Pages - Menu

Sunday, October 21, 2012

Bayi lelaki bertukar perempuan setelah sebulan dilahirkan

bayi pelik

VEREENIGING - Sepasang suami isteri dari Afrika Selatan sangat gembira menyambut bayi lelaki mereka yang baru lahir tetapi sebulan kemudian, mereka baru mengetahui ternyata bayi tersebut adalah perempuan.

Kenny Hiscock pada awal kelahirannya memiliki jenis kelamin lelaki, demikian laporan The Sun.

Tapi empat minggu kemudian, ibunya Madeleshia, 29 tahun dan si ayah Kenneth, 30 tahun merasakan suatu hal yang aneh.

Mereka akhirnya kembali ke rumah sakit dan melakukan pemeriksaan terhadap bayinya hingga akhirnya mereka mengetahui bahawa bayi tersebut adalah perempuan.

Organ tubuhnya membesar kerana kekurangan enzim yang menyebabkan lebihan penghasilan hormon.

Pasangan yang tinggal di Vereeniging kini mengganti nama bayi tersebut dengan McKenzi dan terfikir untuk membuat pembedahan kelamin anaknya.

“Doktor memberitahu kami bahawa McKenzi sebenarnya bukan lelaki atau perempuan tapi masih berada di tengah-tengah,” kata Madeleshia seperti diberitakan Orange.

“Tapi kami memiliki anak perempuan yang cantik dan kami sangat bangga memilikinya,” katanya..

Suami minum darah isteri

derita isteri

Kejadian yang menimpa Deepa Ahirwar, bukan sebahagian dari sebuah adegan filem seram. Wanita muda ini menceritakan keperitan yang dialaminya selama menjadi isteri apabila suaminya meminum darahnya selama tiga tahun.

Deepa, menikahi seorang petani, Mahesh Ahirwar di Shikarpura, Madya Pradesh, India. Setelah berkahwin, dia bukan sahaja tidak mendapat perlindungan dan kasih sayang malah dia mendapat layanan mengerikan dalam rumah tangganya.

Seperti dilaporkan oleh Times of India, Deepa menceritakan perilaku pelik suaminya bermula ketika mereka berbulan madu. "Dia mengambil darah dari lengan saya melalui suntikan, menuangnya dalam gelas lalu meminumnya. Dia melakukannya secara rutin selama tiga tahun dan mengancam saya jika menceritakan hal ini kepada siapa pun."

Selepas beberapa bulan berkahwin, Mahesh terus meminum darah isterinya dan tidak mahu berhenti walaupun isterinya sedang hamil. Namun setelah anak mereka dilahirkan, Deepa mengecam perilaku suaminya. Akibat perbuatan berani Deepa, dia telah dipukul oleh suaminya.

Suatu hari, tanpa pengetahuan suaminya, dia menyelinap keluar rumah bersama bayinya dan menceritakan semuanya kepada ayahnya. Kemudiannya kes ini dilaporkan kepada pihak polis Patera. Namun, pegawai polis di situ menolak laporan tersebut kerana mengatakan kes itu dibawah tanggungjawab Balai Polis Hindoriya.

Di Balai Polis Hindoriya pula dia diarahkan ke bahagian kaunseling wanita tetapi kesnya tidak diterima. Namun, hasil bantuan penduduk Shikapura akhirnya berjaya membuatkan kes keganasan rumahtangga ini ditangani polis.

Pelacur Tertua Di dunia

Mula berkerjaya sebagai pelacur ketika meletusnya Perang Dunia ke-2 setelah kematian suaminya dalam peperangan, nenek yang bernama Milly Cooper ini mengatakan sudah ditiduri oleh lebih dari 3500 lelaki.

