Pages - Menu

Sunday, October 7, 2012

Israel tembak pesawat pengintip

pesawat pengintip
Foto dikeluarkan menunjukkan Pasukan Pertahanan Israel melancarkan tembakan ke arah pesawat pengintip yang melintasi ruang udara mereka.
GAZA - Sebuah pesawat pengintip dari Laut Mediterranean ditembak sehingga jatuh ke tanah oleh tentera Israel selepas dilihat menyeberangi kawasan udara Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera rejim, Kolonel Avital Leobovich berkata, beberapa sistem daratan mengeluarkan amaran bahawa ada tanda-tanda kehadiran pesawat pengintip sejak Sabtu lalu terbang di sekitar ruang udara Semenanjung Gaza tetapi bukan daripada wilayah Palestin.

Katanya, pihak Israel masih gagal mengesan tempat asal pesawat itu dan sedang melakukan siasatan selain mengesahkan tiada mana-mana pihak yang cedera di atas serangan itu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan pesawat berkenaan tidak membawa sebarang alat letupan dan ia mungkin sebuah pesawat pengintipan.

"Kini kami sedang di peringkat pengawasan berikutan pesawat pengintip yang tidak berstatus itu dikendalikan tanpa manusia dan oleh beberapa sebab, pihak atas memerintahkan agar tentera Israel menyekat kesemua kenderaan udara tanpa manusia dari memasuki ruang udara wilayah Negev," katanya.

Menembak jatuh pesawat pengintip yang melalui ruang udaranya bukanlah satu tindakan baru oleh tentera Israel, tetapi kes-kes serupa itu jarang sekali berlaku.

Dalam peperangan tahun 2006, kumpulan Hezbollah pernah melancarkan sebuah pesawat pengintip buatan Iran yang membawa bahan letupan ke ruang udara Israel namun telah ditembak jatuh.

sumber- Sinar

Pukul budak 11 tahun, lelaki didenda RM800

Zudy Iskandar Mohamad
Zudy Iskandar (kanan) didenda RM800 gara-gara memukul kanak-kanak
KUALA TERENGGANU - Padah memukul kanak-kanak berusia 11 tahun sehingga cedera hanya kerana diejek, seorang tukang paip didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Tertuduh, Zudy Iskandar Mohamad, 32, yang berasal dari Kampung Tanjung Che Mat Taukey di sini, juga berdepan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 1 Oktober lalu, kira-kira jam 12 tengah hari di Kampung Tanjung Che Mat Taukey, dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Akibat ditumbuk di bahagian mata dan disepak di kepala, kanak-kanak berkenaan mengalami lebam di mata dan muka.

Zudy dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang berbaju lokap, kemudiannya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Bagaimanapun dalam pembelaannya, Zudy memohon agar hukumannya diringankan kerana sudah insaf dan mempunyai tiga adik-beradik yang perlu ditanggung.

Pendakwaan dijalankanoleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

sumber- Sinar

Ngeri! Mangsa bunuh dijadikan barbeku dan kari

kari daging manusia
gambar ketiga-tiga suspek
TOKYO: Tiga lelaki yang dipercayai memanggang dan memasak kari daging mangsa pembunuhan mereka ditahan oleh pihak berkuasa Jepun.

Ketiga-tiga mereka dikatakan menggunakan tukul untuk mengoyakkan badan Kazuyuki Kobayashi, sebelum memanggang bahagian badannya dan membuang di sebuah gunung di luar bandar Jepun, lapor jurucakap polis.

Dua daripada suspek telah mengaku salah dengan dakwaan memasak kari daging Kobayashi bagi menghilangkan bau dari mayat mangsa.

Tasuku Shimaoka, 34, Keita Yoshida, 30, dan Koji Kawamura, 40, ditahan minggu lepas atas tuduhan menghapuskan mayat Kobayashi. Kazuyuki Kobayashi telah dilaporkan hilang kira-kira tiga tahun lalu, kata jurucakap polis.

Kazuyuki Kobayashi
Kazuyuki Kobayashi, mangsa pembunuhan kejam
Media turut melaporkan mayat Kobayashi telah disimpan di dalam peti sejuk sebuah gudang di Tokyo sebelum dibawa ke Niigata di Utara Jepun.

