Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Showing posts with label Al-kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-kisah. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Kisah sedih permintaan terakhir gadis penghidap kanser

Seorang gadis berusia 10 tahun mempunyai kehendak untuk menonton filem Disney-Pixar, 'Up'. Malangnya, gadis tersebut diserang kanser tahap kronik dan tidak mampu untuk menontonnya di wayang.

kisah sedih

Tidak tahu apa yang perlu dilakukan bagi memenuhi permintaannya, akhirnya seorang kenalan keluarganya menghubungi studio Pixar. Pihak Pixar telah menghantar salinan DVD filem tersebut ke rumahnya walaupun pada masa tersebut ianya hanya ditayangkan di pawagam.

Ibu gadis tersebut bertanyakan adakah dia mampu bertahan sehingga dapat menonton filem itu? Dia menjawab, "Saya bersedia untuk mati, namun saya harus tunggu untuk filem tersebut dahulu."

Ketika menontonnya, gadis tersebut tidak dapat membukakan mata dan ibunyalah yang menghuraikan setiap babak supaya dia memahami. Ketika ditanya adakah dia terhibur, dia hanya menganggukkan kepala. Dia kemudiannya meninggal dunia pada malam selepas menonton filem tersebut.

Disney Pixar Up

Sunday, July 21, 2013

Kisah remaja bersikap kebudak-budakan menaiki kereta api

Seorang remaja berusia 24 tahun kelihatan amat teruja menaiki kereta api sambil menjerit-jerit di tetingkap. "Ayah, tengok tu, pokok-pokok tu ketinggalan di belakang!" Ayahnya hanya tersenyum manakala sepasang kekasih yang turut berada disitu berada tidak selesa dengan sikap kebudak-budakannya.

Sekali lagi dia menjerit "Ayah, awan-awan di langit tu ikut kita!" Akhirnya pasangan tersebut bersuara kepada si ayah, "Kenapa pak cik tidak membawa anak pak cik berjumpa doktor?"

Si ayah tersenyum lalu menjawab, "Kami baru sahaja pulang dari hospital, anak saya dilahirkan dalam keadaan buta. Dia baru sahaja mendapat penglihatannya hari ini."

Kisah remaja bersikap kebudak-budakan menaiki kereta api

Saturday, July 13, 2013

Kisah cinta sejati seorang suami terhadap isterinya

Di South Carolina, kelihatan seorang lelaki berusia 78 sedang memakai papan tanda bagi meminta pertolongan orang ramai untuk menyelamatkan isteri yang telah dikahwininya selama 57 tahun yang menderita akibat masalah buah pinggang. 

Larry Swilling amat menyintai isterinya, Jimmie Sue, dimana mereka telah berkahwin 57 tahun yang lalu. Kasih sayang mereka teruji apabila isterinya amat memerlukan pemindahan buah pinggang. Malangnya tiada seorang pun dari ahli keluarga mereka yang bersesuaian untuk menjadi penderma. Larry akhirnya mengambil keputusan untuk mencari penderma di jalanan.

"Saya tidak kisah apa yang orang katakan. Saya akan dapatkan buah pinggang untuk awak," kata Larry kepada isterinya. Larry pernah kelihatan merayau-merayau di bandar tempat tinggalnya iaitu Anderson, South Carolina, dan bandar-bandar berhampiran sambil memakai papan tanda 'Perlukan buah pinggang untuk isteri.'. Tanpa segan-silu, dia turut bertanyakan kepada orang ramai yang lalu-lalang bagi sesiapa yang ikhlas untuk memberikan buah pinggang kepada isterinya.

Kisah cinta sejati seorang suami terhadap isterinya

Friday, April 12, 2013

Kegagalan cubaan membunuh diri paling lucu dalam sejarah

Pada 2 Disember 1979, seorang wanita cuba membunuh dengan terjun dari tingkat 86 bangunan Empire State. Namun cubaannya gagal apabila angin bertiup kuat dan menolaknya kembali ke tingkat 85.

Elvita Adam dilaporkan telah memanjat geriji besi berketinggian lebih lapan kaki sebelum melakukan terjunan dalam cubaan membunuh diri. Pada masa yang sama, angin bertiup kencang kira-kira 30 mph dan menolaknya kembali ke balkoni tingkat 85. Kakinya patah dan terpaksa di hantar ke hospital Believue.

Pengawal keselamatan di bangunan pencakar langit tersebut mengatakan, dua tahun sebelum itu terjadi perkara yang sama dimana seorang pelancong dari Hawaii turut terjun dari tingkat 86 dan ditiup kembali ke tingkat 85.

gagal bunuh diri

Saturday, March 16, 2013

Kisah sedih: Demi janji untuk seorang rakan

Ketika hari pengkebumian Prebet Kevin Elliot yang terkorban akibat pertempuran dengan pihak Taliban di Afghanistan, kelihatan seorang lelaki berpakaian seakan wanita menghadiri majlis tersebut.

