Sekilas pandang, gambar-gambar ini seakan wanita yang sedang menunggang motosikal. Namun apa yang dilihat ini keselurahannya adalah manusia yang telah dicat. Seorang artis, Trina Merry bertanggungjawab dalam mewarnakan mereka, mengatur pergerakan, serta mendapatkan gambar yang menakjubkan ini. Ianya dipersembahan untuk Progressive International Motorcycle Show tahun ini. Seni ini hanya dapat dijayakan dengan bantuan model yang pakar dalam yoga.
Pages - Menu
▼
Thursday, November 29, 2012
10 iklan dengan lif yang kreatif
Lif pada asasnya dibina sebagai pengangkutan dari satu aras ke aras yang lain dengan mudah. Dengan penggunaannya sebegitulah, ramai pengiklan kreatif mengambil kesempatan untuk mengiklankan produk-produk mereka. Berikut adalah 10 iklan kreatif yang menggunakan lif sebagai medium pengiklanan.
Iklan OREO ini dijayakan dengan konsep mencelup biskut ke dalam susu. Sesuai dengan tagline biskut tersebut iaitu 'Putar, Rasa, Celup'.
Iklan kreatif yang menggambarkan manfaat sebuah produk kopi. Lif yang terbuka akan mengejutkan pengguna apabila dilihat seakan tiada lantai. Ianya disamakan dengan kehebatan kopi yang dikeluarkan ini dimana peminumnya akan tiba-tiba bangun dari mengantuk.
Iklan produk pisau di Jepun.
Iklan yang diberi nama Scale ini direka oleh agensi pengiklanan Rethink untuk Science World di Canada. Ianya bagi membuktikan sains itu menyeronokkan dengan fakta ringkas 'Berat anda akan merosot ketika anda turun'. Penimbang akan diletakkan dalam lif dan pengguna boleh mencuba sendiri sama ada fakta tersebut benar atau tidak.
Iklan sebuah firma guaman yang menyediakan perkhidmatan untuk mereka yang bercerai.
Iklan dari agensi Wirz/BBDO, Switzerland. Ianya diambil kesempatan dari struktur lif tersebut yang diperbuat dari kaca dan hanya memerlukan ruang yang sedikit bagi meletakkan sticker. Iklan ini bagi membolehkan pengguna mendapat gambaran terjunan udara ketika lif tersebut sedang turun ke tingkat bawah.
Iklan produk untuk mengatasi masalah keguguran rambut.
Iklan ini bukan mengenai peti ais tetapi mungkin mengenai perkhidmatan menghapus serangga. Dari hadapan, mungkin peti ais kelihatan cantik dan bersih, namun siapa sangka dibelakangnya tersembunyi serangga seperti lipas.
Iklan mengenai keselamatan jalan raya yang dirancang oleh syarikat Volkswagen di sebuah hospital Utara Itali.
Iklan pelaburan Link Trade Stock Market. Ianya menyampaikan, 'jangan menjadi seperti ayam belanda yang sedang membeku ketika bermasalah membuat pelaburan'.
Kepala koyak main gelongsor air
KANGAR – Keseronokan seorang pelajar mandi-manda di sebuah taman tema air di Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi igauan buruk ketika bermain salah satu gelongsor air di situ.
SHARINA menunjukkan kesan luka di kepala anaknya, Muhammad Aiman selepas mendakwa terjatuh ketika mandi-manda di sebuah taman tema air di Melaka 20 November lalu. |
Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Sharina Wahab, 39, mendakwa, dalam kejadian itu, kepala anaknya terhantuk sehingga terpaksa menerima 30 jahitan selain lebam di lutut, tangan dan tengkuk.
Dakwanya, anaknya pergi ke situ selepas mengikuti percutian selama empat hari anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis melibatkan rombongan kira-kira 80 orang terdiri daripada pelajar dan guru bermula 19 November lalu.
“Kejadian disebabkan kecuaian petugas yang menyelia permainan gelongsor tersebut apabila dia melepaskan Aiman dalam keadaan berpusing-pusing sehingga anak saya terpelanting keluar.
“Ekoran itu, Aiman terjatuh ke lantai konkrit dari ketinggian empat meter menyebabkan kepala anak saya terhantuk selain kesan lebam di lutut, tangan dan tengkuk sehingga menerima 30 jahitan,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Padi di sini semalam.
Dakwanya lagi, sebelum itu, Aiman telah meminta penyelia terbabit supaya tidak memusingkan pelampung yang dinaiki namun tidak diendahkan.
Menurut Sharina, dia kini resah dan risau apabila doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat anaknya memaklumkan yang Aiman bakal mengalami simptom pening dan sakit kepala seumur hidup.
