Pages - Menu

Thursday, September 6, 2012

Hobi Pelik! Kumpul sisa makanan selebriti

hobi pelik
Michael dan Francesca Bennett
Semua yang disentuh berubah menjadi emas. Mungkin inilah istilah yang tepat bagi para selebriti di dunia.  Bermula dari pakaian yang dipakai hinggalah ke sisa makanan juga mempunyai nilai yang luar biasa.

Michael dan Francesca Bennett, sepasang suami isteri dari Britain ini memiliki hobi yang pelik kerana mereka berdua gemar mengumpulkan sisa makanan para selebiriti dari seluruh dunia.

Namun, siapa sangka jika hobi yang dikatakan pelik ini memberikan keuntungan besar pada mereka.

Baru-baru ini mereka berjaya melelong secebis puding sisa makanan Putera Charles dengan harga 300 poundsterling.

hobi pelik
muzium yang disediakan khas
Sisa puding pewaris takhta Kerajaan Britain ini merupakan salah satu koleksi yang dimiliki Michael dan Francesca. Bukan itu sahaja, mereka berdua turut menyediakan muzium khas untuk mempamerkan sisa-sisa makanan para selebriti yang telah dikumpul.

Menurut laporan Dailymail, mereka mula mengumpulkan sisa makanan selebriti dari seluruh dunia ketika cuba mengumpulkan dana bagi membantu pembiayaan perubatan kanak-kanak yang diserang kanser pada pada tahun 2004.

Sukan gusti terganas di dunia

Jepun adalah salah sebuah negara yang menganjurkan sukan gusti terganas di dunia. Perlawanan gusti yang diadakan bukanlah sembarangan. Para pesaing dibenarkan untuk menggunakan barang berbahaya dan mencederakan lawannya separah mungkin. Setiap kali perlawanan diadakan, peserta akan bermandi darah dan terpaksa menanggung kesakitan yang terlampau. Kalau beginilah caranya, tidak mustahil jika ada peserta yang mungkin akan meninggal dunia. "Japanese Hardcore Wrestling" sememangnya tidak sesuai ditonton oleh mereka yang lemah semangat. 

gusti paling ganas di dunia
gusti paling ganas di dunia
gusti paling ganas di dunia
gusti paling ganas di dunia
gusti paling ganas di dunia
gusti paling ganas di dunia
gusti paling ganas di dunia
gusti paling ganas di dunia

Gempar! Vokalis Green Day masuk hospital

Billy Joe Armstrong
Billy Joe Armstrong
KUMPULAN punk rock, Green Day terpaksa membatalkan konsert mereka di Itali apabila vokalisnya, Billy Joe Amstrong dimasukkan ke hospital selama seminggu.

Perkara itu disahkan ahli kumpulan lain, tetapi mereka enggan mendedahkan sakit dihidapi Amstrong. Doktor yang merawat Armstrong turut menyarankan agar dia tidak terlibat dalam sebarang persembahan dalam masa terdekat.

Green Day dijadual membuat persembahan di Las Vegas, Amerika Syarikat, 21 September ini dan khabar itu membuatkan peminat mereka hampa.

sumber- Sinar

Raja Azmi nafi jalin hubungan istimewa dengan VIP

panas artis malaysia
Raja Azmi
NAMA Raja Azmi Raja Sulaiman sememangnya tidak lekang daripada kontroversi. Selepas disahkan bercerai dengan Jalani Sidek Jun lalu, dia didakwa menjalin hubungan istimewa dengan orang kenamaan.

Menjawab dakwaan itu, Raja Azmi menjelaskan: “Saya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan VIP yang dimaksudkan, sebaliknya saya hanya berkawan sahaja dengan dia.”

“Saya hanya mengganggapnya sebagai kawan lelaki, sama seperti rakan-rakan saya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini kecoh apabila dikatakan dia dihimpit orang kenamaan sebaik sahaja ikatan perkahwinan dengan Jalani berakhir.

Ketika ditanya adakah dia serik untuk bercinta lagi, Raja Azmi memberitahu, “saya tidak merasa serik.”

“Sebaliknya jika ada jodoh pada masa akan datang, saya terima tetapi buat masa sekarang saya memang masih solo,” kata pengarah filem ini.

Dia juga berkata ketika ini tumpuannya lebih terarah kepada perkembangan seni syarikat produksinya, Akid Productions dalam merangka pelbagai program untuk terbitan syarikat itu.

Selepas 28 tahun melayari bahtera perkahwinan, Jalani, bekas jaguh badminton kebangsaan dan Raja Azmi bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur penghujung Jun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23 dan Megat Deli, 18.