"Suspek berkomplot antara Julai dan Ogos 2011 dan menggunakan objek seperti tukul untuk menghapuskannya (mayat Kobayashi). Mereka kemudiannya memanggang barbeku mayat tersebut." kata jurucakap itu.

"Mereka kemudiannya membuang mayat Kobayashi di gunung," katanya, tanpa mengulas lanjut.

Laporan tempatan mengatakan terdapat masalah kewangan diantara mereka.

Yoshida telah mengakui setiap pertuduhan, Kawamura telah mengaku separuh daripadanya, manakala Shimaoka mengekalkan pengakuan tidak bersalah, kata jurucakap polis. 

sumber- AFP

Foto telanjang Kristen Stewart tersebar

Foto bugil Kristen Stewart tersebar

Mungkin atas sebab keadaan yang terdesak, Kristen Stewart bersetuju untuk menanggalkan semua pakaiannya dalam filem “On the Road” yang diadaptasi dari novel nukilan Jack Kerouac dan tidak kisah dengan penyebaran gambar-gambar yang diambil sepanjang perfileman.

Berikutan dari perpisahan yang berlaku dengan Robert Patinson atas sebab hubungan sulit beliau dengan pengarah Robert Sanders, Stewart yang sememangnya tiada sebarang bakat lakonan tidak akan lagi muncul dalam sekuel “Snow White and the Huntsman”.

Hal itu bukan halangan baginya untuk terus berlakon dalam filem kerana kini, beliau sedang sibuk dengan penggambaran “On the Road” bersama pelakon Garrett Hedlund dan Sam Riley.

Dipetik dari laman HuffingtonPost, Stewart mengatakan bahawa berbogel dalam filem bukanlah suatu masalah baginya. Beliau turut mengakui watak sedemikian sudah lama diidamkan kerana beliau suka mencabar dirinya untuk menjadi seorang pelakon yang lebih baik. 

Dalam sebuah babak dalam filem “On the Road”, watak Marylou berumur 16 tahun yang dipegang Stewart dilihat sedang terbaring di katil tanpa memakai apa-apa kecuali senyuman menggoda. Babak-babak sebelum itu turut memperlihatkan beliau membuat aksi lucah bersama Hedlund dan Riley di dalam kereta. 

Novel asal “On the Road” yang ditulis Jack Kerouac dipilih oleh majalah Time sebagai salah sebuah dari 100 novel berbahasa Inggeris terbaik pada tahun 1923 sehingga 2005. Berdasarkan pengalaman Kerouac dan rakan-rakannya sepanjang mereka merantau di sekitar Amerika Syarikat, novel itu membawa pembaca ke dunia jazz, puisi dan dadah. 

Malangnya, filem yang berdasarkan karya sastera dan aksi bogel masih tidak mampu menyelamatkan lakonan Stewart yang tidak pernah berubah.

sumber- Tupai

Dapur kayu yang kreatif

Dapur kayu sering digunakan untuk menjimatkan kos dengan membeli bahan api bagi keperluan memasak. Ianya bukanlah sesuatu yang asing dan telah lama dipraktikkan sejak turun-temurun. Kini, kebanyakan dapur memasak telah digantikan dengan penggunaan gas.

Bahan api yang digunakan untuk dapur kayu adalah cukup murah serta mudah didapati seperti kayu-kayan di hutan dan juga kayu arang. Bagaimana pula jika dapur tersebut sendiri yang menjadi bahan api?

dapur kayu

Pecut selepas gilis mangsa

eksiden di Alor Gajah
Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.
ALOR GAJAH – Seorang pemandu treler bertindak memadam lampu dan memecut laju kenderaannya sebaik saja menggilis seorang penunggang motosikal di Jalan Garing, Machap Baru, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, penunggang motosikal warga Nepal, Tek Bahadur Tamang, 23, melambung selepas motosikal jenis Suzuki RG yang dinaiki bersama rakannya, Santha digesel treler terbabit, sebelum dia digilis tayar belakang kiri kenderaan berat itu.

Saksi kejadian, Mohd Fauzi Mohamad Nor, 33, berkata, ketika kejadian, dia memandu kereta bersama isteri dan tiga anaknya yang berada di belakang treler berkenaan pada jarak kira-kira 20 meter.

“Saya melihat treler itu cuba memotong motosikal dinaiki mangsa di sebelah kiri. Tiba-tiba berlaku pergeseran sehingga api keluar dari motosikal berkenaan.

