Pages - Menu

Wednesday, July 4, 2012

10 Haiwan Paling Bahaya Di Dunia

10. Poison Dart Frog



Poison dart frog ini adalah antara binatang paling cantik di dunia. Warnanya yang cerah dan menyerlah ini adalah untuk menakutkan pemangsa. Spesis ini kebanyakannya di Costa Rica hinggalah ke Brazil. Ianya terdapat dalam warna merah, oren, kuning, emas, biru, hijau dan juga hitam.

Racun dikulitnya mampu membunuh 10 orang manusia.

9. Cape Buffalo



Merupakan sebahagian dari spesis seladang di Afrika.Ianya di iktiraf sebagai haiwan buruan 'Big 5' dalam senarai pemburu selain gajah, singa, harimau bintang dan badak sumbu. Haiwan-haiwan ini di iktiraf kerana terlalu merbahaya dan dijadikan mangsa para pemburu membuktikan keberanian dengan menembak dari jarak dekat.


Bahaya yang di bawa oleh Cape Buffalo ialah spesis ini bergerak secara berkumpulan yang terdiri daripada beribu-ribu ekor.

8. Beruang Kutub


Beruang kutub merupakan haiwan pemakan daging terbesar di dunia. Spesis ini tinggal di kawasan Artik Utara dengan menjadikan anjing laut sebagai makanan. Beruang kutub merupakan perenang yang hebat. Direkodkan ianya boleh berenang sejauh lebih kurang 80km didalam air sejuk.



Walaupun sifat beruang kutub kelihatan pemalu, namun ibu beruang kutub sangat protective dan boleh bertindak liar mengoyak tubuh manusia.

7. Gajah


Memang diakui bahawa mamalia terbesar di darat adalah Gajah Afrika. Spesis gajah lain adalah lebih kecil berbanding gajah Afrika. Beratnya mencecah melebihi 7000kg. Kedua-dua gajah jantan dan betina mempunyai gading. Gajah banyak melakukan kemusnahan dengan menghancurkan rumah-rumah kebun tanaman terutama di Asia Tenggara dan Afrika. Sebanyak 500 kematian direkodkan setiap tahun angkara keganasan gajah.
  
6. Buaya Air Masin Australia


Buaya Air Masin adalah reptilia terbesar di dunia. Buaya jantan matang boleh mencecah 7m panjang. Buaya bersabar di air keruh sementara menunggu mangsanya leka sebelum diterkam. Gigitan buaya adalah sangat kuat iaitu 2500 lbs berbanding manusia maksimum cuma 170lbs dan harimau 1275 lbs.



5. Singa Afrika


Tersenarai sebagai pemangsa yang ganas dari keluarga kucing. Ianya hidup secara berkumpulan dan bekerjasama ketika memburu. Singa bergerak pantas dan menggunakan strategi ketika melakukan pemburuan.


4. Jerung Putih


Jerung boleh membesar sehingga 6m dan seberat 2265kg. Rahang jerung yang besar mempunyai 3000 batang gigi seperti pisau cukur.


Dari 1876, jerung ini telah berjaya membunuh sekitar 65 orang. Walaupun manusia selalunya tidak dijadikan mangsa, tetapi adakalanya jerung ini memburu di tepi pandai ketika mangsa sedang berenang.

3. Obor-Obor Kotak Australia


Haiwan ini adalah hidupan laut paling berbisa yang pernah diketahui dan sengatannya boleh membawa maut. Setiap sesungut mempunyai 5000 sel sengat yang cukup untuk membunuh 60 orang. Bisanya terdiri daripada cardiotoxic, neurotoxic, and dermatonecrotic. Maksudnya bisa ini akan menyerang jantung, saraf dan kulit.  mangsa yang tesentuh sesungutnya selalunya mati dalam beberapa minit disebabkan kegagalan jantung. Sengatannya sangat menyakitkan dan selalunya menyebabkan kejutan yang mana menyebabkan mangsa lemas apabila berenang bersendirian. 