Bagaimanapun Raja Azmi tidak mahu mengulas mengenai hubungan  antara bekas suaminya dengan seorang usahawan wanita seperti yang dilaporkan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

“Saya tidak mahu beri sebarang komen mengenai hubungan mereka,” katanya lagi.

Laporan media menyebut Jalani semakin mesra dengan usahawan berkenaan, Zaleha Mohd Khalid dan anak-anaknya.

Selain itu, Zaleha turut berkongsi dua keping gambar melalui laman Facebooknya yang memaparkan kemesraan di antara mereka berdua menyambut 1 Syawal bersama-sama, dua minggu lalu.

Zaleha, 47, turut menjelaskan dia dan Jalani, 49, sudah dua tahun meraikan hari lebaran bersama-sama cuma bezanya tahun lepas Raja Azmi turut bersama, tapi tidak tahun ini.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Raja Azmi mengatakan syarikat produksinya kini akan menerbitkan telemovie berjudul Akar yang mengisahkan kehidupan seorang anak Terengganu yang berhijrah ke Bali, Indonesia.

“Buat masa ini, saya akan menerbitkan Akar yang dibintangi pelakon baru, Khairil Anhar yang merupakan abang kepada pelakon Zahiril Adzim dan masih dalam proses untuk mencari pelakon wanita Indonesia sebagai heroinnya,” katanya.

Menurutnya lagi, telemovie ini akan memulakan penggambarannya bulan depan.

Sementara itu, Raja Azmi turut dalam perbincangan untuk menerbitkan sebuah program bual bicara yang mengetengahkan isu-isu semasa selain terdapat kelainan di mana semua tetamu yang dijemput akan menunjukkan kebolehan masing-masing kala berada di dapur.

“Program bual bicara ini seakan-akan konsep rancangan Oprah Winfrey Show tetapi kelainannya adalah semua tetamu yang dijemput harus memasak di set.  Itu adalah kelainan yang saya fikir boleh menarik minat penonton”.

“Saya turut menyimpan hasrat untuk menjemput isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bersama-sama tampil dalam program itu kelak,” katanya teruja.

Raja Azmi sebelum ini menjadi seorang di antara 16 peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama yang dimenangi penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaakob.

T-ara dikritik!

T-Ara wallpaper
T-Ara
SEMAKIN giat mengembangkan sayapnya, kumpulan wanita, T-ara bakal muncul dalam persembahan, M!Countdown.

Dalam persembahan itu, mereka turut menampilkan beberapa gadis kecil yang dipanggil, Little T-ara.

Walaupun masih baru, mereka telah berhadapan dengan masalah besar apabila idea mereka dikritik kerana tidak sesuai untuk anak kecil.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Park Ji-yeon selaku vokalis kumpulan memberitahu, Little T-ara tidak akan tampil dalam imej seksi.

"Mereka tidak terlibat dalam membawakan imej, Sexy Love dengan T-ara, tapi mereka hanya muncul di pembukaan persembahan sahaja.

"Little T-ara hanya tampil selama 25 saat dengan gerakan tarian robot," katanya.

sumber- Sinar

Dua pekerja Telekom maut

kemalangan ngeri Telekom Malaysia
Keadaan kereta dipandu seorang wanita hingga meragut dua nyawa yang sedang bertugas di lokasi kebakaran melibatkan stor penyimpanan barang lusuh di Batu 13, Jalan Kapar, Sungai
KAPAR - Malang tidak berbau apabila dua pekerja Telekom maut manakala dua lagi cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika kesemua mangsa sedang berehat sebaik selesai membaiki kabel telekom yang rosak akibat kebakaran sebuah stor penyimpanan barang lusuh dan plastik di Batu 13, Jalan Kapar, Sungai Serdang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Hasim Kuntana, 27, dan Edi Sugianto, 38, manakala mangsa yang cedera pula dikenali Agus Sugiharto, 26, dan Muhammad Soleh, 28. Kesemua mangsa adalah warga Indonesia.

Dalam kejadian itu juga, pemandu kereta yang berusia 27 tahun turut cedera parah di muka dan dia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kemalangan berlaku di lokasi kebakaran yang melibatkan stor penyimpanan barang lusuh.

“Ketika orang awam dan pihak berkuasa sedang menjalankan tugas masing-masing di tempat kejadian, tidak semena-mena sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita dipercayai terbabas lalu merempuh empat pekerja Telekom tersebut yang sedang berehat di lokasi pembaikian kecemasan kabel telekom.

“Kesemua mangsa yang tidak menyedari kenderaan tersebut menuju ke arah mereka gagal mengelak dan menjadi mangsa rempuhan.