“Saya lihat mangsa melambung sebelum terjatuh ke atas jalan raya, kemudian digilis pula dengan tayar belakang treler itu. Manakala rakan mangsa tercampak ke tebing jalan dan keduanya tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, kelmarin.

Menurutnya, pemandu treler itu tidak berhenti, malah terus memecut laju meninggalkan mangsa di atas jalan.

“Saya membunyikan hon ke arah treler berkenaan, namun pemandunya terus memecut laju, malah bertindak memadamkan lampu serta memotong beberapa kenderaan lain,” katanya.

Menurutnya, dia terus mengekori treler berkenaan untuk mengesan nombor pendaftarannya.

“Dengan memasang lampu tinggi, saya dapat lihat jelas nombor pendaftaran treler itu sebelum bertindak berpatah balik ke tempat kejadian dan melihat keadaan mangsa bersama beberapa pengguna jalan raya yang membantu,” katanya.

Katanya, ketika itu, mangsa masih bernyawa dan orang ramai membawanya ke Hospital Melaka, sebelum membuat laporan di Balai Polis Cawangan Trafik Daerah Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka.

sumber- Sinar

Maut Viva bertembung lori

Perodua Viva Putih
Keadaan kereta dinaiki keluarga terbabit.
RAUB - Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan lori di Kilometer 349 Jalan Raub - Lipis pada jam 12.30 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Zailani Mat Zin, 30, memandu kenderaan jenis Perodua Viva dari arah Lipis.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori muatan produk coklat.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara itu, isterinya, Noraisyah Rosli (27) tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Raub.” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, dua kanak-kanak yang juga anak pasangan terbabit iaitu Putri Alya Balqis, 4 dan Putri Qistina Batrisyia, 2, menerima rawatan di hospital sama akibat kecederaan di bahagian kepala serta muka.

Katanya, waris mangsa sudah dihubungi untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Pemandu lori, Azman Abdullah (39) pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan sampel darah kedua-dua pemandu diambil untuk ujian dadah serta alkohol.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

sumber- Sinar

Berenang dengan pakaian samurai

YOKOHAMA - Berjalan atau berlari dengan pakaian samurai yang lengkap bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi berenang.

Namun, itulah yang dibuat oleh beberapa orang rakyat Jepun, yang berenang dengan pakaian samurai lengkap sebagai cara untuk bergembira.

"Pakaian ini agak berat dan panas apabila memakainya. Saya bimbang sama ada saya mampu keluar semasa berada di dalam air.

Mutsuo Koga

"Kali terakhir saya berenang ialah tiga tahun lalu,'' kata seorang doktor, Mutsuo Koga, 27, ketika ditemui sebelum memasuki kolam renang awam dengan pakaian itu.

Aktiviti renang dengan berpakaian samurai juga merupakan satu daripada amalan tradisi masyarakat Jepun yang mula diperkenalkan pada abad ke-15 dan ke-16.

Selain dianggap sebagai satu daripada warisan dalam seni pertahanan diri, teknik itu membantu pahlawan zaman dahulu kala berenang dalam persekitaran sebenar yang lebih mencabar.

"Tujuan utama renangan ini adalah bagi memperoleh kemahiran praktikal sebelum berenang dalam persekitaran yang sebenar," kata Tadao Koga, bapa kepada Mutsuo dan mahaguru sekolah Kobori, satu daripada 12 sekolah yang diiktiraf oleh Persekutuan Renang Jepun.

sumber- AFP

Saintis temui sejuta pepijat laut dalam

Platynereis Dumerei
Cacing Platynereis Dumerei, berenang secara bebas.
SEKUMPULAN saintis berjaya menemui lebih daripada sejuta spesies pepijat baru sekitar lautan Pasifik, Atlantik, Selatan dan Selat India.

Ekspedisi Tara sejauh 112.65 kilometer  itu mengambil masa 36 bulan.

Makhluk paling kecil di dunia itu bakal dipamerkan di Muzium Sains London minggu ini.

Emmanuel Raynaud
Spesies udang baru, Emmanuel Raynaud.
Wakil kumpulan ekspedisi berkata, penemuan itu memberi kesan kepada perubahan iklim di lautan serta memberi manafaat kepada manusia terutama dalam bidang perubatan.