Sesungutnya melekat di tempat yang di sengat dan terus mengeluarkan racun sekaligus menyebabkan necrosis, yang "memakan" tempat disengat.

2.  Ular Tedung Asia


Walaupun jarang mematuk tanpa sebab, spesis ini antara penyebab beratus kematian di India sahaja. Ianya bukanlah ular paling berbisa di dunia tetapi ianya adalah ular yang selalu mamatuk manusia dan selalunya patukan ular ini betindak baik dengan anti-venom. Tisu dikawasan patukan akan terus rosak dan mati selepas anti-venom diberikan.

1. Nyamuk


Haiwan paling bahaya di dunia adalah nyamuk. Walaupun serangga kecil ini tiada apa-apa ancaman, mereka diketauhi pembawa parasit penyebab Malaria. Parasit ni disebar melalui gigitan nyamuk betina. Malaria sahaja membunuh 2 juta manusia setiap tahun. Ini tidak termasuk penyakit lain lagi seperti denggi atau kepialu yang turut dibawa oleh nyamuk.  

Walaupun haiwan-haiwan tersebut membawa bahaya terhadap manusia, manusia lebih berbahaya dan membawa ancaman serius terhadap haiwan-haiwan tersebut sehinggakan ada spesis haiwan yang telah pupus disebabkan manusia.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Misteri peradaban kuno, Chachapoyas ‘Masyarakat Awan’ di puncak Amazon, Peru. Kota kuno Chachapoyas iaitu sebuah kawasan milik "masyarakat awan" yang hilang sejak ratusan tahun lalu telah ditemui semula. Panggilan “masyarakat awan” itu mungkin kerana berdasarkan pergunungan andes yang sering diselimuti oleh awan. Kehidupan dan kebudayaan kota kuno yang wujud sejak abad ke-9 ini masih menjadi misteri dan sukar untuk dirungkai kerana mereka tidak banyak meninggalkan catatan mengenai peradaban masyarakat mereka.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Meskipun peradaban ini telah hilang sejak ratusan tahun lalu, namun kesan peradaban kota Chachapoyas yang terletak di dalam wilayah utara Peru ini masih dapat dilihat. Deretan patung-patung menghadap ke arah matahari terbit yang terkenal dengan panggilan “tentera awan” masih kukuh di tempat asalnya. Patung-patung tersebut melambangkan kekuatan masyarakat mereka pada masa dahulu.

Tapak Karija ini telah dibangunkan hampir 1 abad yang lampau. Tapak tersebut sebenarnya merupakan sebuah tapak perkuburan. Setiap patung memberikan gambaran kedudukan darjat tokoh tersebut semasa hidup. Mungkin boleh dikatakan seakan tapak-tapak perkuburan di Tanah Toraja, Sulawesi, Indonesia.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Patung-patung terbabit diperbuat daripada tanah liat dan lumpur di mana terkandung dalamnya jasad mayat (mumia) para tokoh Chachapoyas. Yang uniknya kedudukan patung berisi mumia tersebut sangat sukar dicapai. Entah bagaimana masyarakat pada zaman itu membawa dan menempatkannya di sana. Semasa artikel ini ditulis, masih tidak dapat dipastikan laluan sebenar yang digunakan oleh mereka untuk membawa patung-patung tersebut ke atas sana. 

Kisah bagaimanakah kehidupan di Chachapoyas hampir terus menjadi misteri kerana kedudukannya sangat terasing. Kota kuno Chachapoyas yang hilang ini telah ditemui pada tahun 2008 di hutan tebal Amazon yang sangat terasing oleh kumpulan ekspedisi arkeologi. Jaraknya sekitar 500 km ke sebelah timur laut negara Lima.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas
Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Kumpulan arkeologi terbabit telah menemui benteng-benteng daripada batu serta bangunan-bangunan yang berada di tepi jurang dan runtuhan tembok yang terukir dengan lukisan-lukisan yang di pahat di batuan. Mungkin ia dibina oleh masyarakat awan tersebut bagi melindungi diri mereka daripada musuh.

