Pages - Menu

Sunday, December 2, 2012

PSY tidak akan saman restoran Gangnam Style

restoran Gangnam Style

Tarian Gangnam Style yang dipopularkan oleh PSY menjadi tarikan di sana-sini. Sebuah restoran Korea di Los Angeles memutuskan untuk memberi nama Gangnam Style kepada restoran mereka.

Restoran yang berada di Korea Town, Los Angeles ini pada asalnya bernama Soju Town. Restoran tersebut dibuka kembali sebulan yang lalu dengan nama Gangnam Style tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada PSY.

Ini kerana, Gangnam Style sendiri sudah menjadi hak cipta PSY. Beberapa pertanyaan mula muncul adakah PSY akan menyaman mereka? Namun, PSY menyatakan dia  tidak akan menyaman restoran tersebut dan tidak kisah nama lagunya diadaptasi menjadi nama restoran.

Digigit ikan lumba-lumba

Ikan lumba-lumba merupakan haiwan yang suka bermain. Adakalanya, ia turut bermain secara kasar. Seekor ikan lumba-lumba yang lapar telah menggigit tangan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Sea World, Orlando, Florida. Kejadian ini berlaku pada minggu lepas ketika kanak-kanak itu memberi makan pada haiwan tersebut.

ikan lumba-lumba

Jillian Thomas dari Georgia mendapat tiga luka gigitan dalam kejadian yang tidak dijangka itu. Insiden ini sempat dirakam oleh bapa mangsa, Jamie Thomas. Kes sebegini bukanlah pertama kali berlaku. Pada tahun 2006, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun turut pernah digigit sehingga menyebabkan kesan lebam di tangannya.

32 maut pesawat kargo terhempas atas rumah

pesawat kargo terhempas

BRAZZAVILLE - Sebuah pesawat kargo terhempas ke dalam kawasan penempatan rumah berdekatan Lapangan Terbang Brazzaville Maya selepas pesawat cuba membuat pendaratan cemas menyebabkan 32 orang terbunuh.

“Kami berjaya mengumpul 32 mayat di kawasan kejadian tetapi masih mencari beberapa lagi mangsa,’’ kata seorang pegawai.

Seorang pegawai memberitahu kejadian tersebut turut meragut nyawa enam orang kakitangan pesawat tersebut.

sumber- AFP

Lima sekeluarga maut

SENAI - Lima sekeluarga dari Felda Air Tawar, Kota Tinggi, maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki muatan minyak sawit di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau, di sini, awal pagi semalam.

Lima sekeluarga maut
Empat mangsa maut ditempat kejadian.
Kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu mengorbankan pemandu kereta jenis Nissan Grand Livina, Abdullah Yusof , 43;  isterinya, Noraini Maidin, 41; Samsiah Maidin, 37; dan anak mereka, Muhamad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah Abdullah, 4. Maisarah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Manakala Noraini yang merupakan kakak ipar Abdullah meninggal dunia di Hospital Mersing.

Seorang lagi mangsa, Amar Haziq Abdullah, 3, cedera parah, sementara pemandu lori tangki terbabit, Azahar Mohd Othman, 29, berasal dari Yong Peng Batu Pahat, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki keluarga terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki berkenaan.

“Lokasi kejadian adalah di selekoh kiri menuruni bukit dari arah Mersing ke Endau. Lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dari arah Endau ke Mersing, manakala kereta mangsa dari arah bertentangan.

“Ketika melalui lokasi kejadian, kereta dinaiki kesemua mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tangki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mereka dikatakan berkonvoi dua kereta dalam perjalanan dari Felda Air Tawar 5 ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang.

Mohd Nor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber- Sinar

Terowong runtuh

Sasago tunnel

TOKYO: Sekurang-kurangnya lima orang dikhuatiri terperangkap di dalam sebuah terowong lebuh raya yang runtuh berhampiran bandar Tokyo. Terowong yang dinamakan Sasago tersebut dibina kira-kira 4.3 km panjang dan terletak di 80 km barat Tokyo.

Seorang wanita yang berjaya menyelamatkan diri berkata, dia bersama lima individu lain berada dalam sebuah van. Dia tidak tahu apakah nasib yang menimpa mereka.

Mangsa lain yang terselamat pula mengatakan dia sedang memandu ketika siling konkrik sedang runtuh dan ternampak api dari kenderaan yang berlanggar. Tambahnya, dia terpaksa berjalan ketakutan selama kira-kira sejam untuk keluar dari terowong tersebut.

Ketua kumpulan kongsi gelap Macau dibebas

Wan Kuok-koi

MACAU: Ketua kongsi gelap Macau yang dikenali sebagai 'Broken Tooth Koi' dibebaskan semalam selepas lebih 14 tahun menjalani hukuman penjara kerana mengetuai kumpulan yang dipersalahkan atas beberapa insiden pembunuhan dan pengeboman di bekas wilayah jajahan Portugis itu.