"Lebih 30,000 sampel air laut diambil dari serata pelosok. Selain itu kami turut menemui lebih 1.5 juta spesies baru yang berukuran satu sentimeter panjang sehingga berukuran paling kecil daripada pecahan di bawah saiz satu milimeter," katanya.  

sumber- Daily Mail

Budak jumpa fosil 30,000 tahun

fosil gajah berusia 30,000 tahun
Saintis menggali fosil gajah bagi tujuan penyelidikan.
MOSCOW - Seorang kanak-kanak di utara Rusia menemui fosil gajah berusia 30,000 tahun di daerah Taymyr.

Yevgeny Salinder, 11, menemui fosil seberat 500 kilogram itu ketika menggali di belakang rumahnya.

Saintis percayai ia adalah fosil sama pernah dijumpai di Rusia, tahun lalu.

Jurucakap saintis berkata, ketika ditemui fosil itu tidak rosak.

“Gading, tulang rusuk dan mulutnya dapat dilihat jelas," katanya.

Fosil gajah itu kini dinamakan sebagai Zhenya mengambil nama samaran Salinder dan akan dikaji lebih lanjut oleh para saintis. 

sumber- AFP

Tragedi bot berlanggar di China, 11 terbunuh

kemalangan pengangkutan air
Sebahagian daripada mayat mangsa bot karam dijumpai pasukan penyelamat di sungai Yuanjiang, Beijing.
BEIJING - Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kemalangan bot di sungai di wilayah tengah China Hunan, kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seorang mangsa masih hilang, manakala 10 yang lain cedera, apabila dua kapal berlanggar sesama sendiri di sungai Yuanjiang.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan China berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 10 mangsa daripada 22 orang yang tercampak keluar sejurus kedua-dua kapal terbabit berlanggar.

“Usaha mencari mangsa hilang masih giat dijalankan dan punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat,” katanya.

Menurutnya, kemalangan tersebut adalah kejadian kedua dalam minggu ini.

Sejak Julai lalu, 117 kemalangan bot di catatkan dengan 142 orang terbunuh. 

sumber- AP

Maut rempuh pokok

Van Vannete Shah Alam
Anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian.
SHAH ALAM – Seorang juruteknik maut selepas van jenis Vannete yang dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Seksyen 19, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, See Choon Yuen, 27, dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Persiaran Jubli Perak Seksyen 20 ke Seksyen 24 sebelum tayar belakang sebelah kiri van berkenaan meletup.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, akibat rempuhan kuat, mangsa tersepit di kaki, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Menurutnya, pasukan Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke tempat kejadian membantu mengeluarkan mangsa.

“Mangsa dipercayai memandu dalam keadaan laju dan hilang kawalan selepas tayar meletup.

“Ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri dan membawa pelbagai barangan elektrik,” katanya.

Mayat mangsa yang berasal dari Bandar Bukit Tinggi dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

sumber- Sinar

Bayi 12 hari selamat di pangkuan ibu

bayi kemalangan
Kelisa yang remuk dilanggar lori kontena, di Cabang Empat Kampung Banggol Chicha, jam 8 pagi semalam. Gambar kecil: Bayi yang terselamat.
PASIR MAS – Seorang bayi berusia 12 hari, terselamat di dalam pangkuan ibunya, selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Cabang Empat Kampung Banggol Chicha, jam 8.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, bayi yang dipangku ibunya, Siti Aidah Mat Zain, 35, hanya cedera selepas kereta Kelisa yang dinaiki dilanggar lori kontena.

Menurutnya, lori yang dari arah Bayu Lalang ke Kampung Gaung, tidak sempat memberhentikan kenderaan di cabang empat, seterusnya melanggar Kelisa.

“Pemandu Kelisa, Nur Bahiyah Mohamad, 21, tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penumpang lain, Abdul Rauf Mohamad, 20; Abdul Ghafar Mohamad, 20; Mohd Amirullah Abbas, 9, dan Aimi Amira Mohd Ali, 9, cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Pasir Mas.

“Bayi berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala ibu, Siti Aidah cedera di badan, mendapatkan rawatan di hospital yang sama,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah, untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Rule 3 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Nur Bahiyah berkata, mereka dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pasir Mas, untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, selepas bayi mengalami masalah kesihatan.

