Pages - Menu

Sunday, March 31, 2013

Perbuatan tidak senonoh pelancong di China

Kebiasaannya kita mendengar sikap tidak bermoral sebilangan warga China yang membuang air di kawasan terbuka, namun kes kali ini agak berbeza. Kelihatan sebuah bas sedang berhenti di tengah-tengah jalan raya manakala beberapa pelancong asing pula kelihatan sedang membuang air kecil di pembahagi jalan. Mungkin  pemandu bas tersebut tidak mahu memberhentikan mereka di tandas awam berdekatan dan mereka terpaksa melakukannya di situ. Isu ini menjadi perbualan hangat kerana bukan sahaja menjijikkan, malah turut membahayakan nyawa.

Perbuatan tidak senonoh pelancong di China

Pelacur mati ketika berasmara hidup semula

Seorang pelacur di Bulowayo, Zimbabwe didapati mati ketika memberi khidmat kepada pelanggannya. Namun pelacur tersebut bangun semula apabila diletakkan di dalam keranda besi. Insiden ini berlaku di Manor Hotel. Hasil siasatan mendapati mangsa yang dikenali sebagai "MaNdlo" rebah dan mati ketika berasmara dengan pelanggannya,

Mayat mangsa diangkat oleh pihak berkuasa ke dalam keranda besi dan secara tiba-tiba dia bangun dan menjerit panik ke arah para pegawai, "Kamu mahu membunuh sayakah!" Melihat kejadian mati hidup semula yang mengejutkan tersebut, ramai saksi melarikan diri dengan ketakutan.

gambar hiasan

Penggunaan kanta lekap berisiko untuk buta

Seorang pelajar di Selatan Florida hampir kehilangan penglihatannya setelah parasit membiak di kanta lekapnya dan mula memakan matanya hingga ke bahagian kornea. Salah satu dari mata Ashley Hyde merah dan membengkak. Hyde berasa amat sakit seakan matanya sedang digerudi.

Doktor mengenal pasti bahawa Hyde, 18, terkena jangkitan acanthamoeba. Acanthamoeba ialah parasit mikroskopik yang ditemui di dalam air dan juga tanah. Ianya boleh merebak melalui penggunaan kanta lekap, kecederaan, dan juga sedutan ke dalam paru-paru.

"Setiap hari, kami menerima kes orang ramai yang berkaitan dengan kanta lekap. Kesemua mereka mempunyai potensi untuk buta." kata Dr. Adam Clarin. Dia menasihatkan pesakitnya supaya tidak lagi menggunakan kata lekap dalam kehidupan seharian.

Penggunaan kanta lekap berisiko untuk buta

Saturday, March 30, 2013

Ibu tersalah tampar budak yang disangka anak sendiri

Seorang ibu ditahan oleh pihak berkuasa setelah pergi ke sekolah dan tersalah menampar seorang pelajar yang disangkakan anaknya. Ketika kejadian, Tyshekka Collier, 36, dikatakan pergi ke Sekolah Pertengahan Fairforest untuk mengambil anaknya.

Pada masa yang sama, seorang pelajar lain yang sedang menundukkan muka turut berada di pejabat sementara menunggu diambil oleh penjaganya kerana masalah kesihatan. Pengetua Ty Dawkins yang melihat Collier berjalan ke pejabat lalu menampar pelajar tersebut terus memanggil pihak berkuasa.

Setelah menyedari kesilapannya, Collier kemudiannya memohan maaf dan pergi kepada anaknya sebelum menghentak anaknya sehingga tersungkur ke tanah.

Tiga orang anak Collier kini ditempatkan di bawah perlindungan.

Tyshekka Collier

Pengorbanan seekor anjing

Seekor anjing berusia tujuh bulan yang bernama Geo dianggap sebagai wira setelah dengan beraninya menolak keluar seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun dari laluan sebuah trak yang sedang bergerak laju. Malangnya Geo sendiri menerima hentaman tersebut dan mengalami kecederaan serius.

Pengorbanan seekor anjing

Video Sedih: Detik terakhir kasih sayang ibu dan anak

Di Chongqing, China, seorang ibu sedang mengajar anak lelakinya yang baru berusia setahun untuk berjalan. Tiba-tiba, datang sebuah kereta yang hilang kawalan lalu merempuh mereka. Si ibu rebah manakala anaknya pula terpelanting ke arah kanak-kanak perempuan yang baru berusia tiga tahun. Selepas diberikan rawatan, kanak-kanak perempuan serta ibu tersebut terselamat. Malangnya si anak yang masih belum mengenal dunia itu pula telah terkorban.