Kisah sedih Demi janji untuk seorang rakan

Lelaki tersebut ialah Barry Delaney, rakan karib mendiang Elliot. Mereka berdua pernah berjanji bahawa jika salah seorang dari mereka meninggal dunia, salah seorang yang masih hidup akan memakai pakaian wanita berwarna hijau terang ketika menghadiri upacara pengkebumian.

Kisah sedih Demi janji untuk seorang rakan

Elliot dikebumikan di Dundee, Scotland. Jelaslah bahawa Barry tidak memungkiri janji walaupun perkara tersebut mungkin memalukan dirinya sendiri.

Kisah sedih Demi janji untuk seorang rakan

Thursday, March 7, 2013

Kisah benar ular tedung menjaga anak anjing yang jatuh perigi

Dua ekor anak anjing yang malang secara tidak sengaja telah terjatuh ke dalam perigi ketika bermain bersama adik-beradik mereka yang lain. Kehilangan kedua-dua anak anjing ini hanya dapat dikesan oleh tuan mereka setelah ibu anjing tersebut menyalak berhampiran perigi yang cetek.

Apa yang memeranjatkan ialah, anak-anak anjing ini ditemui bersama seekor ular tedung yang amat berbisa. Kebiasaannya ular tedung menjadi ancaman terhadap haiwan dan juga manusia, namun dalam kes kali ini, ular tersebut seakan menjaga anak-anak anjing ini dari bergerak ke kawasan bahaya yang mungkin boleh menyebabkan mereka lemas di dalam perigi tersebut.

ular tedung menjaga anak anjing yang jatuh perigi

Orang ramai yang berkumpul tidak berani untuk menuruni perigi ini kerana takutkan ular berbisa yang mungkin akan mematuk mereka. Akibatnya, anak-anak anjing tersebut terpaksa dibiarkan bersama ular yang berbahaya selama kira-kira 48 jam sehinggalah ketibaan penguatkuasa perhutanan yang datang untuk memberikan bantuan. Anak-anak anjing yang malang ini berjaya diselamatkan manakala ular tersebut dilepaskan semula ke dalam hutan. Kejadian ini berlaku di Punjab, India.

Monday, March 4, 2013

Kisah benar pengorbanan seorang ibu

Selepas bencana gempa bumi mulai reda, sepasukan penyelamat memulakan operasi di kawasan runtuhan rumah seorang wanita muda. Mereka telah terjumpa mayatnya disebalik runtuhan. Namun ketika ditemui, posisi mayatnya seakan sedang melutut. Badannya membongkok ke hadapan manakala dua tangannya sedang melindungi sesuatu. Runtuhan batu-bata telah menimpa badan dan kepalanya.

Kisah benar pengorbanan seorang ibu

Walaupun tugasan ini terlalu sukar, mereka tetap berusaha sebaik mungkin bagi menyelamatkan mangsa. Ketua pasukan penyelamat ini turut sama bertungkus-lumus membantu pasukannya bagi membolehkan mereka mencapai wanita tersebut. Dia benar-benar berharap mangsa yang ditemui masih bernyawa. Namun, jasad yang sejuk dan kaku ini jelas telah pun meninggal dunia

Dengan kecewanya mereka terpaksa meninggalkan lokasi dan meneruskan operasi menyelamat di runtuhan lain yang berdekatan. Entah bagaimana, terlintas di hati ketua pasukan tersebut untuk kembali ke runtuhan sebelum ini. Sekali lagi dia melutut sambil melihat disebalik celahan kecil di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba dia menjerit dengan gembira, "Ada budak! Di sini ada budak!"

Seluruh anggota pasukan penyelamat terpaksa berkerjasama bagi mengalihkan timbunan objek yang mengelilingi mayat wanita ini.  Akhirnya mereka berjaya menemukan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang dibaluti selimut berbunga di bawah mayat wanita tersebut. Jelas sekali wanita ini telah melakukan pengorbanan bagi menyelamatkan anaknya. Ketika diambil oleh pasukan penyelamat, bayi yang ditemui masih tidur dengan keadaan lena.

Doktor perubatan dikejarkan secepat mungkin untuk memeriksa bayi tersebut. Selepas dibukakan selimut, kelihatan sebuah telefon bimbit diselitkan di sisinya. Di skrin telefon tersebut, terpapar mesej yang mengatakan, "Jika kamu terselamat, ingatlah bahawa saya amat menyanyangi kamu." Telefon ini diberikan dari satu tangan ke tangan yang lain dan mereka yang membacanya menitiskan airmata.

Thursday, February 28, 2013

Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati

Selepas kekecohan yang berlaku di wilayah Kyaukphyu, Myanmar tidak beberapa lama dahulu, seorang jurugambar telah menziarahi kawasan tersebut. Apa yang ditemuinya benar-benar menyedihkan. Jurugambar yang dikenali sebagai Minzayar ini telah mengambil gambar dimana seekor anak anjing tidak mahu berganjak dari sisi ibunya yang telah mati.

Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati

Ketika saya berjalan di kawasan perkampungan yang terbakar, saya terlihat sesuatu yang amat menyentuh perasaan. Sebelum mengambil gambar, saya bertanyakan penduduk setempat jika ada sesiapa yang mahu memelihara anak anjing. Tiada sesiapa yang sanggup kerana mereka sendiri sudah cukup menderita akibat persengketaan yang berlaku.

