Pages - Menu

Tuesday, November 27, 2012

15 pondok telefon pelik

Telefon awam mungkin sudah tidak popular lagi selepas ramai individu mula memiliki telefon bimbit sendiri. Namun ianya masih amat berguna ketika berlakunya kecemasan. Berikut adalah antara pondok telefon yang pelik dan menarik di seluruh dunia.

telefon awam
Pondok telefon berbentuk jerung di Rusia. Hasil rekaan Renald dari Petrozavodsk.


telefon awam
Pondok telefon di Sweden sejak sekitar 100 tahun yang lalu.


telefon awam
Pondok telefon dibalut kerja mengait di London. Dihasilkan oleh Deadly.


telefon awam
Pondok telefon yang diperbuat daripada ais.


telefon awam
Pondok telefon kreatif diilhamkan dari senibina Jepun

telefon awam
Pondok telefon mudah alih di Uganda.

telefon awam
Pondok telefon hello kitty.

telefon awam
Pondok telefon penuh kesenian di Itali.

telefon awam
Pondok telefon diperbuat dari kayu antik.


telefon awam
Pondok telefon di Salvador, Brazil.


telefon awam
Pondok telefon menyerupai ayam ini terletak di bandar Porto Galinhas (Pelabuhan Ayam), Brazil.


telefon awam
Pondok telefon yang kelakar di Jeju, Korea.


telefon awam
Pondok telefon patung singa tamarin keemasan di Brazil.


telefon awam
Pondok telefon yang menjadi landskap pemandangan di Toronto.


telefon awam
Pondok telefon lucu yang diilhamkan dari kartun terkenal, Simpson.

16 maut lepas minum ubat batuk

LAHORE: Sekurang-kurangnya 16 orang maut selepas meminum ubat batuk bertoksik di bandar raya ini, memaksa pihak berkuasa menutup tiga farmasi dan sebuah kilang ubat, semalam.

Insiden kematian itu berlaku di kawasan kejiranan di bandar Shahdra yang dihuni golongan berpendapatan rendah antara Jumaat dan kelmarin. Kebanyakan mangsa adalah penagih dadah yang meminum ubat batuk itu untuk khayal, kata Ketua balai polis tempatan, Atif Zulfiqar.

minum ubat batuk

Skandal itu muncul selepas kira-kira 100 pesakit jantung mati Januari lalu di Lahore, bandar raya kedua terbesar di negara itu selepas mengambil ubat yang salah.

“Sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya penagih dadah maut selepas mengambil ubat batuk bertoksik,” katanya kepada media mengemas kini angka kematian daripada 13 orang.

“Sesetengah mangsa ditemui mati di kawasan perkuburan di mana penagih dadah biasa mengambil pelbagai jenis ubat berbeza,” katanya. Tujuh yang lain mati di hospital.

Tiga farmasi ditutup dan pemiliknya turut ditahan.

Penasihat kesihatan wilayah Punjab, Khawaja Salman Rafiq berkata, ubat batuk itu akan dirampas dari semua farmasi.

Menurutnya, polis sudah menutup kilang ubat dan menghantar sampel ubat batuk itu ke makmal untuk analisis lanjut. “Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif mengarahkan soal siasat dan laporan diserahkan kepadanya dalam tempoh 72 jam,” katanya. 

sumber- AFP

Wanita tanpa pakaian berjalan atas bumbung apartmen

perempuan gila

CHAN BURI: Seorang wanita tidak waras ditemui berjalan dalam keadaan berbogel di bumbung sebuah apartmen di daerah Bang Lamung, semalam.

Pengawal keselamatan berkata, wanita itu menyewa sebuah apartmen di tingkat 14. Dia menemu wanita itu ketika menjalankan pemeriksaan rutin bangunan itu.
Polis berkata, wanita berusia dalam 40 hingga 45 tahun itu dikenali sebagai Lana.

Ketika pegawai polis tiba, dia berjalan dalam keadaan berbogel dan bercakap sendirian.

Dia mendakwa dia dihantar dari syurga ke bumi untuk menentang kejahatan 

sumber- BP

Tragedi selamatkan anjing

EUREKA (California): Sepasang suami isteri meninggal dunia manakala anak lelaki mereka berusia 16 tahun dihanyutkan ke laut di utara California ketika cuba menyelamatkan anjing mereka.

Tragedi selamatkan anjing

Mereka sekeluarga berada di Big Lagoon, sebuah pantai di utara Eureka semalam, apabila anjing mereka yang mengejar kayu yang dilempar, dihanyutkan ke laut oleh ombak setinggi lapan hingga sepuluh kaki.