“Saya tidak sempat mengelak, selepas menyedari lori itu tidak memberhentikan kenderaan di Cabang Empat.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas
Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, mengusung Siti Aidah, selepas tersepit di dalam kereta, akibat kemalangan.
“Disebabkan lori memandu dengan laju, kereta kami diseret hampir 10 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 pagi, dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan tujuh anggota.

“Tiba di tempat kejadian, kita dapati terdapat seorang penumpang tersepit, manakala yang lain berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa di bahagian tempat duduk penumpang, kurang lima minit kemudian,” katanya.

sumber- Sinar

Ramai jadi hantu dek sijil kematian palsu

sijil kematian palsu

Johannesburg: Sindiket penipuan KwaZulu-Natal dan Eastern Cape yang menggunakan sijil kematian palsu bagi tujuan menuntut polisi insurans jutaan ringgit menjadi punca huru hara apabila ada mangsa masih hidup mendapati status mereka 'meninggal dunia'. 

Penjualan sijil dan polisi kematian dilaporkan meningkat di wilayah ini meskipun kebanyakan syarikat insurans sukar untuk mengesahkan atau menyiasat tuntutan insurans nyawa, kata Persatuan Pelaburan dan Simpanan Afrika Selatan (Asisa).

Statistik terbaru persatuan itu menunjukkan manfaat daripada pengebumian dan kematian menarik jumlah penipuan yang tinggi selain tuntutan palsu pada 2010 dengan sijil kematian palsu menjadi dokumen yang paling biasa diserahkan.

Syarikat insurans nyawa mencatat 4,636 kes penipuan membabitkan nilai 321.7 juta rand (RM115.2 juta) pada 2010. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Asisa, Peter Dempsey berkata apa yang diperlukan hanyalah nama dan nombor pengenalan seseorang untuk menuntut insurans mereka. 

Kes biasanya membabitkan seseorang yang ada polisi dengan syarikat insurans dan sindiket menyerahkan satu tuntutan kematian palsu tanpa pengetahuan pemegang insurans, atau sindiket mengambil sijil kematian atau polisi nyawa seseorang masih hidup dan membayar sejumlah premium ketika menantikan tempoh polisi. 

Sijil kematian palsu 

“Sebaik saja tempoh menunggu berakhir, sindiket akan mengeluarkan sijil kematian palsu serta mayat dan membuat tuntutan kematian atau manfaat pengebumian,” kata Dempsey. 

“Biasanya sindiket menerima maklumat dari kakitangan rumah mayat atau syarikat pengebumian persendirian yang mereka upah apabila ada kes membabitkan mayat tidak dikenal pasti oleh saudara mereka dalam tempoh tertentu. Atau apabila mayat yang teruk terjejas akibat kebakaran atau banjir, sijil kematian palsu dikeluarkan dan tuntutan dibuat.” 

Florence Khuzwayo, 53, bimbang sekiranya identitinya digunakan oleh penuntut palsu insurans selepas diisytiharkan meninggal dunia pada Januari lalu.

Dia percaya maklumat peribadinya dalam buku identiti digunakan untuk menuntut insurans palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Khuzwayo bukan saja diisytiharkan mati oleh agensi kerajaan tetapi kehidupannya menjadi lebih mencabar apabila berusaha untuk membetulkan semuanya. 

sumber- Agensi 

Yahudi, Kristian New York lawan iklan kecam Muslim

beli ruang iklan
Kumpulan Yahudi dan Kristian beli ruang iklan untuk melawan iklan “Defeat Jihad” di New York. – Foto ihsan CNN
NEW YORK – Tiga kumpulan Yahudi dan Kristian memulakan kempen iklan yang berasingan untuk melawan mesej berbaur kebencian yang dikeluarkan terhadap masyarakat Islam menerusi iklan yang dipaparkan di stesen-stesen kereta api bawah tanah di sini.

Iklan-iklan baru itu bertujuan menggalakkan toleransi agama dan menawarkan sokongan kepada komuniti Muslim.

"Bantu menghentikan kesempitan fikiran terhadap jiran Muslim kita," kata satu iklan.

"Sokong keamanan dalam kata-kata dan juga amalan," sebut satu lagi iklan.

Kempen itu dikeluarkan sebagai respons kepada iklan, yang antara lain berbunyi "Defeat Jihad" ("Tewaskan Jihad"). Ia dipaparkan di 10 stesen. New York ada 400 stesen bawah tanah.

