Pages - Menu

Saturday, November 17, 2012

Tidur bersama mayat isteri

Le Van pernah menjadi perbualan hangat apabila dia tidur bersama mendiang isterinya yang telah mati lebih dari lima tahun. Perbuatan pelik Le Van mula didedahkan kepada umum pada penghujung tahun 2009. Akhbar Vietnam memaparkan gambar Le Van bersama sebuah patung manusia dimana patung tersebut mengandungi mayat isterinya. Le Van seakan tidak dapat menerima pemergian isterinya dan langsung tidak mahu berpisah.

tidur dengan mayat isteri

Dalam laporan akhbar Nguoi Lao Dong, seorang wartawan telah menziarahi rumah Le Van di Quang Nam. Dia terkejut apabila melihat patung menyeramkan yang mengandungi mayat isteri Le Van sedang terbaring di atas katil. Tidak lama selepas itu, kerajaan setempat mendesak Le Van agar mengebumikan mayat isterinya selepas cerita mengenainya mula tersebar di akhbar. Namun mereka tiada kuasa untuk memaksanya melakukan demikian.

tidur bersama mayat

Wanita 30-an seakan bayi 9 bulan

Maria Audete do Nascimento dilahirkan pada 7 Mei 1981. Walaupun telah menjangkau usia 30-an, Maria masih memiliki tubuh seperti seorang bayi. Maria tinggal bersama keluarganya yang miskin dalam sebuah rumah yang diperbuat daripada lumpur di Ceara, Brazil. Keluarganya tidak mampu untuk menanggung kos terapi yang diperlukan. Sehingga ke hari ini, Maria masih meneruskan kehidupan seperti seorang bayi dimana dia tidak mampu melakukan apa-apa dan juga tidak mampu bercakap. Dora, ibu tiri kepada Maria menganggap anak ini adalah anugerah dari tuhan dan perlu dijaga dengan baik.

Maria Audete do Nascimento

Pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Caera percaya Maria mengalami permasalahan pada hormon tiroidnya. Kesannya, fizikal dan mental Maria tidak mampu berkembang. Jika dilakukan rawatan lebih awal, Maria mungkin berpeluang membesar seperti kanak-kanak lain. Pihak universiti bersetuju untuk menyediakan rawatan percuma bagi membolehkan sekurang-kurangnya Maria dapat berjalan, makan dan bercakap beberapa perkataan.

Tukang sapu yang terkenal

Seorang tukang sapu dari Beijing menjadi terkenal di China setelah gambar aksinya tersebar di internet. Sebagai tukang sapu, Zhang harus berkerja dari pukul 5.00 pagi hinggalah 4.00 petang. Pada masa terluang, dia dijemput untuk membuat pertunjukan dengan gabungan Tai Chi dan juga rutin pekerjaannya.

tukang sapu sampah
tukang sapu sampah
tukang sapu sampah
tukang sapu sampah
tukang sapu sampah
tukang sapu sampah
tukang sapu sampah
tukang sapu sampah
tukang sapu sampah
tukang sapu sampah

Burung unta boleh berenang

Burung unta mungkin tidak mampu terbang tetapi tahukah anda bahawa spesies ini berkebolehan untuk berenang?

Seorang pelancong berjaya merakamkan detik manis sepasang burung unta sedang berenang dalam laut di Yzerfontein, Afrika Selatan.

Burung unta boleh berenang
Lensa kamera Ria sempat merakamkan pasangan burung unta ini sedang berenang.
Ria Dickson berkata, pasangan sejoli yang berketinggian hampir 2.7 meter itu kelihatan sedang membersihkan badan masing-masing kemudian bertindak agresif apabila terserempak dengan sebuah bot nelayan.

Pakar biologi, Christoffer Johansson memberitahu, burung unta sebenarnya mampu berenang kerana bentuk rangka kaki yang mampu menolak air.