Video Sedih Detik terakhir kasih sayang ibu dan anak

Friday, March 29, 2013

Lipas mampu hidup tanpa kepala

Otak lipas terletak di dalam badannya. Jika sesekor lipas terputus kepalanya, ia masih mampu hidup lebih dari sembilan hari. Kematiannya pula bukanlah disebabkan tidak mampu berfikir, tetapi disebabkan kehilangan daya untuk makan.

lipas

Ini telur ayah

Agak-agaknya salahkah jawapan budak ini? Jika ayah membela ayam dan ayam tersebut bertelur, bererti itu telur ayah. Mungkin inilah yang ingin dimaksudkan oleh budak tersebut dan bukannya telur lain.

gambar lawak

Penumpang terlebih muatan

Kasihan dengan penumpang ini tidak mendapat tempat duduk yang selesa di dalam flight kelas ekonomi. Rasa-rasanya untuk memakai tali pinggang keselamatan pun tidak muat.

Kelihatan seperti masih ada tempat kosong di dalam pesawat tersebut. Apalah salahnya jika diberikan dua tempat duduk kepada lelaki tersebut supaya dia lebih selesa.

Penumpang terlebih muatan

Thursday, March 28, 2013

Ibu yang cuai

Dalam satu insiden, beberapa ekor anak itik mengekori ibu mereka dan bergerak bersama supaya tidak ada yang tertinggal. Malangnya ibu itik tersebut telah tersalah memilih laluan dan habis kesemua anak-anaknya terjatuh ke dalam lubang penutup longkang.

Telatah anjing bersama anak-anak itik

Biasanya kita melihat anak-anak itik mengekori ibunya berjalan dalam satu barisan. Namun gambar ini agak berbeza dimana beberapa ekor anak itik mengekori seekor anjing seakan anjing tersebut adalah ibu mereka. Walaupun berlainan spesis, keakraban mereka bagaikan keluarga sendiri.

Telatah anjing bersama anak-anak itik
Telatah anjing bersama anak-anak itik

Kamera yang diperbuat daripada haiwan

Dua orang jurugambar dari Switzerland, Taiyo Onorato dan Nico Krebs telah bekerjasama bagi menghaasilkan kamera yang diperbuat daripada haiwan. Ianya termasuklah kamera Armadilo dan kamera kura-kura  seperti yang terdapat di dalam gambar ini.

Kamera yang diperbuat daripada haiwan
Kamera yang diperbuat daripada haiwan

Wednesday, March 27, 2013

Burung bersarang tak kena tempat

Kebanyakan burung membuat sarang di atas pokok tetapi ada juga burung yang membuat sarang di tempat yang tidak dijangka. Inilah yang dijumpai oleh seorang lelaki setelah meletakkan keretanya selama enam hari di sebuah tempat meletakkan kenderaan. Bukan sekadar sarang, malah siap bertelur. Nak alih pun rasa kasihan. Sewajarnya tunggu sahajalah telur-telur tu menetas.

Burung bersarang tak kena tempat

Akibat dijilat serigala

Di Guizhou China, seorang lelaki berusia 64 tahun kelihatan mempunyai gigi seperti tumbuh diluar bibirnya malah bahagian bibir atasnya juga kelihatan hilang. Berdasarkan kisahnya, lelaki tersebut pernah mendaki gunung ketika berusia 11 tahun dan terserempak dengan seekor serigala. Serigala tersebut tidak menjadikannya makanan tetapi hanya menjilat bibirnya.

Atas insiden itu, dia dipercayai terkena jangkitan penyakit dan terpaksa mendapatkan rawatan. Kesannya adalah seperti mana yang berlaku padanya hari ini. Keadaan mulutnya yang sebegitu menyukarkan kehidupan sehariannya seperti untuk makan atau bercakap dengan orang ramai.

Akibat dijilat serigala
Akibat dijilat serigala
Akibat dijilat serigala
Akibat dijilat serigala

Ibu tinggalkan bayi bersama sekeping nota sementara pergi membeli-belah

Seorang ibu di New Zealand meninggalkan bayinya di dalam kereta sementara dia pergi membeli belah. Dia turut meninggalkan nota pada selimut bayi tersebut meminta orang ramai menelefonnya jika terdapat sebarang masalah.

Seorang lelaki bersama keluarganya yang meletakkan kenderaan bersebelahan kenderaan tersebut di Pak'nSave Porirua terkejut dengan apa yang mereka lihat. "Pada bayi tersebut, saya terlihat nota tertulis 'Ibu saya sedang membeli belah, sila hubunginya jika saya memerlukan sesuatu', dan di nota tersebut tertera nombor telefon. Kami menunggu seketika kerana menyangkakan ibu bayi tersebut pergi hanya sekejap."

