Pages - Menu

Thursday, November 22, 2012

Wanita meninggal dunia selepas buat pasport untuk bayi

Wanita meninggal dunia selepas buat pasport untuk bayi

JOHOR BAHRU - Seorang wanita berusia 33 tahun meninggal dunia di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Setia Tropika di sini petang semalam selepas membuat pasport untuk bayi lelakinya yang berusia 11 hari.
   
Pegawai Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Muhammad Acil berkata, seorang pegawai kaunter menyedari wanita itu tiba-tiba menggelungsur dari tempat duduknya lalu terbaring di atas lantai.
   
"Pasport bayi yang beralamat di Taman Johor Jaya itu siap dan diserahkan kira-kira 4.45 petang tetapi wanita itu dan seorang lagi wanita dipercayai rakan atau saudaranya memangku bayi itu terus duduk di kerusi tersebut.
   
"Sekitar jam 5.30 petang, seorang pegawai imigresen bertugas di kaunter menyedari ibu bayi itu menggelungsur jatuh ke lantai," katanya.
   
Pegawai yang bertugas segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan namun usaha petugas JPAM untuk menyedarkan wanita itu gagal.
   
Beliau berkata, pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan kematian wanita itu sekitar pukul 6 petang.
   
Muhammad berkata, mayat wanita terbabit kemudiannya dibawa ke HSA dan bayi itu diserahkan kepada bapanya yang tiba selepas dimaklumkan mengenai kejadian.
   
Bapa bayi itu berada di Singapura atas urusan kerja ketika kejadian tersebut.  

sumber- Bernama

Budak tersekat dalam peralatan latihan bola keranjang

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun terperangkap dalam peralatan latihan bola keranjang. Kejadian tersebut berlaku di Khashi, China dan ketika kejadian, kanak-kanak tersebut bermain di kawasan latihan sukan. Mangsa menyangka peralatan tersebut adalah papan gelongsor. Pasukan bomba mengambil masa 10 minit dalam operasi mengeluarkan mangsa. Walaubagaimanapun, mangsa hanya mengalami cedera ringan.

budak tersekat
budak terperangkap

Pemandu laju ditangkap dengan pejabat mudah alih dalam kereta

Pegawai polis telah menahan sebuah Ford Mondeo yang memandu dengan kelajuan 130 km/j sedangkan kawasan tersebut telah dihadkan untuk 100 km/j di Saarbruken, Jerman. Ketika pihak polis bercakap dengan pemandu berusia 35 tahun tersebut, mereka terkejut apabila melihat rekabentuk dalaman kereta diubah menjadi ruang pejabat. Tempat duduk penumpang dikhususkan untuk meletakkan peralatan elektronik seperti mesin pencetak, dan laptop yang disasarkan pada pandangan pemandu. Manakala dua telefon bimbit dan GPS diletakkan di cermin kereta bersama beberapa botol minuman kosong serta kotak rokok berada di lantai. Polis mengarahkan pemandu tersebut mengemas serta menyimpan peralatannya ke dalam boot kereta dan mengeluarkan saman 120 euro kerana memandu melebihi had laju. 

ubahsuai  kereta

Beginilah sempadan Belanda dan Belgium

Beginilah sempadan Belanda (Netherlands) dan Belgium. Sebuah bangunan cafe dibina betul-betul di garis sempadan  tanpa dihadang oleh pagar.

Ianya terletak di garisan yang memisahkan Bandar Baarle dan Nassau. Tidak hairanlah jika ada yang menghisap rokok di Belanda tetapi membuang puntungnya di Belgium.

Fanatik permainan video cipta rekod baru dunia

SYDNEY - Seorang fanatik permainan komputer berhempas pulas bermain permainan video Call of Duty: Black Ops 2 selama 135 jam dan 50 minit untuk mencatat rekod baru dunia.

Okan Kaya, 28, dari Sydney, Australia menghabiskan masa lebih lima hari setengah untuk memecahkan rekod bermain permainan video secara berterusan dalam Guinness World Record.

Okan Kaya
Okan Kaya berhempas pulas bermain permainan video Call of Duty: Black Ops 2 bagi membolehkan namanya dicatat dalam Guinness World Record sebagai individu bermain permainan video paling lama di dunia dengan masa 135 jam dan 50 minit. - Agensi
Rekod sebelum ini ialah selama 120 jam dan tujuh minit dipegang oleh dua rakyat Kanada, Chris Gloyd dan Timothy Bell yang bermain permainan Resistance dan Resistance 2 pada Mac lalu.

Kaya memulakan cabaran tersebut pada Selasa minggu lalu dan dibenarkan berehat selama 10 minit bagi setiap jam.

Bagi mengekalkan tenaga dan staminanya, dia turut dibekalkan dengan minuman isotonik dan makanan.