Sementara itu, pengawal Ladang Burung Unta Afrika Selatan, Dougie Bester berkata, berkemungkinan pasangan burung unta berkenaan sedang menyejukkan badan di dalam air kerana tidak tahan pada cuaca yang terlampau panas. 

sumber- The Mail

Jambatan hidup

Kenapa perlu membina jambatan jika mampu menanamnya? Itu yang terjadi kepada penduduk sebuah lembah di timur laut India yang menghimpunkan kayu pokok sebagai jambatan sejak beratus tahun lalu, kemudian ia membiak menjadi jambatan unik.

Jambatan hidup
Jambatan kayu yang membiak ini menjadi penghubung laluan yang dipisahkan sungai.
Menurut penduduk, mereka begitu memerlukan jambatan sebagai penyambung jalan kerana sungai cetek dalam hutan Khasi Timur itu, akan dipenuhi air semasa musim hujan monsun sekali gus amat berbahaya untuk diharungi.

"Nenek moyang kami membuka laluan jalan kemudian menyambung batang-batang pokok yang kemudian hidup sehingga ke hari ini," katanya.

Sementara itu, sebuah jambatan konkrit baru yang dibina penduduk kampung berkenaan turut bertukar menjadi penyambung laluan yang membiak tumbuh-tumbuhan hijau seperti jambatan terdahulu. 

sumber- Grindtv.com

Rumah disaluti Ais

Seorang arkitek, Matthew Radune dan juga jurufoto, Gregory Holm dari New York telah merancang untuk membina rumah  disaluti ais. Idea ini muncul ketika Matthew terlihat gambar rumah disaluti air terjun yang sedang membeku.

Mereka telah meminjam sebuah rumah tinggal di Detroit. Sebenarnya rumah tersebut telah dijadualkan untuk dirobohkan, tetapi Radune dan Holm telah mendapatkannya untuk rancangan pembinaan dan kitar semula. Mereka juga bersetuju untuk membayar cukai rumah yang telah dirampas tersebut dimana seorang ibu tunggal dan keluarganya akan tinggal disini.

Ianya adalah hadiah dari mereka berdua kepada penduduk Detroit yang membenarkan mereka melaksanakan projek seni tersebut. Keseluruhan kos yang mereka perlukan ialah sekitar $15,000 dan kebanyakan daripadanya diperolehi dari derma menerusi laman web.

rumah ais
rumah ais
rumah ais
rumah ais
rumah ais
rumah ais
rumah ais
rumah ais

Poskad diterima selepas 49 tahun dihantar

BERKSHIRE, England - Sepasang suami isteri di sini, terkejut apabila mereka menerima sekeping poskad berusia 49 tahun.

Jason Crabtree, 37, dan isterinya, Anna menerima poskad itu pada 29 Oktober lalu, yang dikirimkan atas nama Derek Lewis.

Katanya, poskad itu dihantar oleh Gudrun Rentrope dari Jerman pada 3 Mac 1963.

Derek Lewis
Derek Lewis, akhirnya menerima poskad yang dipos oleh rakannya, selepas 49 tahun. - AGENSI
Setelah berusaha menjejaki penerima poskad tersebut, pasangan Crabtree akhirnya bertemu dengan Lewis yang dahulunya pernah tinggal di rumah yang mereka tinggal sekarang.

"Kami amat terkejut apabila melihat tarikh poskad tersebut, namun ia masih berada dalam keadaan baik, termasuk setem serta tulisannya.

"Kami tertanya-tanya mengapa poskad itu mengambil masa yang terlalu lama untuk dihantar kepada penerimanya," kata Jason.

Sementara itu, Lewis, 71, berasa gembira menerima poskad tersebut.

"Poskad itu dikirimkan oleh rakan saya, Rentrope dan kami saling berbalas-balas poskad sejak kami berusia 17 tahun.

"Poskad itu dihantar sebagai ucapan terima kasih kerana saya menjaga bapanya ketika dia melawat England," ujar Lewis.