Lebih mengejutkan, dalam usianya yang senja ini, dia masih aktif menerima pelanggan walaupun tidak seramai ketika dia masih muda. Para pelanggannya berumur sekitar 29 hingga 92 tahun. Ketika ini, Milly tinggal di Las Vegas, Amerika Syarikat setelah berpindah dari Timur London, Britain. Dia pernah cuba untuk  berubah dalam tempoh 5 tahun namun kembali pada haluan gelapnya setelah ditinggalkan anak perempuannya ditambah pula sumber pendapatan yang tidak menentu.

nenek lacur diri

Milly Cooper pernah bertukar profesion dari pelacur biasa menjadi ibu ayam dengan mengendalikan sebuah rumah pelacuran. Ketika itulah dia bertemu pasangan hidup keduanya iaitu seorang akauntan pada tahun 1955. Milly menguruskan 10 pelacur muda di rumah pelacuran tersebut

Walaupun sudah dimamah usia, Milly Cooper masih memiliki payudara yang besar. Mengikut info, Milly mengenakan bayaran sekitar £800 untuk sesiapa yang ingin melanggannya. Dalam masa setahun, dia mampu memperoleh pendapatan sekitar £50,000.

Nyalakan Api Guna Kondom

Tahukah anda bahawa kita boleh menggunakan kondom sebagai alternatif untuk menyalakan api? Konsep yang digunakan adalah sama seperti menyalakan api menggunakan kanta pembesar di mana ianya memerlukan sumber dari cahaya matahari. Barang tambahan lain yang diperlukan ialah air dan juga bahan yang mudah terbakar seperti daun kering, kertas, sabut atau sebagainya.

kegunaan kondom
cara memakai kondom
pakai kondom
guna kondom

Lelaki terbunuh disapu lori pembersihan jalanan

TOKYO - Seorang lelaki tua di Tokyo telah terbunuh apabila sebuah trak pembersihan jalan melanggar serta menyapunya ke tapak pelupusan sampah di mana mayatnya ditemui, lapor media.

Polis percaya lelaki tersebut berusia 69-tahun dan ditemui oleh seorang pekerja di tapak pelupusan berdekatan Tokyo Bay dalam longgokan sampah yang dibawa oleh kenderaan pembersihan.

road sweeping vehicle
gambar hiasan
Dikatakan mangsa berbaring di tepi jalan pada pagi Selasa lalu sebelum dilanggar oleh trak tersebut. Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan mengerikan dengan tulangnya patah manakala kasutnya telah dijumpai di tepi jalan.

Pemandu trak memberitahu polis bahawa dia tidak melihat sebarang perkara yang mencurigakan semasa melakukan kerjanya.

Polis berkata, lelaki itu mungkin merupakan salah seorang penghuni wad Sumida di Tokyo, di mana trak pembersihan melakukan kerja pada lewat malam Isnin hingga pagi Selasa.

Tentera Israel serbu kapal ke Gaza

BAITULMUQADDIS - Tentera Laut Israel semalam menyerbu sebuah kapal yang membawa para aktivis Palestin termasuk wakil rakyat Eropah untuk memecahkan sekatan ke Gaza.

Menurut satu kenyataan tentera rejim Zionis, anggota-anggota tentera laut itu menaiki kapal MV Estelle yang dalam pelayaran ke Genting Gaza.

Kenyataan itu menyatakan, kapal tersebut yang mengibarkan bendera Finland diarah berlabuh di Pelabuhan Ashdod, Israel.

MV Estelle
GAMBAR yang disiarkan Pasukan Pertahanan Israel menunjukkan kapal MV Estelle berada dekat Genting Gaza semalam.
"Tiada sebarang keganasan (tindakan yang dilakukan anggota tentera laut)," kata seorang jurucakap tentera Israel.

Menurutnya, para penumpang kapal tersebut tidak melawan semasa serbuan itu dilakukan.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak penganjur menyatakan kapal berkenaan 'diserang' ketika berada 35 batu nautika dari pantai Gaza.

Apabila tiba di pelabuhan tersebut, para penumpang akan diserahkan kepada polis sebelum dihantar untuk diuruskan pihak imigresen.

Kapal yang dimiliki Sweden itu berlepas dari Naples, Itali pada 7 Oktober lalu dengan membawa 30 orang dari lapan buah negara.

Ia membawa beberapa wakil rakyat dari Norway, Sweden, Greece, Sepanyol dan seorang aktivis Israel berusia 79 tahun dari Kanada.

