Pages - Menu

Tuesday, August 28, 2012

Murid darjah empat curi motosikal

Murid tahun empat diburu kerana curi motosikal
Polis (kanan) bersama Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) berada di lokasi motosikal ditemui.
KULIM - Polis sedang memburu murid tahun empat dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di rumahnya di Taman Tungku Putra kira-kira jam 12.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam pagar rumah remaja lelaki itu untuk mengambil motosikal.

“Dia yang menyedari kejadian itu bagaimanapun gagal menahan suspek kerana sukar membuka pintu gerigi rumahnya.

“Setelah berjaya membuka pintu, dia cuba mengejar suspek bagaimanapun gagal berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, remaja lelaki terbabit kemudiannya berjumpa anggota trafik yang sedang menjalankan tugas rondaan dan meminta bantuan.

“Kira-kira jam 12.45 petang, kakitangan pos laju menemui motosikal curi itu disorok belakang pokok dalam taman permainan berhampiran sekolah agama.

“Daripada pemeriksaan nombor pendaftaran dibuat, polis mendapati motosikal itu dilaporkan hilang tengah malam, semalam.

“Suspek mungkin menunggang motosikal itu untuk pergi ke sekolah tetapi meletakkannya di taman permainan untuk mengelak daripada  diketahui orang lain,” katanya.

Ghuzlan berkata, sehingga kini kes curi motosikal merupakan antara jenayah yang kerap berlaku di Kulim.

“Sebelum ini, polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kuala Ketil kerana mencuri motosikal di surau.

“Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek di Taman Cengal ketika cuba melarikan motosikal itu ke Gurun untuk dijual,” katanya.

sumber- Sinar

Kristen Stewart Tidak Lalu Makan Sejak Putus Cinta

Kristen Stewart curang

LOS ANGELES, 24 OGOS 2012: Sejak dilaporkan mencurangi bekas kekasihnya, Robert Pattinson apabila mempunyai skandal dengan pengarah filem yang sudah berumahtangga iaitu Rupert Sanders, fikiran Kristen Stewart nampaknya benar-benar terganggu hingga dia tidak lalu untuk makan.

Sumber memberitahu, bintang Twilight yang masih lagi berada dalam persembunyiannya ini telah diserang rasa takut yang amat lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan dunia luar.

"Buat masa ini, Kristen hanya bergantung dengan rokok, Red Bull (minuman pemberi tenaga) serta jajan kentang goreng. Dia terlalu takut hingga tidak lalu untuk makan benda-benda lain.

"Dia telah menyembunyikan diri di sebuah rumah di Los Angeles milik seorang produser kenalannya dan kelihatan pucat serta tidak terurus," sumber tersebut memberitahu.

Sumber itu memberitahu lagi, aktres yang gemar memakai jeans dan sneakers ini juga akan mengelak jika diberikan makanan yang lain.

"Apabila ada orang yang cuba menyuapkan dia dengan semangkuk sup, dia akan memberitahu bahawa dia sudah makan, padahal itu tidak benar. Tiada apa yang dapatr dilakukan untuk menenangkan dia buat masa ini.

"Dia soelah-olah seperti menghukum dirinya sendiri apabila hanya bergantung dengan rokok, red bull serta makanan ringan," kata sumber itu lagi.

sumber- Murai

Kenapa Izara Aishah Jadi Duta Burger King?

Izara Aishah iklan Burger King

KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2012: Ringkas dan tidak berlebih-lebih. Begitulah caranya bagi pelakon Izara Aishah dan keluarganya menyambut kedatangan Syawal yang sebelum-belum ini. Begitu juga pada tahun ini, cukup sekadar menikmati maksud dan suasana hari raya bersama keluarga dan rakan.

"Keluarga saya memang begitu. Setiap kali menjelangnya Syawal, kami hanya akan membuat persiapan yang seringkasnya dan selalunya kami akan keluar di saat-saat terakhir untuk membeli belah.

"Lagi seronok sebab dapat rasa mood raya sikit membeli belah di saat itu," katanya yang memutuskan untuk beraya di Kuala Lumpur dahulu, diikuti dengan kampung ibu di Pulau Pinang atau Kelantan di sebelah bapa.