Sayangnya, tidak banyak yang diketahui tentang peradaban kota kuno Chachapoyas ini. Hanya sedikit sahaja catatan berkenaan hal tersebut, termasuk tentang kebudayaan mereka yang berkembang pada abad ke-9. Kenyataannya, kota kuno Chachapoyas ini berada di atas pergunungan. Mengikut sebuah teori, kota Chachapoyas ini sengaja dibina pada kedudukan yang tinggi untuk menjadi pertahanan terhadap serangan musuh.

Akan tetapi, nasib mereka menjadi tidak menentu ketika Empayar Inca semakin berkembang dan berjaya  menakluki Kota Chachapoyas sekitar 500 tahun yang lalu. Meskipun bangsa Chachapoyas berjuang bermati-matian, namun kekuatan Tentera Empayar Inca tidak dapat ditandingi. Semasa kehadiran Sepanyol pada tahun 1535, mereka mendapat peluang untuk terlepas dari cengkaman Empayar Inca. Saki-baki masyarakat Chachapoyas yang masih hidup telah berpihak pada Sepanyol untuk berperang melawan Suku Inca. Tetapi tanpa diduga mereka telah diserang oleh penyakit yang dibawa oleh orang eropah iaitu cacar yang seterusnya melenyapkan sebahagian besar populasi masyarakat mereka.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Penulis sejarah Cieza Pedro de León menyatakan, susuk tubuh masyarakat Chachapoyas berkulit putih dan tampan, kaum wanitanya pula cantik menawan. Itulah antara sebabnya mengapa ramai orang lelaki daripada suku Inca ingin menjadikan wanita dari suku Chachapoyas sebagai isteri mereka. Makam tokoh orang-orang awan ini dichullas, di sisi tebing yang dicat dengan atap runcing, khususnya yang ditemui di Revash. Namun yang paling dikagumi daripada peninggalan monumen-monumen Chachapoyas adalah Kuelap iaitu sebuah benteng monumental yang berada pada ketinggian 9.500 meter di atas permukaan laut. Bangunan tersebut pada bahagian luarnya dilindungi oleh batu-batu besar.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas
Kulep
Di Kuelap, terdapat sekitar empat ratus bangunan yang mungkin telah dimakamkan dengan kira-kira 3,500 buah kubur. Bandingkan semula dengan bangunan milik bangsa Inca dan Manchu Picchu yang terkenal itu. Kompleks ini (Kuelap) menunjukkan bahawa bangsa Chachapoyas pada 1000 tahun lalu telah mampu membina sesuatu yang luar biasa.


Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas
Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Tidak diketahui apakah yang bakal ditemui lagi di pedalaman pergunungan andes yang terletak di amazon ini? Sememangnya ianya masih menjadi misteri. Kekurangan catatan mengenai suku bangsa Chachapoyas ini telah melontarkan pelbagai persoalan apakah mampu untuk mengungkai semua sejarah kisah “orang-orang awan” ini.

Lukisan Hidup Hasil Karya Ribuan Burung

gambar cantik

Gambar unik hasil karya sekumpulan burung yang terbang di langit secara berkumpulan dan membentuk pelbagai pola-pola aneh. Ini terjadi setiap akhir musim gugur sampai awal musim bunga di kota Gretna Green Scotland.

panorama burung
burung di langit

Burung-burung aneh ini terbang dari Rusia atau Scandinavia menuju bandar ini. Sangat unik, indah dan menarik boleh dikatakan juga sebagai Lukisan Hidup Hasil Karya Ribuan Burung. Tetapi juga menyimpan berjuta misteri, seandainya muzik orkesta pasti ada pengendalinya tetapi ini alaminya entah mesej apa yang ingin disampaikan Sang pencipta kepada manusia?