Kapal itu membawa dua pokok zaitun, 41 tan simen, 300 biji bola sepak, peralatan perubatan dan buku kanak-kanak.

Ia turut membawa peralatan muzik, radio dan wayang gambar. 

sumber- Agensi

Pesara mati ditembak dari jarak dekat

KUALA LUMPUR - Seorang pesara berumur 72 tahun mati ditembak dari jarak dekat dalam kereta oleh seorang lelaki tidak dikenali, yang memakai topeng di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini, hari ini.

Mangsa, Foong Yen Chong, ketika kejadian, kira-kira jam 9.10 pagi itu, baru keluar dari rumahnya di Jalan Desa Permai dan menaiki kereta jenis Perodua Myvi, bersama isteri dan pembantu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Brickfileds, ACP Wan Bari Wan Abdul Khalid, berkata, sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna silver telah menghalang kereta mangsa sebelum melepaskan lima das tembakan yang salah satunya mengenai bahagian bawah telinga kanan mangsa.

Akibat daripada tembakan itu, mangsa yang merupakan pesara syarikat insurans mati di tempat kejadian

Perodua Myvi
Anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian pesara berusia 72 tahun ditembak mati.
Menurutnya, suspek dipercayai telah menunggu dan memerhatikan mangsa sebelum bertindak demikian.

"Mangsa ditembak dari jarak dekat iaitu bersebelahan kereta mangsa. Isteri mangsa mengalami cedera, luka di bahagian kening setelah terkena serpihan kaca dan kini sedang menerima rawatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan namanya disiarkan, dipetik Bernama berkata, dia terdengar bunyi tembakan dan sebaik keluar rumah dia melihat kereta jirannya itu telah terbabas.

"Saya dengar bunyi tembakan dalam empat atau lima kali... saya keluar rumah tengok kereta mangsa sudah terbabas di tepi," katanya dan menurutnya mangsa sekeluarga telah menetap di rumah itu lebih 20 tahun.

sumber- Sinar

Buat maksiat di hotel bajet

DUNGUN - Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

awek melayu hotel murah
Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun merampas sehelai seluar dalam milik pasangan terbabit untuk dijadikan bahan bukti kes selepas menahan pasangan berkenaan pagi kelmarin.
Bagaimanapun,  pelajar jurusan diploma sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya, seorang pemandu ekskubator.

Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Selepas pintu dibuka oleh teman lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21 tahun, dalam keadaan separuh bogel.

Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

sumber- Sinar

Pancing ikan Siam, bawa pulang HIV

BACHOK: Temberang seorang suami kepada isteri kononnya pergi memancing ikan bersama rakan karib akhirnya terbongkar apabila lelaki berusia 52 tahun itu dikesan dijangkiti virus HIV selepas dipercayai kerap melanggan pekerja seks di pekan Sungai Golok, selatan Thailand, sejak 10 tahun lalu.

Malah, bagi meyakinkan isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Asmah, 45, lelaki terbabit juga sanggup membeli ikan besar seperti kerapu atau jenahak di pasar sebelum pulang ke rumah, kononnya itulah hasil tangkapannya.

pelacur Thailand
gambar hiasan
Bagaimanapun, rahsia lelaki dikenali sebagai Jaafar itu terbongkar apabila dia disahkan dijangkiti virus HIV selepas sering demam, selain berat badannya menurun mengejut.

Sebaik didesak Asmah berulang kali, akhirnya Jaafar mengaku dia sebenarnya bukan pergi memancing, sebaliknya ‘melancong’ ke pekan Sungai Golok semata-mata untuk melanggan pekerja seks.

Asmah berkata, lebih mengejutkan, suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah mendakwa melakukan perbuatan terkutuk terbabit sejak 10 tahun lalu dan lebih 50 pekerja seks Thai pelbagai usia ‘ditidurinya’.

Katanya, ketika ditanya, suaminya turut mengaku nafsunya lebih terdorong kepada wanita warga Thailand kerana terliur melihat paras rupa mereka, selain tertarik dengan tubuh yang berkulit putih serta gebu.

