Pages - Menu

Wednesday, November 21, 2012

Hantu muncul ketika pengantin menari

Jordan Martin, 12, telah berjaya menangkap gambar sesuatu yang tidak disangka ketika sepasang pengantin menari bersama di majlis perkahwinan mereka di Tewkesbury Rugby Club, Gloucester. Dia pada awalnya dianggap menipu dan bergurau ketika mengaku menangkap gambar kepala wanita separuh badan timbul dari lantai berdekatan booth DJ.

foto hantu

Katanya, "Saya tidak menyedari sebarang perkara yang ganjil sehinggalah beberapa hari kemudian ketika saya melihat gambar-gambar tersebut di dalam komputer. Ianya sungguh pelik kerana kelihatan benar-benar seekor hantu muncul dalam gambar tersebut."

photo hantu

Pada asalnya, Jordan sekadar mahu mengambil gambar pasangan pengantin baru, Nigel dan Helen Davis yang menari buat pertama kalinya selepas berkahwin di Pejabat Pendaftaran Gloucester pada 31 Mei 2008. Ibu Jordan, Ann yang tinggal di Northway, Gloucester tidak percayakan hantu tetapi dia juga tidak dapat menerangkan apakah sebenarnya kelibat misteri tersebut.

Jordan Martin
Jordan Martin
"Saya amat terkejut apabila melihat gambar tersebut. Ianya kelihatan jelas dan seakan benar. Jordan juga amat teruja. Ianya sedikit pelik," kata Ann.

Rempuhan manusia ragut 18 nyawa

PATNA - Upacara keagamaan penganut Hindu di Bihar bertukar tragedi, kelmarin, selepas sekurang-kurangnya 18 terbunuh apabila jambatan buluh menghubungkan Sungai Ganges tiba-tiba runtuh.

Keadaan sekeliling menjadi gelap berikutan kabel elektrik terputus juga mencetuskan panik  sehingga berlaku rempuhan manusia kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri.

Rempuhan manusia ragut 18 nyawa
Jambatan buluh ini didakwa tidak dapat menampung jumlah penganut Hindu yang menghadiri upacara keagamaan itu, kelmarin. Foto: AP
Pentadbir bandar, Sanjay Kumar Singh berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.

"Puluhan orang yang terselamat telah dihantar ke hospital di Patna dan sebahagian daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat dipijak.

Angka korban dijangka meningkat berikutan ramai mangsa dilaporkan masih hilang selepas insiden tersebut," katanya la

Pada Oktober 2008, kira-kira 220 maut akibat dirempuh semasa menghadiri upacara keagamaan bandar Jodhpur, utara India.  

sumber- Reuters

Tertangkap foto hantu guna iPad

Imej lelaki memakai topi yang dikatakan dari Era Victoria telah terakam dengan menggunakan kamera dari iPad. Gambar tersebut telah ditangkap oleh Charlotte Wearing,16. Dia mengatakan hantu lelaki yang diberi nama Jack tersebut sering berlegar di laman belakang rumah keluarganya di Barnsley, Yorks sejak empat tahun yang lalu.

foto hantu

Ibu Charlotte, Gillian mengatakan ianya amat mengejutkan mereka sekeluarga. Ketika itu, Charlotte cuba untuk menangkap gambar burung merpati kayu. Kata Gillian, "Ketika Charlotte menuruni tangga, mukanya pucat kerana terkejut merakamkan imej Jack pada iPadnya."

Tertangkap foto hantu guna iPad

Charlotte berkata dia juga pernah terserempak wanita berjubah biru serta berselendang mendukung bayi di bilik ibubapanya. Gillian merasakan ianya mungkin mempunyai kaitan dengan Jack. "Saya sungguh kasihankannya yang mungkin sedang mencari isteri serta anaknya. Saya rasa dia harus teruskannya tetapi saya ingin tahu siapakah dia dan mengapa dia disini?"

Wanita Ais akui bunuh 2 lelaki

VIENNA: Seorang bekas pemilik kedai ais krim semalam mengaku membunuh dudanya serta kekasihnya sebelum memotong mayat mereka untuk dibekukan.

Dalam keterangan di mahkamah itu, Estibaliz Carranza, 34, juga mengaku menanam mayat kedua-dua lelaki terbabit di bawah kedainya di Vienna. Tertuduh berdarah kacukan Mexico-Sepanyol digelar media Austria sebagai “Wanita Ais.” 

Estibaliz Carranza
Estibaliz Carranza
Estibaliz memberitahu mahkamah, bekas suaminya itu menghina dirinya, antara lain kerana penguasaan bahasa Jerman yang lemah serta menjerit kepadanya, manakala kekasihnya didakwa curang. Dalam kedua-dua kes, Estibaliz mengaku menembak kedua-dua lelaki terbabit dengan pistol Beretta .22 sebelum memotong mayat berkenaan dengan gergaji rantai.