sekumpulan burung
burung yang banyak

Yang pasti kita seharusnya menghargai dan mencintai kehidupan dan rahmat yang diberikan Tuhan kepada manusia, apa gunanya perang jika terpaksa menghancurkan keindahan bumi, sayangi sesama makhluk hidup dan pelihara dan jagalah bumi secara bersama, damai itu mahal harganya tetapi sangat indah untuk dinikmati.

burung-burung
burung sedang terbang
burung
gambar yang indah

sumber- bloginfo4uall

Voodoo Agama Purba

Di sebuah ladang kapas di Benin, seorang remaja sedang tekun memasukkan gumpalan kapas kering ke dalam guni. Sesudah guni itu padat, dia mencapai jarum guni yang panjangnya hampir sejengkal untuk menjahit mulut guni sekali gus memberi petunjuk kerjanya hampir selesai untuk petang itu. 

Kehidupan Asita Chari, 14, tidak banyak berubah sejak dia dijual oleh ibu saudaranya kepada seorang lelaki asing di bandar Borgou, Benin, lima tahun lalu. Sejak usianya sembilan tahun, dia terpaksa mengerah tenaga mudanya bekerja di ladang kapas tersebut. 

Negara Benin yang kecil dan miskin itu terletak di antara Teluk Guinea hingga ke sempadan Nigeria. Ia sangat dikenali sebagai tempat lahirnya penyembahan voodoo, pusat perdagangan buruh kanak-kanak dan pusat pengeluaran kapas di rantau tersebut. "Saya dijual pada harga AS$50 (RM163) kepada majikan saya sekarang. Sebagai buruh kanak-kanak, saya tiada pilihan untuk membuat keputusan menentukan arah hidup. Saya selalu mencari jalan untuk lari dari sini.

Voodoo

"Hidup saya sangat susah. Kerja saya berat tetapi sering lewat diberi makan. Semasa baru sampai di ladang ini, hampir setiap malam saya menangis sambil berharap voodoo datang membantu saya," katanya. 

Dia percaya, kecekalan dan kekuatan meneruskan hidup sehingga hari ini adalah berkat dan restu dari roh nenek moyangnya. 

Kisah Asita sungguh malang namun ia menjadi sesuatu yang sangat biasa di negara yang bergelut dengan masalah buruh kanak-kanak itu. Kerahan tenaga pada usia awal di Benin sekali gus memberi kesan terhadap jangka hayat yang kini rata-rata hanya 59 tahun. 

Roh 

Malah, kira-kira sepertiga daripada 8.7 juta rakyat di negara itu diselubungi kemelaratan dan hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa dengan pendapatan tidak sampai AS$1.25 sehari (RM4). 

Voodoo yang terkenal di bumi Afrika diiktiraf sebagai agama tertua di dunia oleh sesetengah ahli konservatif yang menganggarkan usia tradisi itu sudah melebihi 10,000 tahun. 

Di Benin, amalan voodoo bukan sahaja dianggap sebagai pemujaan semangat dan roh sebaliknya ia adalah satu-satunya negara di dunia yang menjadikan voodoo sebagai agama rasmi sejak lebih 500 tahun lalu.

Mengamalkan kepercayaan kepada takdir dan pegangan animisme, merangkumi alam sekeliling dan fenomena alam, sebarang kejadian yang berlaku dianggap sebagai petunjuk kepada keberkatan atau amaran daripada semangat suci yang juga disebut sebagai roh atau tuhan. 

Pada dunia moden hari ini, amalan voodoo masih dipraktikkan malah masih ramai yang taksub sama ada dengan sami, ramalan mahupun ritual yang dilaksanakan bagi memenuhi sesuatu hajat. 

Rahsia 

Voodoo
MASIH ramai rakyat Afrika yang mempercayai voodoo dan memilih untuk berubat dengan cara alternatif itu. 
Bagi seorang warga Botswana yang melanjutkan pengajian di negara ini, Bains Bosigo, 23, dia masih mempercayai voodoo sebagai tradisi budaya lama di negaranya. 