Superintendan Taman dan Rekreasi Daerah, Dana Jones berkata, remaja itu cuba menyelamatkan anjingnya dan bapanya pula terus mengejar anaknya. 

Katanya, remaja itu berjaya naik ke pantai tetapi apabila dia tidak dapat melihat bapanya, dia dan ibunya kembali ke laut untuk mencari bapanya.

“Kedua-dua mereka dihanyutkan ke laut,” kata Jones.

Penyelamat berjaya menarik mayat ibunya dan mayat bapanya pula akhirnya dibawa ombak ke pantai. 

Penyelamat Pantai menggunakan helikopter dan dua bot bermotor untuk mencari remaja itu.

sumber- HMetro

15 kereta polis paling menarik

Kereta polis sering digunakan untuk mengejar serta membawa penjenayah. Bukan itu sahaja, kereta polis turut merupakan identiti bagi sesebuah negara. Berikut adalah antara kereta polis paling menarik di dunia. Ada diantaranya kelihatan amat mengagumkan dan ada juga yang kelihatan agak comel.

kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis
kereta polis

Kembar seiras kemalangan sesama sendiri

LONDON: Sepasang kembar seiras Jake dan Sam Stevens semalam terbabit dalam kemalangan kereta mereka merempuh sesama sendiri.

Nahas itu berlaku di simpang kira-kira sebatu dari kediaman ibu bapa mereka ketika Jake dalam perjalanan pulang manakala Sam hendak pergi ke perlawanan bola sepak.

Jake and Sam Stevens
JAKE dan Sam saling menuding jari selepas terbabit nahas.
Kembar berkenaan yang berusia 18 tahun dengan berang keluar dari kereta masing-masing dan terkejut apabila mereka bersemuka.

Jake berkata: “Saya berang dan bersedia untuk menendang pemandu itu.

“Kemudian saya lihat Sam meluru ke arah saya. Saya bagaikan tidak percaya yang dia adalah kembar saya sendiri,” katanya.

Kedua-dua kembar itu menuduh antara satu sama lain sebagai punca kemalangan di Gosport, Hant itu. Sam berkata: “Saya mendekati simpang pada kelajuan tiga atau empat batu sejam ketika dia turut sampai di situ dalam keadaan laju dan berada di seberang jalan,” katanya.

Namun, Jake menegaskan: Tidak diragukan lagi, Sam yang patut dipersalahkan. Saya pemandu yang lebih baik,” katanya. Kemalangan itu menyebabkan kerosakan bernilai 3,000 pound (RM15,000) kepada kereta Renault Clio milik Jake dan Corsa kepunyaan Sam. 

sumber- DM

Kanak-kanak leukemia terima anugerah khas

LONDON - Kemampuannya untuk terus tersenyum, walaupun sedang bergelut dengan penyakit leukemia dan pelbagai penyakit lain, melayakkan seorang kanak-kanak lelaki dari Durham, dekat sini terpilih menerima anugerah khas daripada persatuan kebajikan Britain.

Max Pedelty
Max Pedelty bergambar bersama anugerah Bintang Kecil yang diterimanya. Pedelty menerima anugerah itu atas kemampuannya bertahan dan sentiasa tersenyum, walaupun menghidap pelbagai penyakit. - AGENSI
Max Pedelty, 2, menerima Anugerah Bintang Kecil daripada Cancer Research UK yang memberikan anugerah itu khas kepada pesakit barah berumur bawah 18 tahun di Britain, setelah dia dicalonkan oleh ibunya, Mandy.

Pedelty dilahirkan dengan menghidap pelbagai penyakit termasuk jantung berlubang, kerosakan sistem saraf teruk yang membataskan pergerakan ototnya serta sindrom down.

Pada September tahun lalu, Pedelty dikesan pula menghidap leukemia.

Namun, semua itu tidak memberi kesan pada riak wajah kanak-kanak itu untuk sentiasa kelihatan ceria, sekali gus menjadi inspirasi buat keluarganya.

Selepas menjalani rawatan kemoterapi di Royal Victoria Infirmary, di Newcastle antara November tahun lalu dan Mei tahun ini, dia kini kembali pulih.

Mandy berkata, anaknya itu tidak pernah sesekali merungut akan ujian yang dilakukan ke atasnya sejak dia dilahirkan, sebaliknya kekal menjadi seorang kanak-kanak yang ceria.