“Berikutan itu, dua daripadanya maut di lokasi kejadian manakala dua lagi tercedera,” katanya.

Dalam kejadian yang sama, menurutnya, pemandu turut mengalami kecederaan parah selain kenderaannya remuk teruk pada bahagian hadapan.

Beliau berkata, keadaan di lokasi agak gelap tanpa lampu bagaimanapun pihak berkenaan telah meletakkan papan tanda amaran serta kon keselamatan berlampu dalam jarak lebih kurang 60 meter dari kedudukan mangsa.

“Peralatan berkenaan memang diletakkan sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya namun begitu kita tidak sangka kejadian yang tidak dijangka tetap berlaku,” katanya.

sumber- Sinar

Remaja dirogol bergilir-gilir

gambar kena rogol
gambar hiasan
BUTTERWORTH - Tindakan seorang remaja perempuan yang sanggup berbohong kepada ibu bapa kononnya mahu keluar untuk menyertai sambutan malam kemerdekaan anjuran rakannya, mengundang padah apabila dirogol bergilir-gilir empat remaja.

Lebih malang, kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu didalangi teman lelakinya sendiri.

Kejadian berlaku pada malam sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos lalu di rumah teman lelakinya di sini, bagaimanapun, hanya didedahkan ibu mangsa selepas mendapati anak perempuannya berada dalam keadaan murung selepas pulang ke rumah.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, remaja perempuan yang berasal dari Tanjung Tokong itu bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun dikatakan menyambut malam merdeka di kawasan Rawat & Rehat, Lingkaran Luar Butterworth (Borr) di sini, sekitar jam 8 malam.

“Selepas menyaksikan pertunjukan bunga api, mangsa dibawa ke rumah teman lelakinya untuk bermalam.Ketika kejadian, ibu bapa teman lelakinya berada di luar daerah dan mereka disertai tiga remaja yang merupakan rakan teman lelakinya itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya setelah dipujuk, sebelum diikuti tiga remaja terbabit dan mangsa dihantar pulang pada keesokan harinya.

“Mangsa dikesan dalam keadaan murung oleh ibunya. Selepas ditanya, mangsa memaklumkan dia dirogol dan ibu mangsa membuat laporan polis sejurus selepas itu.

“Kita hanya berjaya menahan dua remaja, termasuk teman lelaki mangsa pada malam 3 September lalu, manakala dua remaja lain menghilangkan diri,” katanya.

sumber- Sinar

Pejalan kaki maut dilanggar van

van untuk dijual
gambar-hiasan
SANDAKAN - Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah van ketika menyerang jalan di Jalan Pasir Putih dekat sini semalam.
   
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arifin berusia dalam lingkungan 40-an itu mati di tempat kejadian.
   
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata kejadian dilapor berlaku pada pukul 5.30 pagi dan pemandu van berkenaan telah membuat laporan polis.
   
Mayat lelaki itu masih ditempatkan di kamar mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil bagi mengecam mayat mangsa. 

sumber- Bernama

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

main dalam tandas
gambar hiasan
KUANTAN - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.
   
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.
   
"Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.
   
"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya.
   
Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.

Mohd Jasmani berkata pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.
   
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
   
Pengarah HTAA Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut. 

sumber- Bernama

Bayi 17 hari maut tersedak susu botol

susu botol

GEORGE TOWN - Seorang bayi lelaki berusia 17 hari mati dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Desa Indah, Relau di sini awal pagi ini.
   
Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi apabila ibunya mendapati anaknya Ng Kian Weng menjadi pucat dan tidak bergerak selepas diberi minum susu botol.   
   
Mangsa lalu dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.
   
Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
   
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan perkara tersebut dan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan tersedak susu di saluran pernafasannya. 

sumber- Bernama

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?

fesyen bertudung moden

Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.

Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. 

sumber- Mynewshub

Pemandu bas didenda RM1,000 miliki senjata berbahaya

cara sembelihan mengikut syariat
gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dua senjata berbahaya, minggu lepas.
   
Majistret Amal Razim Alias turut memerintahkan Muhammad Asyraf Nordin, 22, menjalani hukuman penjara dua minggu jika gagal membayar denda itu. Dia menjelaskan denda itu.
   
Muhammad Asyraf yang tinggal di Jalan Mega Mendong Kompleks Bandar di sini didakwa memiliki dua senjata berbahaya iaitu sebilah pisau berukuran lebih kurang 12 inci (30.48cm) panjang, hulunya berwarna celoreng hijau berserta sarung warna sama dan sebilah pisau berukuran lapan inci (20.32cm) di tempat awam dan tanpa kebenaran yang sah.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Walter Grenier, Dang Wangi di sini pada 10.30 malam 29 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
   
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis dari balai polis Dang Wangi membuat pemeriksaan ke atas kereta milik tertuduh dan menjumpai dua bilah pisau berkenaan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh namun peguam Nur Ain Jaafar yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman denda kerana kesalahan itu adalah kesalahan pertama tertuduh.
   