Pembebasan Wan Kuok-koi mendorong pihak berkuasa memperketat kawaan keselamatan di hab perjudian terbesar di dunia itu walaupun pakar berkata, tidak mungkin insiden keganasan akan berlaku lagi di Macau sejak ia dipulangkan kepada pemerintahan China pada 1999. 

sumber- AFP

Empat hari seminggu tak makan

Vickie Robins

LONDON: Seorang ibu dua anak yang menjadi miskin selepas kehilangan pekerjaan mendedahkan langkah paling terdesak terpaksa diambil untuk mengelakkan kediamannya daripada dijual.

Pekerja taska, Vickie Robins, 31, mendedahkan dia terpaksa menahan lapar selama beberapa hari supaya dua anak lelakinya, Blake, 3, dan Thomas, 18 bulan, dapat makan dengan secukupnya. Dia sudah hilang 12 kilogram sejak beberapa bulan lalu dan keadaannya sangat lemah serta kerap pengsan di taska tempat dia bekerja secara sambilan. Doktor memberi amaran, dia mungkin berdepan serangan jantung kerana tertekan memikirkan kehidupannya. Vickie dari Quedgeley, Gloucestershire, turut mengambil langkah terdesak dengan menyembunyikan permainan anak supaya mereka boleh mendapat hadiah ketika perayaan Krismas.

“Saya tidak makan selama empat hari dalam seminggu supaya anak saya mendapat cukup makanan,” katanya.

“Suami saya Matthew terpaksa menjual semua barang yang kami ada, termasuk pakaian, barang kemas dan permainan anak. “Kami tidak memasang pemanas di rumah dan hampir kehilangan kediaman ini. Hubungan kami juga semakin tegang,” katanya.

Keluarga Vickie jadi miskin apabila wanita itu hilang pekerjaan sebagai petugas pusat jagaan yang membolehkannya meraih 22,000 pound (RM107,800) setahun pada September tahun lalu. Suami isteri itu mempunyai pendapatan bulanan sebanyak 1,400 pound (RM6,860) daripada kerja sambilan. Matthew bekerja 40 jam seminggu sebagai tukang kebun dan Vickie bertugas 30 jam seminggu di taska.

Mereka membelanjakan 900 pound (RM4,410) untuk ansuran rumah dan bakinya untuk membayar cukai majlis perbandaran, pusat jagaan kanak-kanak dan bil.

sumber- DM

Profesor dipanah dalam kelas

CASPER (Wyoming): Seorang lelaki yang membawa senjata tajam dipercayai busur dan anak panah membunuh dua orang, termasuk seorang profesor kolej dalam kelas Sains sebelum membunuh dirinya semalam.

polis
ANGGOTA polis lengkap bersenjata bersedia untuk menangkap suspek semalam.
Sebelum itu, suspek turut membunuh seorang wanita yang memakai pijama di jalan raya dekat kampus kolej itu. Ketua Polis Casper, Chris Walsh berkata, profesor lelaki itu dan suspek ditemui mati dalam kelas di Pusat Sains Fizikal kolej komuniti berkenaan kira-kira jam 9 pagi, lapor akhbar Casper Star-Tribune. Akhbar itu turut melaporkan seorang pelajar wanita melihat pembunuh itu memanah seorang profesor sebelum menikamnya dengan senjata tajam berulang kali.

Polis percaya ketiga-tiga mangsa mempunyai kaitan, tetapi serangan tidak berkaitan dengan kolej itu. Pembunuh juga bukan pelajar di kolej terbabit yang dikenakan kawalan ketat hingga tengah hari ekoran kejadian itu.

Polis berkata, pihaknya dihubungi supaya bergegas ke Kolej Casper kira-kira jam 9 pagi bagi menangani kejadian itu.

“Terdapat tiga kematian disahkan di dua kawasan berasingan di tempat kejadian. Seorang mangsa adalah kakitangan kolej,” kata polis dalam satu kenyataan. 

sumber- FN

Mesin layan diri Coca-cola 007

Mesin layan diri yang sangat interaktif. Ianya memberi peluang untuk pengguna merasai sendiri pengalaman menjadi agen 007. Selepas mendapatkan minuman, pengguna dikehendaki untuk memasukkan nama. Kemudiannya diarahkan untuk menjalankan misi ke sesuatu tempat yang ditetapkan dalam masa 70 saat. Kedengaran agak mudah, namun sepanjang misi tersebut, pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi. Jika berjaya, mereka akan mendapat tiket eksklusif bagi menonton filem terbaru James Bond, 'Skyfall' . Mesin tersebut diletakkan di sebuah stesen kereta api Britain.

007 vending machine

Rumah tengah lebuh raya dirobohkan

BEIJING - Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

rumah kena roboh
BEBERAPA buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000. 
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615).

Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.

Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,

Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.

Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan. 

sumber- AFP