Pages - Menu

Tuesday, September 11, 2012

Timbalan Ketua MCA Bukit Bendera maut kemalangan

kemalangan Bukit Bendera
Quah Eng Lam
GEORGETOWN - Seorang ahli veteran MCA maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori simen di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pagi tadi.

Sumber polis berkata pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mendiang Quah Eng Lam, 66, yang juga Timbalan Ketua MCA Bahagian Bukit Bendera dalam perjalanan menghantar mekanik yang telah membaiki van miliknya pulang ke bengkel yang terletak di Gat Lebuh Presgrave.

"Sebelum kejadian mekanik itu menghantar van yang telah siap dibaiki ke pejabat Quah di Gat Jalan Perangin dan mendiang kemudiannya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita, di sini.

Sumber itu berkata Quah maut di tempat kejadian sementara mekanik yang membonceng mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Anak lelaki mendiang, Lean Huat, 40, berkata bapanya menyertai MCA pada tahun 1970-an dan turut menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Penduduk Padang Tembak.

"Beliau baru pulang dari percutian di Genting Highlands bersama ibu petang Isnin lepas," katanya.

Mayat Quah dijadual akan menjalani upacara pengebumian di Krematorium Batu Gantung, Sabtu ini.

sumber- Bernama

Penyelia syarikat penghawa dingin didakwa memperkosa, samun jiran

repair air cond rosak
gambar hiasan
PETALING JAYA - Seorang penyelia sebuah syarikat penghawa dingin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperkosa dan menyamun jirannya, dua tahun lepas.

Mohd Syakir Suhailee, 22, didakwa memperkosa wanita berusia 38 tahun yang merupakan seorang pengasuh kanak-kanak, di sebuah rumah di Puchong, pada 6 pagi, 3 Okt 2010.

Dia yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohd Syakir juga didakwa menyamun wanita itu yang sudah berkahwin, dengan merampas sebentuk cincin emas dan wang RM60 di tempat dan waktu yang sama.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun memohon kepada mahkamah agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan mangsa merupakan jirannya.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan permohonan itu dan menetapkan 2 Okt depan untuk pengurusan kes.

sumber- Bernama

Dua pelancong Arab sesat di Telaga Tujuh ditemui selamat

Telaga Tujuh, Langkawi
Telaga Tujuh, Langkawi
LANGKAWI - Dua pelancong Arab yang dilaporkan hilang ketika mendaki pusat peranginan Telaga Tujuh, Langkawi di sini ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat malam tadi.
   
Ketua Balai Bomba Langkawi, Yaakob Hassan berkata pelancong tersebut dikenali sebagai Yassin, 24, dari Morocco dan Ieman, pelancong wanita dari Tunisia ditemui di puncak Telaga Tujuh kira-kira 9.50 malam tadi.
   
Katanya enam anggota bomba dibantu dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik saja menerima laporan kehilangan mereka kira-kira 6.42 petang semalam.
   
Pasukan penyelamat berjaya menurunkan mereka dari puncak Telaga Tujuh kira-kira 3 pagi tadi, katanya kepada Bernama di sini.
   
Beliau berkata kedua-dua pelancong itu yang keletihan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

sumber- Bernama

Kumpulan 13 rakyat Malaysia tidak patuhi visa umrah dihantar pulang

cara permohonan visa haji

SEPANG - Sekumpulan 13 orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan rakyat Malaysia dihantar pulang ke tanah air dari Arab Saudi hari ini, selepas mereka didapati melakukan kesalahan berkaitan peraturan visa.

Mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan 300 pelawat dari Malaysia yang memperoleh visa menerusi pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat Destinasia Travels Sdn Bhd, yang berlepas ke Arab Saudi secara berperingkat sejak Julai lepas.

Pengurus Destinasia, Muhd Norzi Md Ghazali berkata 13 orang itu ditahan kerana berada di Arab Saudi melebihi tempoh yang dibenarkan visa, dan siasatan mendapati mereka dipercayai berhasrat untuk tinggal di Arab Saudi selama kira-kira lima tahun untuk 'belajar di sekolah pondok' di sana.

"Tindakan mereka ini menyusahkan pihak kami dari segi masa, tenaga, dan juga wang. Kami akan buat aduan kepada pihak Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta). Untuk tindakan seterusnya saya belum pasti lagi, mungkin laporan kepada pihak imigresen atau polis," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Kumpulan sembilan lelaki dan tiga wanita yang berumur antara 30 dan 70 tahun serta kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun itu tiba di KLIA pada 1.30 tengah hari, namun mereka enggan memberi sebarang komen semasa didekati.
   
Merujuk kepada kumpulan 300 pelanggan pakej umrah yang ditawarkan Destinasia Muhd Norzi berkata kira-kira 70 orang sahaja daripada mereka yang mematuhi jadual mengikut pakej yang ditawarkan, manakala selebihnya menimbulkan 'beberapa masalah' seperti tidak mengikut jadual atau enggan mematuhi pakej tempat tinggal yang ditetapkan.

Beliau berkata bagaimanapun 13 orang ini merupakan kumpulan terakhir daripada kumpulan 300 visa yang dipohon Destinasia itu, yang terpaksa 'dicari' oleh banyak pihak di Arab Saudi sebelum ditahan untuk dihantar pulang ke tanah air.

Katanya usaha mencari mereka dilakukan oleh muasassah dan mutawif yang dilantik, dan juga pihak berkuasa kementerian Haji Arab Saudi, selepas tempoh visa untuk berada di Arab Saudi tamat Ogos lepas.

