dilakukan,” katanya

Lelaki  itu yang  cedera di bahagian muka  dan dihantar klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.

sumber- Sinar

Orang gaji memadu asmara

orang gaji buat maksiat
Amah bersama kekasihnya warga Bangladesh dicekup ketika memadu asmara dalam bilik.
DAMANSARA – Pada mulanya bunyi pelik dari dalam rumah seorang pegawai polis, di Seksyen 17, di sini disangka penyamun yang memecah masuk, namun rupanya pembantu rumah asyik memadu asmara bersama kekasihnya.

Perbuatan tidak bermoral itu disedari anak buah majikan amah terbabit yang ketika itu berada rumah.

Menurut sumber, suspek yang juga kekasih kepada amah warga Indonesia terbabit masuk ketika ketiadaan majikannya dalam kejadian malam kelmarin itu.

Katanya, anak buah pegawai polis yang juga tuan rumah pada mulanya menyangka ada pencuri masuk ke dalam rumah selepas terdengar bunyi pelik dari bahagian luar rumah dan dia kemudiannya bertindak menghubungi polis.

Sumber berkata, polis yang menerima panggilan tersebut bergegas ke lokasi itu dan memeriksa kediaman terbabit.

“Pintu bilik diketuk dan seorang lelaki Bangladesh membuka pintu manakala amah berusia 40 tahun itu didapati dalam keadaan berkemban di atas katil,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati amah yang sudah mempunyai dua anak itu menjalin hubungan cinta dengan lelaki Bangladesh terbabit sejak setahun lalu.

“Mereka mengaku sering bermadu kekasih jika ketiadaan majikannya di rumah dan merancang untuk berkahwin,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pasangan terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut kerana kedua- duanya beragama Islam.

sumber- Sinar

Tak tahan maksiat di hotel bajet

sms maksiat
Ini sms yang dihantar salah seorang penduduk kepada Sinar Harian.
BATU FERINGGI – Laporan Sinar Harian mengenai beberapa hotel bajet di sini yang menjadi tumpuan golongan muda memadu asmara rupa-rupanya masih lagi berleluasa.

Akhbar ini menerima rungutan penduduk melalui panggilan telefon dan juga khidmat pesanan ringkas (sms).

Seorang penduduk yang hanya dikenali dengan nama Johar memaklumkan sudah tidak tahan dengan lambakan muda mudi yang masih belum berkahwin dan melampiaskan nafsu mereka di situ.

Dia dalam pesanan berkenaan juga menggesa supaya tindakan diambil sebelum bencana tsunami berlaku sekali lagi.

Kegiatan berkenaan bukan sahaja dihidu beberapa penduduk setempat, malah segelintir peniaga berhampiran juga naik rimas.

Yahya Hasan, 55, berkata, kegiatan itu sudah lama berlaku namun semakin rancak sejak tahun ini.

Menurutnya, terdapat sekumpulan remaja berusia belasan tahun secara berpasang-pasangan datang ke kedainya dan membeli barang.

“Apabila mendengar loghat mereka bukan orang Pulau Pinang, saya bertanya datang dari mana dan masing-masing menjawab Kuala Lumpur dan Ipoh. Dengan selamba menjawab, mereka sudah di sini dua malam duduk di sebuah hotel bajet.

“Saya hairan kesemuanya baru sahaja berusia lingkungan dalam 17 hingga 20 tahun, tapi sudah pandai jauh dari ibu bapa dan melakukan perkara maksiat sebegini,” katanya.

Tinjauan mendapati, bayaran yang dikenakan begitu rendah bermula dari RM50 sehingga ke RM100 sahaja.

Perbuatan mereka yang ingin melakukan maksiat juga lebih mudah kerana kedudukan hotel yang terletak di bahagian belakang bangunan.

Salah seorang pekerja hotel  berbangsa India berkata, mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang remaja itu dengan menginap di tempat mereka.