‘‘Anugerah ini adalah pengiktirafan atas semangat melawan yang ditunjukkan Pedelty,’’ katanya. 

sumber- AGENSI

Barangan kapal Titanic dilelong

WILTSHIRE, England - Dua menu hidangan dalam kapal Titanic berjaya dilelong pada harga 100,000 pound (RM489,000), mencatat harga tertinggi bagi barangan dalam kapal mewah tersebut yang dilelong setakat ini.

menu kapal titanic

Menu pertama merupakan hidangan bagi penumpang kelas pertama pada hari kapal itu memulakan pelayaran sulungnya dari Southampton, England menuju New York pada 10 April 1912, sebelum kapal itu karam.

Menu itu dijadikan cenderamata oleh dua adik-beradik penjual ikan, Richard dan Stanley May, yang menaiki kapal mewah itu untuk pergi ke Queenstown, Ireland dan tiba pada hari berikutnya.

menu Titanic

Menu tersebut disimpan oleh keluarga May sebelum dibawa ke pusat lelongan pada 24 November lalu dan memecah rekod harga lelong paling tinggi bagi barangan dalam kapal Titanic iaitu pada harga 64,000 pound (RM313,152).

Menu kedua pula merupakan hidangan mewah jamuan tengah hari bagi meraikan pelancaran Titanic yang diadakan pada tengah hari 31 Mei 1911, dilelong pada harga 36,000 pound (RM176,163).

Menu tersebut dinikmati oleh penumpang yang kebanyakannya golongan bangsawan, selepas menyaksikan kapal mewah itu meluncur di atas permukaan air buat kali pertama.

Acara makan tengah hari itu dianjurkan oleh pengilang kapal tersebut, Harland and Wolff di Hotel Grand Central, Belfast.

Satu lencana yang ditemui pada seorang daripada pelayan kapal yang lemas juga dilelong pada harga 36,000 pound (RM176,163).

Semua pelayan dalam kapal Titanic memakai lencana tersebut dan lencana yang ditemui itu memaparkan nombor 74, dipercayai milik Fredrick Wormald, 44, dari Testwood Road, Millbrook, salah seorang daripada 1,522 mangsa yang lemas dalam tragedi itu.

Satu set kunci berkarat yang ditemui pada Wormald turut dilelong pada harga 44,000 pound (RM215,000). 

sumber- AGENSI

Kaki cedera dibaham buaya Pasir Panjang

KUCHING – Buaya di Pantai Pasir Panjang, Santubong dekat sini kembali mengganas dengan membaham kaki kanan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhd. Azlan Marzuki dalam kejadian pukul 6 petang kelmarin.

buaya gigit
KESAN gigitan buaya pada kaki Muhd. Azlan.
Ia merupakan serangan kedua tahun ini selepas kaki seorang remaja, Ashley Austin, 14, dibaham buaya di pantai itu pada Ogos lalu.

Muhd. Azlan, 20, menceritakan, dia sedang mandi kira-kira 10 meter dari pantai sebelum seekor buaya yang dipercayai sepanjang tiga meter membaham kaki kanannya dari belakang dan cuba mengheretnya ke dalam air.

Dalam keadaan panik, pelajar Sains Sukan UiTM Samarahan itu sempat mengerah kudrat selama 15 minit dengan meronta-ronta sambil menendang kepala reptilia itu beberapa kali dengan kaki kirinya sebelum dia akhirnya dilepaskan.

sumber- Kosmo

Kenduri hidang lauk basi

BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

gambar pengantin
NAZURAH dan Nazli terpaksa bergaya di pelamin dalam keadaan perasaan mereka remuk selepas majlis kenduri perkahwinan tercemar dengan sajian basi.
Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.

Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

sumber- Kosmo

Didera kerana bangun lambat

SUNGAI PETANI – Seorang gadis Indonesia tidak menduga kedatangannya ke sini untuk mencari rezeki halal sebagai pembantu rumah berakhir dengan dia mendakwa menjadi mangsa kekejaman majikan berketurunan Cina yang rakus menderanya sejak enam bulan lalu.

pembantu rumah didera
BEGINILAH keadaan muka Suryani selepas mendakwa didera majikannya di Taman Sejahtera, Sungai Petani kelmarin.
Tidak tahan apabila sering dipukul dan dimaki hamun, Suryani Abdullah, 21, dari Jakarta, Indonesia akhirnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Sejahtera di sini pada pukul 12 tengah hari kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, Suryani mendakwa, sejak bekerja di rumah majikannya itu, dia terpaksa menanggung azab apabila dikerah untuk bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah sehingga lewat malam.

Dakwanya, selain itu, dia sering diugut untuk dihantar pulang jika enggan menurut perintah.

