Pages - Menu

Sunday, September 9, 2012

Mayat bayi di surau

Nota yang ditinggalkan bersama bayi, semalam.
Nota yang ditinggalkan bersama bayi, semalam.
KUALA LUMPUR - "Menggeletar seluruh tubuh badan saya apabila terjumpa bayi dibalut  kain dalam sebuah beg ketika hendak membersihkan kawasan surau,” kata Nurshafekah Mat Rajumi,19, ketika itu dia membersihkan kawasan Surau Al Falah di Danau Kota, pagi semalam.

Penemuan bayi itu turut disertakan nota yang meminta pihak surau menguruskan jenazah bayi dan dipercayai diletakkan di hujung penjuru pagar selepas subuh semalam.

Nurshafekah berkata,  dia terkejut dan tergamam apabila melihat bayi yang sudah tidak bernyawa dalam beg bersama nota yang meminta jenazah bayi itu diuruskan pihak surau.

Menurutnya, ketika ternampak beg tersebut, dia terlihat sesuatu yang berbulu dalam beg dan mula timbul takut dan curiga dengan objek di dalamnya.

“Ketika itu saya terlintas  mungkin bayi dalam beg kerana kebetulan  saya sedang siapkan satu tugasan berhubung tajuk penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi,” katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik hingga terjumpa bayi tersebut, semalam.

Penemuan bayi berkenaan turut mengejutkan seramai 32 pelajar dari International Islamic College, Gombak yang mengadakan gotong-royong di Surau Al Falah.

Bayi yang tidak diketahui jantina dan usia itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dan disyaki bayi itu milik warga asing berdasarkan tulisan nota yang ditinggalkan.

Nurshafekah yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Perkembangan Kanak-Kanak berkata, dia meminta tolong seorang lelaki berhampiran dan kariah surau supaya melihat kandungan sebenar dalam beg itu.

Sementara itu, kariah surau, Haris Hussain,53,  percaya mayat bayi diletakkan selepas jemaah pulangsolat Subuh dan ini kejadian pertama di surau itu.

sumber- Sinar

Mayat lelaki warga Indonesia ditemui tergantung di pokok durian

cara menanam benih durian
gambar hiasan
GEORGE TOWN - Mayat lelaki warga Indonesia ditemui tergantung di sebatang pokok durian di Persiaran Bukit Jambul di sini hari ini.    

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mayat Stenya Priyanto, 35, ditemui tergantung 3.57 meter dari paras tanah oleh seorang penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari.
   
"Polis terpaksa meminta bantuan bomba untuk menurunkan mayat itu," katanya kepada pemberita di sini hari.
   
Beliau berkata terdapat kesan calar dan luka yang masih baru ditemui pada mayat itu dipercayai terjadi ketika lelaki itu memanjat pokok.
   
Gan berkata polis menolak sebarang perlakuan jenayah dan sisasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
   
"Mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk siasatan lanjut," katanya. 

sumber- Bernama

Motor terjun dalam parit

kemalangan yang tragis
Polis mengangkat mayat mangsa untuk bedah siasat di Hospital Parit Buntar.
KERIAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam parit di Kilometer 122, Jalan Ipoh-Butterworth, Simpang Tiga di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, mangsa, Ang Poon Kee, 33, menunggang motosikal bersama rakannya dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Tanjung Piandang.

“Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh lalu terbabas sehingga tercampak ke dalam parit menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

“Mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya berusia 33 tahun pula mengalami cedera parah di bahagian tangan kiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala rakannya mendapat rawatan di hospital sama.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber- Sinar

Tak jadi sembelih ayam berkaki empat

ayam paling pelik di dunia
Ismail menunjukkan ayam berkaki empat yang disedarinya ketika mahu menyembelih haiwan tersebut di gerai ayam proses milik anaknya.
BANIR BELIKONG, PASIR PUTEH – Warga emas yang terkejut mendapati salah seekor ayam yang dibeli anaknya mempunyai empat kaki, membatalkan hasrat menyembelih haiwan tersebut.

Ismail Awang Teh, 70, berkata, dia menyedarinya ketika mahu menyembelih ayam tersebut di gerai ayam proses milik anaknya, Adnan Yusof, 44, jam 7.30 pagi kelmarin.

Katanya, ayam istimewa itu berbeza dengan ayam lain kerana tidak banyak bergerak ketika hendak disembelih.

“Saya akan memelihara ayam ini kerana inilah kali pertama saya menemui ayam berkaki empat, dua kaki normal dan dua lagi berada di bahagian punggung.

“Walaupun kaki di belakang seperti tidak mempunyai fungsi tetapi ia lengkap,” katanya.