Sementara itu, syarikat pos Royal Mail menafikan poskad tersebut hilang dalam sistem penghantaran mereka dan mendakwa ia mungkin baru dikirimkan, baru-baru ini. 

sumber- AGENSI

Janda habis idah ditangkap basah

LEDANG - Seorang wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.

janda ditangkap khalwat
Pasangan yang dicekup penguat kuasa malam kelmarin.
Wanita itu berkata, dia hanya mahu menumpang semalaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal selepas dihalau keluarga dan enggan meminta pertolongan orang lain berikutan buntu dengan masalah dialami.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga baru sahaja menamatkan tempoh idah selepas diceraikan buat kali ketiga oleh suaminya.

“Saya hanya menumpang bermalam di sini kerana tidak ada tempat tinggal selepas dihalau keluarga. Saya buntu dan tidak tahu mahu minta pertolongan dengan siapa sementara menunggu hari esok untuk mencari pekerjaan lain,” katanya.

Manakala, lelaki terbabit berusia 26 tahun dan merupakan operator kilang, mengakui sudah tinggal di negara ini lebih setahun dan berkenalan dengan wanita itu kira-kira tiga bulan lalu ketika bekerja di kilang sama.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, bertindak atas aduan awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu beberapa anggota polis memeriksa rumah berkenaan.

Menurutnya, anggota penguat kuasa menunggu selama lima minit sebelum pintu rumah dibuka seorang lelaki yang juga rakan kepada lelaki terbabit.

“Pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui pasangan terbabit yang sedang baring di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, lelaki terbabit menangis kerana ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau berstatus suami isteri.

“Mereka dibawa ke balai polis di sini, untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama bagi siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

sumber- Sinar

Batu Geliga memakan diri

batu geliga

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup berbelanja RM32,000 untuk membeli ‘batu geliga’ yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter, namun padah menimpa apabila dia mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu.

Mangsa, seorang ahli perniagaan hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 28, berkata, geliga itu dibelinya pada Ogos tahun lalu daripada seorang lelaki di selatan tanah air yang mendakwa dirinya pawang besar di Indonesia.

batu geliga
TEKNIK PUJA...Zaidi menunjukkan cara dia memuja batu terbabit. Gambar kecil, batu yang didakwa kononnya mempunyai kesak
Zaidi berkata, ketika membeli geliga itu dia diberitahu kuasa hikmat batu hanya menjelma jika dia melakukan rutin pemujaan yang ditetapkan.

“Untuk memastikan geliga itu mampu memberi kuasa yang saya inginkan, saya perlu melakukan pemujaan dengan menggunakan kemenyan serta kunyit hidup pada setiap malam Jumaat di kawasan perkuburan.

“Jika gagal melakukan pemujaan yang disyaratkan itu, saya diberi peringatan ada kemungkinan berlaku musibah kepada saya atau ahli keluarga,” katanya ketika ditemui.

sumber- HMetro

Lelaki kecewa, simbah cuka getah

bayi maut

KOTA KINABALU: Berang cintanya dihalang, seorang pemuda bertindak gila apabila menceroboh rumah keluarga teman wanitanya, lalu menyimbah sebaldi cuka getah ketika keluarga berkenaan tidur di ruang tamu, menyebabkan seorang bayi berusia enam bulan yang juga adik kekasihnya maut manakala kakak dan ibu bayi itu parah.

Dalam kejadian di Kampung Gaur, Kota Belud, jam 5 pagi pada Rabu lalu, bayi berkenaan, Johrsin Hortelano, maut selepas enam jam dirawat di Hospital Kota Belud akibat melecur teruk di muka.

disimbah cuka getah
PARAH....Virgnia terlantar di HQE selepas melecur separuh badan akibat disimbah cuka getah.
Ibu bayi itu, Virgnia Alegada, 39, dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan seorang lagi anaknya, Jezel Hortelano, 12, dirawat di Hospital Kota Belud dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, kata sumber, teman wanita suspek yang turut tidur di ruang tamu rumah berkenaan ketika kejadian tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian, semua 10 beranak itu termasuk teman wanita suspek, tidur di ruang tamu rumah itu dan suspek menyimbah cuka getah melalui tingkap terbuka.

sumber- HMetro

Ariel bercinta dengan isteri orang?