“Kami pun dapat duit, kalau kami marah-marah pasti pelanggan lari, kalau penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang  (JAIPP)) datang, kami bagi saja mereka masuk buat pemeriksaan,” katanya.

Penduduk, Juffri Salim berkata, dia memohon supaya pihak yang berkaitan memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan masalah moral dan agama.

“Sekiranya kita biarkan saja perkara ini terjadi, pasti Batu Feringgi pun akan dilanda musibah.

“Kita mahu malapetaka melanda kita?. Saya mahu supaya JAIPP meningkatkan pemantauan di semua hotel bajet seluruh Batu Feringgi, ini kerana kami tidak mahu anak-anak kampung juga terlibat,” katanya.

sumber- Sinar

Tiga mati keracunan arak

awek mabuk nampak spender

KAPAR: Tiga lelaki ditemui mati dipercayai akibat keracunan minuman keras yang mereka minum dalam kejadian di Rantau Panjang, di sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum ditemui mati, mangsa, M Yogarajah, 32, G Vijayakumar, 31, dan G Suman, 30, dikatakan sempat berbual-bual sambil menikmati minuman berkenaan di depan rumah Suman, kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, akibat terlalu mabuk kerana mencampurkan tiga minuman keras, seorang daripada ahli keluarga mangsa terpaksa membawa mereka bertiga masuk ke dalam rumah kerana bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.

Menurutnya, kira-kira jam 6 pagi, adik mangsa cuba mengejutkan mereka bertiga, tetapi tidak mendapat sebarang tindak balas menyebabkan keluarga mangsa yang bimbang terus menghubungi ambulans.

Katanya, semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan kecemasan, tetapi gagal diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, seorang lagi rakan mangsa turut berada bersama mereka di tempat kejadian, namun sempat diselamatkan. “Tiada sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian ketiga-tiga mangsa setakat ini,” katanya. Mohamad Shukor berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada HTAR dan setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber- HMetro

Temui ajal selepas tonton bola

kereta proton wira merah
Pihak polis menjumpai kereta yang dinaiki oleh Rosyuri yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di dalam keretanya selepas menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan ATM di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Tanda-tanya keluarga Naib Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Rosyuri Mat Rifin mengenai lelaki itu yang tidak pulang-pulang selepas menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia terjawab apabila mangsa ditemui meninggal dunia di dalam keretanya.

Rosyuri, 42, ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan muntah di tempat duduk pemandu dalam kereta jenis Proton Wira merah oleh orang awam pada pukul 7 pagi semalam.

Perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV itu berkesudahan Kelantan menang 4-3. Mangsa pergi bersendirian ke stadium itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bahru, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan sebelum menemui mayat mangsa di dalam kereta di tepi jalan di simpang empat lorong belakang Al-Quds Travel, Wakaf Siku.

“Siasatan mendapati kali terakhir mangsa dilihat ketika menonton perlawanan bola sepak tersebut. Kita turut menemui kesan muntah berdekatan mayat Allahyarham.

“Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan mangsa juga mempunyai rekod menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Maziranida Mat Zain, 39, dan enam orang anak. Maziranida memberitahu, kali terakhir dia melihat suaminya adalah pada waktu Maghrib dan lelaki itu mengatakan mahu menonton perlawanan tersebut.

sumber- Kosmo

Jepun rancang beli pulau dari China

pulau berhantu
Pemandangan dari udara menunjukkan Pulau Uotsuri, sebuah daripada gugusan kepulauan yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan Senkaku di Jepun.
TOKYO - Satu pasukan peninjau dari Jepun, hari ini melawat satu gugusan kepulauan di Laut China Selatan yang ingin dibeli oleh Tokyo ketika perbalahan politik dengan China berhubung pertindihan tuntutan kawasan maritim sedang memuncak.

Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara yang terkenal dengan sikap lantangnya, menghantar pasukan itu ke kepulauan tersebut yang dituntut kedua-dua negara, yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan Senkaku di Jepun.