Muhd Norzi berkata mengikut amalan biasa visa hanya diberikan selepas pemohon mempunyai tiket perjalanan dua hala, dan tempat tinggal yang sudah ditetapkan, dengan pasport mereka dipegang oleh muasassah yang menanti di Arab Saudi sebaik mereka tiba di sana.

Bagaimanapun menurutnya ramai antara mereka menukar tarikh penerbangan, dan enggan tinggal di tempat yang ditetapkan, dengan harapan sama ada untuk tinggal lebih lama di Arab Saudi, atau terus mengerjakan haji, atau untuk belajar di sekolah pondok di sana.

Katanya tempoh kumpulan 300 visa yang dikeluarkan itu tamat pada 3 Ogos lepas, dan perbuatan mereka yang menyalahi peraturan visa itu membebankan banyak pihak kerana banyak tenaga diperlukan untuk mengesan mereka.

Menurutnya selain memberi kesan terhadap nama baik syarikat, ia turut menjejaskan nama baik negara secara umumnya.

Muhd Norzi berkata usaha membanteras perbuatan ini amat sukar kerana mereka membuat persiapan yang cukup rapi, dan menyasarkan satu demi satu syarikat pelancongan yang menawarkan pakej umrah dalam negara.

Selain itu menurutnya kumpulan ini biasanya mempunyai hubungan dengan pihak-pihak tertentu di Arab Saudi yang membantu dalam usaha mereka mengelak daripada mematuhi peraturan visa umrah.

"Kami sedang buat post-mortem untuk cari siapa ketuanya, saya percaya benda ini bukan dibuat satu atau dua hari dan berbulan-bulan perancangannya, untuk buat perancangan di sana, mereka ada 'contact' di sana," katanya.

sumber- Bernama

Hukuman penjara 2 beradik perempuan cedera, cabul amah ditambah

kes cabul orang gaji
gambar hiasan
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap dua beradik perempuan atas kesalahan mencederakan dan melakukan kekerasan jenayah seksual terhadap amah warga Indonesia daripada dua tahun kepada lima tahun dan lapan bulan.
   
Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Wong Choy Lin, 40, dan adiknya, Wong Choy Kin, 38, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 13 Okt tahun lepas.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan dua wanita itu menjalani hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan melakukan kekerasan seksual serta lapan bulan bagi kesalahan mencederakan dan kedua-dua hukuman diarahkan berjalan secara serentak.
   
Hakim Noor Azian bagaimanapun menambah hukuman penjara ke atas mereka bagi kesalahan melakukan kekerasan seksual iaitu kepada lima tahun dan mengekalkan hukuman penjara lapan bulan bagi kesalahan mencederakan tetapi memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan.
   
Beliau menetapkan esok untuk mendengar permohonan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman.
   
Choy Lin dan Choy Kin diwakili peguam K. Theivaendran sementara Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal hadir bagi pihak responden.
   
Mengikut pertuduhan, dua beradik itu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Hanif, 25, dari Surabaya antara November 2003 dan September 2004.
   
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
   
Selain itu, Choy Lin dan Choy Kin didakwa melakukan kekerasan jenayah seksual sebanyak dua kali dengan memasukkan objek seperti biskut, pisang, dan hujung botol air minuman ke dalam alat sulit mangsa pada September dan Julai 2004.
   
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
   
Kesemua perbuatan didakwa dilakukan di rumah mereka di Jalan BS 5/17A, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini.
   
Seramai lapan saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. 

sumber- Bernama

Dilema pelacur Bangladesh

Dilema pelacur Bangladesh
WANITA ini, sama seperti ramai penghuni lain di rumah pelacuran Madaripur, tidak akan berganjak ke tempat lain walupun diusir.
TARA DAS memberitahu, dia merupakan generasi kelima dalam keluarganya yang bekerja di rumah pelacuran yang sama di Bangladesh. Namun, apa yang membimbangkan, dia kini terpaksa berhadapan dengan penunjuk perasaan orang Islam yang mahu perniagaan pelacuran ditutup.

Kawasan pelacuran yang terletak di bandar Madaripur itu telah beroperasi kira-kira 150 tahun lalu dan pekerja seks percaya kehadiran kumpulan penunjuk perasaan berkenaan didalangi syarikat pemaju yang ingin mengambil alih tanah di situ.

Pada bulan lalu kira-kira 10,000 orang yang diketuai oleh kumpulan Islam iaitu Islahe Kaom Parishad (Majlis Reformasi Kebangsaan) telah mengadakan protes. Mereka memaksa rumah pelacuran ditutup dan menghalau keluar seramai 500 pelacur.

"Sejak mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, saya menjadi bingung dan sukar melelapkan mata. Ke mana harus saya pergi selepas ini?

"Lagipun, hanya rumah kecil dan pekerjaan ini yang saya kenali sejak zaman kanak-kanak. Mohon selamatkan kami daripada kumpulan agama itu," kata Tara.

Jika diimbas, rumah pelacuran itu dibuka untuk pedagang jut ketika zaman kolonial Britain. Ia beroperasi di dalam bangunan batu berlumut tiga tingkat yang berbumbungkan atap zink. Ia terletak di tengah-tengah bandar Madaripur iaitu 60 kilometer dari Dhaka.

Sebelum Bangladesh mencapai kemerdekaan sekitar tahun 1971, perniagaan pelacuran beroperasi secara sah tetapi kini bisnes itu diancam pelbagai aktivis daripada kumpulan Parishad.