Ariel Noah

JAKARTA: Penyanyi Nazriel Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel “NOAH” menjadi bahan gosip lagi.

Ariel yang kini menyanyi bersama kumpulan baru, dikatakan bercinta dengan seorang pramugari jelita, Magdelena Awuy.

Tetapi, yang membuatkan peminatnya kecoh, Magdelena adalah isteri orang. 

Ariel juga tidak senang duduk dengan khabar angin itu. Pengurus penyanyi itu, Kindy, menegaskan perkara itu hanyalah gosip.

“Khabar angin itu tidak benar dan Ariel sendiri menafikannya. Malah, sumber gosip itupun tidak diketahui,” katanya.

Ariel dikatakan mula rapat dengan Magdelena ketika konsert jelajah Noah “5 Negara dan 2 Benua” di mana waktu itu Magdelena bertugas sebagai pramugari untuk pesawat kumpulan Ariel Cs. 

Sumber mengatakan, merka terus rapat sehingga kumpulan Noah melakukan persembahan di tempat lain. 

Namun begitu, Kindy menegaskan khabar angin itu tidak benar. 

sumber- Detikhot

Perompak digesa pulangkan bekas abu mayat anak

Michiko Koyoi

ANTIOCH (California): Seorang wanita dari utara California yang kediamannya dirompak merayu kepada perompak agar memulangkan hanya satu barangan, iaitu sebuah bekas perak mengandungi abu mayat bayinya.

The Contra Costa Times melaporkan kediaman Michiko Koyoi di sini dipecah masuk dan diselongkar semalam. Polis masih menyiasat kejadian rompakan itu.

Antara barangan yang hilang ialah pasu berbentuk hati yang mengandungi abu anak lelakinya yang mati ketika dilahirkan pada Januari lalu. 

Nama dan tarikh kematian bayi itu turut ditulis pada bekas itu. Michiko, 35, yang mempunyai tiga lagi anak menggesa perompak agar memulangkan bekas berkenaan, mengatakan mereka boleh menyimpan semua barangan lain. 

Bayi yang meninggal dunia itu didiagnos dengan sindrom down dan masalah tulang belakang ketika dalam kandungan. 

sumber- AP

Makan daging rosakkan moral

MUMBAI: Kebaikan dan keburukan makan daging mungkin menjadi subjek perbahasan bagi pakar pemakanan.

Bagaimanapun, satu buku teks sekolah di India dengan jelas berkata: Daging akan membuat anda membohong, mencuri malah melakukan jenayah seks.

Panduan moral itu muncul dalam buku sekolah untuk murid 11 tahun.

daging
gambar hiasan
Dalam satu laman, buku itu berkata, mereka yang memakan daging akan mudah menipu, lupa janji, tidak jujur, suka memaki, mencuri, bergaduh, ganas dan melakukan jenayah seks.

Ia juga mendakwa, najis yang menghasilkan perasa daging serta memuji rakyat Jepun kerana mengamalkan makan sayur. Ia bagaimanapun tidak pula menyebut mengenai kegemaran rakyat negara itu kepada makanan laut. 

sumber- AFP

Gajah serang kereta pelancong

JOHANNESBURG: Untuk berada dekat dengan haiwan paling ditakuti menjadi tarikan utama bagi mereka yang bercuti di taman safari.

Malang bagi dua pelancong Britain, apabila impian mereka nyaris menyebabkan mereka terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki diserang seekor gajah.

Gajah serang kereta
KERETA yang dinaiki pasangan dari Britain lalu berhampiran gajah itu, sebelum haiwan berkenaan menyerangnya.
Kereta pasangan yang baru bertunang itu dirempuh dan diterbalikkan oleh gajah jantan itu.

Haiwan itu bertindak demikian selepas turut cuba menyerang kereta di depan kenderaan pasangan berkenaan.