“Jaafar meninggal dunia akibat HIV tiga bulan lalu dan sempat meminta maaf di atas perbuatannya, namun saya dan anak lelaki berusia tujuh tahun (hanya mahu dikenali sebagai Aliff) pula yang menderita kerana turut dijangkiti virus itu.

“Walaupun marah serta geram dengan perbuatannya, saya tidak mampu melakukan apa-apa kerana sudah terlambat,” katanya ketika dia dan anaknya ditemui Metro Ahad di Rumah Masyarakat Prihatin (RMP) di sini.

Kehidupan Asmah semakin malang apabila Aliff pula disahkan mengalami masalah pendengaran oleh pihak hospital, menyebabkan ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu makin tertekan.

Asmah berkata, perkahwinannya dengan Jaafar adalah yang kedua selepas bercerai dengan suami pertama.

Katanya, melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak, namun anak sulung meninggal dunia lima tahun lalu akibat demam panas.

“Ketika meminta izin dengan saya untuk keluar memancing, riak mukanya langsung tidak menunjukkan reaksi berbohong, menyebabkan saya percaya kata-katanya.

“Lagipun, Jaafar turut membawa peralatan memancing, termasuk umpan serta bekalan makanan, kononnya hendak bermalam selama dua hari, menyebabkan saya bertambah yakin,” katanya.

Menurutnya, seminggu sebelum meninggal dunia, Jaafar turut memaklumkan dia boleh jadi ‘sasau’ jika tidak pergi ke negara jiran.

“Dia turut mengaku menghabiskan wang antara RM200 hingga RM300 setiap kali melanggan pelacur.

“Kini, saya dan anak sering hadir ke RMP bagi mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor, Zaimah Hussin,” katanya.

sumber- HMetro

Pam janin di tandas

KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila janin berusia beberapa bulan dan cukup sifat, dipercayai dibuang sebelum dipam dari mangkuk tandas rumah penduduk, dijumpai di dalam loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, di sini, semalam.

Kejadian disedari jam 11 pagi oleh pekerja membersih tangki kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) yang terlihat satu janin manusia tersangkut di perangkap sampah sebelum memaklumkan polis.

awek buang bayi
gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, janin itu pada awalnya disangka sampah sebelum pemeriksaan mendapati ia mempunyai tali pusat lalu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut. 

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik mengesahkan janin itu lelaki dan tidak menolak kemungkinan ia digugurkan penduduk tempatan di kawasan berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan,” katanya.

sumber- HMetro

Filem cereka pertama dibuat di Antartika

South of Sanity

ANTARTIKA: Dikenali dengan judul South of Sanity, filem seram ini dikeluarkan oleh jurulatih memanjat dan pembuat dokumentari, Kirk Watson ketika bekerja di benua ais untuk Tinjauan Antartika Britain.

Ia merupakan filem cereka pertama di buat di Antartika. Pelakonnya pula terdiri daripada staf dan rakan sekerja di situ, manakala skripnya pula ditulis oleh Matt Edwards, seorang doktor yang tinggal di London. 

Plot filem itu berkisar mengenai 14 pekerja yang bekerja di stesen terpencil, dibunuh seorang demi seorang oleh pembunuh. 

Kirk berkata, “Kami melakukan penggambaran ketika cuti hujung minggu dan selebihnya penggambaran dibuat dalam gelap untuk menjadikan filem berkenaan lebih menyeramkan.”

Katanya, ada beberapa pelakon mereka yang kesejukan kerana mereka terpaksa duduk di luar agak lama atau berlakon menjadi mayat.

“Agak sukar melakonkan watak mayat kerana mereka menggigil, jadi kami terpaksa mengedit untuk menghilangkan pergerakan itu,” katanya. 

Mereka juga terpaksa mengubah suai keadaan yang amat sejuk itu, manakala penulis skrip, Matt, yang juga bertugas sebagai jurumekap artis, menggunakan kit lukisan muka kanak-kanak dan resipi istimewa iaitu campuran pewarna makanan, tepung dan sirap untuk membuat darah tiruan. 