“Kini anak saya sering mengantuk selain lesu setiap kali bangun tidur dan keadaan itu telah mengubah kehidupan anak saya yang sebelum ini ceria,” dakwanya.
Ujar Sharina, apa yang dikesalkan pihak taman rema air tersebut dan JPN Perlis mendiamkan diri selepas kejadian itu.
Sementara itu Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa ketika dihubungi menyatakan, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
Dalam pada itu di Melaka, jurucakap taman tema tersebut memberitahu, pihaknya tidak pernah lepas tangan mengenai kejadian berkenaan dan sedang menunggu laporan penuh perubatan untuk tindakan lanjut.
“Kami telah menyediakan ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka sebaik kejadian sebelum dia dirujuk ke HKL.
“Kes ini pertama kali berlaku sejak kami mula beroperasi pada 15 Mei 2010,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, kejadian mungkin berlaku apabila posisi badan mangsa yang ketika itu menggunakan pelampung tidak stabil sehingga dia tercampak keluar.
sumber- Kosmo
sumber- Kosmo
Kren terbakar, jatuh atas bumbung universiti
SYDNEY: Beberapa pekerja binaan dan pelajar nyaris maut apabila sebuah kren terbakar sebelum terhempas ke atas bumbung Universiti Teknologi Sydney, semalam.
Menurut akhbar Guardian, pemandu kren berjaya menyelamatkan diri.
Tiada yang cedera akibat kemalangan itu, tetapi beratus-ratus orang terpaksa dikeluarkan dari bangunan berdekatan.
Kebakaran itu berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu Sydney dan kesatuan pembinaan mengesyaki ia disebabkan kebocoran minyak diesel, lapor siaran berita Australia, 7News.
Lalulintas di kawasan itu ditutup untuk kira-kira lima jam antara Jalan Wattle dan Jalan Harris untuk bomba memadamkan kebakaran.
Pada kira-kira jam 5.30 petang, pegawai polis penyelamat dan jurutera berjaya naik ke puncak kren selepas ahli bomba berjaya menstabilkannya menggunakan laser untuk memastikan pergerakan struktur itu.
sumber- HMetro
Nenek GRO dicekup di bar
BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng, Perai, di sini. kelmarin.
TAHAN...dua wanita warga emas dicekup kerana disyaki berkelakuan tidak bermoral di sebuah pusat hiburan. |
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil tidak bernombor di belakang premis itu, pihaknya menemui wanita terbabit bersama seorang rakan lingkungan 50-an sedang duduk dan disyaki menunggu pelanggan di pusat hiburan berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati, kedua-dua mereka beragama Islam dan bekerja di premis berkenaan.
Katanya, kedua-dua mereka kemudian diberitahu kesalahan dan ditahan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk diambil keterangan diri.
sumber- HMetro
Dibunuh sebab muzik
MIAMI: Seorang remaja di Florida, ditembak mati oleh lelaki yang beberapa minit sebelum itu telah meminta mangsa dan rakannya mengurangkan bunyi muzik dari stereo kereta mereka, kata pegawai polis, semalam.
Leftenan Rob Schoonover dari Jabatan Sheriff berkata, Jordan Davis, 17, ditembak sekurang-kurangnya dua kali oleh Michael Dunn, seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun yang ditahan selepas kejadian Jumaat lalu di Jacksonville.
Jordan dan Dunn (gambar kecil) |
“Jordan dan Dunn bertengkar dan Dunn mengeluarkan senjata api dan menembak lapan atau sembilan kali dan peluru mengenai tubuh Jordan dua kali. Tiada mangsa lain cedera,” kata Schoonover.
Tiada senjata api lain ditemui dalam SUV itu.
Teman wanita Dunn membeli-belah di kedai berdekatan ketika kejadian itu berlaku.
Dunn ke situ untuk menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya.
Dia meninggalkan tempat kejadian dan kembali ke hotelnya tetapi polis berjaya menjejaki Dunn melalui rakaman kamera litar tertutup.
Bapa mangsa, Ron Davis memberitahu rangkaian televisyen tempatan, dia mahu keadilan ditegakkan, “tidak kira sama ada melalui sistem perundangan” atau Tuhan.
“Tuhan akan menghukum perbuatannya, jadi saya takkan buat apa-apa terhadapnya,” kata Davis kepada saluran televisyen WAWS.
Februari lalu, masalah perkauman memuncak di Florida apabila seorang remaja kulit hitam tidak bersenjata, Trayvon Martin, ditembak mati oleh seorang penyelaras kejiranan Hispanik, George Zimmerman.
sumber- AFP
Ngeri! Muka tertusuk pemutar skru
BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas sebatang pemutar skru tertusuk pada mukanya.