Di penghujung ramadan yang lalu telah berlangsungnya majlis berbuka puasa amal Izara Aishah bersama adik-adik dari Pusat Jagaan dan Asuhan Raudhatul Ikhwan yang berlangsung di restoran Burger King Garden & Grill Shah Alam.

Pada waktu yang sama, acara ini juga diadakan bagi memperkenalkan aktres muda ini sebagai duta baru kepada restoran francais makanan segera terkemuka dunia, Burger King.

Tentu ada sebab mengapa Izara menerima tawaran daripada Burger King dan bukan jenama atau label lain.

"Izara rasa ini adalah platform terbaik buat Izara untuk mendekatkan diri dengan peminat dan jadi lebih mesra kerana Burger King adalah jenama makanan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Orang akan ingat Burger King dan orang akan ingat Izara Aishah.

"Lagipun Burger King mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan reputasi yang bagus dan Izara merasakan ia merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk bergelar duta kepada Burger King,"katanya kepada murai.com.my.

Persona comel molek iras pelakon daripada Bollywood ini yang mula mendapat perhatian setelah kemunculannya di dalam siri Vanilla Coklat sudah 2 bulan dilantik menjadi duta Burger King. Malah, dia juga adalah duta kepada produk kecantikan Secret Garden dan fesyen Cosry Purple Label.

sumber- Murai

Putera Harry ditinggalkan kekasih

gambar bogel Putera Harry

28 Ogos – Teman wanita Putera Harry, Cressida Bonas telah mengambil keputusan meninggalkan Harry kerana kecewa dengan sikap teman lelakinya itu selepas gambar bogel Harry di Las Vegas tersebar luas.

Menurut laporan daripada Daily Mirror, seorang rakan memberitahu bahawa Cressida berasa malu dengan tindakan teman lelakinya itu dan tidak mahu meneruskan lagi hubungan dengan Harry.

"Harry dah musnahkan hubungan mereka. Cressida sudah membayangkan hidup bersama Harry tetapi Harry telah memalukannya."

"Dengan jelas nampak Harry tidak serius dalam hubungan mereka. Dia telah memusnahkan peluangnya. Cressida berasa sangat malu," katanya.

Sebelum itu, pasangan Harry dan Cressida telah pergi bercuti di Pulau Necker di kepulauan Carribean selama dua minggu, namun selepas itu Harry ke Vegas.

sumber- Cinema Online

Rumah Imuda dimasuki perompak

Imuda
Imuda
KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini. 

Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang selepas bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang. 

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini. 

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya. 

Imuda berkata, suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji depan yang diumpil menggunakan pemutar skru. 

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya. 

Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata, kes pecah rumah dan ragut sudah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.

"Bulan lalu rumah jiran depan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. 

sumber- Bernama

Warga emas minum racun kerana kempunan kahwin lain

Warga emas minum racun kerana kempunan kahwin lain
gambar hiasan
GEORGETOWN: Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun selepas hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian jam 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun di sebuah klinik swasta di sini. Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas permintaan lelaki berkenaan untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya. 

"Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Gan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

sumber- Bernama

Terkejut jumpa pistol dalam laci

Terkejut jumpa pistol dalam laci
gambar hiasan
GEORGETOWN: Seorang pemilik restoran terperanjat apabila menemui sepucuk pistol di dalam laci kaunter premisnya di Jalan Burmah, di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu, pemilik kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Syed Al Amin sedang sibuk membuat persediaan membuka perniagaannya.

"Hasil pemeriksaan, polis mendapati pistol jenis Browning 9mm masih berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Beliau berkata, pemilik restoran berkenaan pernah membuat laporan menemui sepucuk pistol seumpama itu dalam keretanya tujuh bulan lalu. 

Gan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah dan Forensik sedang menganalisis kesan cap jari yang terdapat pada pistol itu. 

"Polis percaya ia perbuatan sabotaj dan kita sedang mengumpul keterangan daripada pekerja restoran itu," katanya. 

sumber- Bernama

Gempar! Pari-pari sebenar ditangkap

Real Fairy Godmother

Jose Maldonado, seorang penganggur dari Mexico mendakwa bahawa dia telah berjaya menangkap pari-pari yang masih hidup. Bentuk fizikal makhluk misteri itu seakan-akan Tinklebell iaitu karakter pari-pari dari cerita Peter Pan. Masyarakat barat menggelarkannya Fairy Godmother.

