Pages - Menu

Friday, March 8, 2013

Wajah bayi muncul pada perut ibu mengandung

Seorang ibu yang bakal bersalin, Karen McMartin sudah mampu mengagak bagaimana rupa anak yang bakal dilahirkannya selepas wajah bakal bayi tersebut muncul di perut Karen.

pelik tapi benar

Wajah tersebut mula disedari ketika usia kandungan Karen baru mencecah 25 minggu. Ketika itu, Karen menunjukkan perutnya yang semakin membesar kepada rakan sekerjanya di sebuah salon rambut tempat mereka bekerja.

"Pada waktu itu saya sedang berehat di bilik pekerja. Kami tertawa melihat pusat saya yang terkeluar dan memeriksa pergerakan bayi. Tiba-tiba majikan kami masuk dan berkata dia ternampak rupa bayi di perut saya lalu terus mengambil gambar."

gambar pelik

Karen, 25, telah memiliki seorang cahaya mata Chole, 2, hasil perkahwinannya bersama David menambah, "Ianya amat sukar dipercayai. Secara jelas kita boleh melihat penampakan hidung, mulut, dan mata. Malah pipinya juga kelihatan."

ibu mengandung

Perkara ini diajukan kepada pakar perubatan, Dr Carol Cooper. Berdasarkan Dr Carol, wajah tersebut sebenarnya adalah ilusi yang hadir dari bentuk pusat Karen sendiri, kesan tindikan lama, urat, dan tanda regangan. Ujarnya, "Kawasan pucat yang menjadi pembentukan wajah ini adalah bahagian belakang bayi."

Berbaris di Thailand

Bagi mana-mana permis yang menggunakan sistem nombor giliran, masalah berbaris panjang mungkin dapat diatasi. Namun sebenarnya masih banyak permis yang belum mempunyai sistem sebegitu.

Mungkin anda pernah terlibat dengan situasi ini, sedang anda berbaris panjang, tiba-tiba kaunter ditutup kerana telah masuknya rehat. Sudah pastilah anda tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut. Tambahan pula, mahukah anda untuk terus berdiri sementara menunggu pegawai yang bertugas untuk membuka semula kaunter. Ianya mungkin mengambil masa berjam-jam. Jika anda beredar, pasti orang lain yang akan memotong barisan dan anda terpaksa beratur semula.

Sistem yang diguna pakai di Thailand ini agak masuk akal. Sementara menunggu kaunter yang masih belum dibuka, tinggalkan kasut sebagai tanda dan carilah tempat duduk. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu letih berdiri. Mungkin agak melucukan tetapi sebenarnya ianya adalah alternatif yang amat bijak.

hanya di Thailand

Video: Budak tergantung di balkoni tingkat 7

Rakaman video ini menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki tergantung di balkoni tingkat tujuh sebuah bangunan apartment yang terletak di Chongqing, China. Penduduk yang melihat kejadian ini segera bertindak menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan berpaut pada kawasan berhampiran dan terus mencapainya. Dipercayai kanak-kanak ini telah memanjat ke balkoni selepas berlakunya kebakaran kecil di apartment tempat tinggalnya.

Budak tergantung di balkoni tingkat 7