Pages - Menu

Friday, November 16, 2012

Gambar kahwin paling kreatif

Lokasi menarik serta berpakaian cantik mungkin menjadi pilihan ketika sesi penggambaran perkahwinan. Namun pasangan dari Jepun ini lebih kreatif dengan memilih jalan cerita 'serangan zombie' untuk gambar perkahwinan mereka.

zombie attack
zombie attack
zombie attack
zombie attack
zombie attack
zombie attack
zombie attack
zombie attack
zombie attack
zombie attack
zombie attack

Cara seludup dadah paling kreatif

Suspek penyeludupan dadah cuba memandu SUV mereka di atas pagar setinggi 14 kaki di sepanjang sempadan USA-Mexico. Namun usaha mereka terbantut apabila Jeep yang dinaiki tersangkut di tengah-tengah ketika cuba menyeberang pagar berdekatan Yuma, Arizona. Kreatifnya cara mereka membuat laluan tersebut sendiri. Walaupun gagal, sekurang-kurangnya mereka mencuba.

drug smuggling
drug smuggling

Atuk berbadan sasa

Dr. Jeffry Life benar-benar memiliki bentuk tubuh lelaki sejati. Walaupun telah menjangkau usia 70-an, namun badannya tetap sasa sepertimana yang diidamkan oleh lelaki lain.

Dr. Jeffry Life

Sebelum ini, Dr. Jeffry pernah mengalami masalah kegemukan dan merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi model contoh kepada pesakitnya dan juga keluarga. Tetapi setelah mengamalkan diet pemakanan terkawal serta senaman di gimnasium, bentuk badannya menjadi amat mengagumkan.

Dr. Jeffry Life
Dr. Jeffry Life
Dr. Jeffry Life
Dr. Jeffry Life
Dr. Jeffry Life
Dr. Jeffry Life
Dr. Jeffry Life

Tukang urut, GRO bawah umur

SEREMBAN -  Empat gadis bawah umur berusia 14 dan 16 tahun dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) antara 35 wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di beberapa pusat hiburan dan rumah urut di daerah ini dan Jempol kelmarin.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, semua gadis bawah umur terbabit merupakan warga Vietnam dan ditahan di pusat hiburan di Taman Bukit Kepayang dan Kemayan Square dekat sini.

GRO ditangkap
Antara wanita warga asing yang ditahan dipercayai bekerja sebagai GRO.
“Seorang berusia 14 tahun dan tiga lagi berusia 16 tahun. Mereka memberi alasan berada di negara ini sejak dua minggu lalu kerana mengikut rakan bercuti untuk tujuan berhibur.

“Bagaimanapun kita tetap menahan mereka dan hasil pemeriksaan lanjut kita mengesyaki mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar dimiliki untuk bekerja secara tidak sah di sini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, turut ditahan dalam serbuan di tempat sama, 22 lagi wanita warga asing terdiri daripada warganegara China dan Vietnam kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dimiliki dengan bekerja di negara ini.

Faizal berkata, dalam satu lagi serbuan di sebuah premis di Taman Kemuning, Senawang, pihaknya telah menahan satu pasangan warga Myanmar berusia 29 dan 30 tahun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu di Jempol, pihaknya telah membuat pemeriksaan di enam rumah urut di pekan Bahau dan menahan tujuh wanita dan seorang lelaki warga China serta seorang wanita warga Indonesia kerana bekerja sebagai tukang urut.

“Semua tukang urut berusia 20 hingga 40-an itu kita tahan atas kesalahan sama iaitu menyalahgunakan pas lawatan bekerja di premis berkenaan.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen di Senawang untuk disoal siasat sebelum tindakan susulan diambil terhadap mereka,” katanya.