Kumpulan Islamik itu telah mengadakan beberapa siri demonstrasi dan melobi pihak berkuasa dengan menekankan bahawa rumah pelacuran merosakkan lelaki muda dan ia harus dihapuskan.

Golongan pekerja seks percaya protes itu dianjurkan oleh ahli perniagaan yang berkait rapat dengan kumpulan politik tempatan. Mereka turut melaporkan mengenai kempen tunjuk perasaan termasuk peranti bahan letupan yang ditemui baru-baru ini dan dua cubaan serangan membakar.

Kontroversi tanah

"Kami tidak sesekali akan meninggalkan tempat ini. Pekerjaan kami ini sah di sisi undang-undang. Kami juga tidak mempunyai pekerja seks bawah umur. Lagipun tempat ini diwarisi daripada nenek moyang kami malah sesetengah daripada mereka masih lagi hidup.

"Hakikatnya ia sebuah konspirasi untuk merampas tanah kami yang bernilai tinggi," jelas Momo Rani Karmakar yang merupakan ketua pekerja seks Madaripur.

Dia turut menambah bahawa seramai 110 kanak-kanak yang menghuni di rumah pelacuran masih dihantar ke sekolah setiap hari.

Sejak aktiviti tunjuk perasaan dijalankan, anggota polis mula mengawasi kawasan manakala pihak kerajaan memberitahu bahawa keputusan akhir untuk melakukan pembangunan baharu di situ masih belum diputuskan.

Pada masa yang sama, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh timbalan pentadbir wilayah telah ditubuhkan dan berusaha untuk membuka rundingan bagi menggalakkan pemulihan dalam kalangan pekerja seks.

"Orang Muslim dan golongan elit tempatan tidak mahu era pelacuran terus wujud di bandar ini. Mereka berpendapat aktiviti tidak bermoral ini mungkin satu keperluan pada zaman lalu tetapi kini tidak lagi," jelas ketua jawatankuasa, Siddiqur Rahman.

Tambahnya, pihak berkuasa wajar memulakan proses pemulihan dengan menjalankan kajian bagi mengenal pasti jumlah pekerja bawah umur.

"Jika proses pemulihan ini dijalankan, saya fikir pekerja seks golongan dewasa akan beralih mencari pekerjaan lain termasuklah melibatkan diri dalam kerja sukarelawan," tutur Rahman.

Namun begitu, kumpulan pekerja seks menegaskan mereka tidak akan meninggalkan rumah pelacuran mahupun mencari kerja baharu. Segelintir daripada mereka pernah mencuba bidang lain tetapi diusir oleh masyarakat tempatan.

"Jika kami tidak mempunyai pelanggan, bagaimana saya ingin membeli makanan untuk lima orang anak saya dan menguruskan hal akademi mereka.

"Kini, pelanggan mula bimbang dengan situasi yang sedang berlaku. Mereka menyangka rumah pelacuran ini akan ditutup tidak lama lagi," luah Jhumur, 45.

Melindungi maruah

Ramai pekerja seks mendakwa bahawa tujuan utama kempen penunjuk perasaan itu berlaku adalah disebabkan sebahagian besar keluarga Muslim yang sudah mendirikan bangunan bersebelahan kawasan pelacuran.

Walau bagaimanapun, kumpulan Parishad menyangkal dakwaan itu dan mereka memberitahu tindakan protes diambil bagi melindungi maruah dan moral masyarakat Islam.

"Rumah pelacuran salah satu penyumbang utama pada aktiviti jenayah di wilayah ini. Ia perkara yang memalukan dan tidak layak digelar pekerjaan.

"Mereka turut mengusahakan kedai arak secara haram dan membiarkan kanak-kanak perempuan bawah umur membelinya untuk dijual kepada pengedar dadah terbesar," jelas Setiausaha Kumpulan Parishad, Ali Ahmed Chowdhury.

Sehingga kini, pertelagahan antara kumpulan konservatif Muslim dan rumah pelacuran di Bangladesh yang berlaku telah menyebabkan sekurang-kurangnya empat rumah pelacuran di daerah itu terpaksa ditutup.

"Sudah berkali-kali kami diingatkan bahawa mereka boleh menembak kami pada bila-bila masa. Tetapi, mereka masih tidak boleh mengusir kami.

"Kami akan memusnahkan rumah pemimpin Muslim sekiranya mereka datang ke sini untuk menghalau kami," jelas Morzina yang kehilangan suami pada dua tahun lalu sehingga menyebabkan dia terpaksa kembali ke rumah pelacuran. 

sumber- AFP

Pelajar nyaris diperkosa di tandas universiti

pemerkosaan terkejam
gambar hiasan
MELAKA - Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan diperkosa di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.

"Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.

Raja Shahrom berkata lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak universiti bagi membincangkan langkah meningkatkan kawalan keselamatan di universiti berkenaan.

sumber- Bernama

Mesin basuh yang boleh bermain permainan video

Mesin basuh yang boleh bermain permainan video

Melakukan aktiviti membasuh pakaian dalam masa yang lama pasti merupakan antara aktiviti paling membosankan. Dari masalah itulah Lee Wei Chen, seorang bekas pelajar Kingston University, London yang berasal dari Taiwan telah memperkenalkan ciptaannya iaitu " arcade washing machine".

Mesin basuh yang boleh bermain permainan video

Chen telah menggabungkan mesin permainan arked yang perlu dimasukkan syiling bersama mesin membasuh pakaian. Gabungan kedua-duanya pasti menyeronokkan disamping melakukan tugas membasuh. Cara penggunaannya begitu mudah dengan hanya mengawal steering serta mempunyai beberapa butang yang mempunyai beberapa fungsi.

