Robot seakan manusia paling kecil di dunia yang pernah dihasilkan ialah BeRobot dengan ketinggian 153 mm (6 inci). Ini disahkan sendiri oleh Guinness World Records. Keunikan yang terdapat pada robot tersebut ialah ianya mampu berjalan, menendang, serta mampu melakukan tekan tubi. BeRobot dihasilkan oleh GeStream, sebuah syarikat dari Taiwan dan pertama kali dipertontonkan di Global SMEs Convention di Kuala Lumpur, Malaysia pada 6 September 2007.
Pages - Menu
▼
Wednesday, August 29, 2012
Robot seakan manusia paling kecil
Robot seakan manusia paling kecil di dunia yang pernah dihasilkan ialah BeRobot dengan ketinggian 153 mm (6 inci). Ini disahkan sendiri oleh Guinness World Records. Keunikan yang terdapat pada robot tersebut ialah ianya mampu berjalan, menendang, serta mampu melakukan tekan tubi. BeRobot dihasilkan oleh GeStream, sebuah syarikat dari Taiwan dan pertama kali dipertontonkan di Global SMEs Convention di Kuala Lumpur, Malaysia pada 6 September 2007.
Anjing paling kecil di dunia
Anjing adalah diantara haiwan peliharaan paling popular di dunia. Boo Boo, dari baka Chihuahua ini merupakan anjing paling kecil di dunia yang masih hidup berdasarkan ketinggian serta panjang bulunya. Ukuran ketinggiannya ialah 10.16 cm (4 inci) dan disahkan oleh Guinness World Records pada 12 May 2007. Anjing istimewa ini dimiliki oleh Lana Elswick yang menetap di Raceland, Kentucky, Amerika.
Tangan wanita hampir putus ditetak peragut
Orang ramai membantu mangsa yang cedera ditetak peragut di Kota Bharu, Kelantan hari ini. |
KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini.
Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.
Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam.
Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam.
Ibu kepada dua cahaya mata yang pengsan selepas kejadian itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan.
Saksi kejadian, Hidayah Daud, 21, berkata kejadian itu berlaku di hadapan pusat jualan tudung berkenaan yang merupakan tempat dia bekerja.
“Ketika kejadian saya lihat peragut berkenaan menarik beg tangan mangsa namun tidak berhasil apabila mangsa berjaya menariknya.
“Selepas itu mangsa mula menjerit meminta tolong dan pergelutan di antara mereka kemudian terus berlarutan sehingga ke tepi jalan,” katanya.
Hidayah berkata, menyedari mangsa masih tidak melepaskan beg tangannya, peragut berkenaan seterusnya bertindak ganas dengan menetak pergelangan tangan kiri mangsa.
“Mangsa ditetak lebih tujuh kali sehingga terjatuh dan masa itu darah telah berlumuran pada tangan mangsa. Selepas itu peragut tersebut telah bertindak melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang seorang lagi rakanya yang sudah menunggu apabila menyedari kehadiran orang ramai di tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, peragut tidak sempat melarikan barangan berharga daripada mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu luka sedalam 38 sentimeter dan putus urat pergelangan tangan kiri.
Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai tampil membantu siasatan.
sumber- Sinar
Chainsaw terbesar di dunia
Di Amerika, terdapat sebuah chainsaw berukuran gergasi yang dinamakan 'Big Gus' direka oleh Moran Iron Works, Inc. di Onaway, Michigan, USA pada tahun 1996. Ianya berukuran 6.98 meter (22 kaki 11 inci) panjang dan 1.83 meter (6 kaki) tinggi. Dengan ukuran sebegitu, tiada siapa yang mampu mengangkatnya. 'Big Gus' juga telah mencatat Guinness World Records sebagai gergaji berenjin terbesar di dunia dan kini dipamerkan di Da Yoopers Tourist Trap di Ishpening, Michigan, USA.
Kes Amuk: Pakai Topeng Power Rangers Hadir Mahkamah
Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini. -Foto Bernama |
PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.
Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.
Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.
Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.
Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.
Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.
Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.
sumber- Sinar
Dua beradik beli topup, kakak dirogol
gambar hiasan |
SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli topup berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.
Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.
Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.
Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.
Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.
Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.
Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.
“Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.
“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.
“Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.
“Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam,” katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu.
sumber- HMetro
Kreatif! Hotel Mini Yang Boleh Di Lipat
M-Velope merupakan satu struktur mini hotel peribadi yang boleh berubah bentuk mengikut kehendak pengguna. Hotel mini yang dikenali sebagai M-Velope ini mesra alam dan dihasilkan daripada kayu cedar merah yang berkualiti tinggi.
M-velope boleh didirikan sama ada dalam bentuk binaan biasa atau secara bergabung. M-Velope boleh didirikan dalam konfigurasi yang berbeza malah dengan adanya "slotted panel" pengguna boleh melipat struktur kerangka utama dan mengubah bentuk hotel mini ini menjadi bentuk kiub.