"Sehari sebelum tertuduh ditangkap, dia baru balik dari 'jungle tracking' dan barang tersebut (dua pisau) masih berada di dalam kereta dan belum dikeluarkan lagi," katanya yang turut memohon maaf di atas kecuaian anak guamnya itu.
   
Di mahkamah sama, seorang peniaga mengaku tidak bersalah memiliki dua bilah parang panjang berukuran lebih kurang 1.5 kaki (45.72cm) berserta sarung dan sebilah pisau pemotong sayur.
   
Mohammad Harez Daniel Chen Abdullah, 47, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik di My Home Hotel, Jalan 10/116B Kuchai Entreprenuers Park, Jalan Kuchai Lama, Brickfields, di sini pada 10 malam 31 Ogos lepas.
   
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
   
Amal Razim membenarkan Mohammad Harez Daniel Chen diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Sept untuk sebutan.

sumber- Bernama

Minyak habis di tengah laut, nelayan buat layar sendiri untuk pulang

kapal berhantu
gambar hiasan
MELAKA - Dua nelayan yang tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di Pantai Rombang, Tanjung Kling di sini Rabu lalu, selamat pulang awal pagi tadi.

Ramli Mahadi, 48, dan rakannya, Supian Kadir, 32, tiba di pantai dalam keadaan hujan dan ribut serta ombak bergelora kira-kira 12.10 pagi.

Mereka berkata mereka menggunakan layar yang dibuat sendiri dari kain kanvas untuk melayari bot mereka selepas kehabisan minyak di tengah laut.

"Biasanya kami akan bawa dua tong minyak iaitu kira-kira 50 liter ketika pergi menangkap ikan, tetapi apabila enjin bot kami terhenti baru kami perasan yang kami hanya bawa satu tong minyak sahaja," kata Ramli kepada pemberita kemudiannya.

Beliau berkata ekoran itu, mereka telah menggunakan kanvas yang terdapat di dalam bot untuk dijadikan layar.

Mereka tenang menghadapi keadan itu kerana pernah mengalami kerosakan enjin di tengah laut sebelum ini, katanya.

Ramli berkata ketika kejadian, mereka masih berada di dalam kawasan perairan negara.

Mereka biasanya menangkap ikan antara 20 hingga 25 batu nautika dari Pantai Rombang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Abdul Razak Manap berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan nelayan berkenaan pada malam kejadian dan menghantar sebuat bot mencari dan menyelamat.

Namun operasi mencari dan menyelamat tidak dapat dilakukan ekoran laut  bergelora dan angin kuat, katanya. 

sumber- Bernama

Pesalah dihukum potong alat kelamin di Korea Selatan

pisau berdarah
gambar hiasan
SEOUL: Sekumpulan 20 anggota Parlimen Korea Selatan semalam mengemukakan rang undang-undang yang akan membenarkan pengasian fizikal terhadap pesalah seks ketika kemarahan orang awam memuncak terhadap beberapa kes jenayah seks.

Jika diluluskan, mahkamah boleh mengarahkan pesalah seks yang gagal menjalani rawatan tingkah laku atau kimia dikasi secara fizikal. Menurut undang-undang yang diluluskan Parlimen pada 2010, pengkasian secara kimia boleh dilaksanakan terhadap pesalah seks bersiri yang didapati bersalah melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak bawah usia 16 tahun.

Mei lalu, seorang lelaki berusia 45 tahun menjadi orang pertama menjalani proses pengasian kimia yang membabitkan suntikan untuk menurunkan tahap hormonnya.

Bagaimanapun, Park In-Sook, doktor perubatan dan antara 20 anggota Parlimen yang mengemukakan rang undang-undang itu berkata, pengasian secara kimia tidak berkesan kerana dorongan seksual sering kembali kuat apabila rawatan berakhir.

“Kita perlu mengambil langkah lebih drastik seperti pengasian secara fizikal dalam usaha menangani jenayah seks yang semakin meningkat.

Pembantunya, Park Jong- Won berkata, rang undang-undang itu perlu melalui beberapa jawatankuasa Parlimen sebelum ia diundi oleh sesi penuh sidang Parlimen.

Dia menjangka ia akan mendapat sokongan majoriti mudah daripada Dewan yang mempunyai 300 anggota itu.