Kemudian saya meletakkan kamera dan duduk sambil memerhatikan anak anjing tersebut. Dari lubuk hati, terpendam perasaan simpati, tangisan, dan kesedihan dengan apa yang berlaku. Saya mengambil gambarnya dan menggosok kepalanya. Dalam keadaan manja dan dahagakan kasih sayang, dia menjilat tangan saya. Kemudiannya saya mengambil gambarnya sekali lagi.


Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati


Beberapa ketika sebelum perlu melangkah pergi, saya terfikir untuk membawa anak anjing tersebut pulang ke hotel. Tanpa disedari rupanya terdapat seorang lelaki tempatan yang memerhatikan saya dan anak anjing tersebut. Dia mengatakan bahawa dia juga mahu memelihara anak anjing itu tetapi tidak terdaya kerana kemiskinan. Akhirnya kami memutuskan untuk menghantarnya ke kuil Buddha yang terletak di kampung itu.

Di Myanmar, kuil Buddha dianggap tempat suci dan aman berbanding tempat-tempat lain. Saya percaya apa yang saya lakukan adalah terbaik untuknya. Saya pasti akan menziarahinya semula pada masa akan datang.

Monday, February 25, 2013

Kisah sedih bayi Makhluk Asing yang enggan diterima ibunya

Bayi malang yang tidak dinamakan ini mempunyai penyakit kepala membesar seakan makhluk asing. Berat kepalanya sahaja mencecah 2.15kg. Berdasarkan Dr. Hiren Thumer, terdapat permasalahan dimana air terkumpul di bahagian kepala bayi tersebut.

Kisah sedih bayi Makhluk Asing yang enggan diterima ibunya

"Kepalanya membengkak seperti belon kerana air terkumpul di bahagian otaknya sehinggakan dia kelihatan tidak sama seperti bayi biasa. Kebiasaannya, kelahiran sebegini amat jarang berlaku iaitu satu dari beratus ribu kelahiran," kata Dr. Hiren.

Bayi sebegini amat berisiko untuk meninggal dunia terutamanya ketika enam bulan pertama. Dr. Hiren menjelaskan perkara tersebut boleh diatasi sekiranya dilakukan pembedahan otak. Namun apa yang menjadi masalah disini ialah keluarga bayi tersebut sendiri yang tidak mahukannya.

Bayi ini dilahirkan oleh Sonal Waghela yang berasal dari Gujarat, India. Ketika Sonal pertama kali melihat anaknya, badannya terkulai dan pengsan kerana terlalu terkejut. Dia enggan untuk menamakannya, bercakap dengannya, malah enggan untuk menjaganya. Sampailah satu ketika, bayi tersebut terpaksa disusukan oleh wanita lain kerana Sonal enggan membenarkan bayi itu mendekati walau di kakinya.

Mungkin bagi Sonal bayi tersebut tidak layak untuk menjadi anaknya, tetapi pada hakikatnya Sonal sendiri yang tidak layak untuk menjadi ibu bayi tersebut.

Friday, February 15, 2013

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Magali Jaskiewicz dan Jonathan George telah merancang untuk berkahwin pada November 2008. Malangnya George terkorban dua hari sebelum majlis tersebut akibat kemalangan motorsikal.

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Jaskiewitz dan George pernah hidup bersama semenjak tahun 2004, malah mereka turut berkongsi akaun bank yang sama. Namun, belum sempat untuk bergelar suami isteri, ajal terlebih dahulu memisahkan mereka. Dengan kesedihan, Jaskiewitz tetap berkeras untuk mengahwini George seperti mana yang dirancangkan sebelum ini.

Undang-undang Perancis membenarkan orang yang telah meninggal untuk berkahwin jika sebarang urusan rasmi mengenai perkahwinan disiapkan sebelum salah seorang dari pasangan tersebut meninggal dunia termasuklah perancangan tarikh.

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Selepas membuat segala urusan rasmi, maka tibalah hari yang dinantikan. Jaskiewitz memakai baju pengantin yang dibeli sebelum ini. Disamping Jaskiewitz adalah gambar George sebagai pengganti jasadnya yang sudah tidak bernafas. Dengan disaksikan 30 tetamu yang terdiri dari keluarga dan kenalan mereka di kampung Dommary-Baroncourt, timur Perancis, maka pasangan ini akhirnya bergelar suami isteri.

Mengikut laporan, kira-kira sepuluh perkahwinan melibatkan mereka yang telah meninggal dunia dilakukan di Perancis setiap tahun.

Friday, February 1, 2013

Kisah sedih kanak-kanak HIV yang terpaksa tinggal sendirian

Bukan dipinta, namun kanak-kanak berusia 6 tahun ini terpaksa menerima hakikat bahawa dia adalah pembawa virus HIV positif. Lebih malang, dia bukan sahaja tidak mendapat belaian kasih sayang seperti kanak-kanak lain, malah turut dipinggirkan oleh masyarakat dan terpaksa hidup bersendirian.