M-Velope juga mempunyai struktur panel sokongan tambahan yang mampu untuk menampung dan memuatkan 14 orang dewasa dalam satu-satu masa. Dan bagi sumber pencahayaan, M-Velope menggunakan panel solar minimalis untuk membekalkan kuasa kepada lampu dan alat elektronik berkuasa rendah.
M-velope boleh didirikan sama ada dalam bentuk binaan biasa atau secara bergabung. M-Velope boleh didirikan dalam konfigurasi yang berbeza malah dengan adanya "slotted panel" pengguna boleh melipat struktur kerangka utama dan mengubah bentuk hotel mini ini menjadi bentuk kiub.
M-Velope juga mempunyai struktur panel sokongan tambahan yang mampu untuk menampung dan memuatkan 14 orang dewasa dalam satu-satu masa. Dan bagi sumber pencahayaan, M-Velope menggunakan panel solar minimalis untuk membekalkan kuasa kepada lampu dan alat elektronik berkuasa rendah.
sumber- bucublog
Malang harimau bintang
KAKI harimau ini tertusuk besi pagar menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri. |
NEW DELHI: Seekor harimau bintang meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, lapor media semalam.
Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter.
Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana.
Harimau bintang berusia empat tahun itu dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan pagi semalam.
DOKTOR memberikan rawatan segera ketika harimau berkenaan masih pengsan akibat ubat pelali. |
Tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu.
Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.
Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu.
Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.
Kejadian semalam adalah insiden ketiga membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan.
Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.
Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya.
Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan.
Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi.
Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.
Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu.
Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.
Kejadian semalam adalah insiden ketiga membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan.
Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.
Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya.
Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan.
Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi.
sumber- DM
Sesame Street 'Von Counth' meninggal dunia
Jerry Nelson |
PEMERGIAN figura yang meminjamkan suaranya untuk watak penghisap darah-puntianak, Count Von Count menerusi drama Sesame Street, Jerry Nelson meninggalkan seribu kenangan buat peminatnya.
Jerry meninggal dunia pada usia 78 tahun akibat komplikasi beberapa penyakit dan masalah saluran pernafasan yang serius. Selain meminjamkan suaranya untuk watak puntianak, semasa hayatnya, Jerry turut menyumbangkan suaranya untuk Herry Monster, Fat Blue, dan Sherlock Helock.
Ketua Pegawai Operasi Jim Henson Company, Lisa Henson turut mengesahkan perkara ini dan menyifatkan kehilangan Jerry sukar untuk dicari ganti.
"Jerry adalah tokoh seorang penghibur. Dia berjaya menghidupkan karakter boneka dengan kelembutan, kebijaksanaan dan kebaikan yang datang dari dalam dirinya sendiri.
"Dia juga sudah bersama kami sejak awal penubuhan Sesame Street sehingga ke penerbitan Muppets. Kehilangannya amat sukar dicari ganti," ujarnya.
sumber- Sinar
Penyanyi Itek Gembo-Gembo dapat anak lelaki
Anak lelaki Lan yang diberi nama Muhammad Darwish |
PENYANYI berkumpulan yang terkenal dengan lagu Itek Gembo-Gembo, Lan A to Z dan isteri, Siti Nur Ain Daut menimang cahaya mata lelaki, semalam.
Bayi seberat 3.1 kilogram yang diberi nama Muhammad Darwish itu dilahirkan pada 2.45 petang di Hospital Selayang.
Lan atau nama sebenarnya, Norazlan Abd Aziz, 43, ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi menyatakan keterujaannya dengan kelahiran bayi lelaki sulungnya itu.
“Perasaan saya tentulah sangat gembira lebih-lebih lagi lahir dalam bulan Syawal dan ini merupakan hadiah raya yang sangat bermakna buat saya dan isteri.
“Ketiga-tiga kakaknya juga sangat teruja dengan kelahiran adik baru mereka dan tidak sabar-sabar untuk skype melihat wajah Darwish,” kata Lan.
Lan dan isteri, Siti Nur Ain |
Lan mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Ain, 24, pada 11 November lalu di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Lan yang sebelum ini turut mempunyai tiga anak perempuan, yang kini menetap di London dengan bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff.
Mengenai sambutan raya kali ini, dia hanya menyambut hari lebaran di Rawang bersama kedua-dua belah kaum keluarga yang tinggal berdekatan dengan rumah pasangan itu.
sumber- Sinar
Soyeon T-ara Kemalangan
Soyeon |
AHLI kumpulan, T-ara, Soyeon yang terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut sumber yang juga rakan terdekatnya, doktor menasihati Soyoen berehat panjang di rumah.
"Memandangkan ketika itu dia sebenarnya dalam perjalanan untuk penggambaran drama terbarunya, Haeundae Lovers, jadi pihak produksi terpaksa menangguhkan penggambaran tersebut.
"Bagaimanapun, berapa lama ia terpaksa ditangguhkan, kami juga tidak tahu. Yang penting, dia akan kembali pulih seperti sedia kala," kata sumber.
sumber- Sinar
Padah selera songsang! Remaja dicabul dalam kereta
ROMPIN - Gara-gara menjalin hubungan cinta songsang, seorang remaja dibelasah dengan tongkat kayu sebelum dicabul dua lelaki di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak ke Temerloh.
Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Ina (bukan nama sebenar) bukan saja dibelasah dan dicabul, malah dia yang berada di tempat duduk penumpang belakang turut dimaki dengan kata kesat dan dipaksa makan cili api.
Lebih mengaibkan, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘bomoh’ sempat merakamkan gambar dan video Ina yang tidak berbaju itu dalam telefon bimbit sambil mengugut untuk menyebarkannya dalam Internet.
Ina yang berusia 19 tahun itu berkata, sepanjang perjalanan itu juga, dia didera fizikal dan mental apabila diasak pelbagai pertanyaan keluarga Tasha (bukan nama sebenar) dan bomoh terbabit tentang hubungan sejenisnya dengan wanita itu.
“Keluarga Tasha datang jumpa keluarga saya di rumah dan paksa saya supaya ikut mereka ke Temerloh kononnya untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kesalahan yang dilakukan saya terhadap Tasha,” katanya.
Menurutnya, ibunya yang bimbang sesuatu terjadi ke atas dirinya menghubungi abangnya memaklumkan tentang kedatangan keluarga Tasha ke rumahnya bagi menyelesaikan kes terbabit.
“Bagaimanapun keluarga Tasha tetap berkeras untuk membawa saya ke Temerloh untuk menyelesaikan perkara itu.
“Pada mulanya, mereka tidak membenarkan emak dan kakak saya ikut, namun setelah didesak beberapa kali akhirnya mereka terpaksa membawa kedua-duanya sekali ke Temerloh.
“Emak saya mula curiga, apabila saya dipaksa menaiki kereta berasingan sedangkan emak dan kakak menaiki kereta yang sama,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, atas alasan bomoh itu yang kononnya tidak berbuat apa-apa terhadap diri saya di dalam kereta terbabit, akhirnya ibu akur dengan alasan tersebut.
“Segala-galanya berubah apabila saya yang duduk di tempat penumpang belakang diapit abang Tasha dan bomoh telah bertindak kejam dengan memukul saya dengan tongkat kayu sambil melemparkan kata kesat,” katanya.
Ina berkata, bomoh itu turut merakamkan video dan gambar dia tidak berbaju sambil memaksanya untuk memandang kamera telefon bimbit tersebut.
Katanya, bomoh dan abang Tasha juga mengugut untuk membawanya ke sebuah penempatan Orang Asli kerana ada tujuh lelaki di situ yang sudah sedia menunggu untuk merogolnya.
“Bagaimanapun, ibu Tasha menghubungi anaknya itu supaya segera membawa saya ke rumah mereka kerana sudah lama menanti,” katanya.
Katanya, sebaik saja sampai di rumah ibu Tasha, dia dipukul wanita itu.
Menurutnya, kejadian dia dipukul itu hanya mampu disaksikan ibu dan kakaknya itu memandangkan mereka tidak dibenarkan untuk menghalang perbuatan kejam tersebut.
Bagaimanapun, katanya, sebaik dia tiba di rumah, dia menceritakan segala-galanya detik dia dicabul dan dipukul oleh bomoh dan abang Tasha kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat bagi menuntut keadilan bagi pihaknya.
“Pada mulanya, kita tak mahu memperbesarkan perkara ini, namun tindakan yang dilakukan oleh keluarga Tasha amat kejam hingga mendatangkan kecederaan dan mencabul kehormatan saya,” katanya.
Menurutnya, sehari selepas kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam sebelum membuat laporan polis seterusnya di Balai Polis Bandar Tun Razak, Keratong.
Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintendan, Zainul Mujahidin Mat Yudin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes terbabit.
Zainul Mujahidin berkata, polis menahan seorang daripada suspek untuk membantu siasatan.
sumber- Sinar
Banjir terburuk sejak 30 tahun
Wan Yusof (dua, kiri) meninjau keadaan dinding belakang rumah penduduk (kanan) yang roboh ditimpa air banjir. |
TANAH MERAH - Insiden banjir kilat yang berlaku pada malam 21 Ogos lalu, disifatkan bencana alam terburuk pernah berlaku sejak lebih 30 tahun di Air Naga sehingga menyebabkan 25 rumah penduduk terjejas.
Lebih menyedihkan insiden tersebut membuatkan ramai penduduk menanggung kerugian apabila haiwan ternakan, kereta, motosikal, kelengkapan rumah, buku dan baju sekolah anak hilang dibawa arus malah ada dinding rumah penduduk yang roboh.
Penduduk, Abdul Razak Samad, 60, berkata, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur kerana beraya bersama anaknya, namun serta merta pulang setelah dimaklumkan anak saudara rumahnya turut terlibat dalam banjir kilat itu.
Menurutnya, banjir kilat sedemikian tidak pernah berlaku di kawasan berkenaan selama lebih 30 tahun dia tinggal dekat sini namun kejadian pada hari raya ketiga itu, air naik secara mendadak dalam masa dua jam sahaja.
“Banyak barang rosak dan tidak boleh dipakai seperti tilam, sofa, peti dan alatan elektrik yang lain.