Faizal berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kita akan terus menjalankan serbuan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di negeri ini dan maklumat orang awam  amat dialukan-alukan,” katanya.

sumber- Sinar

Mak nyah lari lintang-pukang

AMPANG - Sambutan Maal Hijrah 1434H dicemari dengan aktiviti tidak bermoral membabitkan sekumpulan mak nyah yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di sekitar kawasan Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

mak nyah
Antara mak nyah yang ditahan dalam operasi awal pagi semalam.
Kira-kira enam mak nyah berpakaian menjolok mata didapati berkeliaran di sekitar rumah kedai di situ, bertempiaran lari setelah menyedari kehadiran sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, yang membuat rondaan pencegahan kira-kira jam 5 pagi.

pondan
Antara mak nyah yang dicekup Jais.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, mak nyah terbabit cuba lari setelah terserempak van dinaiki pegawai penguatkuasa agama.

“Ada di antara mereka cedera ringan kerana terjatuh ketika berlari menaiki tangga sebuah rumah kedai. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 38 tahun itu berjaya dicekup,” katanya.

Difahamkan, mak nyah berkenaan mengenakan bayaran serendah RM50 untuk setiap pelanggan.

Salah seorang mak nyah memberi alasan sukar mendapat pekerjaan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan sepertinya menyebabkan dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mak nyah berusia 26 tahun itu dipercayai pernah ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) sebelum ini.

Operasi tersebut dijalankan mengikut Seksyen 30, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM1,000 atau 6 bulan penjara.

Dalam operasi berasingan yang turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), seramai 50 orang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan di Bukit Langat dan Bukit Permai, di sini.

Kesemua mereka ditahan kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan yang boleh menimbulkan syak di tempat awam.

Kesemua mereka juga wajib mengikut sesi kaunseling di Masjid Al-Azim pada 25 November ini.

sumber- Sinar

Wartawan menang anugerah dipukul

wartawan kena pukul

PEKANBARU- Fakhri Rubianto, seorang daripada beberapa wartawan yang diserang oleh pegawai Tentera Udara ketika membuat liputan jet terhempas di Riau bulan lalu, diserang sekali lagi oleh empat orang tidak dikenali di sini, kelmarin.

Penyerang memakai topi keledar untuk melindungi wajah mereka, menunggang dua motosikal lalu menghalang motosikal yang ditunggang Fakhri di Jalan Ariffin Rachmad. 

Ketika memukul Fakhri, mereka berkata, mereka benci Fakhri dan enam lagi wartawan menerima anugerah untuk liputan jet terhempas itu. 

sumber- Jakarta Post 

Ngeri! Kepala budak dimakan biawak

Kepala budak dimakan biawak

SANDAKAN: Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang pada 10 November lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas.

Difahamkan, mayat mangsa, Haziq Hassan, ditemui jam 4 petang kelmarin, tiga kilometer dari rumah ibu saudaranya oleh seorang juruukur.

Kepala budak dimakan biawak
SIASAT...Rowell (tengah) ketika berjumpa ibu mangsa, Samsimar.
Hanya bahagian pinggang dan kaki yang ditemui, manakala bahagian atas termasuk badan dan kepalanya gagal ditemui dipercayai dimakan biawak.

Saksi yang melakukan kerja mengukur tanah terkejut melihat sepasang kaki manusia sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan mayat mangsa ditemui berhampiran kolam di ladang berkenaan.

sumber- HMetro

Lelaki tangkap belut gergasi

Andy Parker

DEVON: Seorang pengail, Andy Parker berjaya menangkap seekor belut seberat 43 kilogram di perairan Britain semalam.

Dia berjuang selama 40 minit untuk menarik naik haiwan itu ketika memancing kiar-kira 35 batu di perairan Torquay, di Devon.

Batang kailnya melendut sebaik belut berkenaan memakan umpan dan cuba untuk melarikan dirinya ke dasar laut. Parker, 42 dari Huddersfield, barat Yorks, berkata: “Ia bagaikan perlawanan tinju. Ia adalah belut terbesar yang saya pernah lihat apalagi menangkapnya.

“Kami seolah-olah tidak percaya dengan saiznya. Ia kelihatan seperti makhluk dasar laut dalam filem seram,” katanya. Parker dan rakannya menaikkan haiwan berukuran 17 kaki itu dan merakam hasil tangkapannya itu sebelum melepaskan ia semula ke laut.