Kisah sedih kanak-kanak HIV yang terpaksa tinggal sendirian

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Ah Long ini kini tinggal di wilayah Guangxi, China. Kedua ibu bapanya telah meninggal dunia akibat AIDS. Segala tugasan rumah seperti membasuh dan memasak terpaksa dilakukan berseorangan.

Kisah sedih kanak-kanak HIV yang terpaksa tinggal sendirian

Hanya neneknya yang berusia 84 tahun menjadi tempat untuk Ah Long bergantung. Ehsan neneknya yang menanam sayur dan sering mengunjunginya mendorong Ah Long untuk terus hidup. Dia juga sering memasak untuk Ah Long namun enggan untuk tinggal bersama.

Kisah sedih kanak-kanak HIV yang terpaksa tinggal sendirian

Ah Long disisihkan oleh masyarakat malahan sekolah rendah berdekatan juga enggan menerimanya. Satu-satu kawan Ah Long yang boleh dikongsi suka duka bersama adalah seekor anjing yang diberi nama Lao Hei.

Kisah yang menyentuh perasaan ini disiarkan sekitar tahun 2010 hingga 2011.

Kisah sedih kanak-kanak HIV yang terpaksa tinggal sendirian
Kisah sedih kanak-kanak HIV yang terpaksa tinggal sendirian
Kisah sedih kanak-kanak HIV yang terpaksa tinggal sendirian
Kisah sedih kanak-kanak HIV yang terpaksa tinggal sendirian

Friday, December 28, 2012

Video: Kisah benar mangsa samun mengubah hidup penyamun

Dalam satu insiden rompakan, Mohammad Sohail, pemilik sebuah permis di Amerika, telah disamun oleh seorang lelaki bersenjatakan kayu pemukul baseball. Lelaki tersebut meminta agar dia menyerahkan kesemua wang. Sebaliknya, Sohail mengangkat rifle 9 mm yang disembunyikannya di bawah kaunter lalu mengarahkan penyamun tersebut pula meletakkan senjata.

video kejadian samun

Penyamun yang sebelum ini berani mula terketar dan merayu simpati supaya tidak ditembak. Sohail bertanya mengapa dia melakukan perbuatan sedemikian? Si penyamun menjawab dia tiada pilihan selain merompak untuk menyara keluarga. Setelah diberi penjelasan, Sohail memberikan $40 dan sebungkus roti kepada penyamun tersebut sebelum membenarkan dia beredar.


Namun kisah tersebut masih belum berakhir. Beberapa lama kemudian, Sohail mendapat sepucuk surat dengan ucapan terima kasih beserta wang $50. Surat tersebut menceritakan bagaimana insiden yang berlaku telah mengubah hidup penulis surat ini. "Sekarang saya telah mendapat anak yang baru dilahirkan dan kerja yang baik untuk menyara keluarga. Kamu memberikan saya $40 dan saya amat berterima kasih kerana simpati terhadap hidup saya. Kerana peristiwa itu, kamu telah mengubah hidup saya."

surat dari penyamun

Sohail mula bergurau dengan insiden rompakan tersebut, "Apabila kamu melakukan sesuatu yang baik, ia akan kembali kepada kamu. Saya memberikan dia $40 dan dia kembalikan $50. Ianya satu pelaburan yang baik."

Saturday, December 22, 2012

Bertemu semula selepas 20 tahun

APABILA ibu gorila gagal menjaga anak yang dilahirkannya, seorang penjaga Zoo London, Ron Smith dan isteri, Barbara bertindak menyelamatkan bayi itu dengan menjadi keluarga angkatnya.

Salome
Foto menunjukkan Salome yang masih bayi dan dijaga oleh Smith. (Gambar kanan) Smith tidak dapat menahan sebak melihat kehidupan Salome.
Mereka yang tidak dikurniakan anak, menamakan bayi gorila berusia setahun itu dengan nama Salome dan menjaganya seperti anak mereka sendiri.

Dalam tahun 1990, Smith mengambil keputusan untuk menyerahkan Salome, 13, kepada pihak zoo kerana faktor umur. Dua tahun kemudian, Salome dipindahkan ke Zoo Bristol, Britain.

Selepas 22 tahun berpisah, Smith diberi kesempatan bertemu dengan Salome di Zoo Bristol secara dekat.

Smith menitiskan air mata sebaik sahaja melihat kelibat Salome, 36, yang kini ibu kepada tiga ekor gorila.

"Dia nampak sangat baik. Saya sangat gembira dapat melihatnya dan harap Salome masih mengenali saya sebagai bapa angkatnya," kata Smith. 

sumber- MailOnline

Wednesday, November 28, 2012

Tragedi penyembelihan Sabra Shatilla

Peristiwa penyembelihan di Kem Sabra dan Shatilla telah berlaku pada bulan September 1982, di Beirut, Lubnan.

Sabra Shatilla

Pada awalnya, Palestine Liberation Organization (PLO) telah terlibat dalam satu pertikaian dengan Israel dan Kumpulan Nasrani Lubnan, Phalangist. Ketika itu, Phalangist diketuai oleh Bachir Gemayel yang terkenal dengan kekejaman.

Pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah di bunuh dan PLO dituduh terlibat dalam pembunuhan itu lalu menimbulkan kemarahan Phalangist. Mereka berpakat dengan regim Israel bagi menceroboh Kem Sabra dan Shatilla yang menempatkan pelarian Palestin.

Sabra Shatilla

Dalam tempoh 36 jam, Phalangist telah menyembelih beratus-ratus orang pelarian di kem itu. Dalam masa yang sama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pula mengawal setiap pintu masuk ke kem tersebut. Pembunuhan ini berterusan selama 3 hari dan laporan perkembangannyatelah dihantar ke Tel Aviv dari semasa ke semasa.

Jumlah sebenar mangsa yang terkorban tidak diketahui namun International Committee of The Red Cross (ICRC) melaporkan seramai 2,750 orang mangsa terkorban manakala Amon Kapeliuk, seorang wartawan Israel yang terkenal melaporkan seramai lebih 3,000 orang telah terkorban. Manakalapihak tentera Israel hanya melaporkan seramai 700 hingga 800 orang sahaja yang terkorban.

Sabra Shatilla

Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel ketika itu yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel dilaporkan telah mengarah tentera Zionis Israel untuk bekerjasama dengan Phalagist bagi menjalankan misi pembunuhan kejam terhadap pelarian kem berkenaan.

Akibat peristiwa itu juga, Ariel Sharon telah didapati bersalah dan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Israel dilucutkan dan kini beliau masih koma terdampar di hospital sejak beberapa tahun lepas. Mungkin inilah balasan tuhan di dunia di atas kekejaman yang telah dilakukan untuk peringatan.

(rujukan: Travelog misteri: Israel Kuasai Dunia, Mohd Nadzri Kamsin)
sumber- budakkg-setiu

Tuesday, November 13, 2012

Sejarah Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty yang menjadi kebanggaan serta simbol bandar New York sebenarnya tidak dihasilkan di bandar tersebut. Ianya adalah hasil karya pengukir terkenal dari Perancis, Frederic-Auguste Bartholdi dan dibangunkan di Perancis pada tahun 1874. Wajah yang terpapar pada patung ini dikatakan wajah Charlotte Bartholdi, ibu kepada pengukir tersebut manakala teman wanitanya, Jeanne-Emilie telah menjadi model dalam penghasilan badan serta lengan. Patung Dewi Kemerdekaan tersebut dipersembahkan oleh rakyat Perancis kepada Amerika sebagai hadiah Ulang Tahun kemerdekaan Amerika yang ke-100.

Statue of Liberty

Setelah selesai penghasilannya di Perancis, patung tersebut dipecah kepada 200 muatan besar sebelum di hantar ke Amerika. Patung tersebut dibangunkan semula di Pulau Bedloe, New York. Ianya dirasmikan pada 28 Oktober 1886, sepuluh tahun selepas sambutan kemerdekaan Amerika yang ke-100.

Statue of Liberty

Dengan berketinggian 46 meter serta berat 20 tan, patung Liberty ini didirikan di atas landasan setinggi 46 meter.  Bahagian dalamnya diisi dengan rangka yang diperbuat daripada keluli manakala bahagian luarnya diperbuat dari plat tembaga. Pemasangan rangka patung ini dirancang oleh Gustave Eiffel, dimana beliau jugalah yang telah mengasaskan pembangunan Menara Eiffel.

Sunday, November 4, 2012

Kisah benar gorila menyelamatkan kanak-kanak

Binti Jua merupakan seekor gorila betina yang tinggal di Zoo Brookfield, di Brookfield, Illinois. Binti mula dikenali selepas berlakunya insiden pada 16 Ogos 1996. Ketika itu ia baru berumur 8 tahun.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun telah memanjat tembok konkrit lalu terjatuh dengan ketinggian 18 kaki. Kejadian tersebut menyebabkan kanak-kanak ini cedera parah di sebahagian mukanya dan langsung tidak sedarkan diri. Tangannya juga patah.

Binti menghampiri kanak-kanak tersebut manakala orang ramai terteriak takut kalau kanak-kanak ini diapa-apakan. Tiba-tiba, seekor gorila betina lain yang lebih besar cuba datang menghampirinya. Binti bingkas berderum dan mendukung kanak-kanak tersebut disebelah kanan lengannya.

Ia membawa kanak-kanak tersebut kira-kira 18 meter ke pintu masuk dan membolehkan kanak-kanak itu dibawa keluar. Sepanjang kejadian ini, Binti mengendong anaknya, Koola yang masih berusia 17 bulan.

Kanak-kanak tersebut menghabiskan masa selama 4 hari di hospital untuk pulih sepenuhnya.

kisah sebenar gorila selamatkan budak

Friday, October 19, 2012

Dongeng: Gadis Si Penjual Mancis

Gadis Si Penjual Mancis

Pada malam Krismas yang sejuk, terdapat seorang gadis yang perpakaian compang-camping sedang menjual mancis. "Puan nak beli mancis tak? Belilah puan." "Maaflah, masih banyak mancis di rumah." Tiada seorang pun yang mahu membeli mancisnya.