Ishihara mahu membeli kepulauan tersebut daripada pemilik individu dan membina pelabuhan untuk dijadikan sebagai pangkalan nelayan.

Stesen televisyen Jepun menyiarkan pasukan seramai 25 anggota tersebut berada di dalam bot mereka ketika mengukur kawasan pinggir laut dan sekitar pulau berbatu yang tidak berpenghuni itu.

Kerajaan Pusat menolak permohonan mereka untuk mendarat di kepulauan tersebut.

''Melihat dengan mata anda sendiri adalah berbeza dengan apa yang ada di atas peta.

''Skala dan saiz pulau jelas dapat dilihat. Gabenor meminta kami melihat apa yang boleh dilakukan untuk membina sebuah pelabuhan,'' kata ketua pasukan peninjau tersebut, Seiichiro Sakamaki.

Ishihara sebelum ini berharap dapat melawat pulau-pulau tersebut pada bulan depan.

Hubungan Jepun-China tegang pada bulan lepas selepas aktivis pro-Beijing pergi ke satu pulau di kepulauan tersebut yang dikawal oleh Jepun. 

sumber- AFP

TV3, Nurul Syuhada mohon maaf

Nurul Syuhada Cewek Melayu Bugil

KUALA LUMPURStesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif.

TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.

“Sebagai seorang anak jati Malaysia, saya tidak pernah dan tidak akan kritik tanah air saya atau mana-mana wilayah negara ini dan kepada orang-orang yang tersinggung, saya minta maaf,” kata Nurul Syuhada dalam laman web sosial itu semalam.

Beliau turut memetik kembali ulasan yang dibuatnya dalam program itu yang menimbulkan rasa kurang senang terutama masyarakat di Bintulu yang berbunyi:

“Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu (Bintulu) sendiri.”

Selain memohon maaf, Nurul Syuhada yang dikecam dalam Facebook sempat mengingatkan kepada mana-mana pihak yang menyemai perasaan kebencian terhadapnya bahawa mereka akan diadili oleh Tuhan.

Sementara itu, Unit Perhubungan Awam TV3 dalam kenyataannya mereka semalam menyatakan, isu itu timbul ekoran salah tafsir sesetengah pihak mengenai ulasan pengacara MHI itu.

“Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas.

“Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak. Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut,” jelasnya.

Sejurus selepas program tersebut, pelbagai pihak termasuk Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menggesa Nurul meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa lintas langsung itu.

Naib Ketua Pemuda PBB, Pandi Suhaili dilaporkan berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar itu sebagai daif walhal ia antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menerusi hasil gas dan minyak.

Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

sumber- Kosmo

Bekas pelumba cipta kereta sport

Bekas pelumba cipta kereta sport
KERETA Renovatio T500 yang dicipta Tusek. - AFP
PTUJ, Slovenia - Seorang bekas pelumba kereta, Aljoas Tusek berjaya menghasilkan beberapa buah kereta sport, Renovatio T500.

Hanya dalam tempoh enam bulan selepas mempamerkan prototaip Renovatio pertamanya di majlis Monaco Top Marques, Tusek, 46, telah dijemput secara eksklusif menghadiri pamerkan kereta Salon Prive London yang berlangsung dari hari Rabu sehingga Jumaat ini.

Selain itu juga beberapa pelanggan dari serata dunia kerap menelefonnya untuk membuat tempahan.

Kereta Renovatio T500 itu telah dihasilkan di sebuah garaj milik rakannya di sini.

Ia dihasilkan dengan bantuan 10 orang rakannya sejak beberapa tahun lalu.

Kereta itu menggunakan enjin V8 FSI dengan keupayaan enjin 450 kuasa kuda.

Harga kereta tersebut ialah AS$375,000 (RM1.16 juta).

Setakat ini, dia telah menjual dua buah kereta tersebut.