“Kami sekeluarga ambil masa dua hari untuk bersihkan rumah ekoran banjir kilat membawa air lumpur,” katanya.
Abdul Razak turut menerima kunjungan daripada Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapa, Ketua Jajahan Tanah Merah, Zamri Ismail yang melawat keadaan rumahnya serta tiga rumah penduduk lain.
Penduduk cemas banjir kilat bawa arus deras
Penduduk, Minah Mat Diah, 60, berkata, hujan lebat selama dua jam membuatkan air naik secara mendadak tanpa disedari 25 penghuni rumah.
“Waktu itu memang takut, saya bawa cucu duduk atas sofa kerana air naik paras lutut atas rumah, habis kereta anak dan motosikal tenggelam. Barang-barang perabot dan elektrik rosak malah ada yang dibawa arus,” katanya.
Gadai nyawa selamat cucu
Penduduk, Mesah Che Amat, 59, berkata, kejadian yang berlaku sekelip mata itu membuatkan dia hanya terfikir mahu menyelamatkan 10 cucunya yang berada di rumah di mana sedang bercuti sempena hari raya.
“Selepas makan malam, saya berbual di ruang tamu bersama tiga anak dan dua menantu dan cucu juga ada, namun dikejutkan dengan suara suami supaya bersiap bila lihat air mula naik.
“Suami terus menyelamatkan cucu dengan membawa mereka ke seberang jalan, kejadian tersebut jadi igauan ngeri buat kami sekeluarga pada tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Usahakan bantuan
Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ghani turun padang melihat keadaan terkini serta menyampaikan sumbangan berupa barangan kelengkapan dapur untuk meringankan beban mangsa banjir kilat.
“Kita harap penduduk tabah dan anggap ia sebaik ujian dan kalau boleh, sama-sama berdoa biar insiden tersebut jadi yang pertama dan terakhir berlaku dekat sini.
“Selepas ini lebih banyak bantuan akan mereka terima menerusi inisiatif beberapa jabatan terlibat,” katanya.
sumber- Sinar
Derita bayi atas kecuaian suntikan
Nazirah bersama Nor Affendi dan Hayyzi Zykril yang didakwa menjadi mangsa kecuaian pihak klinik. |
MALAU - Seorang ibu mendakwa sebuah klinik desa perlu bertanggungjawab di atas kecuaian memberikan suntikan imunisasi sehingga menyebabkan anaknya, Muhammad Hayyzi Zykril Al-Muiz yang berusia empat bulan terpaksa menjalani pembedahan akibat terkena jangkitan kuman di Desa Keda Malau, Jitra, semalam.
Nazirah Ghazali, 25, berkata, bimbang dengan keadaan paha kiri anaknya yang bengkak selepas menerima suntikan ketika berusia sebulan mendorongnya untuk bertanyakan mengenai hal terbabit kepada klinik terbabit.
Menurutnya, selama tiga bulan dia bertanyakan mengenai hal berkenaan namun pihak terbabit hanya membuat andaian bahawa bengkak yang dialami adalah normal.
“Pihak terbabit kemudiannya memberitahu supaya anak saya dibawa ke klinik kesihatan berdekatan namun alasan yang sama turut diberikan oleh mereka mengatakan keadaan anak saya masih trauma kerana sakit.
“Khuatir dengan ketulan paha kiri anak, saya memaklumkan kepada pihak terlibat supaya surat dikeluarkan untuk membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi mengenal pasti kesakitan yang dialami,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, doktor pakar di HSB mengesahkan bahawa ada ketulan yang berukuran empat sentimeter di paha kiri anaknya adalah disebabkan jangkitan kuman.
“Pembedahan terpaksa dilakukan segera pada 15 Ogos lalu untuk membuang ketulan terbabit sebelum ia merebak teruk,” katanya.
Suaminya, Nor Affendi Mohd Zaman, 24, berkata, pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan anaknya yang tertunggak sebanyak RM1,430.
Menurutnya, dia terpaksa menamatkan perkhidmatannya untuk memastikan anaknya mendapat rawatan susulan setiap hari.
“Saya mohon pihak terlibat bertanggungjawab di atas pembedahan berkenaan dan saya tidak ada tempat bergantung lagi bagi menguruskan kos pembedahan serta ulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, aduan sudah dimaklumkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri supaya siasatan lanjut dapat dijalankan berkaitan kes berkenaan.
Menurutnya, ibu bapa bayi akan dipanggil semula semasa siasatan dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku.
“Aduan sudah disalurkan kepada pihak terlibat dan sebarang keputusan akan dibuat selepas siasatan dijalankan,” katanya.
sumber- Sinar
Hantu kanak-kanak dirakam di kedai berhantu
Video ini telah dimuat naik di Youtube oleh Andrew Dasilva. Dia mendakwa video asal cctv ini diberikan oleh rakannya. Setelah beberapa siasatan dilakukan, kedai berhantu tersebut disahkan didirikan di atas bekas tapak rumah anak yatim yang dinamakan Yorkshire Orphan Asylum. Hantu kanak-kanak tersebut kemungkinan juga adalah bekas penghuni rumah tersebut yang telah meninggal dunia.