"Voodoo adalah kepercayaan asal di negara kami, tetapi selepas kedatangan Kristian, semakin ramai yang beralih arah. Kini ia hanya dipraktikkan secara meluas sebagai budaya, bukan lagi agama. Namun, tidak dinafikan, masih ada yang taksub dengan voodoo, tetapi jumlahnya tidak ramai. 

"Di bandar asal saya, Gaborone, voodoo adalah pemujaan roh atau bacaan mentera tertentu yang biasanya dilakukan dalam acara rasmi, upacara keagamaan, perkahwinan dan kematian. 

"Selain itu, sami voodoo juga akan menjadi rujukan untuk tujuan perubatan alternatif atau sekiranya mahu mencari jalan keluar kepada sesuatu masalah," jelas penuntut di Universiti Limkokwing ini. 

Bagaimanapun, tambahnya, cara pengubatan dengan sami voodoo adalah perkara yang perlu dirahsiakan demi menjaga maruah pesakit selain mahu mengelak dari menjadi bahan usikan. "Ramai orang datang berjumpa sami dengan membawa bermacam-macam hajat. Ada yang berubat mahukan anak, mahu mencari jodoh, keselamatan, minta perniagaan maju dan sebagainya. 

"Boleh dikatakan semua yang datang berjumpa dengan sami dan menjalani ritual pemujaan akan menyimpannya sebagai rahsia. Berubat dengan sami dianggap kolot namun dalam diam masih ramai yang melakukan penyembahan voodoo sebagai jalan untuk menunaikan hajat," katanya. 

Darah 

Voodoo
Rakyat Benin turut mengadakan ritual penyembahan voodoo untuk memohon kesejahteraan kepada mangsa tsunami di Asia pada tahun 2005. 
Ritual yang membuktikan pengabdian kepada voodoo atau semangat yang dipuja biasanya menagih darah haiwan seperti ayam untuk dijadikan sebagai korban. 

Teori mengorbankan haiwan dan elemen darah yang dilihat sebagai simbolik memberi hidangan kepada roh atau semangat bagaimanapun ditolak kaitannya dengan penglibatan syaitan atau roh jahat. 

"Pemujaan ini hanya dilakukan untuk meminta restu daripada alam ataupun nenek moyang yang telah meninggal dunia, tiada kena mengena dengan kuasa ghaib," ujar Bains yang menolak kewujudan penggunaan patung dan jarum dalam amalan voodoo di negaranya. 

Selain korban haiwan, muzik dan tarian merupakan kunci yang menentukan kejayaan dalam pemujaan voodoo. Malah ia menjadi lambang ekspresi keagamaan, hubungan antara tuhan dengan roh yang juga dikenali sebagai Iwa di Haiti. 

Tidak hairanlah, dalam ritual penyembahan voodoo, ia pasti berlangsung dengan disertai tarian yang diberi nama 'tarian malam' atau 'tarian voodoo'. 

Bagi seorang lagi penuntut dari Uganda, Tebor Ulaiya, 28, dalam upacara penyembahan, dengan bantuan para Iwa, sami atau paderi akan menawarkan diri untuk mengubati pesakit sama ada menggunakan herba, ubat-ubatan ataupun mengubati melalui Iwa. 

Voodoo
Sejumlah patung dipaku di sebatang pokok di perkuburan awam yang bertujuan untuk mengelak roh jahat berkeliaran.
"Ia adalah ritual budaya masyarakat Afrika yang bertujuan untuk memulihkan atau memberi kebaikan. Ia merupakan alternatif yang lebih bertradisi. 

"Malangnya, upacara voodoo sering digambarkan oleh sebahagian besar masyarakat dunia sebagai cara pemujaan yang hanya bertujuan untuk membalas dendam dan menyihir. Sedangkan, hakikatnya tidak begitu," katanya.

Tambah Tebor, dia tidak menolak wujudnya sami voodoo yang sanggup melakukan pemujaan ilmu hitam dengan patung atau haiwan yang telah mati demi membalas dendam sehingga membawa kepada kematian.