“Memang sangat sukar untuk menangkapnya tetapi berbaloi akhirnya,” katanya. Rekod belut terbesar pernah ditangkap di perairan Britain adalah 60 kilogram dan ditangkap oleh Vic Evans pada 1996 di Brixham, Devon. 

sumber- TS

Kembar tiga terberat di dunia

SACRAMENTO: Seorang ibu di California melahirkan tiga bayi lelaki yang mencatatkan rekod baru sebagai kembar tiga paling berat di dunia.

Jason dan Brittany Deen dari Sacramento, California, menyambut kelahiran tiga bayi lelaki mereka pada 8 November lalu.

bayi kembar tiga
JASON memangku (dari kiri) Sidney, Jenson dan Elliot sambilrhatikan Brittany.
Gabungan berat ketiga-tiga bayi itu ialah sembilan kilogram bermakna mereka mencatat rekod baru dalam Buku Rekod Dunia Guiness, menurut Sacramento Bee. Bayi sulong, Sidney adalah seberat 3.5 kilogram dan adiknya, Elliot seberat 3.3 kilogram, manakala anak bongsu Jenson mencecah 2.5 kilogram.

Pihak hospital telah merekod berat kelahiran kembar tiga itu dan kini keluarga itu telah menyerahkan dokumen berkenaan kepada Guiness untuk pengesahan.

Rekod sedia ada dipegang sepasang suami isteri dari Carolina Utara yang mempunyai kembar tiga dengan jumlah berat keseluruhan ialah 8.2 kilogram pada tahun lalu.

Brittany, 32, yang memberi makan bayi itu secara normal menghadiri kelas mingguan di Sutter Memorial’s Moms untuk mempelajari bagaimana memberikan penjagaan terbaik bayi baru lahir kepada kembar tiga miliknya.

“Menjadi ibu kepada bayi kembar tiga amat menakutkan,” katanya kepada Sacramento Bee.

“Anda dengar mengenai kesukaran dan cabarannya.

“Saya harap dengan menyaksikan saya dan mendengar pengalaman positif yang saya lalui akan memberi inspirasi kepada ibu lain agar tidak berasa takut dan membantu mereka menyedari bahawa mereka tidak sendirian,” katanya. Brittany, seorang jururawat onkologi di Pusat perubatan Universiti California Davis berazam melanjutkan tempoh kehamilan kembar tiga itu dengan sempurna.

Dia memberi perhatian khas mempelajari cara pemakanan untuk empat orang yang bermakna mengambil makanan hingga 6,000 kalori dalam sehari. 

sumber- DM

Wanita pertama dilantik sebagai juruterbang Penerbangan Brunei

Sharifah Czarena Suriany Syed Hj Hashim

BANDAR SERI BEGAWAN: Kapten Sharifah Czarena Suriany Syed Hj Hashim menjadi wanita pertama dilantik sebagai kapten untuk Syarikat Penerbangan diraja Brunei (RB), memecahkan tradisi lapangan yang biasanya didominasi oleh lelaki.

Awal bulan ini, Sharifah menamatkan penerbangan 5,000 jam di bawah bimbingan dan pengawasan Timbalan Ketua Pegawai Operasi, Kapten Khalidkhan Hj Asmakhan. 

Dengan penilaian tinggi konsisten yang diterima ketika menjawat jawatan Pegawai Kanan Pertama, juga program latihan pemerintahan selama tiga bulan sebelum penerbangan pemeriksaan terakhir, wanita berusia 31 tahun ini kini dikenali sebagai pelopor dalam penerbangan komersial domestik, bukan saja di Brunei tetapi juga di Asia Tenggara. 

sumber- Brunei Times 

Wanita dihukum pegang papan tanda

CLEVELAND, Amerika Syarikat - Seorang wanita terpaksa memegang papan tanda di sebuah kaki lima di sini.

Wanita berkenaan, Shena Hardin diperintahkan oleh Hakim Pinkey Carr supaya berdiri di kaki lima berkenaan selama sejam pada Selasa lalu dan kelmarin.

Shena Hardin
HARDIN memegang papan tanda yang menyatakan kesalahannya di Cleveland kelmarin.
Dia memegang papan tanda itu yang tertera ayat: "Hanya orang bodoh memandu di laluan pejalan kaki kerana mahu memotong sebuah bas sekolah".