Dalam video cctv ini, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang melintasi suatu ruang lalu menghilangkan diri. Kanak-kanak tersebut berpakaian seperti masyarakat Inggeris pada zaman dahulu dan ianya serba putih. Beberapa pakar telah dipanggil untuk meneliti video tersebut namun tiada sesiapa yang mampu memberikan penjelasan yang tepat.
Mat Lejang Solo tersungkur
Abdul Majid (tengah) menunjukkan hasil rampasan dalam kes curi motosikal. |
KLUANG - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikenali sebagai Mat Lejang Solo yang aktif dalam kes curi motosikal di daerah ini berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) setelah terlibat dalam kes mencuri dan meleraikan motosikal sebelum menjualnya kepada mat-mat rempit 16 Ogos lalu.
Hasil maklumat serta risikan yang dibuat sebelum ini, polis menyerbu dan membuat pemeriksaan di sebuah rumah yang terletak di Taman Layang-layang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan polis berjaya menemui pelbagai komponen motosikal yang telah dileraikan.
“Malah, komponen-komponen tersebut sedia untuk dijual kepada mat rempit yang ingin mengubah suai motosikal masing-masing.
“Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati lelaki tersebut telah mengaku memiliki semua peralatan motosikal yang telah dileraikan itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.
Abdul Majid berkata, antara peralatan yang telah dirampas adalah 12 karburetor motosikal, dua head enjin motosikal, sebuah blok enjin motosikal dan clutch motosikal.
Beliau berkata, suspek kini di siasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih dari setahun.
“Hasil tangkapan tersebut, pihak IPD Kluang telah berjaya menyelesaikan 12 kes curi motosikal yang berlaku di sekitar Pekan Layang-Layang dan Kluang,” katanya.
sumber- Sinar
Misteri kesan tapak kaki melekat pada batu
Omar (kanan) menunjukkan kesan tapak kaki yang masih jelas kelihatan. |
KUALA TERENGGANU – Bukan sesuatu asing bagi masyarakat di sini, apabila ditanya mengenai kesan tapak kaki manusia pada batu besar yang terletak di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Maras, di sini, kerana ia sememangnya terselit sejarah dan cerita yang tersendiri.
Malah, kesan tapak kaki berukuran kira-kira 12 inci (0.3 meter) itu turut menjadi tumpuan ramai setiap kali berlangsungnya majlis atau upacara di kawasan tanah perkuburan berkenaan, bagi melihat sendiri sekali gus mensahihkan lagi cerita-cerita yang sampaikan ke pendengaran mereka sebelum ini.
Justeru itu, ada segelintir pihak berharap agar pihak terlibat dalam penilaian sejarah menilai kesahihan tersebut dengan harapan untuk menjadikan ia sebagai salah satu monumen yang harus dipelihara.
Batu besar yang terlatk di belakang Omar itulah sering menjadi tempat Bilal Awang bertapa ketika hayatnya. |
Sinar Harian difahamkan, kesan tapak kaki itu merupakan milik Allahyarham Bilal Awang Mohd Amin, yang dikatakan menghentak kakinya pada batu berkenaan setelah kecewa tidak memperoleh ilmu persilatan daripada salah seorang gurunya.
Allahyarham Bilal Awang yang meninggalkan dunia ketika usianya 66 tahun, sememangnya dikenali masyarakat setempat kerana kehebatannya dalam ilmu persilatan serta sering bertapa di dalam hutan untuk memperoleh ilmu yang diingininya.
Sehubungan itu, bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, Sinar Harian menemui waris terdekat yang juga cucunya, Omar Abdullah, 66, untuk mendapatkan cerita di sebalik kisah tapak kaki yang membuatkan tanah perkuburan berkenaan mempunyai tarikan tersendiri.
“Boleh dikatakan hampir kesemua penduduk di kampung ini terutamanya generasi lama mengetahui cerita ini, di mana kesan tapak kaki yang berusia lebih 60 tahun itu masih jelas kelihatan sehingga kini, meskipun kejadian itu telah lama berlaku,” katanya.
Katanya lagi, kehebatan datuknya dalam ilmu persilatan sememangnya diakui ketika zaman dahulu dan kesan tapak kaki itu turut menjadi lambang kekuatan ilmu yang dipelajari, dalam usaha untuk menguasai sebanyak mungkin ilmu tentang persilatan.
Jelasnya lagi, ada antara orang ramai datang berjumpa dengannya semata-mata ingin mengetahui cerita di sebalik misteri tapak kaki manusia yang masih jelas di atas batu yang terletak di kawasan tanah perkuburan kampung berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Maras Tengah, Ismail Awang, nilai sejarah yang terdapat di tanah perkuburan berkenaan secara tidak langsung menjadi tarikan hingga ada yang datang semata-mata untuk melihat kesan tapak kaki tersebut.