Austria Press Agency melaporkan, cebisan mayat itu kemudian disimpan dalam peti sejuk beku kedainya sebelum ia akhirnya ditanam di tingkat bawah premis berkenaan.

Pendakwa, Petra Freh, berkata tertuduh dianggap terlalu kejam dan seolah-olah bom jangka.

“Adalah jelas defendan memiliki dua wajah dan dia mungkin boleh membunuh lagi,” katanya. Menurut Estibaliz, suaminya, Holger Holz, berubah sikap selepas mereka berkahwin.

“Keadaan bertambah buruk apabila mereka diusir dari apartmen dan terpaksa tinggal di kedai ais krim yang diusahakan, selain menyertai gerakan Hare Krishna,” katanya. Menurut Estibaliz, Holz tidur sehingga jam 10 pagi dan menjadi pemalas sehingga tiada ais krim untuk dijual. Estibaliz kemudian menjalin hubungan dengan jurujual mesin ais krim, Manfred Hinterberger, dan bercerai dengan Holz.

Namun, kata Estibaliz, Holz masih tinggal serumah dengannya. Akhirnya Estibaliz melepaskan tiga das tembakan ke arah Holz, termasuk dua di kepala, ketika suaminya duduk menghadap komputer. 

sumber- Reuters

Remaja dera, bunuh kekasih dijel seumur hidup

LONDON: Seorang remaja yang menyeksa dan membunuh teman wanitanya dalam satu serangan ganas, dihukum penjara seumur hidup, semalam.

Penuntut kolej, Hannah Windsor, 17, diikat pada pokok, diserang secara seksual, dicekik dan dicederakan dengan sebilah pisau oleh Adam Lewis, 18.

Hannah Windsor
Hannah Windsor
Lewis dari Wirral, Merseyside sebelum ini menafikan tuduhan membunuh Hannah tetapi menukar pengakuan sejurus sebelum perbicaraan bermula di Liverpool. Dia juga mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual ke atas mangsa.

Ketika membacakan hukuman penjara seumur hidup, hakim berkata, hanya Lewis yang tahu apa berlaku ke atas Hannah. “Bagaimanapun, jelas kamu sengaja melakukan kecederaan ke atas mangsa sehingga menyebabkan dia mengalami kesakitan amat sangat,” katanya.

Lewis mengalami kesukaran belajar dan tahap IQ rendah tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hakim memberitahunya bahawa laporan patologi mengenai kematian Hannah “menggerunkan.” Mayat Hannah dalam keadaan separuh bogel ditemui tersorok di bawah daun, ranting dan kotoran di Bidston Hill, Wirral, pada 19 Mei lalu.

Hannah tinggal di sebuah asrama untuk remaja gelandangan ketika serangan ke atasnya berlaku. Pendakwa, Neil Flewitt, berkata kecederaan dialami Hannah “amat menakutkan.” Menurut Flewitt, mangsa diikat pada pokok, diserang secara seksual dan ditikam berkali-kali di dada, perut dan belakang.

“Mulutnya pula ditutup dengan pita pembedahan dan dia dicekik dengan gabungan tangan serta tali,” katanya. Siasatan juga mendapati, ada beberapa kecederaan parah pada kemaluan mangsa.

Sementara itu, media melaporkan, Hannah dan Lewis menghidap masalah dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) yang menyebabkan kemampuan pembelajaran mereka terganggu.

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di sekolah khas di Wirral. Bercakap di luar mahkamah, ibu Hannah, Gaynor Murray, berkata semalam adalah “hari terbaik dalam hidupnya” selepas hakim membuat keputusan. 

sumber- DM

Kucing dipanggang selepas Bertengkar dengan penagih dadah

LONDON: Gara-gara memanggang seekor kucing liar dalam ketuhar gelombang mikro, seorang remaja dipenjara 22 minggu, semalam.

Jamie Blake didapati bersalah membunuh kucing itu ketika dia di bawah pengaruh dadah.

Jamie Blake

Dalam keterangannya, Blake, 19, berkata dia bertengkar dengan kucing berkenaan selepas haiwan berkenaan memberitahu, bekas pasangan ibu tertuduh - kini meninggal dunia - menyuntiknya dengan heroin. Selepas memanggang kucing itu selama tiga minit, Blake bergurau mengenai insiden itu dengan penduduk setempat di Thetford, Norfolk.

Pendakwa, Nikki Miller, berkata Blake mentertawakan kematian kucing berkenaan.