Iklan itu berbunyi: "In any war between the civilized man and the savage, support the civilized man. Support Israel. Defeat Jihad" (Dalam mana-mana perang antara mereka yang bertamadun dan kejam, sokong mereka yang bertamadun. Sokong Israel. Kalahkan Jihad."

Pihak Metropolitan Transportation Authority New York pada awalnya menolak iklan itu, yang dikeluarkan oleh American Freedom Defense Initiative.

Bagaimanapun keputusan itu diketepikan oleh hakim mahkamah persekutuan atas alasan ia dlindungi oleh perlembagaan negara itu.

Iklan mempertahankan Muslim disokong oleh Rabbis for Human Rights, Sojourners dan United Methodist Women.

Laporan CNN menyebut bahawa 20 lagi iklan "Defeat Jihad" akan dipasang Isnin ini.

Timothy King dari Sojourners berkata, pihaknya akan membeli ruang untuk meletakkan 10 iklan, juga pada Isnin ini, berhampiran dengan iklan "Defeat Jihad".

"Kami akan bekerja keras untuk memastikan Muslim dilayan dengan baik di sini dan kami berhrap masyarakat Kristian juga akan dilayan dengan baik di luar negara," kata King.

sumber- Sinar

Bekas pemain Selangor Ezmi mungkin disihir

Mohd Habib Ahmad
Mohd Habib Ahmad
BATANG KALI - Rawatan menggunakan daun sirih, pati ibu kunyit, air garam Laut Merah dan roti memberi kesan serta perubahan terhadap luka pada wajah bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, yang menghidap kanser hidung.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu satu petanda baik untuk pulih.

“Saya menggunakan wap rebusan daun sirih untuk membunuh kuman dan virus, manakala nanah dicuci dengan roti kemudian setelah bersih luka disapu dengan air garam serta pati ibu kunyit.

“Alhamdulillah, setelah lebih tiga minggu merawat Mohd Ezmi kesan lukanya sudah mula surut dan daging baru juga tumbuh kemerahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Habib yang juga peneroka Felda Gedangsa berkata, tindak balas positif itu sebenarnya memberi petanda berbeza dengan tanggapan Mohd Ezmi menghidap barah.

"Kemungkinan besar Mohd Ezmi terkena sihir.

"Ulat yang memakan daging pada hidung Mohd Ezmi pernah dibuang di dalam tandas tetapi hanya selang sehari ulat kembali semula dengan jumlah yang sama," katanya.

Namun, katanya, setelah dibacakan ayat al-Quran dan menghembusnya pada ubun-ubun Mohd Ezmi, ulat itu mudah dibersihkan dan setelah dimasukkan ke dalam botol lalu dibuang ke sungai ia tidak lagi kembali.

“Selepas itulah sel tisu muka dan hidung Mohd Ezmi kelihatan bersih dan kemerahan.

“Jadi, ini berkemungkinan satu perbuatan khianat,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Habib berkata, dia tidak dapat membantu memulihkan sel tulang hidung Mohd Ezmi kerana sudah rosak dipercayai kesan kimoterapi.

"Kita akan teruskan rawatan terhadap Mohd Ezmi bagi memastikan dia pulih sepenuhnya dan terhalang daripada gangguan berulang," katanya.

sumber- Sinar

GRO meringkuk dalam kabinet

GRO kena tangkap
CUBA SOROK... seorang GRO ditemui dalam kabinet dalam serbuan Unit ATIP Bukit Aman di pusat karaoke di Seri Kembangan.
SERI KEMBANGAN: Seorang pelayan pelanggan (GRO) sebuah pusat karaoke di Taman Pinggiran Putra, di sini, cuba bersembunyi dalam kabinet sebelum ditemui dalam keadaan meringkuk ketika pusat hiburan itu diserbu Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.55 malam, 23 wanita warga Thailand, China dan Vietnam berusia 19 hingga 30 tahun ditahan selepas didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke yang beroperasi sejak Januari tahun ini.

Ketua Unit ATIP Bukit Aman, Deputi Superintendan Nor Omar Sappi berkata, wanita terbabit yang bertubuh kecil cuba mengambil kesempatan menyorok dalam kabinet menempatkan pemain set karaoke ketika anggota unit berkenaan sibuk memeriksa premis itu.