“Ada beberapa aktor kami yang mengalami sedikit hipotermia ketika penggambaran tetapi mereka sudah tinggal di sana setahun jadi mereka sudah biasa,” kata Kirk. 

Filem yang dikategorikan untuk 18 tahun ke atas, mendapat perjanjian pemasaran dari syarikat di Amerika Syarikat itu akan mula ditayangkan pada 31 Oktober di Aviemore, Scotland. 

sumber- BBC

Tragedi maut selepas bertengkar

JEMPOL - Pertengkaran mulut antara dua sahabat baik di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya maut akibat ditusuk besi pengangkat buah sawit di ladang Felda Bukit Rokan Utara, Rompin sekitar jam 12 tengah hari, semalam.

Ketua polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian, suspek berumur 40 tahun yang juga pekerja ladang bersama mangsa, Mohfiz Ali, 39, dan dua lagi pekerja lain mengangkat tandan kelapa sawit untuk dimasukkan ke dalam lori.

Tragedi maut selepas bertengkar
Kawasan ladang yang menjadi tempat pentengkaran dua sahabat baik itu. Gambar kecil: Mangsa parah di bahagian muka.
Menurutnya, namun ketika mangsa sedang leka mengangkat tandan kelapa sawit, tiba-tiba ianya terjatuh lalu mengenai suspek yang berada di sebelahnya.

“Kemudian, berlaku pertengkaran mulut antara mereka apabila suspek berang dengan insiden itu.

“Dua lagi rakan sekerjanya bertindak melarikan diri apabila menyedari perkara itu sebelum memaklumkannya kepada majikan mereka,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Hamzah berkata, kemudian suspek bertindak memukul mangsa sebelum mengambil besi pengangkat sawit dan menusuk muka rakannya itu.

“Selepas itu, suspek pulang ke rumah dan menceritakan hal berkenaan kepada rakan majikannya.

"Kemudian rakan majikannya itu membawa suspek ke Pondok Polis Felda Bukit Rokan Utara untuk serah diri," katanya.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan.

Sinar Harian difahamkan, dua rakan baik terbabit sudah berada di negara ini hampir enam tahun. Namun baru tiga tahun bekerja dekat ladang berkenaan.

Mangsa juga dipercayai akan pulang ke kampungnya, Jessore, Bangladesh hujung Disember ini atau Januari depan untuk berjumpa keluarganya.

sumber- Sinar

Ugut rogol, bunuh dua cucu

SERI KEMBANGAN – “Jangan cakap tipu, mana simpan barang kemas, kalau tidak saya akan bunuh dan rogol dua cucu awak," kata salah seorang daripada lima suspek yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Serdang di sini, awal pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kehadiran suspek disedari seorang penghuni yang tidur di bilik tingkat bawah selepas terdengar pintu biliknya dibuka.

Mangsa, P Amrithal, 55, berkata, suspek dipercayai dua warga tempatan dan tiga warga asing itu terus memaksanya memberitahu kedudukan peti besi dan bertindak memukul serta mencekiknya.

Ugut rogol, bunuh dua cucu
Suresh (kiri) menunjukkan kepada Hian Wah almari baju miliknya yang diselongkar suspek.
Amrithal mendakwa, suspek kemudian mengoyak baju tidur cucu dan anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan 20 tahun.

Katanya, apabila memberitahu dia tidak tahu di mana peti besi itu, seorang suspek bertindak memijaknya dan menjadikan tubuh badannya seperti tangga untuk menyelongkar almari baju.

“Saya beritahu tidak tahu, tetapi penyamun itu ugut hendak bunuh saya , malah dia juga ugut hendak rogol cucu serta anak saudara. Tidak cukup dengan itu mereka dengan kasar mengugut hendak mencincang jari cucu lelaki saya yang berusia tujuh tahun.

“Dalam keadaan antara ingat dengan tidak, saya akhirnya terpaksa memberitahu nombor peti besi keselamatan yang ditemui mereka,” katanya ketika menceritakan detik hitam itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang mengunjungi rumahnya, semalam.

Seorang lagi penghuni rumah, A Suresh Naidu, 23 berkata, dia yang terjaga dari tidur terkejut melihat kelibat tiga lelaki tidak dikenali bersama beberapa bilah parang di dalam biliknya.