Kerajaan menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk melaksanakan hukuman jenayah antiseks yang lebih berat berikutan beberapa kes berprofil tinggi.

Presiden Lee Myung-Bak terpaksa memohon maaf secara terbuka bagi pihak kerajaan Ogos lalu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dirogol dengan kejam mencetuskan kemarahan orang ramai.

Polis menangkap seorang lelaki berusia 20-an tahun berhubung kes itu. 

sumber- AFP

Pura-pura mati untuk uji kekasih

BYKOV dan Irena berkahwin semalam.

MOSCOW: Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.

Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.

BYKOV dan Irena berkahwin semalam.

Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.

Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.

BYKOV dan Irena berkahwin semalam.

“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.

Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.

Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.

“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.” 

sumber - DM

Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma

khidmat seks percuma
Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut
SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma.

Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun.

Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.

khidmat seks percuma
Polis menahan sembilan wanita warga Vietnam dalam serbuan di premis berkenaan, kelmarin
Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.

Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor.

Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam.

Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun.

Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap.

sumber- Sinar

Perkosa anak saudara OKU

Perkosa anak saudara OKU
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah.
JOHOR BAHRU – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 21 sebatan selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan rogol dan liwat ke atas seorang remaja perempuan, awal tahun ini.

Tertuduh berusia 50 tahun, yang juga bapa saudara kepada mangsa yang berusia 19 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan terbabit secara berulang dari 11 Januari hingga Mac 2012, di sebuah rumah di Pontian.

Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan orang kurang upaya (akal) hanya memaklumkan kejadian terbabit kepada rakan sekolahnya sebelum tindakan susulan diambil oleh pihak sekolah dan kedua ibu bapanya.

Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii pada 11 Januari 2012 dan mengulangi perbuatan itu pada 12 Mac 2012 dan 14 Mac tahun ini yang disiasat di bawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.

Manakala bagi tuduhan lain, lelaki berkenaan didakwa merogol mangsa pada 13 Mac 2012 di lokasi yang sama dan didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Hakim, Hassan Abdul Ghani menetapkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan bagi tiga pertuduhan meliwat dan 18 tahun penjara dan 15 sebatan bagi kesalahan merogol.

Beliau bagaimanapun membenarkan kesemua hukuman penjara dijalankan secara serentak dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu 5 April 2012.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Chuah Shyue Chien manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

sumber- Sinar

17 jam mayat bersujud

17 jam mayat bersujud
Orang ramai menjumpai Zairul Azri dalam keadaan bersujud, berdekatan semak, sehari selepas kemalangan. Gambar kecil: Mohd Zairul Azri Mohd Zuri.
PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.


Mangsa terkejut

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaiki.

Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.

“Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan,” katanya semalam.


Tidak diketahui

Beliau berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang.

Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.

"Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak, sehingga menemui ajal di situ," katanya.

Menurutnya, warga emas berkenaan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan kita memohon saksi yang melihat kejadian, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Tanam sikap perikemanusiaan

Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.

“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.

“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.


Usaha cari anak

Selepas hampir 17 jam mencari, akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin.

Bapa, Mohd Zuri Ismail, 41, berkata, mereka sekeluarga mula risau dengan keadaan Zairul Azri, yang tidak pulang selepas keluar ke kelas tambahan, malam itu.

“Saya, isteri dan ahli keluarga yang lain, mencari di rumah rakan-rakannya termasuklah di balai polis, namun hampa.

“Kami tidak menyangka hanya akan menemuinya, dalam keadaan tidak bernyawa, keesokan hari,” katanya.


Hilang anak lelaki tunggal

Mohd Zuri turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu katanya, mengorbankan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.

“Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar anak saya mendapat rawatan segera.

“Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri boleh diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.

"Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang," katanya.

sumber- Sinar

31 korban kebakaran kilang bunga api

India fireworks factory blaze kills at least 40

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 31 orang dilaporkan terbunuh dalam satu insiden letupan di sebuah kilang bunga api di selatan India, semalam.

Stesen televisyen menyiarkan rakaman asap tebal menyelubungi kilang tersebut yang terletak di bandar Sivakasi, di daerah Virudhunagar kira-kira 700 kilometer ke selatan Tamil Nadu.

Menurut Timbalan Penguasa Polis, M. Ramamurthy berkata, lebih daripada 50 yang lain tercedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Sebuah rangkaian televisyen swasta tempatan menganggarkan angka korban seramai 31 orang, namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, punca kejadian masih belum dikenal pasti. 

sumber- AGENSI

Gambar iPad mini didedah

ipad mini murah Malaysia
Laman web Apple.pro mendedahkan gambar pertama iPad mini bersaiz lapan inci, dipercayai akan dilancarkan bulan depan. - AGENSI
SAN FRANCISCO - Laman web peminat Apple, Apple.pro semalam buat pertama kali mendedahkan gambar komputer tablet iPad mini yang dipercayai bakal dilancarkan bulan depan.