"Pada masa tersebut, saya sedang memetik jambu batu. Secara tidak sengaja saya terpandang suatu cahaya lalu menyangkakan ianya kelip-kelip. Saya mencapai cahaya tersebut kemudiannya saya dapat rasa ia meronta-ronta hendak melepaskan diri. Apabila dipandang, saya terkejut kerana ianya bukanlah kelip-kelip tetapi sebenarnya seekor pari-pari," kata Jose ketika di temuramah.

Jose mengenakan bayaran untuk sesiapa yang mahu melihat makhluk misteri tersebut dari dekat. Ianya dikurung di dalam balang yang disediakan khas. Lebih dari 3,000 pengunjung dari serata tempat telah datang untuk melihat sendiri makhluk yang digelar pari-pari tersebut. Lokasi rumah Jose terletak Lomas Verdes, salah satu kawasan termiskin di daerah Gualajara dan kawasan kejiranannya turut berbahaya.

Dengan situasi sebegitu, jiran-jirannya turut mengambil kesempatan untuk mencari pendapatan tambahan dengan menjual gambar dan keychain yang mempunyai imej pari-pari pada harga kira-kira 20 pesos (U$D 1.60). Selain itu, makanan dan minuman juga turut laris dijual ketika pengunjung berbaris di luar rumah Jose.

Misteri Foto Hantu Mengadakan Hubungan Seks

gambar hantu sebenar

Berdasarkan keterangan Dianne Carslisle dari Eucid, Ohio, cucunya Kimora, 4, telah menangkap gambar dua hantu yang sedang mengadakan hubungan seks di ruang tamu rumahnya. Kimora menangkap gambar tersebut menggunakan kamera telefon bimbit.

"Ianya kelihatan seperti hantu yang sedang melakukan hubungan seks di ruang tamu rumah saya. Mereka benar-benar melakukan perbuatan tersebut dan jika diperhatikan, salah satu dari hantu tersebut seakan wanita memakai kasut tumit tinggi." katanya.

Dianne berkata, ini bukanlah kali pertama dia dihantui misteri sebegitu. Beberapa tahun sebelum ini, dia mendakwa pernah melihat kelibat hantu kanak-kanak berada di belakang cucunya, De’Onna Burnett.

Antara misteri lain, Dianne pernah mendandan rambut bersendirian di cermin. Kemudiannya dia menangkap gambar dari sudut belakang. Dia cuba melihat gambar tersebut malangnya gambar tersebut tidak keluar. Secara tiba-tiba, dia mendapat mesej pesanan suara yang berbunyi "saya sayangkan awak". Diana mengatakan mesej tersebut mungkin dari adiknya yang telah meninggal dunia.

Lagu paling singkat yang pernah dirakamkan

napalm death free wallpaper

Adakah anda tahu lagu bahawa lagu paling singkat yang pernah dirakamkan mempunyai durasi 1.316 saat sahaja?

You Suffer adalah lagu yang dimainkan oleh band  grindcore British iaitu Napalm Death dari album debut mereka, Scum. Lagu ini telah dianugerahkan sebagai lagu paling singkat di dunia oleh Guinness Book of Records. You Suffer ditulis sendiri oleh dua ahli kumpulan tersebut iaitu  Nicholas Bullen dan Justin Broadrick ketika sesi rakaman demo From Enslavement to Obliteration pada March 1986.

Lirik:
You suffer
But why?

Kenali Wanita Paling Rendah Di Dunia

perempuan paling kecil di dunia

Jyoti Amge merupakan pemegang rekod wanita paling rendah di dunia yang terbaru. Dengan ketinggian 61.95 cm, gadis yang berasal dari Nagpur, India ini telah mengambil alih anugerah Guinness World Record yang sebelum ini dipegang oleh Bridgette Jordan dari Amerika.

Jyoti diumumkan secara rasmi sebagai pemegang rekod terbaru wanita paling rendah di dunia yang masih hidup oleh Guinness Book of Records ketika sambutan hari lahirnya yang ke-18. Beliau diraikan dengan kek yang bersaiz hampir sama dengannya.

Dikelilingi oleh sanak-saudara serta ibu kesayangannya iaitu Ranjana, Jyoti berasa sungguh terharu ketika menerima bingkai sijil penganugerahan. Beliau mengatakan, "Ianya sudah menjadi impian saya untuk menjadi wanita terkecil di dunia sejak bertahun lamanya."