Mesin basuh yang boleh bermain permainan video

Chen mendapat idea ini ketika menghabiskan masa bermain permainan video. Dia merasai dirinya mempunyai kemahiran dalam dunia permainan virtual jadi mengapa dia tidak keluarkan sahaja kemahirannya ke dalam dunia sebenar.

Mesin basuh yang boleh bermain permainan video

Mesin jual ketam layan diri

cerita ketam dengan bangau

Biasanya, mesin layan diri hanya menjual minuman, makanan ringan atau permainan sahaja. Namun di Nanjing, China, terdapat mesin layan diri yang menjual ketam hidup. Ianya memudahkan mereka yang baru pulang dari kerja membeli terus tanpa perlu ke pasar untuk menyediakan makan malam di rumah. Ketam hidup yang dijual sudah semestinya masih segar dan mampu menjaga kesedapan makanan yang dimasak.

dongeng ketam dan bangau

Harga untuk ketam tersebut sekitar US$1.50 hingga US$8 bergantung pada saiznya. Suhu mesin layan diri ini dikawal antara 5-10 darjah Celsius bagi membolehkan ketam-ketam tersebut berhibernasi. Ketam-ketam tersebut juga turut dibungkus siap ke dalam plastik bagi memudahkan proses pembelian.

kisah bangau dan ketam

Jika terdapat pelanggan yang mendapat ketam yang telah mati, ianya akan digantikan dengan tiga ekor ketam lain secara percuma. Seorang pelanggan yang telah mencuba ketam tersebut berkata, "Dua hari lalu saya melalui mesin tersebut dan melihat harga ketam-ketam ini lebih murah berbanding di pasar. Saya terasa ingin mencuba lalu membeli dua ekor. Hari ini saya datang lagi untuk membeli lebih banyak."

Mesin ketam layan diri

Dengan kemudahan ini, kesibukan penduduk yang bekerja di Kota Nanjing tidak lagi akan pulang ke rumah tidur dengan perut kosong.

cerita bangau dan ketam

Serangan bom berkembar di Aleppo, 27 terbunuh

cara membuat bom sendiri
Pasukan mencari dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan konkrit di Aleppo.
BEIRUT - Satu letupan bom berkembar di kawasan tentera Syria di utara Aleppo, kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 27 penduduk awam dan 64 yang lain cedera.

Menurut media tempatan, kejadian pada  tengah malam itu, menyaksikan penyerang menyasarkan kedua-dua bom berkenaan ke arah berek dan ibu pejabat polis tentera yang terletak di tengah-tengah bandar.

Pemberontak dan tentera kerajaan menggunakan bangunan-bangunan kediaman dan pejabat sebagai benteng serangan selain mendiaminya sejak tercetus pemberontakan 18 bulan lalu.

"Tentera telah menakluki kawasan kejiranan dan menghalau penghuni bangunan. Bangunan hospital kerajaan turut bertukar menjadi berek tentera," kata aktivis Ahmad Saeed.

Terdahulu, pesawat perang Syria dilaporkan telah mengebom kawasan kediaman di timur dan lebih buruk apabila kota terbesar negara berhadapan masalah kekurangan bekalan air selepas satu saluran paip utamanya hancur dibom.

Sebuah kompleks kediaman dalam kejiranan Hanau turut musnah dibom dan sekurang-kurangnya lima terbunuh susulan didakwa menjadi lokasi kawalan pemberontak Aleppo.

sumber- Sinar

Parah dihempap lori batu

lori untuk disewa
Keadaan motosikal yang remuk dan mangsa yang dihempap lori.
MERBOK - Seorang lelaki berusia 20-an cedera parah selepas dihempap lori yang membawa muatan batu kerikil dalam kejadian dekat simpang tiga Kampung Bujang berhadapan dengan pintu utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok semalam.

Kejadian jam 11 pagi itu dikatakan berlaku apabila lori terbabit dipercayai terbabas ketika melalui jalan yang berselekoh selain terkejut dengan kehadiran sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang muncul dari sebuah lorong di hadapan secara mengejut.

Saksi kejadian, Salmah Mansor, 57, berkata, dia ternampak lori berkenaan yang datang dari arah Merbok ke Semeling dalam keadaan terhuyung-hayang ketika melalui selekoh.

“Mungkin disebabkan terkejut dengan kehadiran kenderaan pacuan empat roda dari lorong yang agak tersembunyi, pemandu lori terus mengelak sebelum terbabas.

“Lori itu kemudian terbalik sebelum menghempap seorang pemuda sedang menunggang motosikal dari arah bertentangan,” katanya.

Katanya, melihatkan keadaan cemas dia cuba menjerit meminta pertolongan namun mujur apabila ramai pengguna jalan raya lain turut membantu mengeluarkan mangsa.

Keadaan motosikal mangsa remuk akibat dihempap lori terbabit.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan kepala dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, polis juga telah merakamkan keterangan kedua-dua pemandu lori dan kenderaan pacuan empat roda dan mereka telah pun dibebaskan dengan jaminan.

sumber- Sinar

Remaja kantoi di hotel

awek melayu kantoi di hotel
Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan
DUNGUN - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan,  tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki  yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.

Siasatan mendapati mereka bukan mahram.

Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

sumber- Sinar

Menarik! 3 buah negara dibahagi persimpangan sungai


Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai persimpangan dua batang sungai yang membahagikan tiga buah negara iaitu Paraguay, Argentina dan juga Brazil. Dua batang sungai tersebut ialah Iguazú dan Paraná. Pemandangan gambar ini amat menarik kerana mampu menangkap gambar tiga buah negara sekaligus.