Pasangan itu, Cris Hare dan Helen Jenning, kedua-duanya berusia 40 tahun, bagaimanapun hanya cedera ringan dalam kejadian di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan. “Ketika saya membelok, gajah itu berada di depan kami. Dia berjalan menuju kereta kami. Saya berhenti di tepi. “Gajah itu kelihatan berjalan melintasi kereta kami tetapi kemudian pusing, merodok gadingnya pada pintu penumpang, menyebabkan kereta kami terbalik. “Ia sungguh menakutkan. Dalam hati saya hanya berkata-kata: ‘Tidak mungkin perkara ini berlaku.’” Vasti Fourie yang dalam kereta lain menyaksikan serangan berkenaan dan berkata: “Ia menyerang sebelah tepi kereta itu, mengangkat dengan gadingnya, membalikkannya sebelum ia meninggalkan tempat itu dengan tenang.

“Semuanya berlaku begitu cepat. Saya tidak pernah melihat kejadian seumpama ini sepanjang hidup. Saya percaya ia tidak pernah berlaku sebelum ini.” Hare dan Helen yang berasal dari Stockton-on-Tees, menghabiskan masa tiga hari bercuti di taman negara itu sebelum berlepas ke Durban.

Petugas taman berkenaan kemudian berkata, mereka menemui darah dalam kereta pasangan itu dan berpendapat, gajah itu bertindak demikian mungkin kerana sakit gigi.

Usaha menjejak haiwan itu dilancarkan untuk memastikan sama ada ia memerlukan rawatan.

Jurucakap Taman Negara Afrika Selatan, Reynold Thakhuli memberi amaran kepada pelancong supaya lebih berwaspada ketika berada di sekeliling haiwan liar dan jangan membenarkan apa-apa terjulur dari kereta mereka.

“Apabila melihat haiwan menuju ke arah kamu, jangan cemas. Cuba menjauhkan diri anda daripadanya secepat mungkin. “Gajah amat berbahaya jika mereka rasa terancam,” katanya. 

sumber- DM

Sembelih leher sendiri

GEORGE TOWN - Seorang tukang masak yang tertekan selepas permohonan cutinya untuk pulang menyambut Deepavali di India ditolak oleh majikannya ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan lehernya hampir putus akibat dikelar di dalam tandas sebuah restoran di Bayan Baru dekat sini kelmarin.

Mayat M. Muthuraj, 33, ditemui berlumuran darah dalam tandas restoran nasi kandar itu oleh polis yang bertindak memecahkan pintu tandas berkenaan selepas mendapati ia berkunci dari dalam.

Sembelih leher sendiri
ANGGOTA polis mengusung mayat Muthuraj yang ditemui mati di dalam tandas sebuah restoran di George Town semalam.
Salah seorang rakan sekerja mangsa yang dikenali sebagai Mahmod memberitahu, Muthuraj dilihat masuk serta mengunci tandas pada pukul 8 malam dan enggan keluar walaupun telah dipanggil berkali-kali.

Katanya, mangsa yang telah empat tahun bekerja di restoran itu kelihatan murung serta menjadi pendiam beberapa hari lalu sejak permintaannya untuk pulang ke kampung halamannya di India sempena Deepavali lalu tidak diluluskan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, sebaik memecahkan pintu, polis menemui mayat Muthuraj dalam keadaan berlumuran darah dengan lehernya hampir putus.

"Siasatan mendapati mangsa telah mengelar lehernya sendiri. Polis turut menemui sebilah pisau di dalam tandas tersebut," ujarnya.

Tambahnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Pihak Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

sumber- Kosmo

Kemaluan terpaksa dibuang selepas disuntik minyak zaitun

BANGKOK - Pegawai-pegawai kesihatan semalam menasihati kaum lelaki di Thailand bahawa saiz tidak penting selepas zakar seorang pesakit terpaksa dibuang susulan percubaannya membesarkan organ tersebut dengan suntikan minyak zaitun.

