Pages - Menu

Monday, January 28, 2013

Lelaki kemalangan berbaring tidak berganjak menunggu polis

Seorang lelaki hanya berbaring dengan sabar setelah terlibat dengan suatu kemalangan sementara menunggu kehadiran polis untuk dilakukan siasatan dan mengetahui siapakah yang bertanggungjawab terhadap kemalangan tersebut.

Kemalangan ini membabitkan sebuah motosikal bersama sebuah kenderaan berat. Mungkin dengan cara ini, ianya lebih memudahkan urusan polis kerana segala bahan bukti (termasuk lelaki tersebut) tidak berganjak dari tempat asal. Tiada kecederaan serius yang berlaku.

gambar lucu

Lelaki tanpa pakaian mengamuk dan berkelakuan jijik di rumah mangsa

Seorang lelaki Venice menghadapi beberapa pertuduhan selepas didakwa mengamuk sambil tidak berpakaian di dalam rumah sepasang suami isteri di North Fort Myers, Florida. Gregory Matthew Bruni, 21, menghadapi pertuduhan merosakkan harta-benda, pecah rumah dan beberapa pertuduhan lain lagi.

Gregory Matthew Bruni

Mangsa memberitahu, ketika kejadian mereka berada di rumah sekitar pukul 6:50 dan terdengar bunyi mencurigakan di atas bumbung. Mangsa keluar dan terkejut apabila melihat seorang lelaki yang tidak berpakaian berada di atas.

Suspek kemudiannya melompat dari bumbung ke salah seorang mangsa lalu memukulnya. Dia kemudian berlari ke dalam rumah dan menarik televisyen 72-inci dari dinding ruang tamu lalu dipecahkan.

Gregory Matthew Bruni

Mangsa memberitahu polis, dia menjerit pada isterinya untuk mendapatkan pistol ketika Bruni terus membuat kacau dengan mengetuk vakum dan melimpahkan kandungannya ke atas lantai.

Isterinya melepaskan tiga das tembakan dengan menggunakan pistol berkaliber 0.38 ke arah Bruni tetapi tersasar dan hanya mengenai dinding.

Lebih teruk, Bruni kemudian berkelakuan tidak senonoh dengan berbaring dan onani di ruang tamu sebelum dia berlari ke dalam bilik tidur anak mangsa dan menggosok mukanya dengan pakaian.

Gregory Matthew Bruni

Mangsa yang cemas mengambil senapang patah dari bilik tidur utama namun memutuskan tidak mahu melepaskan tembakan dan hanya menggunakannya untuk berjaga-jaga.

Anggota keselamatan tiba di tempat kejadian dan menahan Bruni. Suspek cuba untuk melarikan diri namun tidak berhasil.

Bruni telah dibawa ke Hospital Memorial Lee untuk pemeriksaan kesihatan. Namun, doktor masih tidak dapat mengenalpasti apakah masalah sebenar dihadapi Bruni tetapi pemeriksaan susulan masih diteruskan.

Mesin hemodialisis buatan sendiri

Tiga kali seminggu, Hu Songwen duduk di atas tandas kecil di rumahnya di sebuah bandar di timur China dan memasang mesin hemodialisis yang dibuatnya sendiri.

Mesin hemodialisis buatan sendiri

Hu, yang mengalami masalah buah pinggang membuat mesin tersebut dengan menggunakan peralatan dapur dan peralatan perubatan yang telah buruk selepas dia tidak lagi mampu untuk membayar kos rawatan di hospital.

Hu disahkan mengalami masalah buah pinggang pada tahun 1993 dan ketika itu dia masih merupakan seorang pelajar kolej.

Mesin hemodialisis buatan sendiri

Setelah enam tahun menjalani rawatan hemodialisis di hospital, Hu telah kehabisan wang simpanannya. Penyelesaian, Hu membuat sendiri mesin tersebut bagi mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung.

Mesin hemodialisis buatan sendiri

"Kos rawatan di rumah hanyalah sekitar 60 yuan dimana ianya hanyalah sekitar 12 peratus dari cas untuk kos rawatan di hospital," kata Hu.