Dia menjual kereta itu pada harga yang murah dengan tujuan untuk memperkenalkan namanya dan bagi membolehkannya menembusi pasaran.

sumber- AFP

Kepingan keju berusia 40 tahun dijual di Milwaukee

KEJU yang berusia 40 tahun.
KEJU yang berusia 40 tahun.
MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Seketul keju cheddar yang berusia 40 tahun dijual sebanyak AS$10 (RM31.13) untuk setiap 28.34 gram (g), lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Keju itu ditemui seorang peniaga keju di sini, Edward Zahn yang berusia 73 tahun.

Dia menemui keju tersebut di dalam sebuah kotak kayu di dalam kedainya.

Zahn kemudian menjual keju tersebut kepada seorang lagi peniaga keju, Ken McNulty di sini.

Dia enggan mendedahkan harga jualan itu.

Bagaimanapun, McNulty kemudian membuat tawaran kepada orang ramai bahawa dia menjual keju tersebut pada harga AS$10 untuk setiap 28.34g. 

sumber- Agensi

Psy dedah kisah tarian kuda

Psy dedah kisah tarian kuda
GAMBAR fail menunjukkan salah satu tarian kuda yang dilakukan oleh Psy. - REUTERS
SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style di YouTube mendedahkan kisah tentang tarian tersebut, lapor portal hiburan kpopstarz.com semalam.

Menurutnya, tarian itu dihasilkan selepas parti untuk konsertnya diadakan di Daegu pada tahun lalu.

Dia yang berbadan gempa dan berusia 34 tahun memberitahu, selepas partinya, terdapat satu persembahan bakat dengan wang sebagai ganjaran untuk pemenang.

"Setiap orang menyukainya (tarian kuda itu) dan mereka merakamkan dan memberikan saya wang," katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah wang yang diberikan kepadanya, Psy berkata: "Jumlah wang itu? Anda mahu saya menyatakan di tempat awam?"

Dia kemudian ketawa selepas memberikan jawapan tersebut.

Populariti Psy melonjak di Amerika Syarikat selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu.

Beberapa penyanyi terkenal seperti Katy Perry, Robbie Williams dan Britney Spears mengagumi tarian tersebut.

Pengacara hos bual bicara popular di AS, Jay Leno turut membuat tarian tersebut semasa dia mengendalikan program terbitan stesen NBC itu.

Lebih 88 juta orang telah menonton klip muzik video Psy itu. 

sumber- Agensi

Sami Buddha tuntut etnik Rohingya dihantar ke negara lain

Sami Buddha tuntut etnik Rohingya dihantar ke negara lain
SEJUMLAH sami Buddha berarak dalam perhimpunan anti-Rohingya di Mandalay, Myanmar semalam.
YANGON, Myanmar – Beratus-ratus sami Buddha di Myanmar semalam menyertai perhimpunan bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain.

Perhimpunan yang berlangsung itu merupakan petunjuk terkini sentimen anti-Rohingya yang mendalam di negara ini. Ia berlaku selepas satu keganasan melibatkan pergaduhan antara etnik Rakhine yang bergama Buddha dengan Rohingya pada bulan Jun lalu.

Dalam kejadian itu, seramai 80 orang terbunuh dan puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal. Pada Julai lalu, Sein mencadangkan agar Myanmar menghantar semua etnik Rohingya ke negara yang berminat menerima mereka. Cadangan tersebut ditentang sebuah agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Myanmar menyifatkan etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Namun, Bangladesh juga didakwa tidak menerima etnik tersebut sekali gus menyebabkan mereka tiada kerakyatan. PBB menganggarkan kira-kira 800,000 masyarakat Rohingya tinggal di Myanmar. Keganasan yang berlaku pada Jun lalu adalah disebabkan dakwaan bahawa seorang wanita etnik Rakhine telah dirogol oleh penduduk Rohingya. 

sumber- Agensi