Berat Jyoti 12lbs (5.5kg), hanya 9lbs lebih berat dari semasa beliau dilahirkan. Perubahan fizikal menjadi manusia kerdil yang dipanggil achondroplasia telah menghentikan pembesarannya ketika ulang tahun kelahiran pertama Jyoti. 

Beliau bersekolah sama seperti remaja normal yang lain dan bercita-cita besar untuk menjadi seorang bintang Bollywood. Jyoti memaklumkan bahawa beliau telah pun ditawarkan berlakon untuk dua filem Bollywood dan bakal melakukan penggambaran dalam masa terdekat.

Rekod wanita terendah yang masih kekal dalam sejarah dipegang oleh Pauline Musters berketinggian 2 kaki. Beliau telahpun meninggal dunia pada tahun 1895.

Lori dirempuh 3 kali, guru antara maut

Mayat Muhammad Farid berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira 30 minit.
Mayat Muhammad Farid berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira 30 minit.
Mohamad Fakhrulrazi turut maut di tempat kejadian.
Mohamad Fakhrulrazi turut maut di tempat kejadian.
Kemalangan Lebuhraya Utara Selatan.
Kemalangan Lebuhraya Utara Selatan
ALOR GAJAH - Sebuah lori tiga tan yang merintangi lebuh raya dirempuh tiga kali, mengakibatkan dua maut dalam kemalangan Kilometer 197.3 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan, berhampiran Alor Gajah di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi membabitkan lima kenderaan itu, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor, sementara Mohammad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, seorang jurutera, maut di tempat kejadian kerana cedera parah.

Muhammad Farid memandu kereta jenis Perodua MyVi dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas bercuti sempena Aidilfitri selama seminggu.

Mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori tiga tan yang sebelum itu telah merempuh bahagian belakang sebuah treler.

Sumber berkata, kemalangan menyebabkan kenderaan mangsa terhumban ke tebing lebuh raya, sementara lori terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan tengah sehingga merentangi jalan.

"Pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, tersepit di tempat duduk selepas merempuh treler dan kemudian dirempuh pula oleh mangsa di bahagian belakang.

"Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Dengar jeritan pemandu lori

Menurutnya, selang 30 minit kemudian, Mohammad Fakhrulrazi yang menunggang motosikal Kawasaki Versys turut merempuh lori terbabit menyebabkan mangsa tercampak ke tebing lebuh raya.

"Beberapa saat kemudian, sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki empat sekeluarga dipandu Ahmad Faisal Azizan, 29, bersama isteri, Putri Hasmiza Irdawati, 29, serta dua anak mereka, Muhammad Faiz Irfan, 4, dan Nur Farzanah Irdina, 1, merempuh bahagian tepi lori terbabit," katanya.

Saksi kejadian, Mohd Farhan Mohd Asri, 23, berkata, dia cuba membantu pemandu kereta Perodua MyVi tetapi gagal berikutan pintu kereta mangsa tidak dapat dibuka.

"Pada masa sama, saya mendengar jeritan pemandu lori yang meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu kerana lorinya berada di tengah jalan dan  terpaksa menunggu anggota peronda lebuh raya tiba.

"Sementara itu, saya lihat empat sekeluarga yang menaiki kereta Proton Saga berjaya menyelamatkan diri ke tepi lebuh raya," katanya yang mengakui panik dengan kejadian itu dan pantas menghubungi bantuan kecemasan sebelum sepasukan anggota Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (JPAM) serta anggota bomba Alor Gajah tiba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Ketua Operasi JPAM, Mohd Rizuan Rahmat berkata, tiga anggotanya bersama sepasukan anggota Skuad Penyelamat Integrasi (SPI) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Kedudukan mangsa yang tersepit rapat di bahagian tempat duduk penumpang menyukarkan operasi. Kami berjaya mengeluarkannya selepas 30 minit," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian tersebut.

"Pemandu lori mengalami kecederaan parah di kaki akibat tersepit dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan, sementara empat sekeluarga  menaiki kereta Proton Saga mengalami kecederaan ringan.

“Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Isteri pantang anak pertama

Isteri Allahyarham Muhammad Farid, Nurul Ain Suhari, 20-an, yang sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama, Muhammad Mikhail Zain Muhammad Farid, berusia 20 hari reda dengan pemergian suaminya itu.