Hardin dikenakan hukuman itu selepas dia memandu kereta di laluan pejalan kaki dengan tujuan untuk memotong bas tersebut. 

sumber- Agensi

Lelaki paling pantas berlari guna Empat Kaki

TOKYO - Seorang lelaki berusia 30 tahun, Kenichi Ito menjadi manusia paling pantas di dunia berlari dengan menggunakan dua kaki dan tangannya.

Dia mencatatkan masa 17.47 saat semasa berlari dengan menggunakan kaki dan tangannya itu sejauh 100 meter di sini semalam.

Kenichi Ito
SALAH satu aksi Ito di garisan penamat.
Ito belajar berlari dengan menggunakan semua kaki dan tangannya itu sejak berumur sembilan tahun.

Dia meniru larian spesies monyet dari Afrika, Erythrocebus patas untuk melakukan perbuatan tersebut.

Rekod baharunya itu disahkan oleh pihak pengurusan Guinness World Records. 

sumber- Agensi

Bekas atlet wanita didapati lelaki

Pinki Pramanik

KOLKATA, India - Bekas atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam.

Keputusan panel doktor itu menyebabkannya dikenakan dakwaan merogol bekas teman wanitanya.

Polis mengemukakan dakwaan merogol tersebut terhadap Pramanik, 26, pada Isnin lalu selepas satu panel doktor mengumumkan hasil pemeriksaan mereka itu.

Pramanik ditangkap pada awal Jun lalu selepas bekas kekasihnya, Anamika Acharya membuat aduan polis bahawa dia diperkosa oleh bekas bintang sukan tersebut.

Pramanik dibebaskan dengan ikat jamin selepas dipenjara dua minggu apabila seorang hakim memutuskan dia tidak berupaya untuk melakukan jenayah rogol.

Beberapa ujian perubatan pada masa itu gagal mengesan jantinanya dengan tepat menyebabkan satu panel doktor diarah melakukan pemeriksaan terhadap tubuhnya.

"Beliau (Banerjee) sepatutnya memberi perhatian terhadap kes ini. Banerjee perlu campur tangan," kata Pramanik.

"Seluruh episod ini merupakan satu penghinaan kepada pemerintah India selepas saya berusaha untuk memenangi kesemua pingat emas. Saya berasa sedih kerana jantina saya menjadi topik perbincangan secara terbuka," tambahnya.

Pramanik juga mendakwa polis melakukan gangguan terhadapnya dan cuba 'menghasutnya' untuk melakukan perbuatan bunuh diri.

Kes Pramanik akan didengar pada 26 November ini. 

sumber- Agensi

Sembunyi mayat bayi hasil cinta Mat Bangla

KLANG - Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam.

Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu.

ibu sembunyi kelahiran bayi
Anggota polis mengiringi jurujual yang ditangkap selepas disyaki menyembunyikan kelahiran bayinya.
Bayi itu dipercayai dilahirkan oleh suspek yang bekerja di sebuah kedai di Pekan Meru pada pukul 4 petang kelmarin. Semasa dilahirkan, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa.

Suspek dipercayai membiarkan mayat anaknya di atas katil di dalam biliknya selepas dipercayai bimbang perkara itu diketahui keluarganya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, pasukan polis yang menerima laporan kakak suspek terus ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas katil.

"Polis turut menemui tali pusat bayi dalam satu beg plastik yang dipercayai dipotong oleh si ibu selepas melahirkan anaknya itu," kata beliau ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa kepada bayi malang itu merupakan lelaki Bangladesh namun kekasihnya itu sudah pulang ke negara asal sejak Mac lalu.

Mohd. Shukor memberitahu, suspek bersama mayat bayinya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk pemeriksaan dan bedah siasat.

sumber- Kosmo

Suami durjana tipu isteri sampai muflis

JOHOR BAHRU - Detik perkenalan seorang jururawat dan seorang doktor hingga membawa ke gerbang perkahwinan disangkakan membawa bahagia berpanjangan tetapi rupa-rupanya mengundang derita berpanjangan.