Ular berkaki dua?

makhluk pelik seperti ular

Jika diperhatikan, ramai menyangka ianya adalah seekor ular pelik yang berkaki dua. Sebenarnya tidak, kerana ianya ialah spesis cicak yang dipanggil Mexican Mole Lizard ataupun turut dikenali sebagai Baja Worm Lizard. Haiwan pelik ini tergolong dari spesis Amfibia. Ianya merupakan Reptilia yang lemah anggota badan serta daya penglihatan. Habitatnya adalah di dalam tanah dan menjadikan ulat atau serangga sebagai makanan. Sepasang kakinya pula bertindak sebagai pencakar sama seperti fungsi kaki hadapan tikus mondok. Haiwan ini sebenarnya langsung tidak mempunyai kaki belakang. Panjangnya sekitar 6-9 inci manakala jangka hayatnya pula sekitar 1-2 tahun.

makhluk pelik seperti ular

Pak Arab kebas RM150

rahsia ilmu pukau
Mangsa kini bimbang didatangi individu tidak dikenali.
ALOR GAJAH - Kedatangan dua pelanggan warga Arab dipercayai sindiket Pak Arab Cepat Tangan untuk membeli 100 helai kertas hanya sekadar penyamaran sebelum melesapkan duit seorang pekerja di sebuah kedai alat tulis di pekan Masjid Tanah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, mangsa, Siti Khadijah Khalil, 19, berada di dalam kedai berkenaan didatangi suspek lelaki dan wanita berkenaan yang menyatakan mahu membeli 100 helai kertas namun tidak mempunyai duit pertukaran.

Menurut Siti Khadijah, suspek lelaki itu memintanya menunjukkan contoh wang kertas RM50, lantas dia ke belakang kedai untuk mengambil dompet.

“Suspek mengekori saya sementara majikan dan rakan melayan wanita terbabit di kaunter pembayaran. Sebaik saya mengeluarkan RM50, lelaki itu terus mencapainya dari tangan saya sambil membelek.

“Kemudian lelaki terbabit terus merampas dompet saya dan mengeluarkan kesemua wang,” katanya.

Katanya, dia yang terkejut terus menarik dompet itu sebelum lelaki itu merampasnya semula dan membelek setiap helaian wang kononnya mahu melihat nombor siri.

“Disebabkan takut, saya terus mendapatkan majikan di kaunter pembayaran. Sejurus tiba di kaunter, lelaki itu turut memasuki ruangan kaunter dan menarik sekali lagi dompet pada tangan saya,” katanya.

Menurutnya, dia yang takut diapa-apakan terpaksa membiarkan sahaja sebelum lelaki itu memasukkan sehelai kertas resit pembayaran.

“Menurut lelaki itu, dia akan datang semula ke kedai ini pada hari Isnin (semalam) sebelum beredar menaiki kereta Proton Wira,” katanya.

Siti Khadijah yang berasa tidak sedap hati segera memeriksa dompetnya mendapati wang RM100 dan RM50 hilang tanpa menyedari bila lelaki berkenaan melesapkannya sedangkan dia memerhati pergerakan lelaki itu.

“Saya berasa seperti dipukau apabila tidak melawan apa saja tindakan lelaki itu, malah saya hanya memerhatinya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan laporan berhubung kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau terserempak dengan individu berkenaan diminta menghubungi balai polis cawangan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah  di talian 06-5563222,” katanya.

sumber- Sinar

Ugut mahu pulau solat Jumaat

logo UMNO vector
Lokasi baru kain rentang projek melebarkan ruang solat Masjid Mukim Bedal, Kuala Krai, selepas segelintir penduduk mengugut untuk pulau solat Jumaat di masjid berkenaan.
KUALA KRAI - Tindakan segelintir penduduk ‘mengugut’ untuk memulaukan solat Jumaat di Masjid Mukim Bedal, dekat sini, hanya kerana sekeping kain rentang projek pembangunan masjid itu disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak mengenang budi pemberi sumbangan.

Difahamkan, ugutan disuarakan kepada Imam Tua masjid itu, Mohd Din Ismail sebelum dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bedal, Badaruddin Taharim.

Susulan itu, kain rentang tertera ‘Alhamdulillah, Satu Projek Amal Jariah Menaiktaraf Masjid Hasil Usaha Penyelaras Dun (Dewan Undangan Negeri) Mengkebang, Azizzuddin Hussein’ yang sebelum ini dipasang di pagar masjid itu, dipindahkan ke seberang jalan.

Seorang penduduk tidak bersetuju dengan tindakan itu berkata, dia yakin majoriti penduduk sependapat dengannya kerana ugutan tersebut menggambarkan seolah-olah mereka tidak pandai berterima kasih kepada penderma.

“Sebelum ini, penduduk mengadu masalah ruang solat masjid ini tidak cukup untuk solat Jumaat dan solat sunat hari raya tetapi bila ada pihak sudi bantu hulur sumbangan, begini pula balasannya.

“Saya percaya, ugutan ini timbul sebab ada pihak kurang senang dengan projek ini dan kemungkinan besar ada kaitan dengan unsur politik kerana dilaksanakan pemimpin Umno (Azizzuddin),” katanya yang enggan dikenali kepada Sinar Harian.

Kain rentang itu mula dipasang sebaik sahaja kerja menyiapkan tapak projek melebarkan masjid berkenaan dimulakan pada 28 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan.