Sementara itu, isteri Allahyarham Mohammad Fakhrulrazi, Ily Zafirah Shahrinan, 27, berkata, dia tidak menyangka permintaan agar kedua ibu bapanya tingal di rumahnya lebih lama adalah petanda dia mahu meluangkan masa bersama mereka.

“Bapa, Shahrinan Ibrahim, 53, dan ibu saya, Zan Abd Ghani, 53, pelik dengan permintaan suami yang seolah-olah menghalang mereka pulang namun hanya menurutkan sahaja permintaannya supaya pulang ke rumah malam ini (semalam),” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia terkilan kerana hasrat arwah suaminya untuk membeli sebuah rumah baru buat mereka sekeluarga tidak kesampaian.

"Lebih seminggu arwah bercuti sempena Hari Raya dan tiada reaksi pelik ditunjukkannya cuma arwah enggan membeli apa-apa barangan raya untuk dirinya tetapi melebihkan saya serta anak, Mohamad Adeeb Zuhayr berusia 20 bulan," katanya.

sumber- Sinar

Muka selamba buat maksiat

Lokasi yang sering menjadi tumpuan pasangan kekasih untuk melepaskan nafsu.
Lokasi yang sering menjadi tumpuan pasangan kekasih untuk melepaskan nafsu. 
Muka selamba buat maksiat
Pasangan remaja Islam memilih hotel bajet kerana kadar sewanya yang murah.
KUANTAN – “Mereka seolah-olah sudah biasa melakukan perbuatan terkutuk itu hinggakan berani keluar-masuk ke hotel bajet dengan muka tidak bersalah,” kata Mamat Ibrahim, 60, pemandu teksi di Jalan Pasar, di sini.

Katanya, lebih memalukan, kebanyakan pelanggan yang mendaftar masuk ke hotel berdekatan kawasan itu adalah golongan remaja Islam.

“Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka orang sini atau orang luar. Tapi kebiasaannya jika ada sambutan atau program besar di sini, biasanya orang luar yang ramai datang menginap di hotel bajet ini.

“Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada di antara mereka yang tinggal di Kuantan, tetapi sanggup mengeluarkan duit untuk bermalam dengan kekasih masing-masing,” katanya ketika ditemui semalam.

Mamat berkata, kebiasaannya mereka akan mula mendaftar masuk sekitar jam 6.30 petang sehingga lewat malam.

“Mereka daftar masuk tak tentu masa. Kadangkala saya sendiri tak sedar bila mereka masuk, tahu-tahu sahaja sudah keluar keesokan harinya.

“Yang peliknya, mereka sedikit pun tidak ambil peduli dengan pandangan masyarakat, sebaliknya bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bag imereka, orang ramai tidak berhak untuk menegur perbuatan mereka. Sebab itulah mereka berani buat apa sahaja,” katanya.

Tambahnya, selepas menunaikan ‘hajat’ masing-masing, ada di antara remaja terbabit menaiki teksinya untuk pulang ke rumah.

“Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman Kuantan. Bila ditanya, mereka jawab terpaksa bermalam di hotel murah kerana hari sudah lewat malam serta tiada kenderaan,” katanya.

Dia yang lebih 20 tahun memandu teksi berkata, kawasan itu bukan hanya menjadi tumpuan remaja ketika sambutan hari kemerdekaan atau Tahun Baru, tetapi menjadi tempat persinggahan setiap malam minggu.

“Faham-faham sahajalah, jika tiada acara besar di sini pun sudah ramai yang datang, bila tiba hari kemerdekaan, lagilah berebut bilik. Pendek kata, siapa yang lambat mendaftar masuk, tiadalah peluang untuk melampiaskan nafsu.

“Tauke hotel bertambah kaya, mereka pula tambah dosa,” katanya.

Manakala, bagi peniaga tudung dan pakaian muslimah, Zainon Mamat, 28, kadangkala golongan ini mendaftar masuk sekitar jam 9 pagi.

“Mereka memang bijak, seolah-olah sudah tahu waktu operasi Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) hinggakan ada yang terlepas daripada ditahan pihak berkuasa.

“Saya memang tidak berani tegur jika nampak ada pasangan yang mencurigakan masuk ke dalam hotel kawasan ini. Saya bimbang, jika ditegur mereka akan buat perkara yang tidak diingini.

