Pages - Menu

Monday, November 19, 2012

Aksi Hebat Kambing Sarkas

Mengimbangi badan di atas tali bukanlah perkara yang mudah, apatah lagi jika ia dilakukan oleh haiwan berkaki empat. Kambing sarkas ini mempunyai bakat yang sangat luar biasa. Ia bukan sahaja mampu mengimbangi badan di atas tali, malah turut berdiri di atas botol dan melakukan persembahan tersebut bersama seekor monyet.

persembahan kambing
pertunjukan kambing
kambing atas tali
kambing dan monyet
kambing atas tali
aksi kambing

Bapa dan dua anak didakwa rompak bank

OREGON - Seorang bapa dan dua anaknya didakwa merompak sebuah bank, dipercayai turut melibatkan lima suspek lain di sini, 1 Oktober lalu.

Pihak berkuasa berkata, Ronald Scott Catt, 50, anaknya Hayden Scott Catt , 20 dan Abigail Scott Catt, 18, yang juga dikenali sebagai Abby Catt, terlibat dalam rompakan tersebut.
Ketiga-tiga suspek kini ditahan di Penjara Fort Bend Country.

Bapa dan dua anak rompak bank
Ronald S. Catt (kanan) bersama Hayden Scott Catt dan Abigail Catt didakwa terlibat dalam rompakan bank. - Foto ihsan CNN
Sebelum ditangkap, pihak berkuasa membuat kesimpulan yang bapa dan kedua anaknya menyamar ketika melakukan rompakan.

Rakaman rompakan menunjukkan seorang lelaki muda memakai misai palsu dan salah seorang yang lebih tua mengenakan topeng dengan cermin mata hitam, memakai topi dan jaket bewarna oren yang mempunyai tanda ‘X’ di belakang ketika melakukan rompakan.

Imej lain yang dikeluarkan pihak berkuasa menunjukkan dua orang suspek menghalakan pistol dan mengeluarkan wang tunai dari peti pesi.

“Kedua-dua suspek, kami dapati pernah membeli jaket menggunakan kad debit bapa mereka,” kata pegawai penjara Fort Bend Country.

“Ronald Catt kemudiannya dapat dikenal pasti selepas dipercayai membeli topeng yang dipakai ketika rompakan,” katanya.

Ronald dan Hayden Scott Catt ditahan 9 November lalu di Apartment Katy dan diarah membayar ikat jamin AS$140,000.

Abigail Catt pula diarahkan membayar AS$100,000 sebagai ikat jamin.

Detektif dari penjara Fort Bend turut memberitahu pemberita yang keluarga itu mungkin juga terlibat dengan lima lagi kes rompakan yang berlaku di Portland.

sumber- Sinar

Sos semut

Di sesetengah tempat, serangga goreng mungkin merupakan hidangan paling istimewa. Namun tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan Sos Semut.

Sepanjang bulan April hingga Jun, beribu petani dari Colombia akan mengutip semut besar yang diberi nama Ulonas. Semut tersebut dimasak dan dijual sebagai hidangan eksotik tradisional. Ianya dipanggang dalam periuk besar, dibungkus dan kemudiannya dihantar ke kedai di seluruh Colombia.

Ada yang menggemari semut panggang ini dengan menjadikannya snek yang dinamakan Culonas. Selain itu, ianya juga sedap dijadikan sos yang dicicah dengan kerepek kentang.

makanan pelik
makanan eksotik
gambar semut besar
gambar semut
semut
sos semut

Tetamu tidak diundang dalam mangkuk tandas

Apakah perasaan anda jika terserempak tetamu yang tidak diundang bersembunyi di dalam mangkuk tandas? Amatlah bernasib baik jika kehadirannya dapat dikesan sebelum ada sesiapa yang masuk untuk membuang hajat. Jika tidak, mungkin ada kecelakaan yang bakal menimpa.

ular dalam tandas
ular dalam jamban
ular dalam mangkuk jamban
ular bersembunyi dalam tandas
mangkuk jamban pecah

Minta pisau, kelar leher sendiri

TUMPAT - Seorang peniaga kedai makan masih trauma dengan kejadian seorang lelaki cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri ketika peniaga itu sedang bersiap untuk memulakan perniagaannya di Kampung Ana, di sini pagi semalam.