Azizzuddin meluluskan peruntukan bagi melebar ruang solat dan bina tempat wuduk baru selepas dimaklumkan Mohd Din mengenai masalah ruang solat masjid itu tidak cukup bagi menampung jemaah pada Jumaat dan hari raya.

Penduduk itu berkata, dia tidak faham kenapa ugutan itu timbul sedangkan kain rentang berkenaan langsung tidak mengganggu jemaah beribadah kerana terletak berhampiran pintu pagar masjid.

“Ugutan ini tidak timbul jika penduduk terbabit ada sikap berterima kasih dan mengenang jasa baik pihak yang ingin bantu selesaikan masalah jemaah masjid ini.

“Islam pun ajar kita supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih tetapi apa pertimbangan penduduk terbabit bila sanggup ugut nak pulau solat Jumaat hanya kerana kain rentang papar gambar penderma di pagar masjid,” katanya.

sumber- Sinar

Ngeri! Mayat lelaki misteri berkecai berdekatan lapangan terbang Heathrow

kematian paling mengerikan

LONDON: Mayat misteri yang ditemui di kawasan meletak kereta berhampiran Lapangan Terbang Heathrow semalam mungkin seorang warga asing yang terjatuh dari pesawat yang melintas di ruang udara kawasan berkenaan, kata polis.

Mayat lelaki itu - dipercayai berusia 20-an dan dari Afrika Utara - ditemui orang awam di Mortlake kira-kira jam 7.55 pagi. Jurucakap polis berkata, mereka tidak menolak kemungkinan lelaki itu menyelinap masuk ke bahagian bawah pesawat tertentu dan terjatuh sejurus sebelum ia mendarat.

kematian paling mengerikan

Menurut penduduk di situ, lelaki terbabit mengalami pelbagai kecederaan dan sebahagian daripada anggota badannya berkecai dan cebisannya ditemui kira-kira enam meter dari situ.

Seorang saksi berkata, kecederaan pada badan lelaki itu “seperti tembikai yang dipukul.” Mortlake terletak di selatan Sungai Thames berhampiran Barnes dan Kew Gardens, manakala Lapangan Terbang Heathrow terletak hanya kira-kira 16 kilometer dari situ.

Kawasan itu juga menjadi laluan kepada banyak pesawat antarabangsa. Billy Watson, 26, yang tinggal di kawasan itu berkata, mayat berkenaan “hancur” dan lelaki terbabit mungkin berketurunan Albania atau Maghribi. “Kepalanya berpusing ke satu arah dan kakinya seperti dipulas ke arah bertentangan.

“Punggungnya tercabut, manakala satu daripada tangannya berada dalam posisi tidak sepatutnya,” katanya. 

sumber- DM

Kepala budak perempuan parah tersepit di eskalator

bahaya eskalator bergerak

BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera parah apabila kepalanya tersepit di antara eskalator bergerak dengan dinding di pusat beli-belah di Pathum Thani, semalam.

Pengawai polis penyiasat Pratunam Chulalongkorn, Leftenan Kolonel Chamnong Kongtapan, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.20 petang di eskalator bergerak di antara tingkat dua dan tiga di Pusat Beli-Belah Future Park Rangsit

Katanya, Nualprae Wasuthichaikul mungkin menghulurkan kepala untuk melihat ke bawah sebelum tersepit. 

Kanak-kanak itu dihantar ke hospital berdekatan dan doktor berjaya memulihkan kembali denyutan jantung, tetapi keadaannya masih lemah kerana mengalami pendarahan dalam kepala. 

sumber- Bangkok Post

Mahasiswa termuda berusia 12 tahun

mahasiswa termuda di dunia
WALAUPUN bergelar mahasiswa, Gordon-Brown masih mengikuti kelas persekolahan seperti biasa.
LONDON: Seorang budak berusia 12 tahun yang mendapat markah A bagi subjek matematik dalam peperiksaan sekolah menengah kini menjadi mahasiswa termuda Britain.

Berdasarkan umurnya, Xavier Gordon-Brown mungkin terlalu muda untuk dibenarkan membuka akaun di Facebook, namun pada masa sama, dia kini mengikuti kursus matematik bagi peringkat ijazah.

Gordon-Brown layak mengikuti pengajian peringkat universiti selepas lulus ujian Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) pada 2009 dan menjadikan dia calon termuda memperoleh markah A dalam subjek berkenaan.

mahasiswa termuda di dunia

Kini, Gordon-Brown mengikuti kelas pengajian di Universiti Terbuka di Grinstead Timur dua atau tiga kali sebulan.

Disebabkan usianya juga, Gordon-Brown terpaksa ditemani ibunya setiap kali dia pergi ke dewan kuliah.

mahasiswa termuda di dunia

Berasal dari Haywards Heath di Sussex, Gordon-Brown masih meneruskan persekolahannya seperti biasa, selain menyertai pelbagai aktiviti seperti belajar bermain klarinet, piano dan biola.

Di sekolah, Gordon-Brown mempelajari empat bahasa asing dan aktif bermain bola.

Dia mengikuti kuliah apabila tiada sesi persekolahan atau aktiviti berkaitan dengannya.

Ibu Gordon-Brown, Erica, berkata dia amat bangga dengan pencapaian anak bongsunya itu.

Walaupun ada ibu bapa yang memastikan anak mereka membesar di kalangan rakan sebaya, dia berpendapat, Gordon-Brown boleh menyesuaikan diri bergaul dengan mahasiswa yang jauh lebih dewasa daripadanya.

mahasiswa termuda di dunia

“Adalah baik untuk Gordon-Brown dapat berkawan dengan seseorang yang memiliki tahap intelektual setara dengannya,” katanya. 