Jika gadis tersebut pulang tanpa sebarang hasil jualan, dia akan dipukul oleh ayahnya. Ketika dia ingin menyeberangi jalan, tiba-tiba muncul sebuah kereta kuda yang bergerak laju, "Jaga-jaga!" Gadis tersebut melompat ke tepi. Pada ketika itu, sebelah kasut yang dipakainya terlempar entah kemana manakala sebelah lagi berada di seberang jalan. Dia cuba mendapatkan kasutnya semula tetapi belum sempat dia mencapai, muncul seorang budak lelaki mengambil kasut tersebut. "Wah, saya terjumpa baranglah!" jeritnya sambil berlari-lari.

Akibat kehilangan kasutnya, terpaksalah dia berkaki ayam dalam keadaan keletihan. Dalam perjalanan pula, mancis yang dibawanya jatuh berselerak. Ternyata mancis-mancis tersebut sudah tidak mampu untuk dijual. Dia hanya membayangkan hukuman yang bakal diterima apabila pulang ke rumah. Tiada apa yang dia mampu lakukan selain berserah pada takdir. Tiba-tiba, di suatu sudut dia terpandang cahaya dari tingkap rumah seseorang. Dia hanya terdengar gelak ketawa keriangan dari dalam rumah tersebut.

Dengan perasaan ingin tahu, dia menjenguk ke tingkap rumah tersebut. Apa yang dilihatnya adalah unggun api yang memanaskan seisi rumah dan juga hidangan hari Krismas yang cukup menyelerakan. Gadis tersebut menitiskan air mata. "Semasa ibu masih hidup, keluargaku juga meraikan hari Krismas sebegini," kata hatinya. Sekali lagi dia menjenguk ke tingkap dan melihat kotak-kotak hadiah yang banyak tersusun di pohon Krismas. Tidak lama selepas itu lampu dipadamkan. Keadaan menjadi sunyi kembali.

Salji terus-menerus turun tanpa hentinya. Gadis si penjual mancis menggigil kesejukan serta kelaparan sehinggakan dia tidak berdaya untuk bergerak. Dia cuba menghembuskan nafas ke tapak tangan bagi memanaskan badan, namun ianya hanyalah sia-sia. "Kalau aku nyalakan mancis ini, mungkin aku akan sedikit panas." Kemudiannya gadis tersebut menyalakan sebatang mancis dengan menggoresnya di dinding.

Dari nyalaan mancis tersebut, muncul alat pemanas. "Oh, hangatnya," gadis tersebut mengangkatkan tangannya ke arah alat pemanas itu. Ketika nyalaan mancis mula terpadam, alat pemanas tersebut turut sama lenyap. Dia terus nyalakan batang mancis kedua. Dari nyalaan kedua muncul pula pelbagai jenis makanan yang lazat memenuhi meja. "Wah, sedapnya!". Hidangan itik panggang melayang-layang menghampirinya. Apabila ingin dijangkau, nyalaan api terpadam dan kesemua makanan tersebut hilang.

Dia nyalakan sekali lagi. Kali ini muncul sepohon Krismas yang sangat besar, " Wah, lebih cantik dari pokok yang aku lihat di tingkap tadi!" Pada pepohon Krismas tersebut, terdapat banyak lilin yang bersinar. "Cantiknya!" Angin meniup nyalaan mancisnya tetapi kali ini cahaya lilin dari pepohon Krismas perlahan-lahan menjadi bintang di langit. "Mungkinkah ada seseorang yang akan pergi ke tempat tuhan pada malam ini? Mendiang nenek pernah menceritakan kepadaku ketika dia masih hidup." Sambil merenung ke langit, gadis tersebut teringatkan neneknya. Dia menyalakan mancis sekali lagi, kemudiannya muncul nenek yang amat dirinduinya. Sambil tersenyum, neneknya menghulurkan tangan.

"Nenek!" Terasa bagaikan mimpi, gadis tersebut terus melompat ke dalam pelukan neneknya. "Nenek, saya rindu  pada nenek." Gadis si penjual mancis menceritakan segala apa yang berlaku. "Kenapa nenek tinggalkan saya? Bawalah saya bersama nenek." Api yang dinyalakannya hampir padam. "Tidak, kalau api ini padam, nenek akan hilang sama seperti pemanas dan makanan tadi. "Gadis si penjual mancis menyalakan kesemua mancis yang ada. Cahaya nyalaannya terang seperti di siang hari. Gadis tersebut memeluk erat neneknya dan perlahan-lahan mereka naik ke langit.  "Nenek, kita mahu ke mana?" "Ke tempat Tuhan." Kedua-dua mereka terapung semakin tinggi. "Di sana ibumu telah menyediakan makanan yang lazat untuk kita." Gadis kecil itu tersenyum gembira.