"Saya pernah terdengar cerita tentang orang yang memuja voodoo untuk perkara yang tidak baik, tetapi saya tidak ada pengalaman mengenainya. 

"Bagi yang mempercayai voodoo, ia adalah sesuatu yang sangat berkuasa dan boleh memberi kebaikan kepada pengikutnya namun ada juga individu yang mengambil kesempatan untuk menipu dan menggunakannya untuk kejahatan," katanya.

sumber- Kosmo

Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian



ELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar.

Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.


Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami.

"Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.

Sumber- Agensi

5 Jenis Ikan Paling Cantik di Dunia

Terdapat ribuan spesis ikan yang hidup di dunia ini. Mereka biasanya hidup dan tersebar di seluruh perairan di dunia tidak kira dari air masin hinggalah ke air tawar. Dari ribuan jenis ikan tersebut, berikut adalah antara ikan yang paling cantik berserta infonya.

1. Mandarin Fish

ikan paling cantik 
Ikan ini sungguh cantik. Warnanya terdapat dalam dua variasi, iaitu Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Ikan spesis ini yang mempunyai warna variasi standard adalah lebih menarik. Harga ikan ini tidak terlalu mahal dan sekitar $20 sahaja untuk seekor. Namun, masalah yang dihadapi ialah kesukaran mencari sumber makanannya.


2. Discus

ikan paling cantik 
Ikan ini adalah jenis ikan air tawar mungkin salah satu ikan air tawar paling cantik yang pernah ada. Ikan ini dijual dengan harga sangat mahal. Untuk anaknya sahaja yang berukuran sekitar 3 inchi di jual dengan harga $50-$80. 

3. Lion Fish

ikan paling cantik 
Ikan ini selain mempunyai warna yang cantik, bentuknya agak menyeramkan dan sangat berbahaya. Racunnya sangat memudaratkan dan cukup efektif bagi menyerang musuhnya. Ikan ini juga dikenali sebagai Zebrafish. 


4. Moorish Idol

ikan paling cantik 
Ikan ini tinggal di lautan. Ianya sangat mahal. Ikan ini tidak mampu hidup jika dipelihara di dalam akuarium standard biasa. 

5. Koi

ikan paling cantik 
Ikan koi merupakan ikan yang membawa tuah bagi pemeliharanya. Terdapat  lebih dari 100 variasi warna dari ikan koi. Para peminat koleksi koi sanggup membayar ribuan dolar hanya untuk memburu pola warna koi yang jarang. 

Bukan sebarang angau

cinta lelaki afrika
TAK TERLEPAS...antara lelaki Afrika yang diberkas.
SHAH ALAM: Angau dengan panahan cinta Awang Hitam selain mahu hidup mewah tanpa perlu bersusah-payah, wanita tempatan sanggup dipergunakan sebagai ‘keldai akaun’ oleh sindiket jenayah komersial antarabangsa yang didalangi warga Afrika.

Ini terbukti apabila polis menahan enam wanita tempatan dalam Ops Tiong, malam kelmarin disyaki membenarkan akaun bank atas nama mereka digunakan untuk melakukan transaksi wang hasil penipuan siber.

Wanita berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan bersama lelaki Nigeria di sebuah apartmen dalam operasi bersepadu di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Puchong bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi, semalam.

Operasi bersepadu yang turut membabitkan Jabatan Imigresen, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelancongan itu menahan 102 orang kebanyakan warga Afrika dari Nigeria dan Cameroon berusia 20 dan 30 tahun selain warga Filipina dan New Zealand.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit mempunyai hubungan dengan Awang Hitam yang ditahan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan menggunakan Internet.

sumber- HMetro

Jadi gay kerana ayah

lelaki gay yang mula insaf
INSAF...Badrul menceritakan kisah hidupnya sebagai gay kepada wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: “Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain,” kata lelaki homoseksual mahu dikenali sebagai Badrul yang kini insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Badrul, 50, berkata, disebabkan kurang komunikasi dengan ayahnya yang sering bercakap dengan suara tinggi, dia menjadi takut dan selalu menjauhkan diri.