Peniaga tersebut, Zaleha Awang Hamat, 50, berkata, ketika kejadian, seorang lelaki secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam kedainya melalui pintu belakang dan menjerit meminta pisau.

Zaleha Awang Hamat
Zaleha membersihkan lantai yang dipenuhi tompokan darah lelaki kurang siuman apabila bertindak mengelar lehernya sendiri, semalam.
Menurutnya, lelaki tersebut kemudiannya mencapai sebilah pisau yang berada di atas meja lalu bertindak mengelar lehernya sendiri.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa apabila lelaki itu terus mencapai pisau di atas meja yang saya gunakan untuk memotong sayur.

“Saya yang dalam ketakutan khuatir diapa-apakan oleh lelaki itu  melarikan diri dan bersembunyi di belakang kedai berdekatan dengan rumah abang saya,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan turut keluar dari kedai sambil memegang pisau lalu dikelar lehernya sendiri sehingga darah memancut keluar memenuhi lantai simen di hadapan kedainya itu.

“Walaupun lehernya berdarah, lelaki tersebut masih ada kekuatan melarikan diri apabila cuba menunggang motosikal pelanggan saya yang singgah untuk membeli rokok tetapi cubaannya itu gagal,” katanya.

Lelaki itu yang memakai seluar pendek dan baju t-shirt berwarna biru terus meninggalkan kedai tersebut dengan berjalan kaki sejauh  hampir satu kilometer menuju ke Kampung Padang Mandol.

Keadaannya yang berlumuran darah itu yang berjalan tanpa arah tujuan mengemparkan penduduk kampung.

Bagaimanapun dia berjaya ditahan pihak polis di Kampung Padang Mandol apabila cuba memasuki rumah seorang penduduk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintandan Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Katanya, lelaki tersebut berusia lewat 20-an dipercayai kurang siuman berjaya ditangkap di Padang Mandol selepas mengelar lehernya sendiri dengan sebilah pisau di Kedai Mee Liza, di Kampung Ana.

“Berdasarkan akuan mulut, lelaki itu mengaku berasal dari Sungai Tong, Terengganu, sekarang ini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan mangsa akan dirujuk kepada pakar psikiatri ,” katanya.

sumber- Sinar

Panggilan percuma dengan BlackBerry

TORONTO - Pengguna telefon pintar BlackBerry, tidak lama lagi boleh membuat panggilan secara percuma melalui rangkaian WiFi, hanya dengan menggunakan perkhidmatan teks mesej BlackBerry Messenger (BBM).

Perkara tentang ciri terbaharu telefon pintar itu diumumkan oleh pembuat gajet berkenaan, Research In Motion (RIM), baru-baru ini.

BlackBerry
Pengguna BlackBerry boleh menikmati panggilan percuma melalui rangkaian WiFi tahun depan. 
Dengan aplikasi itu, pengguna BBM boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat panggilan, atau menghantar teks mesej dengan skrin yang boleh membuat dua paparan.

Ciri-ciri terbaharu itu akan dikemas kini secara percuma bagi pengguna BlackBerry sedia ada, menjelang pelancaran telefon BlackBerry 10 pada 30 Januari ini, sekali gus menjamin kelangsungan RIM.

Menurut RIM, perkhidmatan panggilan BBM hanya boleh digunakan oleh gajet yang mempunyai sistem operasi BlackBerry 6 atau yang lebih tinggi, dengan usaha menaik taraf akan dilaksanakan juga ke atas BlackBerry 5.

RIM membuat pendedahan mengejutkan dalam laporan pendapatannya baru-baru ini dengan mengumumkan pengguna gajet itu semakin meningkat, ekoran kemunculan pasaran baharu serta perkhidmatan BBM.

Bagaimanapun, syarikat itu kini bergelut untuk menarik perhatian pelanggan di Amerika Utara yang mula beralih kepada telefon Android dan iPhone.