Minat Gordon-Brown kepada angka bermula sejak awal.

Kata Erica, anaknya itu mula menguasai kemahiran sifir sebelum berusia empat tahun dan mampu menyelesaikan soalan aritmetik mental walaupun belum bersekolah. 

“Setahun selepas mencatat kejayaan di peringkat GCSE, Gordon-Brown lulus peperiksaan A-level,” katanya. 

sumber- DM

Lelaki Arab sorok monyet dalam seluar

monyet pelik dalam seluar

NEW DELHI: Kastam India menahan seorang lelaki yang cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi bersama seekor monyet terancam disorok dalam seluar dalamnya, kata pegawai agensi itu, semalam.

Suspek berasal dari Emiriah Arab Bersatu kini ditahan bersama dua rakannya.

Menurut jurucakap kastam, suspek tiba dari Bangkok dan sepatutnya menaiki penerbangan Jet Airways ke Dubai. 

“Kastam mengesan monyet itu ketika membuat pemeriksaan badan,” katanya. Monyet berukuran 17 sentimeter itu - dikenali sebagai loris - hidup di India dan Asia Tenggara, dianggap mempunyai khasiat bagi menguatkan tenaga batin. 

Ia adalah spesies terancam di dunia. Seekor lagi monyet itu ditemui ditinggalkan dalam tong sampah lapangan terbang berkenaan. 

sumber- AFP

Kereta jadi tilam

Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam
RAMPAS...anggota penguat kuasa KPDNKK merampas barangan elektrik dan tilam jed dalam serbuan, semalam.
KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan ratusan ringgit, sebuah syarikat ‘gores dan menang’ mengaut keuntungan mencecah RM200,000 sehari hasil penipuan.

Mereka menjanjikan hadiah kereta mewah seperti dipamerkan pada kad yang diserahkan kepada mangsa untuk mencuba nasib, bagaimanapun sebaik mangsa menyerahkan wang tunai, mereka menukarkan hadiah kepada tilam jed yang hanya bernilai RM200.

Itu antara taktik syarikat terbabit yang turut merekrut beberapa kakitangannya bagi mengaburi mata pelanggan mereka.

Namun, kegiatan mereka tumpas sebaik pejabat latihan dan stor simpanan di tingkat satu Jalan Kuchai Maju 13, Kuchai Lama, di sini, diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 12 tengah hari, semalam.

Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan, Abu Samah Shabudin berkata, serbuan terbabit dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya sejak beberapa bulan lalu.

“Serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan, Amran Daud bersama empat anggota lain dan mendapatkan waran geledah berikutan premis terbabit tidak berpenghuni.

“Hasil serbuan, kami menemui sebuah stor simpanan yang ditempatkan tersorok di belakang almari. Anggota kami mengalihkan almari itu sebelum menemui pelbagai barangan seperti kad gores dan menang, tilam jed, mesin jahit, mesin urut kaki dan dapur elektrik,” katanya.

Menurut Abu Samah, premis itu dijadikan pejabat urusan dan pusat latihan kakitangan syarikat terbabit berdasarkan dokumentasi yang ditemui selain dijadikan stor simpanan.

“Sebelum ini KPDNKK sudah menyerbu tiga premis di Bandar Tasik Permaisuri, Sungai Besi dan Kuchai Maju 8 yang dipercayai didalangi kumpulan sama berdasarkan modus operandi dan dokumen yang ditemui,” katanya.

sumber- HMetro

Ratu cantik pondan diserbu di Sungai Petani

gambar pondan kedah
Sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik di sebuah hotel di Taman Ria Jaya, Sungai Petani ditahan malam kelmarin.
Pondan sertai ratu cantik diserbu penguat kuasa

Sungai Petani: Lebih 30 pondan bertempiaran lari selepas dewan hotel yang menjadi lokasi pertandingan ratu cantik mak nyah diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin. 

Kumpulan pondan yang masing-masing melaram dengan pelbagai fesyen itu bertempiaran lari menuju padang golf serta tasik berhampiran hotel di Taman Ria Jaya, di sini, ketika premis terbabit diserbu jam 8.30 malam.


Berpakaian ala ratu cantik

Ada di antara mereka yang berpakaian ala ratu cantik dilihat terjun dari anak tangga selepas menanggalkan kasut tumit tinggi untuk mengelak dicekup pihak berkuasa. 

Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin, berkata dalam serbuan berkenaan lapan pondan ditahan selepas dikesan menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah terbabit. 

Katanya, tidak kurang 30 pondan dikesan berada dalam dewan berkenaan yang dipercayai disewa khas untuk Pertandingan Ratu Antarabangsa 2012. 


Asyik peraga pakaian

Malah, ketika intipan dilakukan, semua peserta dilihat asyik memperagakan pakaian masing-masing untuk merebut juara bagi kategori Ratu Favourite, Rambut Tercantik, Pakaian Kebangsaan Terbaik, Badan Tercantik, Solekan Terbaik dan Catwalk. 

Bagaimanapun, katanya serbuan itu dipercayai dibocorkan oleh pengawal keselamatan yang memaklumkan kepada peserta, menyebabkan semua mak nyah bertempiaran lari. 

“Ada yang terjun tangga dengan memakai pakaian perempuan ketat, manakala ada lari berkaki ayam ke arah padang golf dan kolam, sebelum hilang. 

“Lapan yang ditahan dibawa untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1948 kerana berpakaian perempuan. 