Untuk memastikan cabaran tersebut berjalan lancar, setiap empat jam, dua saksi baharu akan dibawa masuk dan aksi Kaya turut dirakam sebagai bukti kepada Guinness World Record.

"Kedua-dua tangan saya berasa kejang, menyebabkannya terpaksa dibalut," katanya.

Peraturan yang ditetapkan oleh Guinness juga membenarkan Kaya tidur selama beberapa jam pada satu-satu masa.

Peraturan terbabit dibuat bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang peserta melakukan cabaran tersebut.

Awal tahun ini, seorang remaja Taiwan meninggal dunia semasa bermain permainan 'Diablo 3' secara berterusan selama 40 jam. 

sumber- AGENSI

Chimp mulakan rawatan

BEIJING - Seorang lelaki di China yang digelar 'Chimp' mula menerima rawatan untuk membantu menghilangkan tompok hitam berbulu di badannya.

Zhang Hongming dari Chongqing, barat daya China, menderita penyakit kulit luar biasa yang dipanggil pigmentasi nevus itu, sejak dia dilahirkan, menyaksikan pesakit mempunyai tahi lalat berbulu gergasi.

Zhang Hongming
Zhang Hongming (kanan) menunjukkan tompok hitam berbulu yang memenuhi sebahagian besar bahagian depan, belakang badan serta tangannya kepada seorang doktor di Hospital Pembedahan Plastik Hua Mei di Shanghai, China, baru-baru ini. - Agensi
Hongming dilahirkan dengan tanda lahir hitam di badannya, tetapi ekoran keluarganya miskin, dia tidak pernah mendapat sebarang rawatan.

"Tompok hitam itu telah menjadi mimpi ngeri sejak saya dilahirkan.

"Pada mulanya saya hanya ada tanda lahir berwarna hitam, tetapi sejak umur lapan tahun, benda itu semakin membesar dan mengeluarkan bulu," katanya.

Menurut Hongming, akibat penyakit yang dialaminya itu, dia juga sering dibuli dan diejek, selain digelar monyet atau cimpanzi.

"Setiap kali saya melihat orang di sekeliling saya berbisik-bisik sesama mereka, saya akan melarikan diri," ujarnya.

Hospital Pembedahan Plastik Hua Mei di Shanghai telah bersetuju untuk menyediakan rawatan percuma bagi merawat penyakitnya itu.

Dia kini sedang menjalani rawatan pertama daripada enam prosedur yang perlu dilaluinya untuk menghilangkan bulu-bulu dan tahi lalat tersebut. 

sumber- AGENSI

Mayat reput tanpa tangan

PULAU TIOMAN - Penduduk Kampung Mukut Pulau Tioman digemparkan dengan penemuan sekujur mayat reput yang terdampar di persisiran Pantai Pasir Burung Mukut, Pulau Tioman, pagi semalam.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat itu dijumpai penduduk kira-kira jam 10.30 pagi semalam ketika beberapa penduduk melalui kawasan itu.

Mayat reput tanpa tangan
Anggota APMM mengusung mayat di Terminal Jeti Tanjung Gemok.
Bagaimanapun, katanya, identiti mayat masih belum dikenal pasti kerana dalam keadaan reput selain tidak mempunyai tangan dan kaki kanan.

“Mayat itu dalam keadaan reput dan hanya tinggal badan dan kaki kiri, selain tinggal tempurung kepala sahaja,” katanya.

Johari berkata, penduduk yang menemui mayat itu terus menghubungi Balai Polis Tekek, Pulau Tioman memaklumkan penemuan mayat itu.

Katanya, mayat itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Tekek untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar menggunakan Kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) KM Mukah ke Terminal Jeti Tanjung Gemok.

“Mayat itu tiba di Jeti Tanjung Gemok jam 4.30 petang tadi (semalam) dan dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau waris terdekat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di talian 09-4145222.

sumber- Sinar

Kereta api coklat yang menakjubkan

Kereta api coklat ini dihasilkan oleh Andrew Farrugia dari Malta. Ianya telah diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai struktur coklat terpanjang di dunia dengan 34 meter panjang .

kereta api coklat

Ia mula dipamerkan pada umum di 'Brussels Chocolate Week', Belgium. Sebanyak 2,755 pound (1250 kilo) Coklat Belgian diperlukan bagi menyiapkan kereta api tersebut dan disumbangkan sepenuhnya oleh syarikat coklat berjenama Belcode. Farrugia memerlukan 784 jam untuk menyiapkannya. Idea penghasilannya timbul ketika Farrugia melawat Belgian Chocolate Festival di Bruge. "Saya mendapat idea lalu berfikir untuk menghasilkan kereta api coklat. Ini kerana kereta api boleh dihasilkan sepanjang mana yang kita mahu."