Beberapa individu lain yang berada di situ turut menunggu dan menghubungi ibu tersebut untuk segera kembali kepada anaknya.

Ibu tinggalkan bayi bersama sekeping nota sementara pergi membeli-belah

Tuesday, March 26, 2013

Cara orang Afrika bermain Angry Bird

Beginilah caranya orang Afrika bermain Angry Bird. Kalau tersilap langkah, mungkin pemainnya terpaksa dimasukkan ke hospital. Yang pasti, tiada butang pause yang boleh ditekan dan pemainnya harus bermain sehingga penamat.

dikejar burung unta

Kejutan motosikal dihuni makhluk yang tidak diingini

Seorang pemilik motosikal tidak menunggang kenderaannya selama dua bulan. Tanpa dijangka, motosikalnya telah dijadikan tempat tinggal oleh makhluk yang tidak diingini. Bayangkanlah jika ianya berlaku pada anda.

Kejutan motosikal dihuni makhluk yang tidak diingini
Kejutan motosikal dihuni makhluk yang tidak diingini
Kejutan motosikal dihuni makhluk yang tidak diingini
Kejutan motosikal dihuni makhluk yang tidak diingini
Kejutan motosikal dihuni makhluk yang tidak diingini

Aksi pelik guru-guru di China

Teknik pengajaran di sekolah-sekolah di China amat diluar jangkaan. Walaupun peralatan yang diperlukan untuk mengajar adakalanya tidak mencukupi, namun ada diantara guru-guru ini pandai menggunakan kreativiti mereka bagi memenuhi tanggungjawab sebagai guru.

Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China

Monday, March 25, 2013

Singa melepak di tengah jalan

Di Malaysia, jika anda memasuki kawasan pedalaman atau perkampungan, mungkin anda kerap terjumpa sekawan lembu yang melepak di jalan-jalan utama. Tetapi jika anda melalui kawasan pedalaman di Afrika, terpaksalah anda membiasakan diri menjumpai haiwan-haiwan yang tidak dijangka sedang bersantai di laluan anda.

Singa melepak di tengah jalan

Ibu mencincang kek hari jadi

Melihat dari gayanya, sudah pasti si ibu ini bekerja sebagai pemotong daging yang berpengalaman di pasar yang berdekatan. Pisau tersebut pula mungkin tidak disediakan oleh pihak restoran tetapi dibawa sendiri olehnya. Agak menakutkan apabila melihat kek tersebut seakan bukan dipotong, tetapi dicincang seperti cebisan daging.

Ibu mencincang kek hari jadi

Budak mati ditimpa papan tanda di lapangan terbang

Luke Bresette, 10, meninggal dunia setelah papan tanda di Lapangan Terbang Antarabangsa Birmingham-Shuttlesworth terjatuh ke atasnya. Ibu serta adik-beradiknya turut terlibat dalam insiden tersebut dan mereka telah mengalami kecederaan. Dikatakan keluarga ini baru sahaja pulang dari percutian keluarga..

Heather Bresette, ibu kepada kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan serius dan dimasukkan ke Hospital UAB. Heather bersama empat orang anaknya terperangkap di bawah papan tanda itu setelah ianya terjatuh ke atas mereka kira-kira pada pukul 1.30 pm di terminal yang baru diubahsuai. Kesemua anaknya dikejarkan ke hospital kanak-kanak Alabama. Walau bagaimanapun, ayah kepada keluarga ini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Budak mati ditimpa papan tanda di lapangan terbang

Sunday, March 24, 2013

Asal-usul nama-nama jenama terkenal di dunia

Mungkin anda sering mendengar nama-nama jenama terkenal seperti yang tersenarai di bawah. Namun adakah tahu dari manakah asalnya nama-nama tersebut? Rata-rata kebanyakannya adalah berasal dari nama  pengasas jenama tersebut sendiri.

logo Samsung

  1. Mercedes - Diambil dari nama anak perempuan pengasas jenama tersebut
  2. Nokia - Nama sebuah bandar di Finland
  3. Pepsi - Diambil dari nama enzim penghadaman pepsi
  4. Honda - Nama pengasasnya, Soichiro Honda
  5. Sony - Berasal dari perkataan Latin 'sonus' yang membawa maksud bunyi.
  6. Maggi - Diambil dari nama pengasasnya, Julius Maggi
  7. Suzuki - Dari nama pengasasnya, Michio Suzuki
  8. Samsung - Dalam bahasa Korea, ianya membawa maksud 'bintang tiga'
  9. Toyota - Dari nama pengasasnya, Sakichi Toyoda
  10. Yamaha - Diambil dari nama pengasasnya, Torakusu Yamaha
  11. Adidas -  Diambil dari nama pengasasnya Adolf (Adi) Dassler (das)