Katanya, kedua-dua suspek menghentak kepalanya dengan hulu parang, mengikat tangan dan kaki menggunakan wayar pengecas telefon serta menutup mulut dan matanya menggunakan baju .

Menurutnya, suspek mengarahkan dia diam dan membawanya ke tingkat atas menuju ke bilik tidur ibunya. Ketika itu ibunya sedang tidur bersama dua cucu dan seorang saudara perempuannya.

“Dua lelaki yang membawa pedang samurai mengangkat dan mencampakkan saya ke atas katil.

“Suspek kemudian terus mencekik, memijak dan memukul emak saya tanpa belas kasihan. Mereka juga mengikat tangan dan kaki emak saya serta mengarahkannya supaya diam,” katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas memperoleh apa dihajati.

Suresh berkata, suspek yang beberapa kali mengugut menembak ibunya itu melarikan sebuah kereta Toyota Vios, dua komputer riba, televisyen LCD, pemain video, barang kemas, dokumen penting dan sejumlah wang tunai .

Katanya, kerugian dialami keluarga itu  dianggarkan hampir RM150,000.

sumber- Sinar

Pemandu sengaja langgar orang ramai ditahan

kes langgar lari

LONDON: Beberapa kejadian langgar lari di bandar Cardiff kelmarin, menyebabkan seorang wanita maut dan 11 pejalan kaki termasuk tujuh kanak-kanak cedera.

Saksi berkata, pemandu sengaja melanggar ibu bapa yang membawa anak mereka pulang dari sekolah. 

Polis South Wales berkata, seorang wanita berusia 32 tahun maut dan mangsa yang lain dibawa ke hospital untuk rawatan. 

Seorang lelaki yang tidak dikenali berusia 31 tahun ditahan, dan sebuah van dirampas. Pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya lima kejadian langgar lari berasingan berlaku di sekitar bandar, dilaporkan.

Pengusaha sebuah kedai, Ramesh Patel berkata, “Sebuah van warna putih sengaja dipandu ke arah orang ramai.”

Kejadian itu berlaku ketika ibu bapa datang mengambil anak mereka di sekolah. 

sumber- AP

Pasangan suami isteri, cucu maut kemalangan

PEKAN - Sepasang suami isteri dan cucu mereka yang berusia setahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa buah kelapa sawit dan dua buah kereta di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta Perodua Kancil, Abdul Malek Mohamed Saman, 62; isterinya, Faridah Hamzah, 56; dan cucu mereka, Nur Syafiqa Shalily Mohd. Khairul Nizam, setahun.

Pasangan suami isteri, cucu maut kemalangan
KEADAAN kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga mangsa yang terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini, Pekan semalam.
Menurutnya, dua lagi mangsa yang parah dalam kereta sama ialah penumpang belakang, Norhidayu Abd Malek, 21, dan Ain Najwa Mohd. Khairul Nizam, 2.

Katanya, kesemua mangsa berasal dari Felda Chini 4, dekat sini dipercayai dalam perjalanan dari arah Chini ke Salong.

"Ketika tiba di tempat kejadian, buah kelapa sawit lebih muatan yang dibawa oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba terjatuh dan menghempap kereta Kancil," katanya kepada pemberita di sini semalam.

sumber- Kosmo

Pelanggan UniFi kempunan tonton bola

KUALA LUMPUR - Harapan para pelanggan perkhidmatan jalur lebar UniFi untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertukar hampa apabila mereka sekadar melihat skrin kosong di televisyen masing-masing.

Telekom Malaysia (TM) selaku pengendali UniFi, tidak dapat menayangkan perlawanan secara langsung itu di saluran TV1 menerusi HyppTV kerana tidak mempunyai hak penyiaran.

UniFi hampeh
PELANGGAN UniFi menerima notis mohon maaf ketiadaan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 malam tadi.
Pelanggan hanya diberi notis berbunyi: 'HyppTV memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2012 kerana tidak mempunyai hak penyiaran'.