Apple terkenal dengan sikap suka berahsia menjelang pelancaran baru produknya, namun sumber industri, pembekal dan rakan kongsi syarikat mengesahkan bahawa gajet itu akan berada di pasaran pada musim luruh ini.

Gajet baru tersebut dipercayai mempunyai skrin lapan inci, menjadikannya versi komputer tablet yang sedikit kecil daripada iPad 10 inci.

Ia juga akan membolehkan Apple mempunyai produk mudah alih yang berbeza dengan model sebelum ini, sekali gus menjadi 'senjata' yang mampu memberi saingan kepada Google yang tampil dengan komputer tablet Nexus berukuran tujuh inci.

Apple.pro turut melaporkan bahawa gajet terbaru itu merupakan model yang dilengkapi rangkaian mudah alih 3G yang membolehkan pengguna mengakses data di mana sahaja.

Walaupun pengasas Apple, Steve Jobs sebelum ini menolak idea untuk mengeluarkan iPad bersaiz lebih kecil, kejayaan Nexus dan Amazon menerusi Kindle Fire mungkin mengubah tanggapan Apple terhadap gajet berkenaan.

Apple juga dipercayai akan mengumumkan pelancaran iPhone 5 pada bulan ini, walaupun tarikhnya masih tidak dapat disahkan. 

sumber- AGENSI

Bentuk bangunan di China dikritik

Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang
Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang
BEIJING - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding.

Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion).

Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing dikatakan menyamai bentuk puding dan donut
Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing dikatakan menyamai bentuk puding dan donut
Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang.

Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'.

Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.

Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain.

Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan.

Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. 

sumber- AGENSI

Budak maut rumah dirempuh

gambar kereta paling berhantu
KEADAAN kereta Mercedes yang merempuh sebuah rumah kedai di Kampung Dalam Rhu, Tumpat kelmarin.
TUMPAT – Gara-gara seorang pemandu terlelap ketika memandu kereta, seorang budak berusia dua tahun terkorban manakala si ibu pula cedera apabila sebuah kereta Mercedes merempuh rumah kedai di Kampung Dalam Rhu di sini kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki itu merempuh dinding konkrit rumah kedai setingkat tersebut sebelum kenderaan itu masuk pula ke ruang tamu tempat kanak-kanak itu bermain.

Akibat rempuhan itu, rumah kedai tersebut hampir ranap.

Mangsa yang terkorban ialah Adam Firdaus Syukri. Semasa ditemui mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut.

Adam kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat mengalami kecederaan dalaman yang teruk di kepala.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.

Dia yang trauma dengan tragedi itu masih dirawat di HT. Semasa kejadian suami Nik Salwani tiada di rumah.

sumber- Kosmo

Jepun setuju beli pulau RM81.1 juta

pulau misteri
Pasukan peninjau dari Tokyo membuat lawatan ke kepulauan Senkaku yang turut dikenali sebagai pulau Diaoyu di China pada 2 September lalu yang mencetuskan kemarahan China
TOKYO - Kerajaan Jepun bersetuju membeli satu gugusan kepulauan di Laut China Selatan yang dituntut oleh Tokyo dan Beijing pada harga AS$26.15 juta (RM81.1 juta).

Akhbar Asahi Shimbun dan Yomiuri melaporkan Jepun bersetuju membeli kepulauan yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan Senkaku di Jepun itu daripada beberapa pemilik individu warga China dan bakal menandatangani kontrak pembelian dalam tempoh terdekat.

Rancangan untuk membeli kepulauan tersebut akan diluluskan pada mesyuarat Kabinet yang dijangka diadakan seawal-awal tengah bulan ini.

sumber- Utusan

Lagak ngeri polis perwira

superhero sebenar
HUN-CHEOL kemudian berpaut pada cermin kereta itu.
BUSAN, Korea Selatan - Seorang anggota polis trafik di sini digelar sebagai John McClane Korea Selatan selepas dia meniru aksi hero filem Die Hard itu ketika menangkap seorang penjenayah, menurut media semalam.

Saluran berita Amerika Syarikat, CNN melaporkan Kim Hyun-cheol, 33, disanjung sebagai wira kerana keberaniannya berpaut pada cermin hadapan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek selama 25 minit bagi menghalang lelaki berkenaan daripada melepaskan diri.

Hyun-cheol memperoleh ramai peminat di negara asalnya selepas klip video aksi lagak ngeri itu tersebar.