Terjumpa lubang rahsia di rumah yang dibeli

Rumah ini telah dibeli oleh seorang tuan baru. Apabila dia memutuskan untuk melakukan pengubahsuaian terhadap rumah tersebut, dia telah menjumpai simpanan sebanyak $1700 serta piring hitam Elvis dan Beatles tersembunyi di bawah lantai. Wang yang ditemui tersebut adalah bertarikh bermula dari tahun 1963.

lubang rahsia
duit
piring hitam

Telatah adik-beradik yang menyentuh perasaan

Kasih sayang adik-beradik tidak memerlukan kesempurnaan. Mungkin ada yang sukar untuk menerima kenyataan bahawa ada diantara adik-beradik mereka yang dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun harus diingat, air dicincang tidak akan putus.

Kagum melihat telatah dua beradik ini. Walaupun salah seorang dari mereka ini tidak mempunyai sepasang tangan, namun ianya bukanlah penghalang bagi menunjukkan kasih sayang sebagai seorang saudara kandung.

Telatah adik-beradik yang menyentuh perasaan

Saturday, March 23, 2013

Gambar lelaki diserang beruang kutub

Kebiasaannya, serangan beruang kutub boleh mengakibatkan kematian. Tetapi lelaki ini amat bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Jika ada pun, mungkin sekadar seperti digigit kucing.

diserang beruang kutub

Mujurlah anak beruang. Kalau bapak beruang, rasanya dah putus kaki lelaki tu.

Gelagat comel si bayi tidur berselerak

Comelnya gelagat kesemua bayi ni tidur. Memang berselerak. Entah berapa ramailah bayi yang berada di situ. Mungkin ada yang terguling sampai termasuk ke bawah almari. Hati-hati! Manalah tahu takut ada yang terpijak.

gambar lawak

Apa akan terjadi jika Hello Kitty turut diminati oleh lelaki?

Siapa tak kenal dengan karakter kartun comel si Hello Kitty. Kebiasaannya Hello Kitty hanya diminati oleh kaum wanita. Namun apakah yang akan terjadi jika Hello Kitty turut diminati oleh kaum lelaki?

Hello Kitty

Pengajaran dari gambar ini ialah jangan sesekali pinjamkan patung Hello Kitty anda kepada mana-mana lelaki.

Friday, March 22, 2013

Realiti kehidupan lelaki di Kenya

Gambar lelaki dari Isiolo, Utara Kenya ini pasti mengejutkan anda. Apa yang sedang dilakukannya ialah membasuh kondom yang telah digunakan lalu dijemur sehingga kering. Lelaki tersebut mengatakan harga kondom agak mahal dan tidak berbaloi jika hanya digunakan sekali. Lelaki lain yang tinggal di kampung yang sama pula mengatakan jika tiada kondom, mereka akan mencari alternatif lain dengan menggunakan beg plastik ataupun kain buruk.

basuh kondom

Teman memandu di Dubai

Jika seekor anjing menjengahkan kepalanya dari tingkap kenderaan lalu menyalak kepada anda, ianya adalah perkara biasa. Cuba anda bayangkan bagaimana jika seekor harimau yang menjengahkan kepalanya dari tingkap kenderaan tersebut lalu mengaum kepada anda.

Perkara ini tidak mustahil di Dubai kerana orang kaya di sana lebih gemar memelihara haiwan yang mampu membuatkan mereka berasa gah dengan kemewahan yang dimiliki.

harimau

Sami shaolin di masa lapang

Mengikut fakta, seorang sami diharamkan untuk memakan daging mahupun meminum arak. Namun sami juga merupakan manusia biasa yang mempunyai nafsu dan juga perasaan. Mungkin sami ini bukanlah terpilih menjadi sami atas kerelaan hati tetapi dipaksa oleh keluarga.

sami

Video: Singa laut menyeberangi jalan

BALNEARIO CAMBORIU, Brazil - Seekor singa laut berjalan di atas lintasan untuk pejalan kaki di sebatang jalan raya di sini pada Sabtu lalu.

Singa laut menyeberangi jalan

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut apabila mereka melihat haiwan itu menyeberangi jalan.

Singa laut sepanjang tiga meter itu keluar dari laut dekat bandar ini.

Singa laut menyeberangi jalan

Beberapa buah kereta dan sejumlah orang ramai berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan tersebut menyeberangi jalan.

Anggota-anggota polis dan ahli bomba mencurahkan air ke arah haiwan itu bagi mengelakkan badannya menjadi kering.

Bagaimanapun, haiwan tersebut kembali semula ke laut selepas satu jam 30 minit ia berada di daratan. 

sumber- Agensi