“Ketika kecil, hanya ibu menjadi tempat saya bergantung kasih sayang sebab takutkan ayah. Banyak perkara yang sepatutnya ayah beri, tetapi saya minta melalui ibu kerana takut disergah ayah.

“Keadaan itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah apabila saya selesa berkawan dengan perempuan, tetapi dalam masa sama, saya ‘jatuh cinta’ dalam diam terhadap guru lelaki,” katanya.

Menurutnya, hubungan seks songsang kali pertama dilakukannya pada usia 19 tahun ketika bekerja sambilan di sebuah restoran.

sumber-HMetro

Jeritan bertukar sepi

PERIKSA...pasukan penyelamat melakukan siasatan di rumah teres dua tingkat yang terbakar, semalam.

PERIKSA...pasukan penyelamat melakukan siasatan di rumah teres dua tingkat yang terbakar, semalam.
SUBANG JAYA: “Selepas kira-kira seminit, suara mereka meminta tolong senyap. Saya ingat mereka selamat, rupa-rupanya semua mati,” kata lelaki warga Bangladesh, Md Rubel, 27, yang terselamat dalam kebakaran mengorbankan lima nyawa rakan serumahnya di Taman Puchong Perdana, di sini, awal pagi semalam.

Rubel yang cedera di kedua-dua kaki berkata, dia amat sedih dan terkejut apabila diberitahu semua lima rakan serumahnya rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah teres dua tingkat yang mereka sewa.
Menceritakan semula kejadian, Rubel berkata, dia dan seorang lagi rakannya yang terselamat, Bilal Hussein, 29, tidur di tingkat bawah manakala lima mangsa tidur di dua bilik berasingan di tingkat atas ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu.

“Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sangat panas sebelum mendapati keadaan gelap berikutan bekalan elektrik terputus. Apabila buka pintu bilik saya mendapati api sudah marak di ruang tamu.
“Menyangkakan Bilal yang tidur di ruang tamu sudah tidak dapat diselamatkan, saya masuk semula ke dalam bilik dan meminta bantuan jiran sebelum mereka bertindak memecahkan tingkap bilik dan membawa saya keluar,” katanya.
Menurutnya, selepas berjaya dikeluarkan, dia masih lagi mendengar jeritan rakan-rakannya di tingkat atas merayu diselamatkan sebelum suara itu hilang kira-kira seminit selepas itu.


“Tidak berapa lama selepas itu, pasukan bomba dan penyelamat tiba dan berjaya memadamkan api. Ketika itulah saya diberitahu, lima rakan termasuk dua adik beradik rentung dan seorang daripadanya ditemui di dalam bilik air.

“Kami tinggal (sewa) di rumah ini sudah lebih dua tahun dan ini kali pertama kebakaran berlaku,” katanya dalam keadaan sebak.

Dia berkata, tiada barang berharga atau dokumen penting yang sempat diselamatkan kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan kecemasan jam 3.25 pagi dan tiba di tempat kejadian sembilan minit kemudian.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong serta Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 15 orang.

“Kami masih lagi menyiasat punca sebenar kebakaran, bagaimanapun siasatan awal mendapati berkemungkinan daripada litar pintas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, rumah teres dua tingkat berkenaan disewa lapan warga Bangladesh, namun ketika kejadian hanya tujuh orang berada di dalam rumah manakala seorang lagi berada di surau berdekatan.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Sarova Baboo, Ruman, Md Basir, Md Farouk, dan Abdullah Al Farhad berusia 24 hingga 28 tahun.

“Dua mangsa bekerja di kilang di Puchong Perdana, dua lagi mangsa yang juga adik-beradik bekerja di pusat mencuci kereta, manakala seorang lagi menuntut di sebuah kolej swasta di Puchong,” katanya.
Yahaya turut berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas dan tiada sebarang unsur khianat atau jenayah.

