Pages - Menu

Saturday, February 16, 2013

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

MOSCOW - Rusia mengerah pasukan seramai 20,000 anggota ke pergunungan Ural untuk operasi menyelamat dan membersih susulan insiden meteor seberat 10 tan terhempas di wilayah timur negara itu, semalam.

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

Presiden Vladimir Putin mengarahkan operasi itu bagi membantu 1,200 orang  yang cedera termasuk 200 kanak-kanak, kebanyakannya cedera akibat terkena serpihan kaca.

Pancaran cahaya yang cukup terang dapat dilihat dan menggegarkan bangunan ketika meteor terhempas pagi semalam.

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

Putin turut menzahirkan rasa syukurnya kerana tiada serpihan meteor seberat 10 tan itu terhempas ke kawasan yang padat berpenduduk.

Ia bagaimanapun memasuki atmosfera bumi dan pecah kira-kira 30 hingga 50 kilometer dari atas tanah.

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

Menurut Akademi Sains Rusia, meteor itu melepaskan tenaga yang boleh menyamai senjata atom kecil.

“Letupan itu begitu kuat dan mampu memecahkan beberapa buah tingkap di bangunan kami dan bangunan sekitar,” kata Polina Zolotarevskaya, penduduk Chelyabinsk kepada BBC.

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

Rantau itu terletak kira-kira 1,500 kilometer ke timur Moscow dan merupakan pusat kepada banyak kilang, loji kuasa nuklear dan tempat penyimpanan sisa atom.

Kanak-kanak antara mangsa yang ramai cedera akibat hentaman meteor yang jatuh kira-kira jam 9.20 pagi waktu tempatan itu.

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

Video yang boleh ditonton menerusi laman web menunjukkan keadaan yang cukup cemas dan ramai kanak-kanak menjerit ketika meteor itu terhempas menyebabkan serpihan kaca berserakan di bangunan sekitar.

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

Sergei Serskov yang juga penduduk Chelyabinsk memberitahu BBC, bandar itu seolah-olah berada dalam zon perang selama kira-kira 20 hingga 30 minit ketika kejadian meteor itu terhempas.

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

“Ketika itu saya berada di dalam pejabat dan kemudian dapat melihat cahaya yang cukup terang melalui tingkap di hadapan saya,” katanya menceritakan detik-detik cemas semalam.

“Tidak lama kemudian, saya terhidu bau asap dan dapat melihat kepulan asap tebal dari tingkap,” katanya.

Gambar dan video bumi Rusia dicerobohi meteor 10 tan

“Beberapa minit kemudian, tingkap tiba-tiba terbuka dan berlaku letupan yang besar diikuti beberapa kali letupan kecil,” katanya.

Gabenor Yurevich melaporkan yang meteor itu jatuh di sebuah tasik kira-kira satu kilometer dari Cherbarkul yang mempunyai penduduk seramai 46,000 orang.


sumber- Sinar

Didenda kerana rumah dipenuhi semak-samun

Seorang pemilik rumah didenda £1,000 kerana mengingkari perintah mahkamah untuk merapikan pokok ivy yang menutupi hampir keseluruhan tempat tinggalnya.

Didenda kerana rumah dipenuhi semak-samun

Rumah berkembar dengan tiga bilik tidur ini hampir tidak dapat dikenali kerana terlindung disebalik pokok tersebut.

Didenda kerana rumah dipenuhi semak-samun

Hakim memberi tempoh 14 hari untuk Ken Mould menjelaskan denda sebanyak £1,000 serta kos £300.

Didenda kerana rumah dipenuhi semak-samun

Rumah yang dipenuhi semak-samun tersebut terletak di cul-de-sac, Rugeley, Staffordshire, dan tidak lagi kelihatan seperti sebuah rumah. Malah ramai yang tidak perasan mengenai kewujudannya.

Santa Klaus ditangkap ceroboh restoran

Seorang lelaki berusia 24 tahun cuba menceroboh ala Santa Klaus ke sebuah restoran yang terletak di Balneario PiƧarras, Brazil. Namun tindakan kurang bijaknya telah memakan diri.

Dia tersekat di cerobong salah sebuah oven dapur di restoran tersebut. Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkannya. Selepas dikeluarkan, dia kemudiannya di bawa ke balai polis untuk tindakan undang-undang.

Santa Klaus ditangkap ceroboh restoran
Santa Klaus ditangkap ceroboh restoran

15 tahun tidur dengan mayat

Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, Serbia.

tidur di kubur

Media semalam melaporkan, Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.

tidur di kubur

“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu menjadi tempat dia menyimpan barangannya. “Ia bukan sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding tidur di jalanan,” katanya. Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak. Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap. Kata Stojanovic, hidup bersama mayat tidak begitu menakutkan seperti sangkaan sesetengah pihak.

tidur di kubur

“Pada mulanya saya takut, tetapi lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa. Kini, selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan manusia yang hidup berbanding dengan orang mati,” katanya. Menurut Stojanovic, setiap kali dia mahu keluar dari ‘rumah’ itu, dia akan mengintai terlebih dulu bagi memastikan tiada sesiapa di situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar kawasan berkenaan.

tidur di kubur

Sementara itu, Stojanovic berkata, orang ramai melayannya dengan baik dan selalu datang membawa makanan atau pakaian untuknya. “Kadang-kadang saya terpaksa mencari makanan dari tong sampah dan kadang-kadang ia sangat berkhasiat. Saya hairan melihat makanan yang dibuang orang ramai,” katanya.

tidur di kubur

Stojanovic berkata, dia juga bersedia jika ditakdirkan mati dalam kubur seluas dua meter persegi itu. “Sekurang-kurangnya saya dapat mati di tempat yang sesuai,” katanya. Sementara itu, pihak yang menguruskan tanah perkuburan itu berkata, Stojanovic boleh tinggal di situ selagi dia tidak mengganggu sesiapa.

sumber- HMetro

Lelaki mabuk mengawan dengan ambulans

Callum Ward, 25, dilihat merapatkan dirinya pada sebuah ambulans sebelum berkelakuan tidak senonoh dengan membuat aksi mengawan pada kenderaan tersebut.

Seorang pegawai polis yang melihat perbuatan itu membuat kenyataan, "Dia kelihatan seolah-olah ingin berasmara dengan hadapan ambulans tersebut."

Lelaki mabuk mengawan dengan ambulans
gambar hiasan
Ward bukan sahaja mabuk, malah turut dibawah pengaruh dadah ketika insiden yang berlaku pada November lalu di Barnstaple, Devon.

Sebelum kejadian tersebut, dia dilihat menyalakan api untuk membakar paket kacang di dalam kotak telefon.

Ward didapati bersalah oleh mahkamah kerana mabuk sehingga berkelakuan tidak senonoh dan juga penyalahgunaan dadah terlarang.

Dia dijatuhi hukuman melakukan kerja-kerja komuniti dibawah kawalan selama enam bulan dan didenda sebanyak £60.

Ward menyatakan kekesalannya pada mahkamah, "Saya mabuk dan dibawah pengaruh dadah. Saya sedar banyak kesilapan yang saya lakukan akibat pengambilan benda tersebut."

Pada tahun 2007, Robert Stewart, dari  Scotland, turut ditangkap untuk kesalahan yang hampir sama. Dia didakwa atas kesalahan seks selepas cuba melakukan perkara tidak senonoh dengan basikal.