Menurut akhbar tempatan, Joongang Daily, Hyun-cheol pada mulanya meminta suspek berhenti selepas melihatnya membuat pusingan U secara haram di pusat bandar di sini.

Bagaimanapun semasa dia menulis saman untuk kesalahan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya, Jeong mula memecut kenderaannya.

Selama 25 minit kemudian, suspek itu memecut keretanya dengan anggota polis berkenaan berpaut pada cermin kenderaan itu.

"Dia (suspek) seperti takutkan sesuatu. Dia cuma membuka sedikit tingkap keretanya," kata Hyun-cheol menurut akhbar Joongang Daily.

Akhirnya, lelaki itu terpaksa menghentikan keretanya kerana kesesakan lalu lintas.

Dia kemudian ditangkap semasa cuba melarikan diri.

"Saya nekad berpaut kereta itu kerana saya mengesyaki dia seorang penjenayah," jelas Hyun-cheol.

"Saya ingat saya akan mati. Saya tetap berpaut kerana saya benar-benar mahu menangkap lelaki ini," ujarnya.

Jeong kemudian didapati dikehendaki polis kerana beberapa kes jenayah berkaitan dadah.

Menurut Hyun-cheol, dia mengalami luka kecil di dada dan kakinya dan memerlukan masa tiga minggu untuk sembuh sepenuhnya.

CNN melaporkan Hyun-cheol telah dinaikkan pangkat selepas kejadian itu.

Imej itu dirakamkan pada 26 Ogos lalu. 

sumber- Agensi

Buluh tertusuk kepala anak, tiada siapa mengaku bertanggungjawab

sedih kematian anak
Baazlan Ibrahim CHE SAMAD (kiri) dan isterinya, Halimah Zakaria (dua dari kanan) melihat jenazah Muhammad Alias buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU – “Saya terkilan kerana sehingga kini tiada sesiapa tampil mengaku bertanggungjawab menyebabkan kematian anak saya.”

Demikian luahan rasa kecewa Che Samad Che Omar, bapa kepada Muhammad Alias, kanak-kanak berusia empat tahun yang mati kelmarin selepas kepalanya tertusuk batang buluh penyidai pakaian di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini Ahad lalu.

Menurut Che Samad, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

“Kecuaian ini tidak harus berulang kerana ia melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pengebumian Muhammad Alias di sini semalam.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif di sini pukul 2 petang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

Katanya, lelaki berusia 34 tahun itu yang juga jiran mangsa telah mengaku sebagai pemilik buluh terbabit.

sumber- Kosmo

Berbaris untuk beli telur

main telur
BEBERAPA penduduk berbaris untuk membeli telur di sebuah trak di Bandar Raya Mexico kelmarin. - AFP
BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Mexico sanggup berbaris di luar trak hanya untuk membeli telur subsidi yang dijual pihak pemerintah kelmarin.

Situasi itu berlaku kerana negara ini mengalami masalah kekurangan bekalan telur ekoran wabak selesema burung.

Kira-kira 11 juta ayam dibunuh kerana wabak penyakit itu pada Jun lalu.

Penduduk di utara negara ini terpaksa pergi ke sempadan untuk membeli telur yang dijual pada harga lebih murah di pasar raya Amerika Syarikat.

Ekoran masalah itu, pihak pemerintah terpaksa menarik balik tarif telur dengan melaksanakan pengimportan telur sebanyak 906 tan dari AS sejak krisis tersebut berlaku pada bulan lalu.

Lebih banyak telur akan diimport dari Costa Rica, Colombia dan Chile.

Sebahagian kedai melaksanakan sistem catuan dengan melarang penduduk membeli lebih dua karton telur bagi setiap pembeli.

Di kebanyakan kedai di negara ini, harga telur meningkat dari AS$1.50 (RM4.67) kepada AS$3 (RM9.34) bagi setiap satu kilogram (kg) karton.

Menurut Kesatuan Penternak Kebangsaan, purata penduduk Mexico makan 22.4kg telur pada setiap tahun.

Setiap karton yang seberat 1kg mengandungi 16 hingga 18 biji telur. 

sumber- AFP

RM200 untuk pukul isteri dengan Antena Televisyen

suami dayus
MOHD. AFZARIZAL dan Aryati meninggalkan Mahkamah Majisteret Kota Bharu semalam selepas kes mereka selesai.
KOTA BHARU – Pertelingkahan sepasang suami isteri berakhir di Mahkamah Majistret di sini semalam dengan si lelaki diminta membayar kompaun RM200 kepada isterinya sebagai hukuman atas kesalahan memukul mangsa menggunakan antena televisyen.