“Walaupun pada awalnya penduduk di situ tidak percaya, mereka akhirnya yakin Blake memanggang kucing di dalam ketuhar gelombang mikro dan melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya. Bangkai kucing itu ditemui dalam tong sampah bersama ketuhar gelombang mikro berkenaan. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Blake menangkap kucing itu dan membawanya masuk ke rumah kira-kira jam 10.25 malam pada 27 September lalu. Dia kemudian dilihat keluar dari biliknya membawa beg dipercayai berisi bangkai kucing berkenaan.

Ketuhar gelombang mikro itu dibuang Blake sehari kemudian. Siasatan pihak berkuasa menemui bulu kucing dan pelbagai kesan haiwan berkenaan dalam ketuhar itu.

Petugas pusat kesihatan haiwan mengesahkan kucing berkenaan dipanggang sehingga mati. 

sumber- DM

Imej hantu terakam di Pub

Tetamu yang tidak diundang dikatakan telah menghantui Manchester Arms di Hull dengan bermain lampu, menutup mesin, mengusap rambut serta menyebabkan berlakunya banjir.

rakam imej hantu

Pemilik pub tersebut, Lisa dan Mark Fowler baru sahaja mengambil alih perniagaan dan sepanjang tempoh tersebut, mereka terserempak dengan pelbagai perkara yang menyeramkan. Hantu yang diberi nama Beryl di Manchester Arms ini dikatakan sering menakutkan penduduk setempat.

Dalam rakaman video CCTV, terdapat suatu cahaya putih yang terang tetapi Lisa mengatakan bahawa cahaya itu bukanlah Beryl. Dia percaya bahawa objek disebelah kiri cahaya tersebutlah Beryl yang sebenar.

pub berhantu

Lisa, 38 agak terkejut apabila terlihat seorang wanita yang kelihatan sepertinya berusia 50-an muncul dengan memakai kolar berbulu.

Tambahnya, "Adakalanya saya terasa seperti ada jari seseorang yang mengusap rambut saya. Dalam peristiwa lain, saya terasa seperti ada seseorang berada dibelakang tetapi apabila ditoleh, saya ternampak bayang dipenghujung mata dan tiada apa di situ. Saya sukar mempercayai apa yang saya ternampak dalam rakaman CCTV tersebut."

CCTV rakam hantu

Pada malam 1 November, Lisa bersedia untuk tidur dirumahnya di bawah pub dan dia masuk ke pejabat terlebih dahulu untuk memeriksa komputer. Mark pula sedang sibuk dibawah sedang mengemas pub dan pada masa itulah dia perasan rakaman pelik pada CCTV.

"Saya menelefon salah seorang penjaga bar kami, Gemma yang berada di bawah dan bertanyakan adakah dia membawa sesiapa masuk?"

"Dia menjawab tidak. Saya yakin imej yang keluar pada skrin tersebut adalah seorang wanita. Bingkas saya  menuruni tangga untuk melihat apakah yang berlaku. Namun, tiada apa-apa disitu."

Dua wanita ditahan kerana kritikan di Facebook

MUMBAI - Pihak berkuasa India menahan seorang wanita kerana mengkritik dalam akaun Facebooknya mengenai penutupan sebuah kawasan perniagaan di sini bagi memberikan laluan kepada upacara pengkebumian seorang ahli politik berpengaruh India, Bal Thackeray.

Wanita berkenaan menyatakan penutupan tersebut dibuat kerana takut dan bukan kerana menghormati ahli politik tersebut.

Turut ditahan bersama merupakan seorang wanita lain yang menekan butang suka pada komen itu.

Dua wanita ditahan kerana kritikan di Facebook
DUA orang wanita yang ditangkap kerana mengkritik di laman sosial Facebooknya berjalan keluar dari sebuah mahkamah di Mumbai semalam.
Beberapa penganalisis dan pihak media semalam secara meluas mengutuk penangkapan mereka oleh pihak berkuasa negeri Maharashtra sebagai cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara.

Pada Ahad lalu, kedai-kedai, perkhidmatan pengangkutan awam dan kewangan di seluruh bandar raya ini ditutup ekoran kematian pemimpin itu.

Penahanan kedua-dua wanita itu dilihat sebagai langkah oleh polis untuk mengelak daripada berlakunya kekacauan oleh penyokong Thackeray.

Kedua-dua wanita berkenaan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin. 

sumber- AP

Pertuduhan gadis bakar al-Quran digugurkan

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan semalam menggugurkan semua pertuduhan terhadap seorang gadis beragama Kristian yang dituduh murtad dalam kes yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa, kata beberapa peguam.