“Sambutan hari raya enam baru-baru ini menyaksikan ramai antara saudara dan waris yang jenazahnya disemadikan tanah perkuburan itu, berpusu-pusu menuju ke batu besar yang terletak di kawasan tanah perkuburan, semata-mata untuk melihat dengan mata sendiri kesan tapak kaki manusia berkenaan,” katanya.
Katanya lagi, sejarah yang terpahat di batu berkenaan wajar dipelihara sebagai nilai yang memiliki tarikan tersendiri, di samping memberi pengajaran dan teladan berguna kepada generasi akan datang.
sumber- Sinar
Keganasan amukan kumpulan samseng
Rakaman CCTV menunjukkan beberapa orang bertindak memukul dan memecahkan cermin lori milik keluarga mangsa sambil ada yang membaling objek berapi ke dalam rumah. |
Ahli keluarga mangsa menunjukkan cermin kereta Waja yang dipecahkan penjenayah terbabit. |
Gunasegaran menunjukkan cermin pintu rumahnya pecah akibat dibaling dengan objek keras. |
KALUMPANG - Akibat dendam, sekumpulan ahli kongsi gelap bertindak memecahkan cermin empat kenderaan dan membakarnya serta membaling objek dipercayai berisi minyak tanah ke dalam rumah sebuah keluarga di Taman Musabika di sini dalam kejadian amuk awal pagi semalam.
Amukan lebih 10 orang lelaki yang sebahagiannya bertopeng itu disasarkan terhadap tiga keluarga bersaudara dengan motif menakut-nakutkan mangsa.
Salah seorang mangsa, G Gunasegaran, 24, berkata, kejadian jam 12.48 pagi itu dipercayai dilakukan ahli ‘geng 08’ yang bersenjatakan parang, besi serta kayu hoki.
“Ketika kejadian kami semua sudah tidur dan dikejutkan dengan bunyi bising serta dentuman.
“Kami lihat mereka bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta dan lori serta membaling objek berapi seperti bom minyak tanah ke badan lori dan ruang garaj rumah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, isterinya yang terkejut dengan tindakan itu menggigil ketakutan sambil menangis.
Katanya, kumpulan penjenayah itu datang menaiki dua kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dan Pajero warna cerah sebelum beredar lima minit kemudian.
Gunasegaran berkata, mereka bernasib baik kerana penjenayah terbabit lari setelah mendengar jeritan ibunya di rumah bersebelahan.
“Semuanya ketika itu cemas dan ketakutan kerana melihat tindakan ganas penjenayah tersebut dan tidak ada seorang pun berani keluar bimbang dicederakan.
“Kami hanya dapat melihat kereta Proton Waja, Perodua Kancil, lori tiga tan dan Naza Kia dipecahkan dengan hentakan berkali-kali menggunakan parang, besi dan kayu hoki,” katanya.
Katanya, mereka bernasib baik kerana kamera litar tertutup (CCTV) yang baru di pasang beberapa hari lalu dapat merakam kejadian itu.
Menurutnya, rakaman awal kira-kira lapan minit sebelum kejadian itu menunjukkan seorang lelaki dikenali mangsa melalui hadapan rumah mereka menaiki motosikal sambil menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk memberi maklumat keadaan rumah mangsa kepada kumpulan terbabit.
Gunasegaran berkata, kejadian itu menjadi peristiwa hitam dalam keluarganya dan percaya dalangnya adalah ahli ‘geng 08’ yang sebahagiannya dikenali mangsa.
Difahamkan, ketua kumpulan itu telah ditahan pihak berkuasa berhubung kes ugutan menyebabkan anak buahnya datang bagi menakut-nakutkan keluarga mangsa.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka kini tinggal dalam ketakutan sehingga merasakan sudah tidak selamat.
Menurutnya, kewujudan geng tersebut di mana ahlinya daripada kalangan penduduk taman berdekatan menggusarkan lagi perasaan mereka.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa bertindak tegas dengan menahan kesemua penjenayah terlibat dan mengenakan hukuman setimpal bagi mengelak kejadian sama berulang.
Halau penjenayah keluar
Keganasan dilakukan sekumpulan penjenayah dipercayai ahli ‘geng 08’ terhadap tiga keluarga di Taman Musabika semalam turut menimbulkan kebimbangan penduduk taman berkenaan.
Penduduk yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Hulu Selangor, B Raja Kumar, 31, berkata, tindakan kumpulan terbabit menjadi ancaman keselamatan terhadap penduduk dan hanya dengan menghalau mereka keluar daerah menjadi penyelesaian.
“Mereka semakin berani dan menunjukkan belang sehingga sanggup bertindak mengugut penduduk di sini.
“Kewujudan kumpulan ini sudah disedari lama kerana kegiatan mereka menconteng papan-papan tanda dengan simbol 08 kelihatan di semua tempat, tetapi sekarang mereka bertindak kejam,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Menurutnya, kumpulan terbabit dikatakan wujud sejak lebih tiga tahun lalu dan pengaruhnya semakin meluas.
Katanya, tidak cukup dengan ahli samseng, geng terbabit turut mempengaruhi remaja termasuk pelajar sekolah menyertai mereka.