Jiali dari Tianshui di wilayah Gansu, jatuh tersembam pada pemutar skru yang dipegangnya ketika melawat neneknya hingga menyebabkan alat itu menembusi hidungnya hingga ke soket mata.
Dia bernasib baik kerana pemutar berkenaan tidak terkena otaknya.
Pemutar berkenaan tertusuk begitu kuat dan berhampiran otaknya hingga menyebabkan doktor pada mulanya tidak pasti sama ada boleh menariknya keluar tanpa menyebabkan kecederaan serius berpanjangan pada Jiali.
Jiali dibawa ke hospital tempatan tetapi dipindahkan dua kali kerana kakitangan merasakan mereka tidak dapat menangani kes itu.
Satu sumber berkata: “Ada kebimbangan pemutar skru itu tidak dapat dicabut dengan selamat. Dua hospital pertama tidak dapat memikirkan tindakan yang perlu dilakukan. Mereka tidak pernah berdepan dengan kes seperti itu sebelum ini.”
Bagaimanapun, ketua pakar bedah di hospital ketiga, Yu Qin mampu melakukannya kerana pernah berdepan dengan kes sama.
sumber- TS
Suspek samun dan perkosa wanita Vietnam diburu polis
KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat.
IMEJ CCTV menunjukkan kelibat tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan rogol di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Ahad lalu. |
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain itu, pihaknya turut mengedarkan gambar dua lagi rakan suspek yang menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol tersebut.
“Kita percaya kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah. Dalam kejadian itu, dua tukang urut warga Vietnam telah dirogol selepas suspek menyamun premis berkenaan dengan melarikan sejumlah wang,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Semalam Kosmo! melaporkan, dua tukang urut warga Vietnam ditimpa nasib malang berganda apabila mereka dirogol setelah disamun oleh empat lelaki berparang ketika sedang bersiap untuk pulang.
Dalam kejadian antara pukul 1 hingga 1.30 pagi itu, dua lagi lelaki yang merupakan penjaga premis berkenaan masing-masing putus telinga kiri dan cedera di tangan akibat ditetak ketika cubaan melawan suspek.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-2115 9999 bagi membantu siasatan.
sumber- Kosmo
Bayi maut ditimpa durian 2 kilogram
NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.
MUHD. YUSUF menemui ajal selepas kepalanya ditimpa durian kampung seberat dua kilogram di Nibong Tebal kelmarin. |
Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.
Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.
Samimi merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.
ZAINAL menunjukkan buah durian yang menimpa anak sulungnya sambil diperhatikan Samimi. |
Kedua-dua pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 2010 dan menetap di rumah papan itu sejak berkahwin.
Mengimbau semula kejadian itu, Samimi memberitahu, sebelum kejadian dia sedang mengangkat pakaian di ampaian dan mendengar tangisan Muhd. Yusuf yang ketika itu sedang tidur di buaian di dalam rumah.
“Saya kemudian masuk lalu mendukungnya sebelum meneruskan semula kerja mengangkat pakaian. Tanpa disangka, sebiji durian tiba-tiba luruh lalu terkena kepala dia dan tangan kiri saya,” ceritanya ketika ditemui di HSB di sini.
Tambahnya, dia kemudian cemas apabila mendapati Muhd. Yusuf terus terdiam dan tidak sedarkan diri sebelum menjerit dan memanggil jiran untuk membawa anaknya ke HSB. Ketika itu suaminya keluar bekerja.
Sementara itu, Zainal berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu namun enggan mengulas lanjut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
sumber- Kosmo
Lahar Gunung Kilauea mengalir ke laut
LAHAR mengalir ke laut dekat Taman Negara Gunung Berapi di Kampung Kalapana, Hawaii kelmarin. |
KALAPANA, Hawaii - Sebuah gunung berapi dekat Taman Negara Gunung Berapi di sini mengalirkan lahar ke laut sejak Sabtu lalu.
Beberapa pegawai menyatakan, jika lahar tersebut berterusan mengalir ke laut dari Gunung Kilauea, ia akan menarik kehadiran ramai pelancong.
sumber- Reuters
Menara condong sejak tahun 1960-an di China
BEBERAPA pelajar bermain bola keranjang di tepi Menara Wanshousi yang condong di Xi'an, wilayah Shaanxi kelmarin. |
Ia dibina sejak zaman dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644.
Bagaimanapun, beberapa rangka besi dipasang bagi menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang.
sumber- Reuters