Gadis tersebut, Rimsha Masih ditahan oleh polis Pakistan selama tiga minggu selepas ditangkap pada 16 Ogos lalu kerana didakwa membakar kitab al-Quran.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada September lalu dan polis memberitahu, gadis itu tidak bersalah.

Rimsha Masih
RIMSA yang dituduh murtad duduk di dalam sebuah helikopter selepas dibebaskan dari sebuah penjara di Rawalpindi pada 8 September lalu.
Sebaliknya, seorang ulama yang membuat tuduhan tersebut terhadap dirinya perlu dihadapkan ke mahkamah.

"Mahkamah telah menutup kes ini dan mengisytiharkan Rimsha tidak bersalah," kata peguam belanya, Akmal Bhatti kepada agensi berita AFP.

Ulama berkenaan, Hafiz Mohammed Khalid Chishti menyerahkan naskhah al-Quran yang dibakar kepada polis sebagai bahan bukti telah ditahan pada 1 September lalu kerana menghina kitab suci itu dan memalsukan bukti.

Laporan perubatan rasmi sebelum ini mendapati Rimsha tidak berpendidikan dan berusia 14 tahun tetapi mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak yang mengalami penyakit Down Sindrom. 

sumber- AFP

Pemandu teksi Singapura pulangkan wang RM2.7 juta

SINGAPURA - Seorang pemandu teksi di sini dijulang sebagai wira kerana memulangkan wang tunai berjumlah AS$900,000 (RM2.7 juta) milik pasangan pelancong Thailand yang tertinggal di dalam teksinya.

Pemandu berusia 70 tahun itu, Sia Ka Tian berkata, dia terkejut menemui wang tersebut di dalam sebuah beg kertas berwarna hitam di tempat duduk belakang selepas menurunkan mereka di sebuah pusat beli-belah di sini.

wang yang ditemui
WANG kertas berjumlah RM2. 7 juta yang ditemui Ka Tian di dalam teksinya selepas ditinggalkan sepasang pelancong warga Thai kelmarin.
"Apabila saya melihat wang itu, saya berfikir masalah sudah datang. Saya pasti terdapat sekurang-kurangnya AS$200,000 (RM612,800) di dalam beg itu," katanya yang sudah 31 tahun memandu teksi.

Namun, apabila dia membawa beg kertas itu pulang ke syarikat pengangkutan teksi ComfortDelGro tempat dia bekerja, rakan-rakannya yang mengira wang itu terkejut kerana beg itu mengandungi wang sebegitu banyak.

Beg tersebut mengandungi sejumlah wang kertas bernilai seribu dolar Singapura.

"Duit itu tidak penting buat saya. Ia bukan milik saya, jadi bagaimana saya hendak gunakannya?" katanya kepada akhbar Straits Times.

Pasangan warga Thai tersebut melaporkan kehilangan tersebut kepada syarikat ComfortDelGro dan Ka Tian siap sedia menunggu apabila mereka tiba untuk menuntut kembali wang itu.

Ka Tian
Ka Tian di sisi teksinya.
Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak menyatakan tujuan pasangan itu membawa wang dalam jumlah yang begitu banyak.

Ka Tian pula menerima sejumlah ganjaran daripada pasangan tersebut tetapi jumlahnya tidak didedahkan.

Pihak syarikat turut merancang untuk memberikan anugerah kepada Ka Tian kerana sikap jujurnya itu.

"Kami amat berbangga dengannya (Ka Tian) dan lega kerana penumpang tersebut menemui semula wang mereka," tambah jurucakap yarikat penghantar itu, Tammy Tan.

Pada 2009, seorang pemandu teksi lain mengembalikan beberapa jongkong emas seberat lima kilogram bernilai 377,000 dolar Singapura (RM942,807) yang ditemui di dalam teksinya. 

sumber- AFP

Bunga bangkai mekar buat kali kedua

BASEL, Switzerland - Para pengunjung di Taman Botanikal Basel di sini berpeluang melihat dengan lebih dekat bunga terbesar di dunia, Amorphophallus titanum, yang mekar untuk kali kedua pada tahun ini kelmarin.

Bunga bangkai
ORANG ramai berkumpul untuk melihat bunga bangkai mekar buat kali kedua di Taman Botanikal Basel, Switzerland kelmarin.
Dikenali juga sebagai bunga bangkai kerana bau tumbuhan itu seperti daging mereput, bunga berkenaan mekar buat kali pertama pada April lalu selepas 17 tahun ditanam.

Tumbuhan setinggi 2.27 meter itu berwarna kuning dan merah gelap.

Dalam pada itu, beberapa pakar botani di taman berkenaan memberitahu bahawa mereka terkejut kerana bunga tersebut mekar buat kali kedua dalam tempoh kurang 20 bulan. 

sumber- AFP