Raja Kumar berkata, walaupun tidak pernah mendatangkan kecederaan tetapi tidak mustahil kumpulan itu akan bertindak lebih ganas jika tidak dihalang.
“Kita bimbang kejadian lebih buruk berlaku kerana tindak-tanduk mereka semalam sudah cukup menakutkan penduduk.
“Mereka langsung tidak menghiraukan keselamatan orang lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Menurutnya, terdapat ahli keluarga mangsa membuat laporan polis dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.
sumber- Sinar
Jerman Perkenal Bas Terpanjang Di Dunia
Autotram Extra Grand |
BERLIN - Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang di dunia, Autotram Extra Grand 98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa.
Ia akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan.
Bas tersebut yang digambarkan sebagai ‘kereta api beroda’ itu diperkenalkan buat pertama kali di bandar Dresden, dijangka dapat memenuhi keperluan sistem pengangkutan awam negara itu.
Rekaan kenderaan yang mempunyai tiga bahagian badan itu mendapat sentuhan hasil kerjasama seorang pereka, Fraunhofer IVI dan Universiti Teknikal Dresden tidak memerlukan sebarang latihan khas untuk pemandu.
Laporan Y! Tech menyebut bahawa kenderaan terbabit turut dikatakan mudah dikendalikan seperti bas biasa dan mengaplikasikan penggunaan sistem komputer Autotram Extra Grand untuk membantu pemandu membelok.
Tujuan utama sistem tersebut digunakan bagi memastikan bahagian belakang bas mengikut tepat bahagian depan dan tengah bas pada setiap masa.
Sebagai tambahan, sistem pengangkutan canggih ini turut menggabungkan teknologi hijau dalam pengendalian enjinnya yang menggunakan gas bagi menggantikan petrol dan enjin elektrik hibrid yang boleh bergerak sejauh lima kilometer atas kuasa bateri.
Perekanya turut mengakui bahawa mereka telah menerima pertanyaan dari bandar-bandar lain di seluruh dunia bagi mendapatkan versi bas mereka sendiri kerana ia pembinaan bas gergasi itu dilihat mampu menjimatkan kos operasi.
Selain itu, bas gergasi itu juga dilihat bergerak di atas jalan raya yang mempunyai pengguna yang ramai berbanding di sistem rel komuter.
sumber- Sinar
Majlis bakar dadah
BEBERAPA pegawai polis dan orang ramai melihat dadah berjumlah lebih satu tan dibakar dalam satu majlis di Phnom Penh semalam. |
PHNOM PENH - Kerajaan Kemboja memusnahkan pelbagai jenis dadah berjumlah lebih satu tan dalam satu majlis yang berlangsung di sini semalam.
Media tempatan melaporkan, semua dadah tersebut yang merupakan hasil rampasan oleh pihak berkuasa dibakar pada majlis berkenaan.
Selain pihak media, polis dan orang awam majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk Gabenor Phnom Penh, Kep Chuk Tema dan Timbalan Pihak Berkuasa Kebangsaan Dalam Memerangi Dadah, Keo Khondara.
sumber- Reuters
10 Selebriti Terkaya Indonesia
Majalah Globe Asia di Indonesia telah menyenaraikan sepuluh artis Indonesia terkaya. Ia dipertimbangkan selepas mengira semua hasil selebriti tersebut dari sudut keuntungan perniagaan dan bayaran yang diterima oleh artis tersebut melalui bidangnya – tidak termasuk kekayaan pasangan atau harta keluarga. Anda pasti sangka artis seperti Ahmad Dhani atau Kris Dayanti akan memasuki carta, bukan? Salah. Malah ada antara artis yang tersenarai di sini sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen!
1. ANJASMARA
Anjasmara menduduki tempat pertama sebagai artis paling kaya di Indonesia dengan nilai kekayaan mencapai Rp.20 milyar (lebih kurang AS$2,109,704). Suami aktres Dian Nitami ini mengumpul kekayaan melalui kerjaya peragaannya selain menjadi pemain sinetron rebutan ramai pada akhir 90-an. Aktor berusia 36 tahun ini juga sering menjadi pengacara dalam pelbagai acara.
2. TUKUL ARWANA
Siapa sangka seorang pelawak boleh menjadi artis kedua terkaya di Indonesia. Namun begitu, Tukul Arwana yang popular melalui rancangan "Bukan 4 Mata" di siaran Trans 7 ini memiliki kekayaan yang dianggarkan bernilai Rp.15 milyar (AS$1,582,278). Tidak seperti artis yang lain yang rajin berbelanja, Tukul mengawal semua keuntungan yang didapatinya sehingga berjaya mendapat tempat kedua dalam carta artis terkaya Indonesia.
3. BUNGA CITRA LESTARI
Isteri kepada pelakon Malaysia Ashraf Sinclair ini memiliki kekayaan mencapai Rp.12.7 milyar (AS$1,339,662) melalui penjualan album dan nada dering, selain daripada filem-filem lakonannya.