RIM yang berpangkalan di Kanada mendakwa, pengenalan perkhidmatan panggilan itu dapat membantu mereka mengembangkan pasaran telefon itu yang kini mendapat sambutan baik di Indonesia, Nigeria dan Afrika Selatan. 

sumber- AP

Myanmar skodeng perempuan berkemban

PETALING JAYA – Kes mengintai yang semakin menjadi-jadi di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti tidak bermoral itu, di Blok G, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, suspek warga Myanmar dicekup selepas gerak-gerinya mengintai beberapa rumah di kawasan berkenaan disedari anggota Biro Keselamatan Persatuan Penduduk yang mengadakan rondaan rutin.

kaki skodeng
Suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Anggota Biro Keselamatan Mohd Yusof Awang Kechik, 40, berkata, suspek berusia 19 tahun itu membuka tingkap bilik sebuah rumah menyebabkan penghuninya seorang wanita yang ketika itu berkemban menjerit.

"Suami wanita itu yang sedang tidur terkejut dengan jeritan berkenaan, berlari keluar. Ketika itu, suspek telah pun kami tangkap," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang kurang fasih berbahasa Melayu bekerja di sebuah kuari di Batu 9 Cheras dan baru masuk ke negara ini melalui tiket pelarian dua bulan lalu.

“Malah dia turut memberikan alasan ditinggalkan rakannya di situ. Bagaimanapun kami percayai dia terlibat dalam banyak kes mengintai yang berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Suspek mengintai melalui tingkap menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan mangsa khususnya wanita yang berada dalam tandas," katanya.

Suami mangsa Asnawi Budin, 27, berkata, dia tidak menyangka rumahnya menjadi sasaran suspek.

"Sebelum ini, ada dengar cerita ada orang diintai dalam tandas dan tidak sangka kali ini rumah saya jadi sasaran.

"Nasib baik saya ada di rumah ketika itu, jika tidak entah apa yang akan berlaku,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner  Arjunaidi Mohamed mengesahkan penangkapan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

sumber-  Sinar

Penulis blog mengaku bedah wajah

Peggy Heng

SINGAPURA: Kenyataannya, kecantikan akan membuka banyak pintu peluang kepada seseorang itu.

Penulis blog tempatan, Peggy Heng, 23, tanpa segan silu mengaku membuat pembedahan kosmetik untuk meningkatkan kariernya sebagai seorang model dan peserta pertandingan kecantikan. 

Sebelum ini, dia sering mengkritik mereka yang sanggup melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik. 

Perubahan sikapnya jelas. Seperti ramai yang dipengaruhi oleh kecantikan, dia turut terikut-ikut kerana mahu menjadi terkenal dan kaya melalui kecantikan wajah.

Malah, dia menjadi seorang mata duitan, sekali lagi tanpa segan silu.

Sebelum perjalanannya ke Seoul untuk pembedahan kosmetik Julai lalu, dia menawarkan The New Paper, paparan eksklusif untuk apa yang dilalui ketika pembedahan itu. 

Minggu ini, Heng mahu berkongsi mengenai perjalanan menjadi seorang yang cantik. 

“Saya rasa sangat gembira sekarang malah lebih yakin daripada dulu,” katanya. 

Katanya, “Sebelum ini saya bimbang sudut mana untuk kelihatan cantik di depan kamera tetapi sekarang saya tidak bimbang lagi dan sangat gembira dengan hasilnya.” 

Pembedahan mata dan hidung, menelan belanja 16 juta won (RM45,000 dan ditaja oleh syarikat pembedahan kosmetik Korea, Item Clinic. 

Katanya, tidak semua orang nampak perbezaan sebelum dan selepas pembedahan kosmetik itu dan hanya anggota keluarga terdekat dapat melihat bahagian mana yang melalui pembedahan kosmetik. 

Ini kerana orang ramai perlu melihatnya tanpa mengenakan alat mekap. 

Antara kekurangan yang tidak disukainya sebelum pembedahan termasuk mata yang kecil, hidung bulat, dagu lebar. 

sumber- TNP

Barbie Manusia nafi gambar edit

LONDON: Dengan pinggangnya yang ramping, penampilan yang menawan dan payudara yang tersembul “Barbie Manusia” telah menjadi fenomena yang menggemparkan.