“Jika sabit kesalahan semua mak nyah terbabit boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

Zaiferi berkata pihaknya kesal dengan tindakan penganjur menganjurkan acara berkenaan kerana umum mengetahui Islam melarang lelaki berpakaian atau menyerupai wanita.

sumber- BH

Penduduk Islam Jerman bantah larangan berkhatan

amalan berkhatan muslim
Penunjuk perasaan Jerman memegang kain rentang tertulis 'Akhirnya, Jerman menjadi kuasa kolonial sekali lagi' semasa satu bantahan menuntut kebebasan hak beragama di Dataran Bebelplatz, Berlin, Jerman, kelmarin. - AFP
BERLIN 10 Sept. - Beratus-ratus penduduk Islam Jerman mengadakan tunjuk perasan di sini semalam, membantah keputusan sebuah mahkamah Cologne berhubung larangan amalan berkhatan dan menuntut 'kebebasan agama' mereka dihormati.

Kira-kira 300 penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Bebelplatz yang dikenali sebagai tapak terkenal Nazi mengadakan upacara membakar buku.

Penunjuk perasaan turut membawa kain rentang yang tertulis 'Berkhatan? Tidak, terima kasih' dan 'Akhirnya, Jerman menjadi kuasa kolonial sekali lagi'.

Kedua-dua kain rentang itu merujuk bantahan mereka terhadap imej kartun kemaluan budak lelaki diwarnakan mengikut warna bendera Jerman dan Israel.

sumber- Utusan

Traktor berentap di Jerman

traktor untuk dijual
SEBUAH traktor yang diubah suai beraksi pada pertandingan traktor di bandar Fuechtorf, Jerman kelmarin.
FUECHTORF - Satu pertandingan traktor diadakan di sini, barat Jerman kelmarin. Dinamakan Tractor Pulling Euro Championships, acara tersebut disertai oleh 80 buah pasukan dari seluruh benua Eropah.

Pertandingan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan pelbagai jenis traktor yang diubah suai dan berkuasa tinggi.

Traktor yang dapat menarik beban sejauh mungkin di atas trek sejauh 100 meter akan memenangi pertandingan tersebut. 

sumber- Reuters

Padah ragut wanita dalam lif

rumah sewa sekitar kl
KESAN tompokan darah jelas kelihatan di tempat seorang peragut dibelasah oleh orang awam di Chow Kit semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah tegar bukan sahaja gagal melarikan barangan yang diragut malah dia cedera parah apabila dibelasah orang ramai yang geram dengan tindakannya menyamun seorang wanita di dalam lif flat Wisma Hock Ann, Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini semalam.

Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika suspek berusia 30 tahun tersebut cuba melarikan diri selepas mencekik dan melarikan rantai leher, dua bentuk cincin emas, loket serta telefon bimbit milik wanita tersebut yang kesemuanya bernilai RM2,800.

Mangsa berusia 33 tahun dan merupakan pekerja salon.

Seorang saksi, Kamal Ngah, 57, berkata, orang ramai yang mendengar jeritan meminta bantuan kemudian ternampak suspek yang ketika itu cuba melarikan diri ke arah Masjid Jamek.

Katanya, peragut itu kemudian dapat diberkas ketika dia cuba menyelinap masuk ke lorong di belakang sebuah warung.

“Ketika kejadian, saya sedang minum dengan kawan-kawan di warung berhampiran dan melihat seorang lelaki telah diberkas dan dibelasah oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis,” ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

sumber- Kosmo

Hospital di India upah kaki pukul kawal keselamatan

upah samseng
DUA kaki pukul beruniform berkawal di hadapan pintu masuk ke wad di Hospital Deen Dayal Upadhyay di New Delhi pada 21 Ogos lalu.
NEW DELHI - Sebuah hospital di India mengupah sejumlah kaki pukul bagi mengelakkan kakitangannya daripada menjadi mangsa keganasan di tempat kerja.

Seorang kaki pukul berkenaan, Pradeep Kumar dan lebih 20 rakan sekerjanya bertugas mengawal wad kecemasan dan bersalin Hospital Deen Dayal Upadhyay (DDU) di sini.

Mereka akan memastikan saudara-mara dan rakan pesakit tidak memenuhi dan mengganggu ketenteraman di kedua-dua wad berkenaan.

"Orang ramai yang datang bersama pesakit yang mengalami trauma atau wanita mengandung mudah hilang sabar," kata Pradeep.

"Sebab itu, kami hanya membenarkan seorang pelawat untuk seorang pesakit di wad kecemasan," tambahnya.

Kumpulan kaki pukul itu melayan pelawat ke wad berkenaan dengan sopan tetapi wajah garang dan tubuh sasa mereka membuatkan orang ramai berfikir dua kali untuk tidak menghiraukan arahan lelaki-lelaki berkenaan.

"Mereka kelihatan ganas seperti watak dalam filem aksi," kata seorang bapa, Pawan Desai semasa membawa anak perempuannya yang berusia empat tahun ke DDU bagi merawat luka pada tangannya.

Pekerja hospital di India berdepan risiko bahaya dengan beribu-ribu serangan berlaku pada setiap tahun.

Kebanyakan serangan itu ekoran rasa tidak puas hati saudara-mara dan rakan pesakit.

Pada April lalu, beberapa rakan seorang pesakit di wad kecemasan DDU menumbuk muka seorang doktor dan mematahkan hidungnya sebelum mengamuk dengan bersenjatakan beberapa kayu hoki.

Mereka menghayunkan senjata itu terhadap staf perubatan dan memecahkan sejumlah tingkap, lampu dan perabut hospital berkenaan.

sumber- Agensi