“Golongan seperti ini sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepaskan diri. Justeru, jika saya nampak sesuatu yang mencurigakan, saya akan segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, perbuatan ini memang sukar dibendung jika ada pihak yang tidak memberikan kerjasama terutama pemilik hotel murah.

“Jika mereka tegas serta tidak berkompromi, kemungkinan aktiviti maksiat ini dapat dikurangkan. Namun, pemilik hotel murah lebih kepada mengejar keuntungan, mereka tidak peduli sama ada pelanggan itu muhrim atau tidak,” katanya.

Ambil tindakan tegas

Sementara itu, bagi Madri Mohd, 61, dia berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap remaja yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu bagi mengelakkan ia terus berleluasa.

“Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa kerana semakin hari saya lihat aktiviti ini semakin rancak seolah-olah mereka tidak takut dengan pelaksanaan undang-undang yang ditetapkan.

“Mungkin kerana mereka sudah dapat membaca pergerakan pihak berkuasa, sebab itulah masing-masing berani mengusung teman wanita naik ke bilik,” katanya.

Lebih menyedihkan, dia pernah melihat teman wanita yang mendaftar masuk manakala yang lelaki menunggu di bawah.

“Saya faham, pihak berkuasa tidak mampu untuk menempatkan pegawai mereka 24 jam di hotel-hotel murah, namun saya harap mereka dapat mempertingkatkan operasi bagi mengurangkan
aktiviti tidak bermoral ini.

“Saya bimbang, jika ia tidak dibendung, masalah pembuangan bayi akan meningkat serta merosakkan masa depan remaja itu sendiri. Kita memerlukan generasi muda untuk membangunkan negara, jika mereka sudah rosak, bagaimana pembangunan negara kita pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini Jaip memberi amaran supaya tidak mencemarkan sambutan ambang merdeka dengan melakukan maksiat dan perkara yang ditegah agama.

Jaip juga tidak akan berkompromi dengan golongan itu yang jelas menyalah ertikan sambutan kemerdekaan dengan melakukan perkara tidak senonoh sehingga melanggar hukum syarak.

sumber- Sinar

Ah long diserbu polis

Ah long diserbu polis
HOCK SENG (kiri) menunjukkan sebahagian poster kumpulan ah long yang dirampas di Melaka semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 5.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui kira-kira 3,000 keping poster pinjaman wang haram ah long yang disimpan di dalam stor rumah berkenaan

"Selain itu, kami turut merampas dua komputer riba, buku catatan pinjaman, sembilan telefon bimbit dan empat keping cek yang kesemuanya bernilai RM28,000.

"Cek-cek ini merupakan cagaran yang perlu diberi peminjam wang kepada ah long sebelum pinjaman mereka diluluskan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini semalam.

sumber- Kosmo

Dua cedera ambulans terbalik

Dua cedera ambulans terbalik
BEGINILAH keadaan sebuah ambulans yang terbalik hingga menyebabkan pemandu dan seorang jururawat cedera dalam kemalangan di Kuching semalam.
KUCHING – Seorang pemandu ambulans dan seorang jururawat nyaris cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki itu terbabas lalu terbalik di atas pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Wan Alwi di sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Hospital Pakar Kuching, Tabuan Stutong di sini ke Tabuan Dayak untuk mengambil pesakit. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila pemandu ambulans tersebut hilang kawalan ekoran jalan licin ketika hujan lebat di sepanjang perjalanan.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Polis percaya kejadian itu disebabkan jalan licin ekoran hujan lebat. Pemandu ambulans dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terhumban melepasi penghadang ke jalan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kejadian itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira dua kilometer ekoran pemandu bertindak memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kemalangan tersebut.

sumber- Kosmo

Lelaki dijel ugut bunuh isteri

Lelaki dijel ugut bunuh isteri
MOHD. FADZLI dijatuhi hukuman penjara dan denda atas tuduhan mengugut bunuh isterinya di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Seorang penghantar surat dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut untuk membunuh isterinya selepas menuduh wanita itu curang.

Majistret Muhamad Safuan Azhar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh Mohd. Fadzli Ibrahim, 24, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Muhamad Safuan mengarahkan hukuman tersebut berkuat kuasa semalam dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan tiga bulan lagi.

