Pages - Menu

Sunday, December 16, 2012

Pelajar dibenar tidur atas meja

Sebuah sekolah rendah di bandar Xi'an, Wilayah Shaanxi, China, membenarkan para pelajar untuk tidur di atas meja ketika waktu rehat tengahari.

Seorang guru dari sekolah tersebut berkata, perkara ini turut menerima sokongan dari ibu bapa para pelajar. Ini kerana, waktu rehat tengahari bermula dari pukul 12.10 p.m hingga 2.00 p.m manakala ada ibu bapa yang berasa beban untuk mengambil anak mereka berehat di rumah. "Para pelajar yang tidur di atas meja akan kembali bertenaga selepas rehat," tambah guru tersebut.

budak sekolah tidur

Kawasan sekolah pula tidak menyediakan tempat khusus untuk menampung hampir 3,000 pelajar untuk berehat dalam satu-satu masa. Oleh itu, tidur dan berehat atas meja mungkin alternatif terbaik yang boleh dilakukan.

Ketika ditanya, "Adakah para pelajar berisiko tercedera akibat terjatuh dari meja?" pihak sekolah menjawab, terdapat guru yang sentiasa mengawasi mereka justeru mampu menangani sebarang insiden yang tidak diingini.

Selain itu, pihak sekolah telah meminta ibu bapa menyediakan bantal dan selimut untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

Mike Tyson nafi tukar jantina

LONDON - Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson  menafikan laporan media yang mendakwa dia telah mengubah jantina dan kini membawa nama baru "Michelle."

Tyson menegaskan, dia sama sekali tidak berhasrat untuk menukar jantinya menjadi perempuan.

Mike Tyson
Mike Tyson menafikan dia sudah menukar jantinanya baru-baru ini. - Foto ihsan Mirror/Reuters
"Saya masih seorang lelaki. Saya tidak ada hasrat untuk menjadi perempuan," kata Tyson dalam kenyataan dibawa Mirror Daily, memetik portal Afrika.

"Dakwaan itu tidak benar dan sangat bodoh. Saya berada (di sana) untuk perlawanan Pacquiao-Marquez pada Sabtu dan mana-mana orang yang siuman boleh memberitahu bahawa saya masih seorang lelaki," katanya.

Laporan media Afrika juga mengatakan bahawa Tyson mahu menukar nama timang-timangnya "Iron Mike" kepada "Iron Maiden" dan menukar Mike kepada Michelle selepas pembedahan selama 16 jam.

BBC pula melaporkan laporan itu kali pertama muncul di laman UK, NewsBiscuit akhir bulan lalu.

Ia kemudian dibawa oleh akhbar Standard di Zimbabwe pada Ahad lalu dan kemudian SpyGhana Selasa lalu.

sumber- Sinar

Rakaman hantu di rumah paling berhantu di Amerika

Imej misteri yang dipercayai hantu telah terakam secara tidak sengaja di rumah yang dikenali sebagai rumah paling berhantu di Amerika. Vanessa Bolano, seorang wartawan, sedang melaporkan dokumentari mengenai perladangan di Lousiana, AS, ketika imej pelik tersebut tiba-tiba muncul dalam rakaman.

imej hantu di rumah paling berhantu di Amerika

"Ketika itu, kami ingin mendokumentarikan sejarah perladangan yang amat menarik jika diimbau semula. Benda tersebut muncul dan berlalu dengan pantas. Apabila video diberhentikan, kelihatan seperti wajah seorang wanita,"

Berdasarkan keterangan seorang pemandu pelancong, Mark Leonard, Ladang Myrtles di St. Francisville kerap menerima gangguan misteri. Sebanyak sepuluh insiden pembunuhan pernah berlaku di sini sejak ia mula dibina oleh General David Bradford pada tahun 1796.


Ada tetamu yang bermalam di sini diheret keluar dari bilik tidur mereka ketika tengah malam dan ada juga yang menjumpai hantu atau perkakas rumah bergerak sendiri.

"Rakaman ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Semenjak saya di sini, setiap hujung minggu pasti pelbagai cerita misteri yang terkeluar dari mulut tetamu. Saya telah melihat beratus gambar dan beberapa video yang ditangkap oleh mereka. Apa yang boleh dikatakan ialah ianya adalah sejarah disebalik kejadian yang pernah berlaku di sini," kata Leonard.

Wangian guna nama roket pejuang Palestin

GAZA - Jualan minyak wangi sempena nama roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke wilayah Israel mendapat sambutan hangat.

Wangian diberi nama M-75 itu ditawarkan untuk pengguna lelaki dan wanita. Diisi di dalam kotak berwarna hitam dan hijau, M-75 dihasil menggunakan bau-bauan oren, lemon dan herba-herba yang terdapat di Gaza.

M-75
SEORANG peniaga menyembur minyak wangi M-75 ke atas tangan pelanggannya.
"Minyak wangi ini menyenangkan dan menarik. Sama seperti peluru berpandu pejuang Palestin iaitu M-75," kata pemilik syarikat kosmetik yang bertanggungjawab mengeluarkan M-75 iaitu Stay Stylish, Shadi Adwan.

Pengarah syarikat pengedar minyak wangi di Gaza, Continental Style, Rajaey Odwan memberitahu, M-75 memberi peluang kepada para pelanggannya untuk menghidu 'bau kemenangan'.

"Saya harap bau minyak wangi ini cukup kuat untuk dihidu hingga ke Tel Aviv dan mengingatkan orang Yahudi tentang kemenangan pejuang Palestin," kata seorang pelanggan, Ahmed Hassan yang membeli 30 botol M-75 untuk dijadikan hadiah kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya.

M-75 yang berkapasiti 59 milimeter dijual pada harga RM40 sebotol.

Konflik selama lapan hari antara pejuang Hamas dan Israel itu mengakibatkan lebih lebih 170 orang warga Palestin dan enam orang Israel terbunuh. Serangan itu tamat selepas kedua-dua pihak bersetuju menghentikan serangan selepas gencatan senjata tajaan Mesir berjaya.

sumber- Agensi