4. TITI KAMAL
Bermula sebagai pelakon pembantu dalam "Ada Apa Dengan Cinta", Titi Kamal mula mendapat perhatian pengarah filem dan sinetron untuk menjadi watak utama mereka. Kebolehannya dalam bidang nyanyian juga membolehkan bintang dengan nama asal Kurniaty Kamalia ini menghasilkan dua buah album, termasuk runut bunyi bagi filem "Mendadak Dangdut". Isteri pelakon Christian Sugiono ini juga telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan beberapa cawangan restoran dan butik di Jakarta. Jumlah kekayaan Titi setakat ini mencapai Rp.10 milyar (AS$1,054,852).
5. LUNA MAYA
Sekalipun dengan kontroversi pita seks bersama Ariel Peterpan yang melanda dirinya, Luna Maya tetap berjaya memasuki carta di tempat kelima dengan jumlah kekayaan mencapai Rp.6 milyar (AS$632,911). Bekas duta Lux ini telah membintangi beberapa buah sinetron dan filem, namun keuntungan sebenarnya datang daripada bidang peragaan.
6. TORA SUDIRO
Pelakon dan pelawak Tora Sudiro memiliki kekayaan sehingga Rp.3.66 milyar (AS$386,076) dengan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak. Bintang "Arisan!" ini seringkali melakonkan watak utama dalam filem dan menjadi antara bintang utama komedi "Extravaganza" di Trans Tv.
7. DIAN SASTRO WARDOYO
Nama yang tidak asing lagi, bintang "Ada Apa Dengan Cinta" bernama Dian Sastro Wardoyo ini mengumpul kekayaannya melalui bidang peragaan, filem dan pengacaraan. Malah Dian dikenali sebagai bintang iklan paling berjaya di Indonesia dengan menjadi jurucakap lapan buah jenama termasuk Lux, L’Oreal dan Panasonic. Pada tahun 2012, Dian dianggarkan memiliki kekayaan sejumlah Rp.3.24 milyar (AS$341,772).
8. NICHOLAS SAPUTRA
Jika tadi heroinnya berada di tempat ketujuh, tempat kelapan pula diduduki oleh hero filem "Ada Apa dengan Cinta". Nicholas Saputra memiliki harta bernilai Rp.2.5 milyar (AS$263,713) melalui filem lakonannya, bidang peragaan dan juga kerjayanya sebagai pengacara di Channel V.
9. EVAN SANDERS
Bekas pengacara MTV Indonesia ini seringkali membintangi filem, FTV dan iklan, malah menjadi hos beberapa rancangan televisyen. Evan juga pernah berduet dengan penyanyi Melly Goeslow dan menghasilkan beberapa buah album. Kekayaan Evan Sander dianggarkan sebanyak Rp.2.25 milyar (AS$237,342).
10. JULIE ESTELLE
Adik kepada bekas pengacara MTV Catty Sharon keturunan Indonesia-Cina-Perancis-Amerika ini memiliki kekayaan yang dianggarkan mencapai Rp.1.65 milyar (AS$174,051) melalui filem dan iklan. Dikatakan Julie berjaya kerana menjadi antara artis Indonesia yang berjaya pada usia remaja.
sumber- Tupai
sumber- Tupai
Tragedi terkubur hidup-hidup
Beberapa penduduk melihat kubur yang meragut nyawa Zailan (gambar kecil) di Kampung Penak, Mentakab semalam. |
TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira empat jam sebelum itu.
Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian, Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan jenazah Minah.
"Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur hingga menutupi badan Zailan," kata pemuda itu.
Bagaimanapun, Nasir bernasib baik kerana runtuhan tanah tersebut tidak menimpa badannya.
Nizri memberitahu, Zailan terkambus sedalam kira-kira setengah meter dan semasa itu hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar dari timbunan tanah.
"Melihat kejadian tersebut, saya menjerit meminta tolong kawan-kawan yang sedang berehat di kawasan kubur," kata Nizri.
Tambah Nizri, mereka kemudian beramai-ramai menggali kubur itu semula menggunakan tangan tanpa cangkul kerana takut akan mencederakan kepala dan badan mangsa yang tertimbus.
sumber- Kosmo
Aksi ghairah Julie Woon di majalah Men's Health
Jika sebelum ini Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi dalam majalah FHM Indonesia, kini nama pengacara dan pelakon Julie Woon menjadi bualan hangat di beberapa forum hiburan tempatan apabila gambar aksi beraninya menjadi penghias majalah.
Beberapa keping foto telah dirakamkan menunjukkan Julie Woon tampil seksi di sisi seorang model lelaki.
Dalam majalah Men's Health keluaran Februari 2012, wanita berusia 27 tahun ini mempamerkan gaya separuh bogel dengan hanya memakai pakaian dalam dan beraksi ghairah di samping seorang model lelaki.
Antara gambar yang hangat diperkatakan di forum-forum hiburan tempatan. |
Walaupun bukan berbangsa Melayu dan sememangnya terkenal dengan penampilan seksi sebelum ini, namun namanya cukup sinonim di kalangan komuniti Melayu kerana pernah muncul dalam drama bersiri "Blogger Boy" di samping Qi yang merupakan bekas teman lelakinya ketika itu.
sumber- Tupai