coklat

Kereta api coklat ini terbahagi kepada dua bahagian. Tujuh gerabak pertama dihasilkan meniru model kereta api baru Belgian manakala selebihnya meniru gerabak kereta api lama. Ini termasuklah gerabak untuk bar dan restoran. Farrugia menghasilkan karya ini di kampung halamannya, Malta. Ia dipindahkan ke Belgium dengan dipecahkan ke dalam 25 kotak bayu berbeza. Malangnya terjadi sesuatu yang tidak diingini ketika penghantaran dan sebahagian dinding kereta api tersebut ranap. Mujurlah selepas bertungkus-lumus memperbaikinya siang dan malam, ia dapat dibentuk semula lalu dipamerkan kepada umum.

seni dari coklat

Selepas dipastikan tiada benda lain yang digunakan selain coklat, Ia disahkan sebagai struktur coklat terpanjang di dunia

karya dari coklat
kereta api dari coklat
seni coklat
kereta api
berkarya dengan coklat

Telefon pintar boleh lipat

SEOUL: Kedatangan tahun baru tidak lama lagi mungkin turut menampakkan peralihan terkini kepada evolusi telefon pintar.

Samsung
Samsung yakin ia dapat dipasarkan pada separuh pertama tahun depan.
Syarikat Samsung dilaporkan semakin gigih menghasilkan telefon bimbit menggunakan skrin fleksibel dan tahan pecah sehingga ia boleh dilentur, digulung atau dilipat untuk disimpan dalam dompet. Menurut media, syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu kini dalam peringkat akhir pembangunan telefon pintar fleksibel itu dan dijangka sedia untuk dipasarkan tahun depan. Penemuan terbaru itu dibuat hasil penggunaan diod pemancar cahaya organik (OLED) yang amat nipis dan boleh dipasang pada bahan seperti plastik atau lingkaran tembaga. Sambung bukan satu-satunya syarikat yang membuat pelaburan besar dalam penyelidikan menghasilkan skrin menggunakan OLED.

OLED
PENGGUNAAN OLED membolehkan telefon bombit dilipat.
Selain Samsung, syarikat dari Jepun, Sony, serta LG Display - juga dari Korea Selatan - turut melancarkan prototaip seumpama itu. Bagaimanapun, Sambung menjadi syarikat pertama menjanjikan tarikh pengeluarannya dengan sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu Wall Street Journal, produk berkenaan akan dipasarkan pada separuh pertama 2013.

Melihat kepada tarikh pelancaran produk penting dalam siri S Samsung itu, pemerhati berpendapat, produk teknologi skrin fleksibel berkenaan mungkin dinamakan S4. Penghasilan itu dibuat ketika pengeluar telefon pintar dan tablet mencari jalan mencipta produk berbeza daripada apa yang ada di pasaran. Pengarah Telefon Bimbit dan Paparan Baru IHS Electronics and Media, Vinita Jakhanwal, berkata AMOLED fleksibel boleh membantu Sambung menghasilkan produk unik di pasaran.

sumber- DM

Tragedi empat pekerja Propel maut dirempuh treler

KAMPAR – Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi cedera parah dirempuh sebuah treler membawa muatan barangan makanan ringan di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara-Selatan, kira-kira tiga kilometer dari susur keluar ke Gopeng di sini semalam.

Dalam kemalangan ngeri pada pukul 4.30 pagi itu, tiga mangsa yang terkorban di tempat kejadian ialah Shaharudin Abdul Aziz, 51, dari Kuala Kangsar; Mohd. Shafie Ismail, 56, dari Ipoh dan Mohd. Hafez Yunos, 39, dari Keramat, Kuala Lumpur.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kampar.

Seorang lagi mangsa tragedi itu ialah Ismady Mohd. Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah. Ismady meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

mangsa kemalangan
Kiri ISMADY, HAFEZ, SHAHARUDIN, SHAFIE
Empat mangsa yang cedera parah merupakan dua pekerja Propel iaitu Dino Azmi, 38, dan Shafudin Abdul Jalil, 31, manakala dua lagi mangsa membabitkan kakitangan Time.com, Azhan Ismail, 44, dan Mahyuddin Idris, 48.

Kesemua mangsa yang cedera parah dirawat di HRPB.

Semasa kejadian kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja penggantian kabel optik telefon kecemasan SOS di laluan kecemasan di kawasan tersebut yang rosak dipercayai angkara perbuatan mencuri kabel di situ.