Sementara itu, Adnan ketika ditemui berkata, itulah kali pertama dia menemui ayam berkaki empat sejak berniaga ayam proses enam tahun lalu.

“Bagus juga ayah saya tidak menyembelihnya kerana bukan senang memiliki ayam seperti itu,” katanya.

Ayam itu katanya, dihantar pemborong awal pagi kelmarin bersama ayam lain untuk diproses dan dijual kepada penduduk sekitar.

sumber- Sinar

Kreatif! Kereta dari anyaman mengkuang

Dari kereta mewah yang disadur emas, rasanya kereta ini lebih memikat selera. Struktur badan kereta ini cukup ringkas dengan kayu, buluh serta anyaman mengkuang. Kereta mesra alam ini adalah rekaan warga Indonesia. Ia amat sesuai digunakan untuk pelancong yang ingin merasai keindahan kampung. Rasanya, modal yang diperlukan tidaklah seberapa namun, ianya memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk disiapkan. Ada yang bertanya adakah kereta ini boleh bergerak? Berdasarkan sumber, kereta ini memang mampu untuk bergerak kerana mempunyai sistem kelengkapan sama seperti kereta biasa.

kereta paling kreatif
kereta paling kreatif
kereta paling kreatif

Tembikai Petak Di Jepun

Tembikai Petak Di Jepun

Buah tembikai atau semangka kebiasaannya berbentuk bulat dan ada juga yang membujur. Buah yang berbentuk normal ini sememangnya memakan ruang jika ingin diletakkan di dalam peti ais. Dengan kepintaran peladang dari Jepun, mereka telah berjaya menghasilkan tembikai berbentuk petak

Tembikai Petak Di Jepun

Ianya dilakukan dengan memaksa buah tersebut tumbuh di dalam kotak yang disediakan khas. Walaupun pertumbuhan buah tersebut bukanlah secara semulajadi, namun kesegarannya adalah sama. Tembikai yang dihasilkan ini lebih mudah untuk disimpan malah saiz kesemuanya adalah sama bergantung pada acuan kotak yang digunakan. Harga buah ini dianggarkan sekitar 13,000 yen (US$135) hingga 14,000 yen (US$145) sebiji.

Tembikai Petak Di Jepun

Cara menggunakan tandas dengan betul di Jepun

Rekaan mangkuk tandas moden mungkin cara penggunaannya agak mengelirukan. Bagi mengelak masalah  sebegitu, papan tanda adalah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu pengguna memahami dengan lebih mudah. Cara penggunaan tandas yang salah mungkin akan mendatangkan kecederaan atau sesuatu yang tidak diingini. Berikut adalah beberapa papan tanda cara penggunaan tandas dengan betul yang terdapat di Jepun.

mandi hadas lelaki
cara mencuci hadas kecil dengan betul
cara mencuci hadas besar dengan betul
cara-cara beristinjak
cara mencuci najis berat

Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler

mayat kemalangan paling mengerikan
Mangsa yang digilis di bahagian kepala maut di tempat kejadian.
RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.

Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler jenis Nissan yang berada di depannya.

Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.

Menurut sumber,  akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.

“Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu.

“Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala,” katanya lagi.

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak,  Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.

sumber- Sinar

Jururawat penjara berasmara dengan banduan

Karen Cosford
Karen Cosford
LONDON: Seorang jururawat penjara di Wakefield dibicarakan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang tahanan yang ditahan atas tuduhan rogol sambil dibantu dua rakan setugasnya, lapor media semalam.

Karen Cosford didakwa berasmara dengan Brian McBride selepas memberi telefon bimbit kepada banduan terbabit dan berbalas mesej pesanan ringkas lucah.

Karen, 47, juga membiayai kos belian tambahan prabayar untuk McBride bagi membolehkan mereka terus berbalas mesej. 

Hubungan itu terbongkar apabila McBride membocorkan rahsia berkenaan kepada suami Karen, Darrie Cosford, yang bertugas sebagai warden di penjara berkenaan.

Dua rakan Karen, Carolyn Falloon, 50, dan Jacqueline Flynn, 46, turut didakwa bersekongkol dengan menyembunyikan insiden berkenaan. 

Karen menjadi jururawat di penjara itu sejak 15 tahun lalu dan McBride adalah seorang daripada pesakitnya. Perbicaraan masih bersambung. 

sumber- TS

Bunuh, robek jantung rakan

pembunuhan terkejam
Jarrod Wyatt
CRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah rakannya - yang ketika itu khayal - mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam.

Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt bersetuju membuat pengakuan itu dan memungkinkan dia menjalani hukuman penjara antara 50 tahun hingga seumur hidup.