Demikian nasib malang seorang janda kerana dia bukan saja ditinggalkan suaminya tanpa diberi nafkah malah lelaki yang pernah bersumpah sehidup semati dengannya itu turut bertindak kejam memalsukan tandatangannya untuk membuat pinjaman sehingga membuatkan wanita itu bakal diisytiharkan muflis.

Nora Ahmad
NORA (kiri) dan Michael Tay menunjukkan salinan laporan polis serta dokumen pinjaman yang menggunakan tandatangan palsu di Johor Bahru semalam.
Nora Ahmad, 42, yang merupakan jururawat di sebuah pusat hemodialisis di Senai dekat sini ketika menceritakan kisah perit hidupnya berkata, kepincangan hidupnya bermula ketika rumah tangga yang dibina oleh suaminya yang juga merupakan seorang doktor mengalami keretakan sejak tahun 2005.

"Hampir lapan tahun lamanya dia meninggalkan saya dan empat orang anak tanpa pesan dan rupa-rupanya dalam tempoh itu dia sudah berkahwin tiga iaitu pada tahun 1998, 2006 dan pada tahun 2009, saya difahamkan dia melangsungkan perkahwinan di Thailand bersama pasangannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon di sini semalam.

Pada 12 Jun lalu, ibu tunggal ini dikejutkan dengan surat berdaftar yang dikirimkan oleh sebuah bank di sini yang menyatakan dia bakal diisytiharkan muflis dan namanya akan disenaraihitamkan oleh Bank Negara jika hutang pinjaman tidak dilangsaikan.

"Saya tertanya-tanya apa kesalahan saya dan bila semakan dibuat, rupa-rupanya bekas suami saya telah meletakkan nama saya sebagai penjamin tanpa pengetahuan saya untuk membeli mesin pengimbas berharga RM35,000 pada 3 Januari 2007 yang lalu.

"Yang lebih membuatkan saya marah, dia telah memalsukan tandatangan saya. Sekarang, pihak bank terus memburu saya untuk membayar semula pinjaman itu yang kini sudah mencecah RM58,000," kata jururawat yang baru saja bercerai dengan suaminya yang berumur 44 tahun yang berasal dari Pontian pada Februari lalu.

Apabila tembelang jahat lelaki beristeri empat itu pecah, Nora memberitahu, bekas suami yang pernah memiliki dua buah klinik di Senai terus menyembunyikan diri dan kali terakhir dia sempat bercakap dengan suaminya ialah pada Jun lalu dengan pelbagai alasan diberi.

"Saya sudah tak mampu menanggung bebanan ini, ia bukan masalah saya tetapi saya telah diperdaya dengan bekas suami dan saya minta dia tampil selesaikan kemelut ini," rayunya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Senai di sini.

Mengulas lanjut mengenai kemelut ini, Michael berkata, pihaknya akan membantu Nora untuk mendapatkan peguam bagi memohon agar menangguhkan seketika prosiding kes yang akan berlangsung pada 19 Disember ini.

"Selain menggesa bekas suami Nora supaya tampil, saya ingin meminta penjelasan pihak bank berkenaan mengapa pihak penjamin tidak dipanggil bersama ketika surat perjanjian ditandatangani?," soalnya.

sumber- Kosmo

Misteri kembar hilang dalam kandungan

POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

bayi kembar hilang dalam kandungan
CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.
Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

“Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.

“Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.

“Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.

“Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis,” cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.

Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.

Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.

Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.

“Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” ujarnya.

Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.

“Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.

sumber- Kosmo

28 orang disumbat dalam kereta mini

LONDON - Seramai 28 wanita berjaya berada di dalam sebuah Mini Cooper di sini semalam sekali gus mencipta rekod baharu Guinness World Records.

Mini Cooper
SEORANG jurugambar merakamkan gambar 28 orang wanita yang melakonkan semula cara mereka berada di dalam sebuah kereta mini di London semalam.
Rekod sebelum ini mencatatkan seramai 27 orang berjaya berada di dalam kereta kecil tersebut. Kejayaan rekod terbaharu itu dibuat dalam tempoh 18 minit. 

sumber- AP