Usaha untuk mendapatkan reaksi pihak pengurusan TM bagaimanapun tidak berjaya.

UniFi yang beroperasi sejak dua tahun lalu, kini mempunyai lebih 400,000 pelanggan di seluruh negara.

sumber- Kosmo

Budak dibunuh kerana ejek gila

KLANG - Hanya kerana diejek 'gila', dua lelaki warga Kemboja dipercayai bertindak kejam memukul dan mencekik seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga mati sebelum mayatnya dibungkus lalu dicampak dalam semak di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Udang di sini kelmarin.

Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui bapanya yang berumur 35 tahun kira-kira pukul 10 malam ketika gerakan mencari anak tunggalnya bersama penduduk kampung dijalankan selepas dia didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7 malam.

Budak dibunuh kerana ejek gila
BAPA Syed Rasikin, Syed Ismail (kiri) dan isteri, Asimas di pusara Syed Rasikin di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang semalam.
Kali terakhir Syed Rasikin dilihat ibunya, Asimas, 30, pada pukul 6 petang semasa anaknya bermain di kawasan rumahnya.

Difahamkan ibu bapa mangsa juga merupakan warga Kemboja dan mereka mengenali suspek kerana bekerja bersama sebagai tukang jahit di sebuah rumah.

Ketika gerakan mencari tersebut, kedua-dua suspek turut berpura-pura membantu mengesan mangsa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Menurut beliau, seorang jiran yang mencurigai kematian itu telah menghubungi polis dan siasatan mendapati ada unsur jenayah.

sumber- Kosmo

Suami buas bawa bala

suami bawa HIV pada isteri

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kajian terbaru trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri, terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda lebih ramai menghidap virus maut itu berbanding pekerja seks berikutan kegiatan liar si suami yang gemar ‘makan luar’.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Datuk Dr Raj Karim berkata, bilangan wanita yang dijangkiti HIV sangat menyedihkan berikutan ramai tidak tahu suami mereka menyebar virus berjangkit itu.

“Isteri perlu mengambil sikap berjaga-jaga dengan memakai kondom ketika bersama suami (jika mengesyaki pasangan curang) sebagai perlindungan, selain mendapatkan rawatan segera jika mendapati ada jangkitan penyakit untuk mengelak risiko kepada anak dikandung.

“Kita tidak menafikan segelintir lelaki di pantai timur, utara tanah air atau yang bersempadan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, melanggani pelacur kerana kaji selidik mengenainya pernah dibuat sepasukan penyelidik bagi mendapatkan gambaran sebenar.

“Selain itu, golongan nelayan menyebarkan penyakit kepada pasangan selepas melakukan hubungan dengan wanita lain di luar perairan negara dan segelintirnya didapati mengambil dadah jenis suntikan. Hal ini akan menjadi semakin membimbangkan jika tidak dipantau sebaik mungkin,” katanya kepada Metro Ahad.

sumber- HMetro

11 isteri kongsi 1 suami

hidup bermadu

KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.

jantan penipu
BERANI... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.
Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.

sumber- HMetro

Pasangan pengantin pakai kostum Klingon

LONDON - Satu pasangan pengantin, Sonnie Gustavsson dan Jossie Sockertopp memakai kostum watak yang terdapat dalam filem Star Trek, Klingon pada majlis perkahwinan mereka di sini kelmarin.

Sockertopp, 23, dan Gustavsson, 29, sanggup datang dari Sweden ke sini semata-mata untuk berkahwin dalam majlis tersebut di Pusat ExCel, timur London.

Star Trek, Klingon
GUSTAVSSON (kiri) dan Sockertopp memakai kostum watak Klingon pada majlis perkahwinan mereka di Pusat ExCel, timur London kelmarin.
Pusat itu menjadi lokasi tempat Persidangan Star Trek diadakan buat kali pertama yang dihadiri para peminat filem itu, pelakon dan penulis.

Klingon merupakan watak pahlawan dalam filem tersebut.

"Saya menjadi peminat Star Trek sejak kecil lagi. Majlis ini amat menyeronokkan," kata Gustavsson. 

sumber- Agensi