Penghakiman rasmi ke atas Wyatt dijadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt mengaku salah bagi tuduhan kelas pertama dalam kejadian pada 21 Mac 2010 itu.

Pendakwa, Jon Alexander, berkata tertuduh didakwa membunuh rakan seperguruannya, Taylor Powell, 21.

“Paling awal Wyatt boleh bertemu lembaga parol (untuk mendapatkan pembebasan awal) adalah pada 2062,” katanya.

Sementara itu, peguam Wyatt, James Fallman, berkata tertuduh tidak mahu memberi keterangan dalam perbicaraan dan enggan membenarkan keluarganya dipanggil sebagai saksi. 

“Justeru, kami memohon persetujuan yang membolehkan Wyatt diberi sekurang-kurangnya peluang mendapat parol pada satu hari nanti,” katanya.

Kata Fallman, dipenjara selama 50 tahun hingga seumur hidup lebih baik daripada dipenjara tanpa kemungkinan diberi parol,” katanya. 

Persetujuan di antara Wyatt, 29, dengan pendakwa dicapai empat hari sebelum perbicaraan dimulakan. 

Ketika polis tiba di rumah Wyatt yang terletak di muara Sungai Klamath, mereka menemui dia berbogel dan berlumuran darah.

Dia juga mengaku membunuh, membelah dada Powell serta memotong lidah mangsa.

Polis juga menemui mayat Powell terbaring di sofa dengan dadanya terbelah, manakala jantung, lidah dan kulit mukanya hilang.

Jantung Powell kemudian ditemui pihak berkuasa rentung dalam dapur kayu di rumah berkenaan.

Dokumen dikemukakan kepada mahkamah menyatakan, bedah siasat menunjukkan organ Powell diambil ketika dia masih bernyawa. 

Saksi pula berkata, sebelum insiden itu berlaku, Wyatt dan Powell memakan sejenis cendawan beracun.

Saksi juga percaya mereka terbabit dalam sejenis ritual membabitkan “pertembuangn kuasa baik dan jahat.”

sumber- AP

PM Australia tinggalkan APEC selepas bapa meninggal dunia

JULIA GILLARD
JULIA GILLARD
SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyatakan beliau akan meninggalkan forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Rusia lebih awal kerana bapanya meninggal dunia di tanah airnya.

Dalam satu kenyataan semalam, Perdana Menteri berkenaan berkata, John Gillard menghembuskan nafas terakhir pagi semalam di bandar raya Adelaide.

Justeru kata Gillard, beliau akan pulang secepat mungkin untuk "berkabung bersama keluarga saya."

Lelaki berkenaan berusia 93 tahun.

"Beliau jatuh sakit sejak beberapa tahun lalu tetapi kematiannya mengejutkan saya dan keluarga," katanya.

Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan Gillard tiba di bandar raya Vladivostok, timur Rusia kelmarin untuk menyertai rundingan peringkat tinggi tetapi gagal menghadiri sesi pembukaan APEC.

Menurut pemimpin berkenaan, Menteri Perdagangan, Craig Emerson kini akan menggantikan tempat beliau pada forum tersebut yang berakhir hari ini. 

sumber- AFP

Lelaki terkaya Perancis pohon kewarganegaraan Belgium

orang paling kaya di dunia

BRUSSELS - Lelaki terkaya Perancis dan keempat terkaya di dunia, Bernard Arnault telah memfailkan permohonan untuk menjadi warganegara Belgium, menurut beberapa laporan semalam.

Permohonan tersebut difailkan selepas Paris merancang untuk mengenakan cukai kekayaan sebanyak 75 peratus di negara berkenaan.

Akhbar Belgium, La Libre Belgique memetik seorang pegawai sebagai menyatakan, bilionair berusia 63 tahun itu yang mengetuai empayar barangan mewah LVMH telah mengemukakan permohonannya pada minggu lalu.

"Permohonan beliau akan dilayan sama seperti permohonan-permohonan lain," kata ketua Suruhanjaya Naturalisasi, Georges Dallemagne.

"Kami kini menerima 47,000 permohonan untuk diproses."

Arnault tinggal di Paris tetapi memiliki kediaman di ibu negara Belgium, Brussels.

Menurut majalah Forbes, lelaki berkenaan yang memiliki anggaran kekayaan bernilai AS$41 bilion (RM127.5 bilion) merupakan sekutu rapat bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

sumber- AFP

Aksi gadis menjilat kucing

nikmat awek jilat

Adakah anda seorang peminat kucing yang sejati? Sejauh manakah anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap kucing? 