Mesin hemodialisis buatan sendiri

Katanya, ianya bukanlah halangan walaupun dua rakannya telah meninggal dunia setelah membangunkan dan menggunakan mesin yang sama. Mesin ini berfungsi seperti buah pinggang yang terletak di luar sistem badan.

Mesin hemodialisis buatan sendiri

Hu telah ditawarkan bantuan perubatan oleh Kerajaan apabila cerita mengenainya mula tersebar. Bantuan yang diberikan mampu mengurangkan kos rawatan di hospital sehingga ke paras yang sama seperti rawatan yang dilakukannya di rumah. Hu agak keberatan kerana hospital berdekatan terletak agak jauh dari tempat tinggalnya dan ianya juga sesak.

Sekolah dengan hanya seorang pelajar di China

Seorang pelajar berusia 7 tahun sentiasa bersendirian bersama gurunya. Bukanlah disebabkan tiada kawan, tetapi disebabkan dialah satu-satunya pelajar yang terdapat di sekolah tersebut.

Sekolah dengan hanya seorang pelajar di China

Zhang Siqi merupakan satu-satunya pelajar yang masih belajar di sebuah sekolah yang terletak di Nanou, wilayah Fujian, China, berikutan penghijrahan penduduk kampung ke bandar.

Gadis yang dilahirkan dengan masalah tulang belakang tersebut diajar bersendirian oleh seorang guru yang bernama Zhang Wanjia. Sekolah tersebut dibuka semula disebabkan masalah kecacatan yang dialaminya dan ianya berdekatan dengan rumah Siqi.

Sekolah dengan hanya seorang pelajar di China

Namun begitu, Siqi tidak bebas melakukan apa sahaja yang dikehendaki walaupun dialah satu-satunya pelajar di sekolah tersebut. Siqi perlu mengikuti aktiviti kokurikulum kebangsaan melibatkan permainan bola keranjang dan berlari bersama guru. Dia juga perlu mengambil bahagian untuk perhimpunan mingguan dengan menaikkan bendera negara.

Gurunya pula mengakui bahawa mengajar dengan hanya seorang pelajar bukanlah sesuatu yang mudah seperti apa yang dilihat. "Apabila saya berada di pejabat, tiada sesiapa yang boleh bersembang dengan saya."

Nenek Siqi yang berusia 76 tahun dan bekerja di ladang teh tempatan berkata, " Siqi  amat bertimbang rasa. Dia tidak membenarkan saya untuk bekerja kerana saya terlalu tua dan mungkin merbahaya kepada saya."

Makanan mewah bercampur tanah di Jepun

Ne Quittez Pas merupakan sebuah restoran Perancis yang teletak di Tokyo. Restoran ini sememangnya terkenal dengan hidangan makanan laut berkualiti tinggi yang datangnya dari rantau Kanagawa Misaki. Apa yang istimewanya ialah, restoran ini menyediakan makanan mewah dengan ramuan rahsianya adalah tanah.

Makanan mewah bercampur tanah di Jepun

Sama ada percaya atau tidak,  makanan yang bercampur tanah ini dijual sekitar 10,000 yen atau kira-kira hampir RM350 untuk setiap hidangan.

Makanan mewah bercampur tanah di Jepun

Tanah yang digunakan adalah tanah hitam istimewa yang didatangkan dari Kanuma, wilayah Tochigi, dan ianya diuji terdahulu bagi memastikan ianya selamat untuk digunakan.

Makanan mewah bercampur tanah di Jepun

Chef Toshio Tanabe yang bekerja di Ne Quittez Pas pernah memenangi pertandingan memasak berprofil tinggi dengan penggunaan sos tanah. Dari situlah menu hidangan bercampur tanah dihasilkan.

Makanan mewah bercampur tanah di Jepun
Makanan mewah bercampur tanah di Jepun
Makanan mewah bercampur tanah di Jepun
Makanan mewah bercampur tanah di Jepun
Makanan mewah bercampur tanah di Jepun
Makanan mewah bercampur tanah di Jepun
Makanan mewah bercampur tanah di Jepun
Makanan mewah bercampur tanah di Jepun