Berisiko dan belum terbukti berkesan, kaedah itu biasa digunakan di Thailand, malah, sebuah hospital di sini menerima sekitar 40 pesakit sebulan yang bimbangkan kesan sampingan teknik tersebut.

Seorang pesakit, tengah, duduk dalam wad di Hospital Besar Polis dimana dia menerima rawatan untuk masalah zakar. 
Selain minyak zaitun, lelaki Thailand gemar menggunakan lilin lebah, silikon dan parafin untuk membesarkan saiz kemaluan mereka.

Jurucakap Hospital Besar Polis di sini, Sirikul Jiaranaikhajorn memberitahu agensi berita AFP bahawa pesakit berusia 50 tahun itu telah beberapa kali menjalani rawatan suntikan minyak zaitun sejak bertahun-tahun lalu.

Menurutnya, kemaluan lelaki itu mengalami jangkitan kuman yang teruk.

Dia juga didapati menghidap kanser zakar sekali gus menyebabkan pembedahan membuang organ berkenaan perlu dilakukan.

"Ini ialah pembedahan membuang kemaluan terbesar yang kami pernah lakukan selepas kami menemui kanser pada organ tersebut," kata Sirikul.

Katanya lagi, mereka merawat antara dua hingga tiga pesakit akibat zakar dijangkiti kuman pada setiap minggu tetapi belum ada bukti teknik itu menyebabkan kanser.

Jelas Sirikul, lelaki berkenaan menjalani suntikan itu di sebuah klinik dengan ditemani beberapa rakannya walaupun amaran telah dikeluarkan bahawa teknik pembesaran zakar seperti itu amat berisiko.

"Kaedah ini hanya mendatangkan mudarat, orang ramai mendapat maklumat salah bahawa ia berkesan," ujarnya.

Tambah jurucakap itu, kebanyakan lelaki mencuba prosedur tersebut kerana terpedaya dengan cerita rakan-rakan mereka.

"Wanita mencintai lelaki bukan kerana saiz zakarnya," jelas Sirikul.

sumber- AFP

Kokain RM368.5 juta ditemui dalam kapal terdampar

SYDNEY - Sebuah kapal layar yang terdampar di pulau terpencil di Lautan Pasifik Selatan bersama mayat reput seorang lelaki di dalamnya didapati membawa lebih 200 kilogram (kg) dadah jenis kokain bernilai AS$120 juta (RM368.5 juta), kata polis semalam.

Polis Persekutuan Australia menyatakan, kapal layar JeReVe yang sepanjang 13 meter itu diawasi beberapa agensi penguatkuasaan antarabangsa selepas kapal berkenaan meninggalkan Amerika Selatan tetapi mereka gagal mengesannya sejak bulan lalu.

kokain mampat
GAMBAR yang dikeluarkan oleh polis Australia semalam menunjukkan ketulan-ketulan kokain mampat yang ditemui di dalam sebuah kapal layar di Tonga.
Dua penyelam menemui kapal tersebut awal bulan ini di sebuah pulau kecil dalam gugusan pulau Vava di Kepulauan Tonga.

Mereka membuat laporan polis selepas menemui mayat lelaki kulit putih tersebut.

"Turut ditemui di dalam kapal itu sejumlah 204 ketulan kokain mampat dengan setiap satu seberat satu kilogram dipercayai untuk dijual di pasaran Australia," kata pemangku pengurus unit jenayah berat dan terancang, David Sharp pada satu sidang akhbar.

Rampasan besar-besaran itu kini disiasat oleh polis Tonga, Kepulauan Cooks, Australia dan Pentadbiran Penguat Kuasa Dadah Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Tonga tidak menolak kematian tersebut mencurigakan tetapi setakat ini ia diklasifikasikan sebagai kematian misteri.

Pada akhir 2010, Polis Persekutuan Australia memberitahu, mereka telah menangkap empat lelaki di bandar raya ini berhubung komplot untuk menyeludup hampir 700 kg kokain ke negara itu melalui Tonga. 

sumber- AFP