Mohd. Fadzli didakwa mengugut isterinya, Wan Nor Aishah Wan Hassan, 24, di sebuah rumah di Jalan Sultanah Zainab di sini pada pukul 8 pagi, 23 Ogos lalu dengan mengacukan pisau ke arah mangsa.

sumber- Kosmo

Pelik! Buka penutup botol guna kepala

Buka penutup botol guna kepala

Ahmed Tafzi merupakan seorang lelaki yang mempunyai kebolehan luar biasa. Beliau mampu membuka 24 penutup botol dengan menggunakan kepala dalam masa 1 minit. Sekaligus namanya telah tercatat dalam dalam Guinness of World Record sebagai lelaki yang membuka penutup botol menggunakan kepala paling pantas di dunia. Aksinya ini telah dirakam di Hamburg, Jerman. Bagi lelaki biasa, untuk membuka penutup botol menggunakan kepala hampir menjadi perkara mustahil. Kesilapan yang dilakukan juga mungkin boleh mendatangkan kecederaan. 

Padah tendang kakak di pagi syawal

Padah tendang kakak di pagi syawal
MUHAMMAD NAJMI didakwadi Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana menendang kakak tirinya semalam.
KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menendang lutut kakak tirinya di rumah mereka di Jalan Kuala Krai di sini pada pagi 1 Syawal lalu, yang lazimnya menjadi detik untuk umat Islam bermaaf-maafan.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Najmi Yamin, 20, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan semasa dihadapkan di hadapan Majistret Muhamad Safuan Azhar.

Muhammad Najmi didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Paziah Mat Rovi, 38, dengan menendang lutut kiri mangsa di sebuah rumah di Kampung Tunjung di Jalan Kuala Krai di sini pada pukul 10.30 pagi 19 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

sumber- Kosmo

Maut ditembak ketika main dam

MAT KEYA maut selepas ditembak dari jarak dekat ketika bermain dam di kedai makan miliknya di Bukit Cempedak, Marang kelmarin.
MARANG - Seorang peniaga yang leka bermain dam di depan kedai bersama seorang rakannya mati ditembak di Kampung Bukit Cempedak di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, kejadian berlaku pada 11.30 malam ketika mangsa, Mat Keya Jusoh, 54, bermain dam dengan seorang rakan baiknya yang berusia 51 tahun di depan rumah kedai miliknya.

"Ketika itu, datang sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga lelaki yang mencari lelaki bernama Pok Mat sebelum mereka kemudian meminta untuk membeli minuman.

"Bagaimanapun, belum sempat mangsa mengambil minuman salah seorang suspek terus melepaskan dua das tembakan dari dalam kereta yang jaraknya hanya tiga meter sehingga mangsa rebah dan ketiga-tiga suspek melarikan diri," kata beliau kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, tembakan itu mengenai rusuk belakang sebelah kanan dan rusuk depan sebelah kiri mangsa.

sumber- Kosmo

Penjaga Cyber Cafe Ditembak Mati

Penjaga Cyber Cafe Ditembak Mati
DI premis kafe siber inilah Mohd. Rahmat mati ditembak oleh dua penyamun dalam kejadian di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Dua penyamun bersenjatakan sepucuk pistol dan parang bertindak menembak mati seorang penjaga sebuah kafe siber selepas berang apabila mangsa mengejar dan memukul kepala salah seorang penjenayah itu dalam kejadian di Jalan 1/32 Taman Jinjang Baru di sini semalam.

Kejadian tragis pukul 6.40 pagi itu mengakibatkan Mohd. Rahmat Jul, 34, dari Sandakan, Sabah mati sebaik tiba di Hospital Selayang selepas terkena dua das tembakan di dada dan satu di pangkal paha.