Pada pagi berikutnya, orang ramai yang lalu lalang menemui gadis si penjual mancis dalam keadaan ditimbusi salji. "Habislah, gadis kecil pengsan di tempat sebegini! Cepat panggil doktor!" Orang ramai berteriak cuba mendapatkan bantuan. Wanita yang menolak dari membeli mancis gadis tersebut semalam juga turut berasa kesal. "Kasihan kamu nak, kalaulah mak cik tahu kamu tiada tempat untuk pulang, ikutlah mak cik balik ke rumah." Orang ramai mengadakan upacara pengkebumian gadis tersebut di gereja. Mereka berdoa agar dibukakan hati mereka bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan termasuklah orang miskin.

Tuesday, October 16, 2012

Dongeng: Anak Itik Yang Hodoh

Anak Itik Yang Hodoh

Seekor itik betina sedang mengeramkan telurnya. Ada empat biji telur kesemuanya. Setelah beberapa lama, telur-telur itu pecah. Telur pertama, kedua dan ketiga menetaskan anak-anak itik berbulu kuning yang comel. Tinggal sebiji telur sahaja lagi yang belum menetas. Telur itu bersaiz agak besar. Akhirnya telur itu pun pecah. Ia menetaskan seekor anak itik yang besar dan berbulu kelabu. "Oh tidak! Kamu tidak sama dengan anak-anakku yang lain. Kamu sungguh besar dan hodoh!"Keluh ibu itik.

Pada hari berikutnya, ibu itik membawa anak-anaknya pulang ke reban. Itik-itik lain di reban itu ketawa apabila melihat anak itik yang berbulu kelabu dan hodoh itu. Mereka mematuk dan mengejarnya. Anak itik yang hodoh berasa amat sedih. Keesokan paginya, anak itik yang hodoh pun berjalan keluar meninggalkan reban. Ketika itu penghuni lain masih lagi tidur. Anak itik yang hodoh membawa dirinya tanpa arah tujuan. 

Akhirnya dia sampai ke sebuah kawasan semak. Anak itik yang hodoh duduk bersendirian di dalam semak tersebut. Dia berasa agak selamat namun, itu semua tidak lama. Menjelang petang, beberapa ekor itik liar tiba disitu."Kuek, kuek, kuek, pergi dari sini! Kamu sungguh hodoh!" kata mereka. Itik-itik liar itu mengetawakannya anak itik yang hodoh itu . Akhirnya anak itik yang hodoh terpaksa berlalu dari situ. 

Hari semakin lewat dan cuaca menjadi semakin sejuk. Dia terus berjalan sehinggalah bertemu sebuah pondok. Seorang perempuan tua yang tinggal di situ membenarkan dia masuk. Di dalam pondok itu ada seekor ayam betina dan seekor kucing. "Bolehkan kamu bertelur?" Tanya ayam betina"Tidak." Jawab anak itik yang hodoh. "Kalau begitu, kamu kena pergi dari sini!" kata ayam betina dan kucing. Sekali lagi, anak itik yang hodoh terpaksa membawa diri. Ke mana sahaja dia pergi, burung-burung dan binatang lain akan berkata, "Betapa buruk dan hodohnya kamu!"

Apabila musim sejuk tiba, seluruh kawasan mula dilitupi salji. Anak itik yang hodoh tidak tahu kemana hendak berlindung. Dia berasa amat sedih mengenangkan nasib dirinya. Dia memandang ke langit dan ternampak sekawan burung yang berbulu putih dan berleher panjangs edang terbang ke sana ke mari. "Alangkah seronoknya kalau aku dapat jadi seperti mereka," katanya sendirian. 

Akibat terlalu lapar dan letih akhirnya dia tertidur di atas salji itu. Keesokan paginya,seorang petani yang baik hati menemuinya lalu membawanya pulang. Isteri petani itu memanaskan tubuhnya dan memberinya makan. Anak itik yang hodoh menyangka akhirnya dia akan selamat di situ. Tengah hari itu, anak lelaki petani telah telah ternampak dirinya. Dia membawa anak itik yang hodoh itu bermain-main di dalam air. Namun, caranya yang kasar itu membuatkan anak itik yang hodoh berasa sungguh takut. 

Sebaik berkesempatan, anak itik yang hodoh pun melarikan diri. Akhirnya, dia tiba di sebuah kolam. Dia berasa selamat berlindung di situ. Dia pun tinggal di situ buat beberapa lama. Pada suatu hari, apabila dia mengibaskan kedua-dua kepaknya, dia berasa sungguh terkejut. Dia mendapati kepaknya begitu kuat dan bulu tubuhnya sudah bertukar putih. Dia berasa terkejut apabila mendapati dirinya boleh terbang. Dia berpusing-pusing di udara sebelum turun semula ke kolam . 