Namun, penampilannya yang kelihatan lebih daripada manusia biasa dalam satu video terbaru menimbulkan keraguan atas dakwaannya dia tidak menggunakan teknik pertindihan imej Photoshop dalam sesi fotografinya. Laman web TheDirty.com telah memuat naik beberapa video terbaru menunjukkan Valeria Lukyanova atau nama sebenar “Barbie Manusia” kelihatan nyata berbeza berbanding dengan penampilannya dalam foto biasa.

Valeria Lukyanova

Pengasas laman web itu, Nik Richie menggelarnya ‘Michael Jackson Ukraine’.

“Gadis itu adalah palsu. Dia menggunakan teknik tindihan imej terhadap fotonya sejak dia mula dikenali di Internet,” tulis seseorang tanpa nama dalam komen TheDirty.com.

“Videonya tidak menggunakan teknik pertindihan imej. Adakah dia masih kelihatan sama? Ada bertan lagi video di luar sana dan seperti yang anda lihat, dia kelihatan tidak sama seperti fotonya yang menggunakan teknik pertindihan imej.” Laman itu turut menuduh Valeria sebagai bekas pengantin tempahan.

Valeria menafikan dia menjalani pembedahan plastik atau menggunakan teknik pertindihan imej dalam fotonya.

Dalam satu daripada video terbarunya, Valeria memerengkan kepalanya di sudut yang tidak selesa dan membuka peluang untuk pelbagau kritikan dilemparkan, tetapi kelihatan seperti perempuan biasa berbanding imej Barbie yang diketengahkan hingga namanya melonjak.

sumber- HMetro

Cikgu paksa tanggal seluar

buka seluar

JOHOR BAHRU: Hanya kerana memuat naik satu klip video hasil kreativiti mereka ke laman video Youtube, 17 pelajar sebuah sekolah berasrama di sini, mendakwa dipaksa menanggalkan seluar oleh guru hingga seorang daripada mereka berbogel kerana tidak memakai seluar dalam.

Mereka turut mendakwa dipaksa melakukan tekan tubi 700 kali selain ditampar, diterajang dan ditumbuk di beberapa bahagian badan serta muka apabila gagal mematuhi arahan berkenaan.

laporan polis
LAPOR...Amir menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Kejadian itu berlaku Isnin lalu, kumpulan pelajar terbabit baru pulang ke asrama pada jam 5.30 petang selepas keluar ke pusat beli-belah berhampiran sebelum ditahan tiga guru.

Kemarahan guru terbabit berpunca daripada tindakan kumpulan pelajar berkenaan memuat naik hasil kreativiti mereka selepas selesai menduduki kertas Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video klip selama tiga minit dua saat yang dimuat naik dalam Youtube pada 5 November lalu itu memaparkan gelagat kumpulan pelajar terbabit melepaskan tekanan masing-masing selepas tamat mengambil kertas berkenaan dengan meniru sebahagian aksi lawak sebuah program realiti televisyen.

sumber- HMetro

Sumbat mayat dalam tong drum

ANDERSON (Carolina Selatan): Polis menahan seorang lelaki yang didakwa membunuh dua orang lebih sebulan lalu dan menyumbatkan mayat mereka dalam tong drum sebelum membuangnya ke dalam tasik di sini.

Pihak berkuasa semalam menahan John Michael Young di bandar Anderson, tempat di mana mayat berkenaan ditemui.

mayat dalam tong drum
POLIS membawa tong berisi mayat.
Polis berkata, Young ditahan kira-kira jam 1 pagi di kediamannya di West Lake Street di sini. Dia didakwa dengan dua pertuduhan bunuh dan memindahkan mayat secara tidak sah. Polis mendakwa dua pertuduhan terhadapnya selepas menggeledah kediamannya tidak jauh dari Tasik Hartwell, merampas mesin gergaji dan beberapa bilah parang, kata jurucakap Sherif daerah Anderson, Chad McBride. Polis berkata dalam waran tangkap bahawa Young disyaki membunuh Tony McGinnis, 52, September lalu dan Andrea Mitchell, 37, Oktober lalu dengan membelasah mereka di kepala dalam hutan dekat kediamannya. Polis tidak menyatakan motif pembunuhan itu tetapi berkata, mangsa bukan dibunuh secara rawak.