Gadis cantik dari Jepun ini begitu menyanyangi kucing sehinggakan sanggup untuk menjilat dan memasukkannya ke dalam mulut. Aksi ini dilihat amat menjijikkan malah gelagatnya seakan seorang ahli sihir. Walaupun gadis ini mempunyai rupa paras yang cantik, namun mungkin tidak ramai yang sanggup untuk berpasangan dengannya. Manalah tahu jika dikemudian hari dia akan melakukan aksi yang lebih pelik lagi. Rasanya sanggup tak gadis ini menjilat kucing jalanan yang dijangkiti kurap?

Hias komputer cara mewah

komputer paling mahal di dunia
Dua buah komputer yang dihias dengan gaya zaman Raja Perancis Louis XVl, hasil rekaan Georges Chirita.
Paris: Adakah anda dapati komputer anda tidak menepati gaya mewah seperti hiasan dalaman kediaman anda? Semua tiada masalah apabila seorang usahawan Perancis mengupah sekumpulan tukang tradisional untuk mengubah komputer peribadi anda mengikut cita rasa istana Eropah. 

Bosan dengan warna plastik kelabu pejabat, bengkel milik Georges Chirita di luar Paris mengubah satu-satunya komputer yang dihiasi dengan loyang berkilat dan daun emas, dipasang pada marmar lengkap dengan papan kekunci dan tetikus disaluti kulit. 

“Apabila orang mula memasang chandelier Louis XV dengan mentol lampu, semua orang terperanjat. Kini mereka tidak lagi hairan,” kata usahawan kelahiran Romania, yang juga seorang jurutera elektrik yang tinggal di Perancis sejak 22 tahun lalu. 


Capai kematangan 

Komputer sebelum ini dilihat sebagai alat untuk bekerja semata-mata. Tetapi produk berkenaan kini disifatkan sudah mencapai kematangan dan ia mula dilihat sebagai satu objek mewah, kata lelaki berusia 58 tahun berkenaan. 

Dihiasi rangka tiang marmar dengan kemasan emas berpintal atau helang, komputer meja buatan Chirita ini adalah satu daripada tiga gaya Louis VX, Louis XVI atau Empayar. Ia turut dilengkapi dengan pemprosesan tersembunyi dan tetikus tanpa wayar. 

Disaluti emas padu, permata atau kot senjata timbul di belakang skrinnya, rekaan mewah ini mampu mencecah harga permulaan pada 17,000 euro (RM67,600). 
Perhatian khas ditumpukan kepada skrin di belakang, kata Chirita berikutan komputer ini adalah untuk ‘orang penting yang menerima orang penting yang lain, jadi belakangnya perlu menarik seperti juga di depan.’ 

Rekaan komputer meja Chirita ini mendapat perhatian bukan saja dari negara Teluk malah hingga ke China dan Amerika Syarikat. 


Jaminan 100 tahun 

Beliau turut menawarkan kepada pelanggannya, kekunci USB yang disaluti emas dengan corak fleur-de-lys selain jaminan selama 100 tahun atau cakera keras mudah alih yang dicap dengan motif kurun ke-17, juga bersalut emas. 

Malah Chirita turut menghantar satu kekunci USB kepada Ratu Elizabeth II sempena sambutan Jubli Intan tahun ini serta dengan bangganya menunjukkan nota terima kasih bertulisan tangan ratu berkenaan yang diterimanya. 

Ketika pertama kali melancarkan projek beliau lewat 1990-an, Chirita membina satu siri model dan prototaip dengan memasang sendiri bahagian komputer tetapi menyedari beliau kurang kemahiran dalam reka bentuk visual. 

sumber- Agensi

Aksi berjalan atas bara api untuk elak bencana

berjalan atas bara api

BEIJING - Bagi kebanyakan orang, berjalan di atas bara api adalah suatu perbuatan yang boleh membahayakan diri, tetapi lain pula bagi rakyat China yang percaya ia boleh menghalang berlakunya bencana alam.

Atas kepercayaan itu, mereka sanggup mengambil risiko mengalami kecederaan serius demi hasil yang sukar dipercayai itu.

Perbuatanitu sering dilakukan di negara ini kerana rakyatnya percaya, selain dapat menghalang bencana alam, ia juga dipercayai boleh membina keberanian serta memperolehi merit kebatinan yang membawa kekayaan kepada mereka dan ahli keluarga.

berjalan atas bara api

Ritual ini juga dikatakan memberi kebaikan kepada kehidupan bermasyarakat, kepada tokong dan kuasa tuhan mereka untuk melindungi wilayah sekitar dan penghuninya.

Apa yang lebih menakjubkan, rakyat China melakukan aksi ini di atas timbunan arang batu yang terbakar, tidak seperti yang biasa dilakukan oleh sesetengah orang. 

sumber- AGENSI