Buruh binaan, Mohd. Afzarizal Mohd. Diah, 37, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu membayar wang kompaun tersebut kepada isterinya, Aryati Yaacob, 37, di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor ketika kedua-duanya diminta tampil ke depan.

Lebih syahdu, selepas wang kompaun tersebut diserahkan kepada Aryati, mereka berdua secara spontan bersalaman dan wanita itu terus mengucup tangan suaminya.

Mohd. Afzarizal didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Aryati di rumah mereka di Berek 12, Jalan Hospital di sini pada pukul 10 malam, 3 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan setahun atau dengan denda sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sewaktu kejadian, Mohd. Afzarizal dan Aryati bergaduh berpunca daripada mangsa yang menegur suaminya yang merosakkan televisyen.

Mohd. Afzarizal yang begang dengan teguran tersebut memukul Aryati menggunakan antena televisyen.

sumber- Kosmo

Perniagaan punca suami belasah isteri

main perempuan mengandung
AMANDA ditemani Amarjit menunjukkan kesan lebam di lengannya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat MCA Ipoh Timur, Ipoh semalam.
IPOH – Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) yang menunjukkan aksi-aksi pertelingkahan dan pukul-memukul antara sepasang suami isteri yang boleh disaksikan melalui YouTube tercetus kerana masalah perniagaan.

Mengimbas kejadian tersebut, mangsa wanita, Amanda Fong Kim Yen, 19, mendakwa pertikaman lidah dengan suaminya bermula selepas dia tidak setuju dengan keputusan lelaki itu yang mahu mempamerkan koleksi minyak wangi milik seorang rakan suaminya di butik mereka di Taman Ipoh Selatan di sini.

“Saya khuatir koleksi minyak wangi tersebut tidak tulen dan jika perkara tersebut berlaku ia menjejaskan perniagaan butik pakaian dan aksesori wanita yang kami baru buka Julai lalu,” kata Amanda pada sidang akhbar di Pusat Khidmat MCA Ipoh Timur di sini.

Menurut mangsa yang hamil dua bulan, selepas berperang mulut beberapa minit, dia mengambil keputusan untuk keluar dari butik.

Bagaimanapun, dakwa Amanda, suami menyekat dia meninggalkan butik sebelum suaminya bertindak ganas memukul, menggigit dan menekan perutnya seperti yang dipaparkan di dalam YouTube.

Amanda hadir di Pusat Khidmat MCA Ipoh Timur dengan ditemani ibunya, Lily Yeoh, 49.

Dia bersetuju menerima khidmat guaman yang ditawarkan Pusat Khidmat MCA Ipoh Timur. Peguam yang mewakili ialah Datuk G. Amarjit Singh Gill.

sumber- Kosmo

Rekod masakan makanan laut

masak daging manusia

AMHERST, Amerika Syarikat - Sekumpulan tukang masak di Universiti Massachusetts di sini memasak 3,025 kilogram stew makanan laut dengan menggunakan kuali gergasi pada Isnin lalu.

Kumpulan tukang masak itu mencipta rekod Guinness bagi kategori memasak makanan tersebut dalam jumlah yang banyak.

Pelbagai jenis hidupan laut dimasak bagi meraikan kepulangan para pelajar di universiti tersebut untuk meneruskan pengajian. 

sumber- Agensi

Wanita lumpuh dari Britain peroleh sut robotik percuma

wanita robot
LOMAS berdiri dengan menggunakan sut robotik di Trafalgar Square, London, pada 24 Ogos lalu.
LONDON - Seorang wanita lumpuh dari paras dada merupakan orang yang pertama membawa pulang sebuah rangka robotik yang dipakainya untuk membantu dia berjalan.

Wanita Britain itu, Claire Lomas lumpuh dalam satu kemalangan semasa menunggang kuda.

Rangka robotik itu telah digunakan di beberapa buah hospital dan pusat pemulihan tetapi Lomas merupakan orang pertama yang membawa pulang sut bionik berkenaan untuk kegunaan harian.

Dikenali sebagai ReWalk, sut tersebut dianggarkan berharga £45,000 (RM140,000).

Sut itu dihasilkan oleh syarikat Argo Medical Technologies.

Lomas pernah menggunakan sut tersebut awal tahun ini untuk menamatkan larian Marathon London dalam masa 17 hari.

Dia menyertai larian tersebut untuk mengumpul dana £200,000 (RM622,400) bagi tujuan penyelidikan kerosakan tulang belakang.

Wanita itu diberi penghormatan untuk menyalakan obor Sukan Paralimpik di sini baru-baru ini.

Lomas yang sudah berkahwin mempunyai seorang anak. 

sumber- Reuters