Dia ternampak bayangannya di permukaan air lalu berkata, "Wah, alangkah cantiknya. Bagaimana boleh terjadi begitu!" Kemudian, dia ternampak sekawan burung bewarna putih dan berleher panjang sedang berenang di kolam. Mereka sungguh cantik katanya di dalam hati. Burung-burung itu memandang ke arahnya dan berkata, "Kamu seekor angsa yang tampan. Marilah bermain bersama kami." "Saya? Saya seekor angsa?" tanyanya kehairanan. "Ya, cuba lihat bayangmu di dalam air. Betapa cantiknya bulumu yang putih dan lehermu yang  panjang itu!" Buat pertama kali dalam hidupnya, anak itik yang hodoh berasa cukup gembira. "Aku adalah seekor angsa! Aku benar-benar seekor angsa!" teriaknya riang. Kini dia tidak lagi dipanggil anak itik yang hodoh. Dia juga tidak akan bersendirian lagi.

sumber- scribd

Dongeng: Kapak Emas dan Kapak Perak

Si penebang pokok yang jujur

Pada zaman dahulu, tinggal seorang penebang pokok bersama ibunya yang miskin di dalam hutan. Selepas penat bekerja dia pun berehat.“Sudah sampai waktu makan,” katanya. Dia pun duduk dan memakan roti di atas sebatang tunggul kayu. Kemudian dia pergi ketebing sungai yang berhampiran untuk minum. Ketika membongkok untuk minum, kapak yang terselit di pinggangnya terjatuh ke dalam air.“Apa mesti ku buat? Aku tak boleh berenang. Lagi pun sungai ini amat dalam. Aku tak boleh bekerja tanpa kapakku. Apa patut ku lakukan?” keluhnya. Apabila mengenangkan ibunya yang sakit di rumah, si penebang pokok merasa semakin sedih. Pilunya tidak tertahan, lalu dia pun menangis. Tiba- tiba air sungai berbuih dan bersinar indah. Penunggu air menjelma dari dalam cahaya dan bertanya dengan lembut, “Hai penebang pokok, kenapa kamu menangis?” Dengan perasaan gerun, si penebang pokok menceritakan kepada penunggu air itu apa yang telah berlaku. “Kasihan! Oleh kerana kamu ingat kepada ibumu, aku akan tolong carikan kapakmu. Jadi janganlah risau,” kata penunggu itu. Kemudian dia pun menghilangkan diri ke dalam air.

Tidak lama kemudian, penunggu air muncul semula sambil memegang sebilah kapak emas. Dia bertanya kepada si penebang pokok. “Inikah kapakmu?” “Oh! Bukan, pasti bukan! Kapakku bukanlah kapak emas. Ia cuma kapak biasa sahaja,” jawab si penebang pokok. Penunggu itu ghaib lagi. Bila air berbuih semula, dia muncul dengan sebilah kapak perak di tangannya. “Inikah kapakmu?” tanyanya. Penebang pokok yang jujur itu menggelengkan kepalanya.“Bukan Tok! Kapakku biasa saja, bukan seperti itu,” jawabnya. Penunggu itu ghaib sekali lagi. Kemudian dia timbul dengan memegang sebilah kapak besi yang buruk. “Inikah kapakmu?” tanyanya.“Ya, Tok. Itulah kapakku. Terima kasih banyak- banyak. Dengan kapak ini, dapatlah aku bekerja kuat untuk menjaga ibuku,” jawab si penebang pokok.“ Kau seorang yang amat lurus. Akan ku beri kamu kedua-dua kapak emas dan perak sebagai balasan kejujuranmu,” kata penunggu itu sambil tersenyum. Si penunggu mengeluarkan kedua- dua kapak dari balik jubahnya dan memberikan kepada si penebang pokok.

Si penebang pokok yang terpegun itu menerima dengan tangan yang terketar- ketar. Kemudian penunggu itu pun ghaib. Keesokan harinya, si penebang pokok menunjukkan kapak emas dan kapak perak itu kepada kawan- kawannya. Dia juga menceritakan pengalamannya yang menakjubkan kepada mereka. Selepas mendengar cerita itu, seorang penebang pokok yang tamak menanyakan tempat kejadian itu dan segera berangkat ke sana. “Di sinikah tempatnya aku boleh mendapatkan kapak emas? Nah! Inilah kapakku,” katanya. Si penebang pokok yang tamak itu pun mencampakkan kapaknya ke dalam air lalu menangis. Tidak lama kemudian, air sungai berbuih dan penunngu sir pun menjelma.“Kenapa kamu menangis?” tanya si penunggu air itu. “Kapakku terjatuh ke dalam air. Tanpanya aku tak boleh bekerja dan ibuku yang sedang sakit akan mati,” jawab si penebang pokok yang tamak. Penunggu itu ghaib ke dalam air. Tidak lama kemudian, dia pun muncul dengan memegang sebilah kapak emas yang bersinar- sinar. “Inikah kapakmu?” Si penebang pokok yang tamak itu menghulurkan tangan dan berkata dengan gembira. “Ya Tok! Itulah kapakku.”Setelah mendengar jawapan si penebang pokok yang tamak itu, penunggu air berasa amat marah. “Tamak! Penipu! Ini kapakmu yang buruk,” katanya. Si penunggu itu pun ghaib bersama kapak itu dan tidak lagi memunculkan dirinya. Si penebang pokok yang tamak itu meratapi nasibnya kerana tidak dapat menanggung hidup tanpa kapak itu.

Thursday, September 27, 2012

Kisah sebenar gadis Cina memeluk Islam

Disebalik pengislaman gadis Cina Loo Jo Yee binti Abdullah

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

sumber- tulahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...