“Kami percaya suspek mensasarkan mangsa atas alasan tertentu.

“Saya tidak percaya suspek berada di sana mensasarkan mangsa secara rawak tanpa sebarang alasan,” kata McBride. Mayat Andrea ditemui Rabu lalu dalam tong plastik yang separuh tenggelam di dalam tasik berkenaan selepas seorang pegawai polis melihat tong itu dan memeriksanya.

Polis kembali ke tasik itu keesokan harinya dan menemui mayat McGinnis yang dikerat dalam tong drum kira-kira 10 kaki dalam air.

Dua mangsa itu saling mengenali dan turut mempunyai beberapa teman lain yang sama.

Suspek kedua, Shaine David Fischer ditahan dan didakwa dengan dua pertuduhan subahat dalam pembunuhan itu. Polis berkata, dia membantu Young membuang mayat mangsa dalam tasik. Waran tangkap menyatakan Fischer mengakui peranannya dalam pembunuhan itu dan membawa polis kepada penangkapan Young. 

sumber- DM

Pameran musuh-musuh Bond

WASHINGTON - Ejen 007 mungkin seorang hero, tetapi dalam pameran terbaharu di Amerika Syarikat (AS), watak penjahat dijadikan sebagai tumpuan utama.

Pameran yang bertema "Kejahatan yang Indah: 50 Tahun Penjahat Bond" itu mula dibuka kepada umum pada Jumaat lalu di Muzium Perisik Antarabangsa, di sini.

musuh James Bond
GIGI musuh James Bond iaitu Jaws daripada filem The Spy Who Loved Me turut dipamerkan sebagai salah satu artifak dalam pameran musuh-musuh ejen 007 itu di Washington, Amerika Syarikat kelmarin.
Ia mempamerkan kisah penjahat terkenal daripada filem-filem Bond terdahulu hinggalah yang terbaharu, Skyfall seperti Dr. No, Goldfinger dan Raoul Silva.

"Walaupun watak Bond kekal sama, namun watak penjahat berubah-ubah sejak 50 tahun lalu, sekali gus mencerminkan perubahan masa," kata Meg Simmonds, pengarah arkib di Eon Productions, syarikat pengeluar filem tersebut yang juga penasihat pameran.

Bagi menggambarkan setiap tema, sedutan daripada filem-filem Bond dimainkan di sebelah figura atau patung watak penjahat yang dipamerkan.

Ratusan barangan turut dipamerkan termasuk kostum dan senjata yang digunakan musuh Bond dan pengikutnya. 

sumber- AFP

Mumia anjing ditemui di Mexico

BANDAR MEXICO - Rangka seekor mumia anjing yang dipercayai berusia kira-kira 1,000 tahun ditemui di Cueva de la Candelaria, Coahuila pada 12 November lalu di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mumia tersebut merupakan satu-satunya artifak seumpamanya yang ditemui di sini.

mumia anjing
RANGKA mumia anjing ini dipercayai yang pertama ditemui di Mexico.
Ia dijangka menjalani beberapa kajian seperti radiografi dan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico (INAH) untuk dipulihkan.

Seorang pakar arkeologi INAH, Isaac Aquino Toledo berkata, ia merupakan salah satu daripada beberapa spesimen mumia anjing yang ditemui di dunia. Mumia anjing biasanya ditemui di Mesir dan Peru.

Spesimen itu akan disimpan bersama-sama dengan 2,500 bahan arkeologi lain yang ditemui pada tahun 1953.

Penemuan itu menguatkan lagi pendapat bahawa anjing ditanam bersama-sama tuannya dalam pengebumian orang nomad di rantau ini.

Beberapa objek lain yang ditemui bersama anjing mumia tersebut ialah tekstil, anyaman rotan, kayu, artifak tulang serta 200 rangka tulang manusia. 

sumber- Reuters