Menurutnya, pusat karaoke itu didapati berselindung atas nama hiburan keluarga tetapi disyaki turut menawarkan khidmat seks pada kadar RM160.

“Serbuan dilakukan hasil maklumat awam yang mendakwa wujud aktiviti eksploitasi seks membabitkan wanita warga asing.

“Malah, ketika serbuan, dua pelanggan lelaki tempatan sedang melakukan hubungan seks di bilik yang disediakan khas di premis lain, 50 meter dari pusat karaoke,” katanya.

Nor Omar berkata, pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks akan membuat rundingan di kaunter bagi memilih wanita diingini sebelum dibawa ke premis lain yang menempatkan enam ranjang dan dijaga seorang pekerja.

“Pekerja terbabit akan memberi kunci bilik ranjang itu kepada pelanggan terbabit apabila dimaklumkan pihak kaunter selepas bayaran dibuat.

“Pelanggan karaoke juga disediakan khidmat GRO warga asing yang akan melayan mereka mulai jam 8 malam hingga 4 pagi untuk setiap bilik mengikut pakej tertentu pada harga antara RM500 hingga RM1,000,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati pusat karaoke terbabit turut beroperasi tanpa lesen dan pernah dua kali diserbu sebelum ini, tetapi pengusahanya masih tidak serik apabila meneruskan aktiviti persundalan di sebalik pusat hiburan.

“Oleh itu, kami turut menahan 14 pelanggan dan lima pekerja untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Dua GRO yang ditahan ketika melakukan seks dengan pelanggan pula akan didakwa mengikut Seksyen 12, Akta ATIP 2007,” katanya.

sumber- HMetro

Parti liar siswa diserbu

sertai parti liar
SERBU... antara remaja ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dipercayai menganjurkan parti liar.
PETALING JAYA: Mengejutkan apabila sekumpulan remaja, termasuk pelajar kolej swasta, berpakat menganjurkan parti liar yang menyajikan dadah dan seks di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Damansara, di sini, yang turut diubahsuai menjadi disko mini, semalam.

Kegiatan mereka terbongkar selepas premis itu diserbu pihak berkuasa awal pagi.

Dalam serbuan jam 3 pagi, 27 lelaki dan lima wanita berusia antara 19 hingga 26 tahun yang kebanyakannya berada dalam keadaan khayal, dicekup.

Serbuan terhadap disko mini yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu dijalankan hasil intipan tiga hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, selepas mendapat maklumat awam mengenai kegiatan tidak bermoral di premis berkenaan.

Sepasukan polis dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menyerbu premis terbabit terpaksa memecahkan jeriji besi pintu utama yang dikunci dari dalam sebelum ke tingkat tiga yang dijadikan ruang untuk berhibur.

sumber- HMetro

Hanya jadi pemuas nafsu

seksa jadi perempuan simpanan

KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang.

Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’.

Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua.

awek melayu jadi mangsa memuaskan nafsu
NADIA... setia menunggu untuk dijadikan isteri kedua.
Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu.

Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar.

sumber- HMetro

Maut diseksa kejam ala Resident Evil

mangsa pembunuhan kejam
BLAKE alami 104 kecederaan.
LONDON: Tiga individu yang menjadikan seorang lelaki sebagai bahan penyeksaan tanpa peri kemanusiaan sebagaimana siri permainan video Resident Evil hingga mangsa menemui ajal, dipenjarakan seumur hidup.

Derek Blake, 44, ditemui mati dalam tab mandi dipenuhi air di flet kediamannya di Great Yarmouth, Norfolk, pada 24 Mei lalu.

Ahli patalogi dalam sidang di Mahkamah Agung Norwich memberitahu, mangsa mengalami 104 kecederaan dan menjadi bahan penyeksaan menggunakan pisau dapur dan tukul besi.

Seorang daripada pembunuhnya kemudian membandingkan serangan itu seperti siri permainan video, Resident Evil yang turut mememberi inspirasi kepada lima filem ngeri.

Serangan dilakukan terhadap mangsa termasuk, disiram air panas, dikelar dan dibakar seluruh tubuh serta diseksa dengan kayu snuker.

Huruf J turut diukir di sisi muka mangsa.

Ricky Roys, 20, Andrew Brown, 42, and Helen Cooke, 19, dari St Nicholas, Great Yarmouth mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu.

Hakim Peter Jacobs menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada ketiga-tiga tertuduh.