Menurutnya, semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.

sumber-HMetro

Koperal meninggal dunia semasa meminang

BATU PAHAT - Seorang anggota polis berpangkat Koperal meninggal dunia pada majlis meminang bagi pihak anak lelakinya, di Sungai Suloh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Allahyarham Koperal Ali Mat Isa, 53, mengetuai rombongan keluarganya tiba-tiba rebah sejurus selesai meminang, ketika doa selamat sedang dibacakan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, anggotanya yang sudah berkhidmat di cawangan gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kira-kira 30 tahun itu disahkan meninggal dunia pada majlis berkenaan.

“Ketika itu, Allahyarham baru selesai bercakap bagi pihak lelaki, tetapi tiba-tiba terdiam sebelum tunduk pada majlis itu.


“Ketika doa selamat sedang dibacakan, Allahyarham terus rebah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Din berkata, suasana majlis bertukar kelam kabut dan Allahyarham dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lanjut tetapi telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Sepanjang berkhidmat di IPD, Allahyarham adalah seorang yang komited dalam menjalankan tugasnya selain mematuhi setiap peraturan dan berdisiplin.

“Kehilangannya amat dirasai oleh semua anggota IPD Batu Pahat, namun ini adalah ketentuan Ilahi,” katanya.

Menurutnya, jenazah selamat dikebumikan di Seremban, Negeri Sembilan, selepas Maghrib, kelmarin

sumber- Sinar

Cicak tokek diseludup, harga cecah RM100,000

Spesies cicak tokek yang mempunyai nilai tinggi dan diseludup dari negara jiran.

PENGKALAN HULU – Aktiviti menyeludup 10 ekor cicak tokek dikesan dibawa masuk dari Betong, Thailand melalui Kompleks Imigresen Bukit Berapit telah dikesan di sini, minggu lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an itu memandu kereta model lama diarahkan berhenti kerana disangka cuba menyeludup beras siam akhirnya, didapati cuba menyeludup cicak berkenaan yang disembunyikan dalam guni.

Lelaki berkenaan disoal siasat berhubung penemuan cicak tokek itu dan mendakwa haiwan itu sudah ditempah dan dijual dengan harga mencecah RM100,000 seekor di negara ini.


Berdasarkan aktiviti itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Pehilitan) Negeri, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, cicak tokek adalah spesies dilindungi dan telah dimasukkan dalam senarai haiwan dilindungi pada tahun 2010.

Menurutnya, individu yang memiliki atau membela spesies berkenaan perlu mendapatkan lesen daripada Perhilitan berikutan cicak berkenaan semakin pupus akibat menjadi buruan individu yang teruja dengan khabar angin yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

“Sekiranya ditahan, individu tersebut boleh disiasat mengikut Akta 716 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan boleh didenda sehingga RM50,000. Sebanyak 12 spesies cicak berkenaan dimasukkan dalam kategori haiwan dilindungi.

“Larangan juga telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Jun tahun lalu yang memutuskan hukum memakan dan berubat menggunakan cicak tokek adalah haram,” katanya.

Abdul Kadir berkata, pihaknya turut membuka pos sempadan di Kompleks Imigresen Bukit Berapit sebagai langkah kawalan terutama mengesan sebarang aktiviti penyeludupan haiwan dilindungi itu.

“Kami meminta orang awam terutama penduduk sekitar daerah ini bekerjasama menyalur maklumat mengenai kegiatan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Komander Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Negeri, Ishak Jaafar berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasa lain terutama Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Perhilitan untuk membanteras kegiatan itu.

“Kami akan bertindak dalam sebarang kes penyeludupan sebelum menyerahkan kes seumpama itu kepada agensi berkaitan terutama membabitkan penyeludupan beras, pendatang tanpa izin dan aktiviti penyeludupan haiwan dilindungi,” katanya.

sumber- Sinar