“Majikan saya selalu arahkan saya bangun awal pagi untuk membuat kerja rumah. Pada malam Jumaat lalu, saya diarah bangun pada pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja sehingga lewat malam.

“Ekoran itu, saya telah terlajak tidur sehingga pukul 7 pagi keesokan harinya akibat terlalu penat. Majikan yang tidak berpuas hati dengan alasan saya bertindak memukul tangan, badan dan muka dengan benda tumpul hingga bengkak dan sakit,” dakwanya yang masuk ke negara ini melalui agensi pekerja asing.

sumber- Kosmo

Chaturvedi amal cara hidup Gandhi

NEW DELHI – Seorang lelaki, Mahesh Chaturvedi mengamalkan cara hidup tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan dan perpaduan penduduk India, Mahatma Gandhi di sini.

Chaturvedi yang berusia 63 tahun memakai pakaian berwarna putih seperti yang dipakai Gandhi.

Mahesh Chaturvedi
CHATURVEDI keluar dari rumahnya di pinggir New Delhi pada 23 Oktober lalu. - REUTERS
Beliau juga memasak makanan dan berjalan dengan menggunakan tongkat.

Lelaki tersebut turut mencukur rambutnya dan memakai cermin mata supaya mukanya kelihatan mirip Gandhi.

Menurutnya, jiwa Gandhi tersemat di dalam dirinya.

Chaturvedi menyatakan, beliau akan meneruskan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh tokoh yang dihormati oleh penduduk India itu.

Beliau melakukan transformasi dalam kehidupannya dengan mengamalkan cara hidup Gandhi sejak tahun 2002.

Lelaki itu turut muncul dalam tunjuk perasaan yang diadakan di ibu kota India ini.

Gandhi meninggal dunia pada 28 Januari 1948 semasa berusia 78 tahun selepas ditembak oleh seorang nasionalis Hindu, Nathuram Godse.

sumber- Agensi

20,000 tonton konsert Rolling Stones di London

LONDON - Kumpulan rock legenda, The Rolling Stones berjaya menarik lebih 20,000 penonton untuk menyaksikan konsert jelajah pertama mereka sempena ulang tahun ke-50 penubuhan band itu di sini kelmarin.

The Rolling Stones
JAGGER menyanyi pada konsert The Rolling Stones di Arena O2, London kelmarin.
Tiket-tiket untuk persembahan pada Ahad lalu dan Khamis ini di sini habis dijual dalam tempoh tujuh minit pada bulan lalu.

Tiga lagi konsert band itu bakal diadakan di Amerika Syarikat pada Disember ini.

Tiket konsert di sini dijual pada harga £406 (RM1,981) bagi setiap tempat duduk biasa dan harganya meningkat hingga £1,300 (RM6,343) selepas dijual semula di beberapa laman web.

Band yang ditubuhkan pada tahun 1962 itu dianggotai penyanyi utamanya, Mick Jagger, 69, Keith Richards, 68, Charlie Watts, 71, dan Ronnie Wood, 65.

Bagaimanapun, dua anggota lama band veteran tersebut, Bill Wyman, 76, dan Mick Taylor, 63, turut menyertai persembahan mereka yang berlangsung di stadium Arena O2.

Antara lagu yang dipersembahan band itu ialah Sympathy For The Devil, Gimme Shelter, I Want to be Your Man, Midnight Gambler, I'm Going Down dan Get Off of My Cloud.

Sejumlah peminat setia band itu menyatakan kesanggupan berbelanja besar untuk mendapatkan tiket kerana konsert tersebut mungkin peluang terakhir mereka untuk melihat band tersebut beraksi.

Pada 26 Oktober lalu, Rolling Stones pernah membuat satu persembahan dengan harga tiket hanya sekitar £20 (RM98) di hadapan 350 penonton di sebuah kelab kecil di Paris, Perancis. 

sumber- AFP

Satu petak tempat letak kereta dijual RM509,190

HONG KONG - Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam.

parkir
BEBERAPA buah kereta berada di petak parkir di sebuah bangunan kediaman di Hong Kong semalam.
Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.

Pada minggu lalu, seorang hartawan Hong Kong, Li Ka-shing menjual 514 petak tempat meletak kereta dan memperoleh sebanyak AS$77 juta (RM235.24 juta), menurut akhbar South China Morning Post dan The Standard.

Petak tempat meletak kereta di Hong Kong boleh disewa pada harga AS$490.30 (RM1,497) hingga AS$606.43 (RM1,852) sebulan. 

sumber- AFP