“Pembunuhan ini membabitkan tindakan tanpa peri kemanusiaan. Kesan kecederaan ke atas mangsa emmbuktikan kamu memang bertujuan mahu membunuhnya,” katanya.

Pendakwa raya Graham Parkins mendakwa Blake masih hidup ketika dicampak ke dalam tab mandi walaupun mengalami pelbagai kecederaan.

“Blake adalah mangsa penyeksaan dalam tempoh yang panjang.

Keputusan bedah siasat menunjukkan dia menjadi bahan kekejaman sadis,” katanya.

Blake berkenalan dengan ketiga-tiga pembunuh itu di sebuah asrama di Norwich dan mereka menjadi teman minum arak. 

sumber- Agensi

Helen Hunt berbogel

artis wanita berbogel
Helen Hunt
AKTRES Helen Hunt, 49, memeningkan ramai pihak kerana dia lebih sanggup berbogel untuk filem berjudul The Sessions tetapi kekok untuk melakonkan babak asmara.

Dalam filem baharunya itu, Helen membawa karakter sebagai kaunselor seks yang diambil daripada kisah benar.

"Tanpa solekan tambahan pada badan sebab ia akan menjadikan kulit melekit-lekit, jadi saya pilih untuk berbogel sepenuhnya. Tapi, saat tiba untuk semua pakaian saya dibuka, tapak tangan saya akan mula berpeluh," katanya yang sanggup berbuat demikian untuk menghidupkan watak yang boleh memberi mesej kepada khalayak.

Tambah Helen, sangat jarang untuknya mendapat sebuah naskhah yang sempurna.

Filen The Sessions berkisar kisah benar yang berlaku terhadap seorang kaunselor bernama Cheryl Cohen Greene yang tinggal di pinggir California, Amerika Syarikat.

"Ketika kami bertemu, dia seorang yang sangat terbuka, dia tidak malu bahkan gembira kerana apa yang mahu diluahkannya dapat disampaikan dalam filem itu," kata Helen.

sumber- Kosmo

Bahaya mandi wap melampau

punca lelaki tidak subur
RAMAI pengunjung gimnasium tidak sedar rawatan mandi wap selepas bersenam boleh melemahkan sistem pembiakan mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka.

Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40 peratus masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki.

Dr. Eeson Sinthamoney yang merupakan pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan di Hospital Pantai di sini berkata, rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.

sumber- Kosmo

Jaket peluk untuk pengguna Facebook

Like-A-Hug
KINI, pengguna Facebook boleh merasakan seperti dipeluk sewaktu memakai jaket Like-A-Hug dan rakan mengklik butang "Like" pada status mereka.
SAN FRANCISCO - Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada.

Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow.

Disifatkan sebagai 'media sosial yang boleh dipakai', jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik "Like" pada status yang ditulis.

Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu.

" Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh," kata Chow. 

sumber- AFP

Strawberi punca muntah, cirit-birit di Jerman

gambar buah strawberi
STRAWBERI yang tercemar dipercayai telah menyebabkan hampir 11,000 orang mengalami muntah dan cirit-birit di timur Jerman. - Gambar hiasan
BERLIN - Pihak berkuasa Jerman telah mengenal pasti strawberi-strawberi beku menjadi punca kepada tersebarnya wabak radang perut dan usus atau gastroenteritis di timur Jerman.

Penyakit itu dikatakan menyerang lebih 11,000 orang terutama kanak-kanak di sekolah rendah dan pusat-pusat jagaan.

Pusat kawalan penyakit kebangsaan, Institut Robert Koch pada lewat Jumaat mengesahkan bahawa kajian-kajian yang dijalankan mendapati wujud hubungan kukuh antara pengambilan makanan yang mengandungi strawberi dengan kes-kes muntah serta cirit-birit.

Bukti-bukti juga menunjukkan norovirus, penyakit bawaan makanan atau air itu merupakan punca kejadian tersebut. Namun, institut itu tidak menolak kemungkinan atau patogen lain menjadi puncanya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Jerman, Holger Eichele memberitahu, strawberi-strawberi itu dipercayai datang dari luar Kesatuan Eropah (EU). Masalah muntah dan cirit-birit itu bagaimanapun tidak terlalu serius apabila pesakitnya tidak perlu ditahan di hospital. 

sumber- Agensi