Seorang ibu di New Zealand meninggalkan bayinya di dalam kereta sementara dia pergi membeli belah. Dia turut meninggalkan nota pada selimut bayi tersebut meminta orang ramai menelefonnya jika terdapat sebarang masalah.
Seorang lelaki bersama keluarganya yang meletakkan kenderaan bersebelahan kenderaan tersebut di Pak'nSave Porirua terkejut dengan apa yang mereka lihat. "Pada bayi tersebut, saya terlihat nota tertulis 'Ibu saya sedang membeli belah, sila hubunginya jika saya memerlukan sesuatu', dan di nota tersebut tertera nombor telefon. Kami menunggu seketika kerana menyangkakan ibu bayi tersebut pergi hanya sekejap."
Beberapa individu lain yang berada di situ turut menunggu dan menghubungi ibu tersebut untuk segera kembali kepada anaknya.