Difahamkan, Mohd. Rahmat bertindak mengejar dan memukul kepala salah seorang penjenayah itu menggunakan sebatang besi kerana menyangka pistol yang diacukan kepadanya ketika kejadian samun sebelum itu palsu.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila mangsa yang bekerja sambilan di premis itu didatangi dua suspek berusia lingkungan 40-an terbabit dengan menaiki sebuah motosikal. Mereka memakai topi keledar dan topi ketika menyamun.

sumber- Kosmo

Katy Perry tolak lamaran American Idol

katy perry sexy wallpaper
AKSI Katy Perry ketika mempromosikan filemnya yang bertajuk Part of me 3D di Rio de Janeiro, Brazil. Perry tetap enggan menjadi juri American Idol walaupun ditawarkan wang sebanyak RM60.8 juta.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Katy Perry menolak tawaran sebanyak AS$20 juta (RM60.8 juta) untuk menjadi juri program televisyen American Idol, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Menurut portal hiburan TMZ.com, penyanyi lagu Wide Awake itu tidak berganjak dengan keputusannya. Dia juga tidak pasti sama ada American Idol adalah langkah betul untuk mengembangkan kerjayanya.

"Katy Perry sedang hangat diburu. Mereka sangat mahukannya," kata satu sumber kepada akhbar Us Weekly.

Sewaktu diwawancara oleh majalah Hollywood Reporter pada Julai lalu, Perry, 27, pernah mendedahkan bahawa dia berasa belum sesuai menjadi juri program televisyen.

Setakat ini, hanya penyanyi pop terkenal, Mariah Carey mengesahkan penyertaan sebagai juri untuk musim American Idol akan datang. Carey dilaporkan bakal menerima bayaran sebanyak AS$$18 juta (RM54.7 juta).

Sebelum ini, bintang terkenal Jennifer Lopez yang juga bekas juri program itu menerima bayaran sebanyak AS$12 juta (RM36.5 juta) bagi setiap musim.

Antara selebriti lain yang disebut-sebut bakal menyertai American Idol sebagai juri termasuklah Nicki Minaj, Pharell Williams, Nick Jonas, Keith Urban dan Kanye West. 

sumber- Agensi

Kambing panjat pokok di Maghribi

Kambing panjat pokok di Maghribi
BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam.
RABAT - Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube.

Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis.

Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.

Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter. 

sumber- AFP

Kabaret guna robot wanita pikat pelanggan

sexy robot
Dua wanita memakai bikini (kiri) mengendalikan robot perempuan setinggi 3.6 meter di Restoran Robot di daerah Kabukicho, Tokyo, 16 Ogos lalu.
TOKYO - Di sebuah restoran yang terletak di daerah hiburan di sini, empat buah robot wanita mengenyit mata dan melambaikan tangan sambil bergerak mengikut rentak gendang tradisi Jepun dan lagu Lady Gaga.

Suasana itu menandakan bermulanya persembahan di 'Restoran Robot' yang merupakan sebuah restoran kabaret berteknologi tinggi di Jepun.

Sebahagian besar robot industri di dunia digunakan di negara ini.

Pemilik restoran berkenaan menyatakan, dia berbelanja 10 bilion yen (RM391.2 juta) dan menunggu selama tiga tahun untuk keempat-empat robot itu disiapkan.

"Semuanya kecuali komponen utama robot ini dihasilkan dan dipasang oleh kami," kata jurucakap kabaret berkenaan, Watanabe.

Katanya, robot wanita itu memiliki ketinggian 3.6 meter. Robot yang ditempah khas tersebut mempunyai ciri-ciri raut wajah yang dikawal oleh penari kelab berkenaan.

Bahagian bawah tubuh robot tersebut dilengkapi beberapa tempat duduk seperti karakter siri kartun popular Jepun, Gundam.

Bahagian tubuh atas robot itu dihiasi dengan pakaian dalam pahlawan wanita futuristik.

Robot tersebut turut dirias dengan rambut berwarna perang, coklat dan merah bersama mata biru atau hijau.

Setiap robot tersebut dikawal oleh dua penari wanita berbikini.

Penari-penari itu akan duduk di kerusi yang terletak di bahagian perut robot berkenaan.

Mereka akan mengawal raut wajah dan kaki robot berkenaan dengan menggunakan kayu bedik sepanjang persembahan robot wanita itu berlangsung.

Konsep di sebalik pembukaan restoran itu adalah bergaduh, wanita yang lincah dan robot-robot tersebut adalah sebahagian daripada tema restoran ini.

sumber- Reuters

17 dipancung kepala ketika berpesta

17 dipancung kepala ketika berpesta
ANGGOTA kumpulan Taliban dipercayai mendalangi pembunuhan kejam di Musa Qala, Helmand, Afghanistan semalam.
KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.

Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

"Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah.

Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut.

sumber- Kosmo