Seorang mangsa yang cedera parah, Dino memberitahu, tragedi itu berlaku dengan pantas iaitu sejurus selepas dia terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat sebelum dia dan tujuh yang lain terus terpelanting ke tepi lebuh raya akibat dirempuh sebuah kenderaan.

lori treler
KEADAAN treler membawa makanan ringan yang meragut empat nyawa pekerja Propel dalam kemalangan di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kampar semalam.
Cerita Dino yang patah kaki kanan, mereka semasa itu baru memulakan kerja-kerja di kawasan tersebut dan langsung tidak nampak kehadiran treler berkenaan sehingga terdengar bunyi brek yang kuat.

Sekitar kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penggantian kabel optik itu sudah di kelilingi kon keselamatan.

“Sedar-sedar, saya nampak tiga rakan terperosok di bawah tayar treler dan dalam keadaan merangkak saya menghubungi polis dan ambulans,” katanya ketika ditemui.

Kesemua mangsa yang berada di bawah tayar meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang maut di hospital tercampak kira-kira lima meter.

Pemandu treler, Zulkifli Mohd. Noor, 41, dari Langkawi, Kedah dan kelindannya, Mohd. Rozi Mat Sharif, 44, turut cedera parah dan dirawat di HRPB.

Jenazah kesemua mangsa yang terbunuh dituntut keluarga masing-masing petang semalam.

sumber- Kosmo

Eksekutif tipu bank RM7.04 bilion dipenjara

LONDON - Seorang eksekutif bank UBS, Kweku Adoboli dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun kelmarin kerana didapati bersalah menyalahguna wang bank Switzerland itu sebanyak AS$2.3 bilion (RM7.04 bilion).

Ia merupakan kes penipuan terbesar di Britain.

Adoboli , 32, yang merupakan rakyat Ghana didapati bersalah atas dua tuduhan penipuan oleh pihak juri di Mahkamah Southwark Crown kelmarin, tetapi terlepas daripada empat pertuduhan penipuan akaun.

Kweku Adoboli
Kweku Adoboli
"Terdapat sifat kuat berjudi pada diri kamu," hakim Brian Keith memberitahu Adoboli ketika menjatuhi hukuman tersebut.

"Kamu terlalu angkuh kerana menyangka peraturan bank terhadap pedagang tidak terpakai terhadap kamu".

Hakim berkata, Adoboli perlu menjalani separuh daripada hukumannya sebelum diberikan parol.

Adoboli mengesat air matanya apabila keputusan dibacakan.

Dia mengaku kerana kehilangan wang tersebut tetapi menafikan melakukan perkara salah.

Adoboli merupakan anak bekas seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Taktiknya itu membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh AS$90 juta (RM275.4 juta) untuk bank tersebut pada Mei 2011 dan bank memberikan ganjaran bonus yang besar kepadanya sebanyak £250,000 (RM1.21 juta) pada 2010 berbanding £15,000 (RM73,039) pada 2008.

Bagaimanapun, apabila timbul krisis kewangan, pertaruhan Adoboli tidak menjadi sehingga boleh menyebabkan bank UBS kehilangan AS$12 bilion (RM36.7 bilion).

Penangkapannya pada September lalu mengakibatkan nilai saham bank tersebut jatuh sepuluh peratus. 

sumber- Agensi

Dadah RM753 juta dalam penggelek jalan

SYDNEY - Polis Australia mengesahkan pihaknya berjaya merampas dadah jenis kokain dan methamphetamine bernilai AS$246 juta (RM753 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah jentera penggelek jalan.

Jentera berkenaan dibawa masuk dari China.

penggelek jalan
PENGGELEK jalan yang diimport dari China digunakan untuk menyembunyikan 350 kilogram dadah.
Menurut polis, penemuan dadah seberat 350 kilogram (kg) itu membawa kepada penahanan seorang lelaki warganegara Kanada dan Amerika Syarikat di sini.

Kedua-dua lelaki berkenaan didakwa kerana mengimport dadah dan bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Ini merupakan rampasan kedua terbesar di Australia dalam tempoh seminggu.

Pada Jumaat lalu, polis negara itu berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk kokain seberat 200kg menggunakan sebuah bot ke Australia. 

sumber- Agensi

Datuk peraga fesyen perempuan jadi popular

GUANGZHOU - Seorang datuk dari China menjadi popular serta-merta selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiarkan di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Pada mulanya, datuk yang berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka dan suka-suka.

Liu Xianping
GAMBAR butik Yuekou menunjukkan Xianping memperagakan koleksi fesyen cucu perempuannya di Guangzhou, selatan China.
Namun, selepas cucunya memuat naik dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di Internet, mereka tidak menyangka foto-foto itu menjadi popular dalam masa semalaman.

Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan hasil jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.

Butik tersebut beribu pejabat di wilayah Guangdong, selatan China.

Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.

"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.

"Kami anggap aksinya terlalu kelakar dan terus merakamnya," tambah wanita itu. 

sumber- Agensi